Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Bisul boleh berjangkit ke?

Tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa... mula2 dulu kakak yang kena, hampir separuh kepala dia naik bintik2 ada nanah...then dah pergi pakar...sapu  ubat 2 hari da ilang...

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, nampak bintik yang sama naik kat adik...tapi tak sebanyak kakak la...ada 1-2 je kat kepala dia. Aku pon apa lagi...belasah sapu ubat yg sama, tapi tak baik-baik...the next week naik pulak kat pipi dia, 2-3 bijik macam jerawat...tapi gatal agaknya asal nak kering dia kopek..berdarah semula...kering...berdarah...kering lagi...berdarah lagi....tapi aku sapu je ubat tu.

Sampai la adik misi aku balik kampung, bising dia tengok aku tak jaga leklok...then dia plasterkan tmpt kena tu, b4 tu buh ubat dulu...so far macam nak ok dah....

Sekali..............

Naik kat tangan aku pulak! Ngeee....sakit giler kot...baru aku tau mcmana bujang aku rasa :( Sekali tengok macam bisul. Tapi boleh pulak nenek aku kata kudis malam? 2 hari lepas, naik 1 lg kat tangan...



Nampak macam sikit je merah nya kan? Tapi pantang tersentuh, boleh bersilat aku dibuatnya menahan sakit tu!- masa mula2 nak naik la, now dah ok sikit....

Semalam....naik dalam mulut pulak! Dan bujang aku dapat 1 lagi kat pipi :( 

So, mode aku hari ni tak leh senyum.....sakit :(

Semalam dah bawak bujang tu g klinik. Doc bg ubat sapu ngan antibiotik je...untuk aku jugak...

Now am waiting untuk sembuh :(

Thursday, November 10, 2011

Akhirnya aku mengalah!

Setelah lebih 10 hari kena flu tanpa makan apa-apa ubat, akhirnya aku mengalah! 

Kemuncaknya hari ni....di mana setiap hembusan mukus itu menggegarkan sebahagian kepala belah kiri, gigi rasa nak tercabut, bijik mata rasa macam nak terkeluar...disusuli dengan denyutan maha hebat di gusi pada rahang belah kiri.

Dan sekarang, aku harapkan keajaiban berlaku setelah menelan 'segugus' ubat-ubatan.



Kata doktor....ianya sudah merebak. Aku dimarahi kerana lewat :(

Saturday, November 5, 2011

Cerita ceriti pasal kesihatan

Salam semua. Jangan terkejut kalau tetiba blog aku hilang buat sementara waktu. Hurmmm... aku tak tahu nak komen apa...but you guys kenal aku kann... Aku hanya manusia biasa yang teruja mendapat sesuatu yang baru. Tapi, buat masa ni kita abaikan dulu hal *ehem-ehem* tu ye... Jangan tanya-tanya lagi ek...kih kih kihhh... 

Nak cerita pasal tahap kesihatan aku sekarang ni. Ekceli cik P aku dah lewat hampir 9 hari. Tapi pada hari ke-6 tu aku dah buat ujian air kencing...tak de masalah, memang 1 line je. Mujur dah buat dulu, so semalam aku ada pemeriksaan kesihatan...nak kena x-ray. So, tak de masalah la kan...kalau preggy, memang tak boleh nak buat.

Tapi masalah sekarang ni.... dari hari aku menjangka cik P berkunjung, sampai lah ke hari ni....

-suhu badan tak menentu
-asyik sakit perut macam nak keluar, tapi tak keluar-keluar
-tekanan darah rendah (memang selalu pun macam ni)
-selesema, sakit tekak...tak hilang-hilang sebab tak makan ubat pun :p
-loya (kadang-kadang)
-cepat pening, mungkin sebab low blood pressure kan

Yang pastinya, UPT memang sah 1 line ye. 

Maka...apa pendapat para doktor sekelian? Adakah tahap kesihatan yang buruk ini berlaku sebab kejutan *ehem-ehem* yang aku dapat baru-baru ini atau....?







Nota kaki: Aku tak suka makan ubat sebenarnya, sebab aku percaya selsema & sakit tekak tu akan hilang sendiri jugak nanti...hehe...Boleh pakai tak teori aku ni?

