Memaparkan catatan dengan label kawan-kawan terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan-kawan terbaik. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Jom kahwin!

Salam pembuka bicara..

Apa lah~ Dah petang baru nak update.

Minggu lepas banyak sangat jemputan sampaikan ada jemputan yang tersilap tengok tarikh. dush. Terutamanya hari ahad. Memang banyak tempat yang harus dipenuhi. Sampaikan saya terpaksa minta kawan yang berikan hadiah kepada pengantin. Ya, saya tahu memenuhi jemputan adalah wajib.

Nak tahu ucapan yang terbaik untuk pengantin? [klik sini]

Antara jemputan yang sempat saya print screen adalah:

Sabtu, 4 Jun 2011
Ini adalah jemputan di Serdang. Mohon maaf kepada pengantin kerana saya tak dapat hadir majlis beliau. Saya perlu memenuhi jemputan di Pahang pada hari sabtu itu. Ingat kan nak pergi ke rumah beliau pada hari jumaat (waktu malam) tapi sebab beliau tak balas mesej, saya tak jadi lah pergi. Takut juga menganggu beliau. Akhirnya, jumaat malam itu saya menonton X-men First Class di The Mines.

Satu lagi jemputan adalah di Pahang dimana jemputan yang saya penuhi. Tiada gambar dalam simpanan saya.

Ahad, 5 Jun 2011
Sangat banyak jemputan.
Ini jemputan daripada kawan Z di Jengka. Jadi, saya pun terjebak sama dalam jemputan ini. Tapi kami tak tunjuk muka pun. Z hanya kirimkan hadiahnya kepada salah seorang kawan dia yang akan pergi ke majlis ini.

Ini pula jemputan daripada pasangan doktor di Puchong. Kedua-duanya adalah doktor. Pengantin perempuan adalah sahabat baik saya di sekolah rendah. Sekolah menengah, kami berdua sama-sama masuk asrama yang berlainan. Tapi semasa di matrikulasi, kami berjumpa kembali malah satu lecture hall (kira belajar sama-sama jugalah).

Ini pula jemputan dari rakan sekolah rendah juga. Masih di Puchong. Jiran rumah ayah saya di Puchong. Majlis bertemakan biru dan pink. Sangat unik gabungan warna ini.

Ini pula jemputan yang saya salah tarikh. Sila lempang saya. Saya ingatkan 5 Jun adalah majlis di pihak perempuan rupanya lelaki. Rakan saya adalah pengantin lelaki. Saya sudah inform rakan saya bahawa yang saya akan datang ke majlis pihak perempuan kerana majlis lelaki di Penang. Sangat jauh untuk saya pergi. Majlis di Batang Berjuntai lagi mudah untuk saya pergi tapi sayang, majlis perempuan rupanya pada 29 Mei 2011. Nasib sebelum pergi saya sudah perasan kalau tidak, buat malu je.

Seingat saya, minggu ini tak ada jemputan kahwin daripada rakan-rakan saya. Tapi minggu depan dan minggu seterusnya pak su saya kahwin.

Barakallah untuk semua pengantin dan bakal pengantin.

xoxo

Khamis, 26 Mei 2011

Keyword dari search engine

Salam pembuka bicara..

Tak pasti samada hari ini saya speechless atau saya memang nak merepek. grr

Semalam, saya melihat-lihat keyword yang pernah terterjah ke blog ini. Salah satu hasilnya adalah 'senyuman gadis jujur dan setia'. grrr. Nak tahu tips senyuman termanis ke?

Atau nak belajar macam mana nak kenal senyuman ikhlas? Maaf saya tiada tips untuk itu. Kalau senyum kat luar nampak ikhlas tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Mungkin senyuman itu macam ni kot.

Lagi satu keyword dari nuffnang adalah 'Nazihah Nasiman'. grr.. Kenapa nak cari dia? Kamu ada buat salah dengan dia ke? Baik gaku siapa yang cari.


Macam mana pula Nazihah Nasiman ni boleh sesat kat sini? Ok. Ok. Nazihah ni kawan terbaik saya. wee. Kamu buat dia seram ok masa saya bagitahu dia pasal hal ni? Mungkin sebab entri ini kot nama dia boleh tersesat kat sini. Entri di mana jiha mewakili UiTM dan dapat tempat ketiga dalam pertandingan mereka cipta application untuk telefon bimbit samsung. wee, best sangat dapat wang tunai dan smartphone daripada samsung juga. Buat saya rasa bangga dengan dia. *hugging*

Masa raya lepas, kami ada tangkap gambar dengan senyuman yang superb jujur. Nak cari ini ke? Jangan ok!

