Showing posts with label Kahwin-Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin-Kahwin. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Udang Pengantin


Aku yakin dan pasti....kalau menu makan beradap ni mesti ada sepasukan udang-udang yang menjadi korban kan? Dan selalunya udang-udang ni terselamat dari menjadi santapan pengantin... Kenapa? Kerana ini...

(Azhan & Fatin)

Menjadi pengantin itu haruslah makan dengan sopan santun....tak boleh melantak banyak2 beb, kena control. Dan kena makan cepat2 jugak. Sebab ramai yang menanti nak jumpa pengantin kannnn... So, agak2 korang udang pengantin ni menjadi mangsa siapa???














Mestilah aku!


Kih kih kih... Saja aku makan lambat2...padahal tu...nak bedal lauk pengantin...memang tak berusik pon...depa pakat makan sesuap dua je... Sayang kan biar lauk tu membazir je, tak pe...aku tolong perhabiskan!

Tetiba tingat masa aku yang jadi pengantin dulu... Masa tu aku dah mengandung 4 minggu kalau tak silap (haaaaaa....jangan nak buat spekulasi bukan2 yek!). Dan hari persandingan tu merupakan hari pertama yang aku mula mengidam dan muntah2. Masa makan beradap tu kemain lagi aku telan air liur siap tengok makanan yang lazat2...sampai masa aku nak ngapp, ada makcik tukang mengarah ni suruh aku makan cepat2...jangan nak melantak lama2...perghhhhhhh....menyirap kejap. Tapi kontrol ayu je lah kannn...

Settle je tetamu dah balik semua...aku pon terus terjah dapur... Kat Lipis ni kalau kenduri tu dalam kol 3-4 ptg kerusi meja dah siap kemas. Aku pon apa lagi...cari balik lauk2 pengantin tadi... Tengok2 sedara mara aku tengah melantakkk...huarghhhhhhhhhhh....meleleh air liur aku...keciwaaaaaa...huhuu

Malam tu keluar makan satu family, order makanan2 spesel jugak sebagai menggantikan kempunan aku siang tadi... Lagi pon masing2 dah muak dan muntah darah tengok lauk kenduri... Tapi balik rumah habis aku muntahkannn... Tu lah muntah aku yang pertama untuk morning sickness :)







*Eh...eh...melalut plak...jemput makan ye semuaaaaa...



Tuesday, June 14, 2011

Jejak Kasihan

Masih lagi berkisar aktiviti semasa cuti, memenuhi undangan perkahwinan... Kali ni Ejoe dan pasangannya (lupa nama), kawan sekelas aku masa sekolah rendah, sampai Darjah 6.


Yang lebih mengujakan aku masa wedding Ejoe ni, boys & the gang masa aku darjah 6 turun padang, sekali dengan our fav teacher...Marlene Fernando! She's still single right now :) Aku je dah beranak pinak...ahaha...kalah cikgu kau... 


26 - 12 = 14 kan? Ha....kira-kira 14 tahun dah la aku tak jumpa dorang-dorang ni semua. Tapi ada sorang dua yang sama sekolah menengah, so tak lah sampai 14 tahun tak jumpa :) After 14 years... masing2 muka dah macam bapak orang walaupun kesemuanya bujang lagi...kih kih kih... Ramai yang dah berjaya menternak badan dengan success sekali, tahniah! Aku pon samaaaaaaa...huhuuuuuu

Menggunung Hadiah Perkahwinan!

Ini baru sebahagian ye kawan-kawan... Kira-kira jam 3-4 petang. Kenduri belah2 pantai timur ni, bawak sampai ke malam... So, bayangkan je lah hadiah yang diterima, ganda dua :) Tapi aku rasa faktor utama cousin aku dapat hadiah ni satu je, sebab bapak dia guru besar...pastu, orang yang kira dihormati gak la kat Besut nu...


Kalau dah buat majlis kat kampung tu, ni lah dia yang paling banyak dapat...berguna tau...aku aim, tapi tak de orang nak kasi...huwaaaaaaa.... sadis! kih kih kih...kat kedai pon dah RM 2.50 sekilo kan... Kira punya kira adalah dalam 70 kg++ jumlah keseluruhan gula pasir ni... Susu pekat manis pon ada dalam 10 tin kot..



Sesi membuka hadiah, dimulakan dengan pengiraan gula oleh ayah long aku (rambut putih). Jenuh nak mengira, nak bukak2 balutan surat khabar lagi kannn...


Dan sebagai habuan kami2 yang menonton ni, tuan rumah selaku tokey besar Tupperware telah menganjurkan satu cabutan bertuah untuk meng clearkan stok tupperware beliau yang menggunung tu...ahaha... Kata tokey kannn... Nasib kitorang baik malam tu, aku dapat....laki aku pon dapat satu...


Mak aku orang yang paling tak puas hati malam tu. Beliau selaku orang kuat masak memasak tak dapat cabutan bertuah tu sebab tak bertuah! Hihihii.... yang paling dia tak puas hati sebab apa nak tau tak????