Monday, October 31, 2011

Alahan Besi

Susulan dari cerita janggut besi tu...ada cerita di sebaliknya. Aku beli sekadar jadikan perhiasan je tu. Kalau nak pakai pun mungkin untuk tempoh masa sekejap sahaja. Hampir 6 tahun dah rasanya aku tak pakai brooch secara tetap.

Masa mula-mula doktor diagnose aku ada alahan terhadap besi pada peringkat yang melampau tu...semua tudung aku jahit je kat tengkuk. Ye lah, nak beli brooch emas tak mampu kan.

Dek kesian tengok aku camtu, maka bonda pun bermurah hati membelikan sebiji kerongsang emas yang aku dah hilangkan sejak pandai pakai tudung Syria ni...huhuuu... Mudah-mudahan masa kemas2 rumah nak pindah nanti, dapat la aku jumpa semula :(

Antara simptom2 yang aku alami sebelum di diagnose oleh doktor pakar kulit tu:

- Bahagian leher tempat pakai brooch sentiasa berdarah. Luka yang tak pernah kering. Lebih teruk bila berpeluh...dan terus naik ke muka...Muka aku masa tu tak rupa orang...penuh tompok2 hitam kesan luka

- Peha akan gatal sekiranya ada syiling dalam poket. Paling lama boleh letak syiling dalam poket tak sampai 15 minit kot. Akan lebih cepat terasa gatalnya kalau aku berada kat luar, tempat panas.

- Tak boleh pakai jeans. Sebab butang besi tu. Perut akan luka jugak. Sebab gatal dan garu kan.

- Bila tangan berpeluh, tak boleh pegang tombol pintu (atau apa-apa yg besi). Kalau tak tapak tangan akan gatal-gatal dalam tempoh masa berjam-jam lamanya. 

- Tak boleh pakai bra biasa. So, sport bra je lah penyelesaiannya.

- Jam tangan tak kira yang leather atau besi memang tak boleh pakai. Kesan parut ada lagi kat tangan ni.

Setahun dua juga aku terpaksa berpantang segala-galanya selepas dapatkan rawatan di Klinik Pakar Kulit kat KL..Bangunan PKNS berhampiran Sogo tu... Hampir 1 K jugak lah yang dibelanjakan. Tapi sebab bonda tak tahan tengok aku asal nak mandi/wuduk je sampai menjerit2 menangis sakit. Maka parents pun pejamkan mata je lah untuk RM 200-300 bagi setiap sesi rawatan. 

Sempat 3-4 kali pergi je. Dah hampir pulih, aku tak pergi lagi dah. Walau ada appointment susulan.

Alhamdulillah sekarang dah ok walau bukan sepenuhnya. Aku elakkan bersentuhan secara terus dengan bahan2 dari besi ni. Jeans dah boleh pakai, tapi elak waktu cuaca panas yang mana cepat berpeluh. Syiling masih tak boleh letak dalam poket. Bra dah boleh pakai yg biasa, tapi bila kat rumah kena tukar yg jenis tak ada besi tu. Supaya tak lah lama sangat besi ada kat badan...kih kih kihhh








Nota kaki: Teringat pesanan Dr. Nathan, dia suruh aku kahwin dengan tokey Balak. Supaya aku boleh dapat pakai segala-galanya dari emas...heheee....gilos!

Monday, October 17, 2011

Pagi yang 'RAJIN'. Kudis di kepala.

Pepagi lagi dah terlebeh rajin....pi upload tutorial nak buat ribbon bow kat SANA. Ni ha...gambar kat bawah ni:


Saja kan gedik aku gi share dalam bahasa omputeh. Bukan apa, saja nak tunjuk kat minah2 saleh tu (kot-kot sangkut dengan google) yang kita  orang melayu pon boleh jugakk buat kraf2 gini....bukan dorang je.

Hurm...liat sungguh nak bangun pagi tadi, tapi upload tutorial rajin pulak ye? Kesnya aku tertidur masa tunggu loading semalam...ahaks! bangun pagi, terus klik publish je la....hehe. Ohh pagi ni jugak aku sangat 'rajin' nak gi ofis. So, fikir punya fikir...kerajinan tu aku tunda esok lahhh...keh keh kehh....