Persamaan kami? Dua-dua ada lesung pipit, dua-dua sama tinggi. Ada lagi tapi malas nak show off tak baik.

Ok lah, sambung buat kerja. Bye!

xoxo

Isnin, 16 Mei 2011

Segalanya tentang cikgu

Salam pembuka bicara..

sumber: google

Selamat hari guru buat semua guru-guru. Maafkan kalau anak didik ini banyak melakukan kesilapan atau mengecewakan kalian. Terima kasih sebab selalu melayan kerenah anak didik ini yang selalu tanya banyak soalan, yang ganggu masa rehat, yang ganggu masa balik rumah, yang ganggu masa istirehat di rumah. Terima kasih sebab luangkan masa untuk saya walaupun ketika waktu cuti. Terima kasih sebab melayan kerenah saya yang tak puas hati kalau jawapan saya salah. Terima kasih juga sebab rotan saya sebab saya ponteng sekolah, ponteng solat subuh di surau, ponteng kelas prep juga dan tak dapat jawab soalan sejarah.

Sekolah pertama saya haruslah sekolah tadika,
Tadika Intan Jaya di Seksyen 19 Shah Alam.
Saya mula bersekolah pada umur 4 tahun sebab tengok kawan-kawan saya pergi sekolah. Suka sekolah situ sebab cikgu pandai main piano.

Sekolah kedua di Tadika Kemas Felda Gedangsa.
Kali ini bersekolah di kampung sebab masa ini kami sekeluarga berpindah ke Puchong Perdana. Waktu ini berumur 5 tahun setengah. Kenangan yang dapat ingat, ada seorang budak lelaki suka bagi perhatian kat saya. hu. Tapi dah ingat siapa nama dia. he. Kenangan lain, doktor gigi datang ajar cara gosok gigi. Pergi balik sekolah arwah atuk tersayang datang ambil dan hantar. Waktu ini tinggal dengan nenek dan atuk la.

Sekolah ketiga di Tadika Kemas Puchong Batu 14.

Hasil google

Berumur 6 tahun. Sekolah pagi. Pagi-pagi banyak anjing. Kena lalu taman permainan baru sampai pintu sekolah. Seingat saya, ada dua orang kawan kena gigit dengan anjing liar itu.

Sekolah keempat di Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14.

hasil google

Nama cikgu yang paling saya tak boleh lupa ialah Zhaliah bt Abd Aziz. Kat mana cikgu ini sekarang saya tak tahu. Saya ingat cikgu ini sebab saya anak murid kesayangan. wee. Cikgu suka sikat rambut saya waktu ini. Tapi belajar sampai darjah 3 saja sebab ada sekolah baru yang lagi dekat dengan rumah. Batch saya baru ada ujian PTS. Tak ingat lah nama penuh PTS. Penilaian Tahap Satu kot. Yang budak tahun 3 lompat kelas masuk tahun 5. Sekarang dah ada ujian ini dah.

Sekolah kelima di Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP).
Alamak tiba-tiba lupa nama cikgu. dem. Cikgu Matematik merangkap cikgu Kajian Tempatan, Cikgu Salmah kalau tak silap. Cikgu ini memang best. Sebab selalu kena puji, memang lah best. Cikgu ini juga suka bagi homework banyak-banyak. Sehari ada dekat 200 soalan cikgu bagi. Kadang-kadang lebih. Sorry sangat-sangat cikgu sebab kerja sekolah cikgu bagi banyak sangat, soalan matematik yang tak perlu tunjuk cara kerja, saya kira pakai kalkulator ayah saya je. Kalau tak sempat, ayah dengan mak saya yang tolong buat. Sampai sekolah, saya bagi kawan-kawan pinjam buku saya pula. Cikgu ini tinggal sebelah rumah saya je. hek. Tak tahu buat, saya pergi rumah cikgu aje lah. Terima kasih cikgu. Kalau bukan homework yang banyak sangat itu mesti saya tak jadi macam sekarang, tak masuk asrama, tak masuk universiti dan tak jadi nutritionist. Terima kasih juga sebab cikgu pujuk saya masa result UPSR keluar. Frust sebab tak dapat 5A. Cikgu sains pun sama. Tinggal kat sebelah rumah juga tapi cikgu lelaki bujang. Kena ajar luar rumah aje lah. Rindu sangat nak kembali masa zaman sekolah rendah.