Cabutan bertuah tu dia yang bagi idea :) Ahahaha....kesian mak aku, tapi last2 bapak aku dapat 'grand' prize, kira tupperware besar sikit lahh.... Ok lah tu umi :)


Monday, May 9, 2011

Cerita Kenduri Ujang & Yana!

Grrr....cemana lah aku boleh lupa, tak de entry pon lagi pasal ni rupanya....hurm..bila ingat2 balik, patut la aku leh lupa...lepas tu kan aku MC 2 hari... tapi aku ada edit satu gambar ni, khas untuk join kontest Kahwin Oh Kahwin! (Klik SINI)


Kepada pasangan pengantin baru: Jangan marah ek..ahkak gurau2 je tu :p

Monday, April 11, 2011

Cover Novel atau Kad Kahwin?

Cantik kan? First time aku dapat kad undangan macam ni. Tak tau lah kalau memang trend sekarang ni...tapi aku sangat suka konsep dorang nih. Tetiba rasa cam nak kawen lagi....erk! Time aku dulu kad kahwin sempi giler...

Alkisahnya...kedua-dua kawan aku masa kat Kolej Matrikulasi Johor ni bercinta dari form 4 lagi..dat's y dorang come out dengan konsep baju sekolah...cute kan?


Sapa-sapa lum kawen lagi tu, boleh la standby dengan idea camni plak... :)

Thursday, March 10, 2011

Kenduri Kahwin yang macam konsert Tok Ti

Update last weekend yang hampir basi:

Setelah mendapatkan macaron di sini, perjalanan pulang ke Kuala Lipis diteruskan. Sampai sana dalam kul 11 lebih camtu. Esoknya aku nak ke wedding Ali & Zura a.k.a Baied, teman sepersilatan aku masa kat Clifford High School dulu... Selembik-lembik kitorang ni pun, pesilat negeri Pahang tau...haha... Kadang tengok macam tak percaya je...hihiii... Baied ni partner aku main tongkat kalo tak silap..ke keris...aku lupa jap. Kena check balik medal aku..haha

Ni masa mula2 sampai kat dewan jubli...giler sesakkkk..hohooo...aku rasa tak lain tak bukan sebab Tok Ti ada la ni... orang beratur nak amik makanan sampai ke pintu dewan. Aku tak lah kemaruk nak makan. Tapi nak jumpa Baied je...sebab dah lama tak jumpa dia. Since aku tahu pengantin x sampai lagi...aku pon lepak luar je dulu. Sapa-sapa yang nak mentekedarah tu silakan lah. Aku malas nak sesak2 rebut makanan ni.


Gigih aku peluk hadiah tu, nak cakap kat satu dunia yang aku bagi hadiah kat pengantin...haha... Sebab aku ni jenis malas beli hadiah sebenarnya, suka hulur2 selit2 time salam je. Lam gambar tu anak-anak aku bersama uwe dan atuk dorang.

Kat bawah ni plak pengantin baru sampai, tengah tengok orang bersilat, tapi tak best lah. Budak2 ni bersilat ikut step! Orang ikut gerak hati..keyakinan, baru lah persembahan kau mantap beb! Ini nampak cam duk hafal lepas ni nak pukul sapa...nak buat bunga apa...ohhh....adik aku memang tak pandai melatih lagi! 

Masa ni aku selit gak muka aku sebab takut lepas ni tak sempat nak amik gambar ngan pengantin kan. Sama tak muka Ali tu ngan kakak dia? Aku tengok memang seiras...


MAsih tak puas hati gambar aku tak proper, aku selit gak masuk lam dewan..nak2 lagi bila kakak nampak cam ngantuk je..huhu..dan hasilnya....


Wahhh..geramnya aku...malamnya ko tak mo tido, time aku nak makan kenduri ko belasah tido plak dua beradik ni ye...huhuuu..Ni lah payah g kenduri ngan anak kecik. Sebbaik mak bapak aku ada sekali. So, mak aku gi line up nak makan nasik. Aku dah cakap, tak amik untuk aku pon xpe..pas ni kita gi lunch kat kedai je. Sebab aku tengok cam makanan tak cukup.

3 kali mak aku beratur. Kali ke 3 baru dapat. Tu pon bapak aku dengan ringan tulangnya telah pergi ke 'dapur' dewan, tolong penanggah angkut tong nasik bawak ke depan. Bapak aku ni gamaknya rasa bertanggungjawab since dia memang rapat dengan arwah bapak mertua Baied (bapak Ali). Cantik2 pakai baju batik sekali jadik penanggah..haha... tu lah dia bapak aku!