Woitt....bukan aku sengaja nak memonteng koje tau...nak bawak kakak gi jumpa pakar nih...kepala dia dah berkudis pastu ada air2 bisa tu lagi...huhuu...ngeri la tengok kulit kepala dia....korang ada cadangan tak aku nak bawak jumpa doktor dan klinik mana....area2 Puchong lah ye.

Cepat2...cadangan dibuka sebelum jam 930...ada lagi sejam ni aku nak search klinik mana yang aku nak pergi.

Monday, October 3, 2011

Sakit

Orang lelaki tak boleh sakit sikit...terus lemah. Setuju?

Orang lelaki, baru sakit sikit....merintih nya lebih-lebih. Betul tak?

Orang lelaki, kalau lah diberi rasa sakit macam orang perempuan nak bersalin, entah macam mana lah lagaknya.

Orang lelaki, kalau sakit sikit nak manja lebih, orang perempuan pun rasa malas nak layan! Kannnnn???

Saturday, August 13, 2011

Kusangka demam 'berisi' rupanya kena denggi

Rasa bersalah pulak bila Kak Liza memberitahu dia demam, lalu aku membalas mungkin dia berisi di entry ini. Semalam aku dapat MMS, tapi aku abaikan sebab tak reti nak bukak....percaya tak aku guna hp untuk sms, call, email, FB dan blogging sahaja. Bila part MMS aku jadik blur. 

Nasib baik aku tak terus delete. Pagi tadi datang awal ke opis, aku menggodek hp...MMS dari kak liza rupanya, menunjukkan dia sedang dirawat di Hospital Serdang.

Semoga cepat sembuh ye kak. Insya allah petang ini Wani datang melawat ye :)

Wednesday, August 10, 2011

Kepala nak jatuh: Simptom Dehidrasi Breastfeeding Mommy

Hari ni bila berjalan macam melayang-layang dibawa angin. Lemah je rasa. Padahal makan sahur meriah tak agak-agak kan.

Bila solat, masa nak sujud rasa macam kepala terjatuh dulu di sejadah tanpa kita yang mengawal. Nak angkat kepala? Ya Allah berat nyaaa...menggigil pon ada...hurm... Ni berlaku lepas sesi mengepam :(

Dan bila aku terbaca catatan ini (artikel penuh: sumber SINI):

    -Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
      -Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
        -Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
          -Terasa loya dan ingin muntah.
            -Rasa menggigil.
              -Berasa lemah dan sakit otot.
                -Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

                Mungkinkah sekarang ni aku alami dehidrasi? Bila fikir-fikir semula..semalam aku minum air 3-4 gelas je kot...dari waktu berbuka sampai sahur...huhu.. Lupa :(

                *Mode: kepala lentok di meja

                BF Mommy yang lain, u ols camni ke?

                Tuesday, July 26, 2011

                Loya. Mual.

                Tak tahu apa kena hari ni... ..kejap rasa nak muntah, kejap tak nak muntah.... Para doktor sekelian, tolong bagi tahu apa penyakit aku ni?

                Nota kaki: Bendera Jepun dah dekat setahun ni tak naik2....huhuuu

                Wednesday, July 20, 2011

                Kunci

                Penting kunci ni. Tak kira lah apa kunci sekali pon. Tapi aku ada je kunci yang tak penting. Dah hilang dekat 2 tahun, tapi malas nak report. Karang kena bayar denda, rugi..rugi... Baik tunggu aku benti keje nanti. Lagi pon locker tu aku tak guna pon. Sumer barang haku seludup gak naik opis...hihii... Oke, itu kunci locker opis.

                Ni nak cerita pasal kunci rumah. Aku suka buat acuh tak acuh. Sebab aku tau laki aku memang sangat alert bab2 kunci ni. Lagi pon kitorang laki bini keluar rumah sama-sama dan balik kerja pun sama-sama. Maka, penting ke aku pon bawak kunci rumah? Dilihat seperti tiada kepentingan di situ kan?

                Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...bila kejadian aku dah macam nak pengsan sakit kepala selesema badan seram sejuk bagai...dan nak ambil MC, sekali teringat kunci rumah tak tau campak mana...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Rasa nak nangis!

                Nak tanya laki aku, kt mana kunci rumah aku...tapi takut kena marah :( Now, dlm handbag ada kunci keta je... biasanya kunci rumah aku mmg dalam kereta. Tapi semalam laki aku geledah cari tak jumpa plak.