Sekolah keenam di SMK Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang.
sumber: google

Masa ini tinggal kat asrama juga. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK). Kalau kat sekolah, saya jadi pengawas. Tapi masa form 2, saya ada juga buat jahat. Cikgu Afifah tak suka bau minyak cap kapak. Sebab nak balas dendam kena cubit, saya sapu sikit minyak cap kapak kat papan hitam masa cikgu nak masuk mengajar. Masa form 3, ada juga lari dari sekolah sebab cikgu selalu tak masuk kelas atau cikgu mengajar sampai saya tertidur. Kadang-kadang pergi sekolah tak pakai tali kasut. Tudung sekolah saya tak berjahit sebab saya tak suka pakai tudung sekolah yang licin tu. Jadi beli tudung bawal kosong yang tak ada manik, saya jadikan tudung sekolah. Lencana dengan name tag semua cucuk guna jarum peniti. Saya bawa handphone pergi sekolah tapi sorok dalam blazer pengawas.

sumber: google

Kat asrama, pernah kena rotan sebab ponteng sekolah dan buat party dalam dorm. Tak best kena rotan depan junior tapi kenakalan itu yang buat saya ada satu memori indah untuk dikenang. Sorry pengetua sebab selalu lepas balik sekolah hari jumaat, saya terus cabut balik rumah. Masa ini kami sekeluarga sudah pindah dekat Sijangkang.

sumber: google

STAR lah sekolah terakhir saya. Lepas itu, masuk matrik Perak. Tempat belajar paling cantik adalah KMPk. Terima kasih buat semua cikgu.

p/s: Ada tak antara kalian yang satu sekolah dengan saya?

xoxo

Selasa, 26 April 2011

3 perkara yang buat tersengih

Salam pembuka bicara..

Ada tiga perkara yang menggembirakan saya hari ini.

Pertama
Cuti saya telah diluluskan. hek. Itu pun nak kecoh. Maka, weekend ini saya dapat berhoneymoon dengan kawan-kawan saya secara aman dan damai lah. Sangat rindu pada kalian. hu. Sebenarnya setiap hari sabtu, saya memang bekerja tapi kerja half day lah. Tapi kan 2 Mei tu sepatutnya cuti tapi kami tetap kena bekerja. Masa itu, saya masih berhoneymoon lagi, tetap nak cuti.

sumber: google

Kedua
Z naik gaji. yippie! Boleh paw. hukhuk. Nak minta handphone baru boleh? Confirm kena lempang laju-laju. Ok. Rezeki orang nak kahwin boleh? Baru semalam Z kata nak buat part time, sekali hari ini dapat tahu naik gaji. wettt

sumber: google

Ketiga
Rupanya hari sabtu ini, saya akan ke Penang bersama Hajar, Ili, Sherin, Nida dan lagi sorang adalah surprise untuk kawan-kawan saya. Balik dari Penang mesti kena basuh kaw-kaw dengan Z sebab dia dah banyak kali cakap tak payah pergi. hukhuk

sumber: google
xoxo

Isnin, 25 April 2011

postpaid lebih baik!

Salam pembuka bicara..

Semalam saya bertumbuk berborak dengan seorang adik ni. Kami cerita mengenai postpaid dan prepaid.
Pada saya kedua-dua plan ini ada kebaikan dan kekurangan sendiri. Semuanya bergantung kepada penggunaan individu. Tapi saya memilih untuk menggunakan postpaid sebab lagi jimat. Semata-mata lagi jimat.

Dulu, masa guna prepaid, saya selalu tak faham kenapa orang kata postpaid lagi murah dan berbaloi dan sekarang baru saya faham.

Prepaid seolah membebankan saya.
Masa saya menggunakan prepaid, penggunaan wang yang saya guna kan untuk membeli topup adalah sebanyak RM100. Kadang-kadang lebih dari RM100 sebab saya selalu bersms dengan Z. Bercakap dalam telefon jarang-jarang sebab saya takut kredit habis. Kedekut gile la. Saya selalu dapat sms dari push mesej yang tak pasal-pasal tolak kredit saya. Walaupun, saya menggunakan celcom upax dan hotlink youth club yang sememangnya murah tapi perbelanjaannya tetap tinggi untuk orang yang macam kedekut seperti saya ni. huk

Dah cuba baru tahu


sumber: celcom


Sebelum mula nak guna postpaid, macam takut terbeban dan takut ada kos-kos tersembunyi. Tapi disebabkan ada yang kata lagi murah maka saya pun mencuba. Jadi saya beralih dari celcom upax ke celcom exec. Dalam masa yang sama, saya menggunakan plan celcom 1+5 sebab Z jadi macam supplementary line saya. Maka, setiap bulan kami wajib membayar sekurang-kurangnya RM65 dimana celcom exec yang saya pakai adalah RM50 dan Z yang menjadi sub-line setiap bulan perlu membayar RM15.