Ohh..ni dia hadiah yang aku bagi kat Baied..handmade lagi taw..nak tau isi dalam? Meh tengok kat sini. Ada sapa-sapa nak tempah leh la roger aku yep...hihi...Dan lagi tu nak promote. Padahal aku bizi cam hapa tah. Bila masa nya nak menjahit lagi pon aku tak tahu. Tapi kena carik masa lapang gak...adik aku nak kawin bulan 5 ni aku nak bagi hadiah sama je...hahahaaa

Sesi bertemu kawan lama... yang lain lupa nak snap gambar...ni kawan masa skolah rendah. Nama dia Zaharatul Aini, tapi kitorang panggil dia Sapatu..hihi...jangan marah yang...aku saja nak mengimbau kenangan lama... Masih single, tapi dah berpunya. Dalam ramai-ramai kengkawan aku, aku sorang je express.... Orang lain baru anak 1..baru nak kawen..baru nak tunang... Aku je cepat sangat sampai 2 dah...hohoooo


Lepas dah dapat makan (tu pon bersuap ngan laki aku), orang makan beradap kat depan, kau pun nak jugak makan beradap kat belakang yang tak berapa nak beradab la kan...padahal nak jimat pinggan dan tak mo kotorkan tangan aku...hahahaa

Aku gigih tunggu sampai pengantin siap makan..sebab nak gak bergambar kenangan ngan dia... Cantik kan kawan aku? Pas nih aku rasa mesti dia jadik model..untung2 Tok Ti lamar dia jadi model SimplySiti pulak...hihii..Almaklumla..Tok Ti kan suka bantu kaum keluarga adik beradik.... :)


Last but not least, dah nama pun kenduri kaum kelorga mereka kan..haruslah aku tempek gak gambar Tok Ti hari tu. Masa ni dia nyanyi untuk pengantin. Lagu Cindai. Lagu-lagu lain aku tak ingat, sebab tak fokus. Sebok nak gambar ngan pengantin je..hihii


Eh..aku baru perasan..lengan baju dia lain-lain ek?

Wednesday, March 2, 2011

Album kahwin kena makan dengan anai-anai!!!

Semalam masa aku tengah menyelongkar lemari kabinet yang baru aku beli beberapa bulan yang lalu untuk mencari barang2 nak buat hadiah kawen untuk adik dan bakal adik ipar Siti Nurhaliza (kenduri this coming Saturday), aku terjumpa la album kahwin yang aku sorokkan dari kakak. Damn!!! 

Giler terkejut kau! Kena makan dengan anai-anai....arghhhhhhhhh....dah la softcopy pun ntah mana-mana aku campak!!! Album memang jahanam terus. Tapi nasib baik semua gambar tu terletak kat tengah...ada sekeping je kot yang mereka sempat ngap...huhuuuuu....Terkedu kejap. Dan-dan tu laki aku terus nak keluar, gi beli ubat anai-anai.

Yang aku plak terus congak-congak buat kira-kira... Bukan nak buat album baru! Tapi aku tengah kira duit aku, cukup tak nak buat bayar deposit pindah rumah baru!!! Sakit hati aku...satu-satu barang musnah. Tak leh jadi ni... Lemari baju aku dalam bilik tu entah-entah dah retak menanti belah..huhuu...Makin lama aku stay sini, makin banyak duit aku habis agaknya.

Nak tunggu beli rumah aku rasa maybe by early next year kot baru dapat :( So, patut ke aku pindah cari umah sewa lain???

Ops...sebelum tu, sebut pasal kawen ni nak tunjuk gambar gi kenduri Ahad lepas... Both Saiful & Salina ni merupakan teman sepersilatan aku. Yang Abang Saiful ni tahap otai giler dah. Rindu kat bebudak silat. Err...lepas ni aku nak bersilat semula lah...Agak-agak laki aku bagi ke? Hihiiiii....... 



P/s: Kebaya aku sebelum kawen tu...hehe...masih boleh dipakai, tak de mana-mana part yang sendat pon...semua sama macam dulu...Bangga giler wehh!

Aku: Bekas pesilat negeri pahang tau... Jangan pandang ku sebelah mata....hehe

Monday, February 7, 2011

Apa yang rugi kahwin awal???

sumber: Google

Ini lah dia ye kawan-kawan...Haha...tu je pon...lain tak de yang ruginya kawen awal ni... Lagi best bila orang datang tegur kau...

"Mana mak budak ni? (merujuk kepada Aniq Zaquan) Dari tadi makcik nampak anak je yang dukung?"

Apa nak jawab? Kembang yo lah idung tuh! Haha....giler perasan muda terus! Lagi melopong bila aku tunjuk...

"Tu anak sulung saya mak cik...baby ni yang nombor dua dah..."

Bangga kan? Makcik tu pon terus lah bercerita...bestnya aku dapat kawen muda-muda.... Dia kata sek sok anak-anak dah besar aku bleh geng je ngan dorang.... Can't  wait to enjoy da moment!

Eh...terbabas! Aku nak citer pasal angpow ni ha.... Rugi aku kawen awal pasal angpow ni je pon...huhu....Dulu masa lom kawen lagi...sumer staf2 yang dah kawen ni bagi aku angpow..masyuk gak masa tu..tak termasuk bos bagi pon dah bleh dapat RM 100++. Duit raya aku masa kecik-kecik dulu pon tak banyak macam tu sekali tau.

Sayangnya...hanya setahun je aku enjoy moment tu... :(

Aku: Nasib baik aku nikah lepas CNY masa tu...kot gatal lagi nikah awal, memang tak merasa la dapat angpow... Sekarang ni rezeki anak-anak la pulak nak dapat angpow..Ohhhh...tuanya aku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...