                Bila gi kerja menumpang husband..tak de masalah nak balik rumah..amik je cab, apa susah. Tapi bila tak de kunci???

                Tuesday, July 19, 2011

                Rasa itu...

                Mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi, rasa itu lah yang paling aku tak suka. Namun siapalah aku nak melawan ketentuan-Nya...

                Bermula dari gatal2 di tekak dan mata, akhirnya selsema Aniq berjangkit jugak kat aku... tak larat dah nak menyedut naik hingusan tu...sebab ianya lagi laju mengalir dan aku hanya mampu sekat dengan tisu je.

                *Ada yang tengah makan ke?*Hihhiiii..

                So, agak2 kalau aku MC esok tu...maka korang tau lah sebab apa ek.

                Thursday, July 7, 2011

                7 tahun study medic macam tak cukup lagi

                Korang nak tahu apa hasil keputusan x-ray semalam, tengok kat SINI. Cerita dari sudut aku sebagai seorang ibu yang risau dah aku karang kat SANA. Ni cerita dari sudut aku sebagai seorang individu biasa pulak. Dulu aku dah berangan nak jadi DOKTOR kan bila doktor yang sedia ada pun tak dapat nak tentukan apa masalahnya.

                Tapi tak pe lah...anak dara aku bukan sakit sampai nak pengsan pon masa tu... Tak pe...tak ada masalah. Walaupun bekas kat tempat sakit tu sampai sekarang masih ada, tak apalahhhhh...dia dah tak sakit lagi.

                Tapi yang kali ni...ye puan doktor...kepala anak bujang aku ni memang tak sakit, tapi tak boleh ke aku risau bila kepala dia menggelembung macam ada air kat dalamnya??? Bukan kecik, tapi diameternya around 6cm jugak lah... Tak boleh ke aku risau???

                Perlu ke ko buat muka seolah-olah aku ni seorang ibu yang..."hek eleh pompuan ni, anak tak sakit pon nak kecoh bawak mai ED"

                Hellooooooooooooo.....aku bukan nak sangat datang ED ni, tapi aku datang bawak ref letter dari doc dan aku cuma tanya kat kaunter tadi, kt mana aku nak rujuk! And he brings me HERE!

                Ok, tutup cerita pasal doc pompuan yang moody sebab sarat mengandung tuh. Ingat dah bersalin, tapi rupanya tak lagi.

                Nasib baik kali ni sesi consult aku dengan doc muda...cuma doc muda ni yang confuse dan pergi refer kat doc muka ketat tadi.

                Doc ketat ni dah raba2 kepala Aniq pun she still can say, no need to expose him to radiation! Nasib baik doc muda tak ikut cakap dia. She stick dengan nak buat x-ray jugak. Dan hasilnya dapat lah aku tengok satu kesan garisan panjang di tempat yang sama dengan gelembung tu, even tak de jawapan lagi untuk garisan tu but aku bit lega sebab dah notice sumthing wrong which is the sign is not normal for baby's skull .

                Ok berbalik kepada title, kenapa aku kata 7 years is still not enough for medic student? Sebab aku rasa dorang ni kena dapatkan extra time untuk biasakan diri berada di hospital sebelum betul2 memulakan tugasan. 

                Dear young doc, You should be more confident in front of your patient. Do not ever show your confuse, otherwise it will makes patient also be confuse with you. This is what I feel whenever one of senior doc in the same room trying to explain to this young doctor.

                Sebab soalan ni doktor lain (yg lagi senior tu) tanya kat depan2 aku:

                "Where did you do your medic & how many years?"

                "7 years in Ireland"

                Wednesday, July 6, 2011

                Ya Allah...Bantulah kuatkan semangat hambamu ini

                Hurm....semalam aku dah luahkan kat SANA pasal kerisauan aku. Balik rumah, tak puas hati...habis aku geledah nombor fon kengkawan aku yang bergelar doktor.