Buktinya


Setiap bulan kos bil yang perlu saya bayar adalah tidak melebihi RM53. Dan Z pula kebiasaannya tidak melebihi RM30. Dan ternyata penggunaan postpaid murah hampir separuh dari kos saya membeli topup. Dan Z juga akuinya. Kalau kita guna lebih, maka kita perlu bayar lebih. Oh ya, bil bulan 1 tu RM30 sebab bulan 12 tahun 2010, saya bayar lebih.


Berhubung dengan Z dengan percuma
sumber: celcom

Saya dan Z bole bercakap dan bersms tanpa sebarang kos. Segalanya adalah percuma. Walaupun, celcom ada had limit masa bercakap dan sms antara saya dan Z tapi had limit itu terlalu banyak bagi kami dan kami tak pernah guna sampai habis limit.


Peace of mind
Tiap-tiap hari boleh bergayut dengan Z. Saya tak perlu takut kredit habis. Sentiasa lega sebab sentiasa update dengan cerita member-member. Boleh bergayut dengan member dengan tenang sekali walaupun member-member guna maxis. Saya memang malas nak taip mesej, suka call jadi habit ini tidak perlu dihadkan. Sentiasa relax je, tak risau kredit habis. Masa emergency pun, tak perlu risau. Disebabkan saya dan Z berhubung secara percuma, jadi RM50 ini adalah untuk rakan-rakan saya.

xoxo

Selasa, 22 Februari 2011

Jom sertai faceblog

Salam pembuka bicara..

Ini adalah entri promo. Saya hanya copy dan paste dari faceblog. Mari para blogger semua kita sertai group komuniti ini.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG.

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK.

SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


TERIMA KASIH
Saya sudah sertai. Kamu bila lagi?

xoxo

p/s: rajin-rajinlah tekan nufnang dan HB saya. Saya tengah kumpul duit kahwin ni. Sumbangan kamu amat saya hargai~

Isnin, 21 Februari 2011

tema majlis perkahwinan

Salam pembuka bicara..

Semalam ada seorang kawan minta saya cadangkan pada dia warna tema bagi majlis perkahwinan dia. Saya pastinya tak akan cadangkan warna tema yang saya impikan untuk majlis saya. Walaupun sebenarnya lama lagi. he.

Saya tak cadangkan warna gold sebab seorang sahabat saya, cik ili akan gunakan warna gold untuk majlis dia. Maklumat warna gold ini adalah maklumat yag saya tahu buat masa inilah. Tak tahulah kalau tiba-tiba bertukar!

sumber: google

sumber: google

Lagi satu warna yang saya tak cadangkan adalah krim sebab masa majlis perkahwinan seorang sahabat kami, dia menggunakan warna ini.

sumber: safyah ihsan's facebook

sumber: google

Oleh kerana, majlis pertunangan beliau menggunakan tema oren dan hijau.

sumber: ct hajar's facebook

sumber: ct hajar's facebook



Maka, saya cadangkan warna:
a) aqua blue + white
sumber: google

sumber: google

b) blue (light blue /torquise /aqua blue) + purple
sumber: google

sumber: google

c) blue + pink
sumber: google


Baru saya tersedar cadangan di atas kesemuanya bersumberkan biru. Dan tiba-tiba, saya mencadangkan kuning warna diraja. Dah kata raja seharikan?

sumber: google

sumber: google

xoxo

p/s: silalah klik-klik pada nuffnang dan heartbeat. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih.

Jumaat, 11 Februari 2011

event besar lagi~

Salam pembuka bicara..

Selain Karnival WOW Putrajaya, ada satu lagi event besar. Tapi event ini di SACC Mall. Buat mereka yang merancang untuk berkahwin. he. Boleh lah melawat ke SACC Mall hujung minggu ini. Eh, yang belum nak kahwin pun boleh juga pergi. Mana tahu dapat beberapa input.



Saya teringin nak pergi tapi tak dapat juga lah~ Tak pe. Bukan nak kahwin sekarang pun. lalala. Tahun depan harus pergi ye Z.