                Dan akhirnya Doktor Amin dapat aku hubungi:

                Ini lah JAWAPANNYA

                Dan pagi ni, mulalah mood aku berterbangan dan tercampak ke laut, memikirkan anak itu... Nasib baik bos aku memahami, dah jumpa beliau dan macam biasa, kalau bercerita soal anak2 ni...air mata mesti meleleh sekali :(

                "Kamu jangan fikir soal kerja, yang penting kamu kuatkan dulu semangat tu. Menjadi ibu kena kuat semangat! Kalau tidak, macamana anak nak kuat?"

                Aku buntu. Nak surf dan google pasal kes ni, tapi sampai blur tak tahu keyword apa yang aku harus taip :(


                Tuesday, July 5, 2011

                Tulang bontot terkeluar

                Maaf, tajuk je agak lucah. Tapi ceritanya tidak. Alkisah semalam aku telah meng MC kan diri, sakit sikit + mengada2 yang banyak kannnn.... Ntah la kat mana silapnya, tulang belakang aku yang hujung ni semacam je. Memang sakit yang amat lah kalau duduk lama/ baring lama pastu nak bangun.

                Aku plan nak gi berurut...tapi bila dengan cerita cleaner opis Kak Surti ni kata kalau dia urut, dia akan tolak tulang aku naik ke atas...terus aku serammmmm nak berurut! 

                Tak pe lah. Aku relakan diri merasai sakit2 manja ni...huhuu

                Eh, banyaknya nak hapdet ngan korang tau... Nanti aku lepas entry sikit2...hihi

                See u then!


                Saturday, May 14, 2011

                [Malam Jumaat] Bahana Pucuk Paku lawan Teh Ais Kaw!!!

                Hari Khamis (Malam Jumaat)

                Jam 7 malam - Biasanya masa ni aku dah siap-siapkan makan malam. Kena makan cepat-cepat, bagi anak makan kenyang-kenyang so dorang leh pengsan cepat kan... Nanti bermakna la sikit malam jumaat. Eh... 

                Tapiiiiii... Jam 7 malam aku kelmarin ada lah saat aku bertarung nyawa. Teringat masa nak melahirkan si kakak dulu. Sakit tu lah yang aku rasakan. Perut memulas...seram sejuk...kejang sehingga peha... Sampai kan aku mengerang kesakitan! 

                Si Kakak pun menelefon uwe (dengan bantuan papa dia): Uwe....mama angis... mama akittt....

                Ntah berapa kali sesi urutan berlaku untuk legakan kesakitan tu, aku pon tak ingat. Muntah tanpa henti... ada lah 5-6 kali kot. Sebijik rasa yang sama masa aku berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kakak. (Masa lahirkan adik pon tak macam ni, sebab sakit kejap je...dalam sejam dua..push..push...keluar segedebuk 4 kilo...hebatkan...ahaha)

                Jam 10 malam... sakit makin hebat, seolah-olah kepala bayi dah menyondol-nyondol jalan minta dibuka untuk dia keluar. Tapi hakikatnya yang menyondol itu adalah angin ribut taufan yang maha hebat sedang bergelodak dalam badan aku. Tekan sikit...erkkkkkkkkkkk.... tekan lagi...erkkkkkkkkkkk.. Tak putus-putus keluar (atas dan bawah), tapi masih sakit.

                Ralat bila laki aku masak special, tapi aku tak boleh nak makan... macam mana nak telan kalau angin berpusu-pusu nak keluar di tempat yang sama. Traffic jammed di situ. Sampaikan ada ketika aku dah terlelap menahan kesakitan dengan ayam goreng di tangan yang aku cuba habiskan. Tak sampai 5 minit terlelap, aku kembali bertarung nyawa lagi...

                Last aku tengok jam, pukul 11 lebih. Masa tu aku cuba jugak tutup mata walau sakit masih berbaki. Sepatutnya malam tu badan aku disimbah bau-bauan minyak wangi. Tapi malangnya bau minyak urut je yang ada. 

                "Maafkan sayang ye abang. Kalau sayang tau macam ni lah jadinya, memang sayang tak kan sentuh langsung kerabu pucuk paku itu. Tak tahu pulak sampai macam ni sekali kesannya."

                Tapi ada lagi penyebabnya yang aku rahsiakan. Takut hebat dimarahi jika diketahui...kih kih kih....

                Aku makan kerabu pucuk paku dan minum teh ais kaw! 2 gelas pulak tu..pagi dan tengah hari :)

                LinkWithin

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...