Punya lah nak sangat pergi sampai saya ingat event ini minggu lepas. Nasib half-way baru teringat tarikh hari itu 5 Feb 2011. Cik nida dah bebel-bebel kat saya sebab salah tarikh. Untuk nida, bulan depan kalau dorang buat area sini kita pergi ea.

xoxo


Khamis, 10 Februari 2011

Karnival WOW Putrajaya!!

Salam pembuka bicara..

Jom ramai-ramai kita gegarkan karnival WOW Putrajaya hujung minggu ini.


Tengok!! Banyak kan aktivit yang akan dianjurkan. Tahun lepas saya ada pergi ke Hot Air Balloon. Ingat tahun ini nak pergi karnival ini kalau tak ada apa-apa halangan.

Tiba-tiba, saya terfikir Putrajaya itu dekat sangat kot dengan Tanjung Malim sampai tiap-tiap minggu turun sana. Dulu masa belajar di UPM memanglah sakan nak pergi tapi sekarang dah lain.

Z kata tak payah pergi. Simpan duit untuk kahwin. Bukan bukan. Simpan duit untuk beli rumah. he.

xoxo

Ahad, 30 Januari 2011

Pening dengan ilmu perubatan

Salam pembuka bicara..

Saya mungkin akan sangat sibuk buat beberapa hari ini sebab saya dalam proses membantu seorang kawan yang mana seorang pelajar kejururawatan di fakulti saya (bekas) dan bergelar ibu dan isteri. Saya tolong beliau menyiapkan dan memberi idea mana yang saya mampu untuk tesis beliau. Saya lakukan atas dasar kawan tapi beliau tetap nak bayar saya. Makanya, bertambah lah tabung simpanan saya. I like~

Pening juga ini. Sebab dah lama tak masuk ilmu-ilmu perubatan. adoi~

Oh ya, ada seorang rakan sekerja yang sedang buat pengajian jarak jauh yang sanggup bayar saya RM700 semata-mata untuk siapkan tesis beliau tapi saya menolak sebab saya rasa saya tak mampu menyiapkan tesis beliau dengan sebaik mungkin. Yang saya mampu adalah memberi salinan tesis saya dan jurnal-jurnal saya kepada beliau sebagai rujukan.

Baru saya sedar, saya yang dulunya seorang pelajar sepenuh masa tanpa ada tanggungjawab lain pun sudah stress dan merungut-rungut untuk siapkan tesis sehingga hilang keinginan untuk sambung belajar. Lagi lah mereka yang sememangnya ada tanggungjawab lain. Kagum.

Entri seterusnya mungkin entri yang memang sudah lama tersimpan dalam draf. hekhek

xoxo

Selasa, 25 Januari 2011

Impian ku musnah

Salam pembuka bicara..

Saya sudah pulang berkencan masa entri ini ditulis. hiks. Saya nak bagitahu musnah semua angan-angan.

Z saya ini kedekut sikit. he. (jangan marah ea budak busuk). Plan yang konon nya nak makan di Seoul Garden tak jadi sebab kami ke Jusco Bukit Tinggi macam dalam post ini.



Saya pujuk nak makan kenny roger's macam hari itu tapi dia kata tak kena dengan selera dia hari ini.




Akhirnya, kami makan prosperity burger di Mc D. Tinggi lemak okeh.




Habis makan, saya merungut 'jom makan buah dan salad'. Merungut banyak kali confirm boleh dapat sebab Z tak tahan dengar saya sebut-sebut banyak kali. he. Tak lengkap hidangan saya tanpa sayur dan buah.

Then, sama-sama tengok wayang cerita khurafat. Kenapa saya rasa cerita ini tak seram ea? Tapi thumb up la sebab pengakhiran cerita dia menarik. Tak sama macam kebanyakan cerita melayu yang saya pernah tonton.




Plan nak pergi  taman botanic pun tak jadi sebab jauhnya Klang dengan Putrajaya. Dan Z nak balik ke Ipoh pula. Nak tengok baby baru pun tinggal mimpi saja lah.

Sebelum balik, kami berwindow shopping dulu. Jalan-jalan dalam jusco sekali ternampak ada tiffany & co. Tak sangka ada booth dalam jusco ini. Maka, kami cuci-cuci mata la dengan cincin-cincin dulu. Z berhenti pada cincin ruby.

Z: Nak yang mana?
D: Nak yang kecil.

Lepas itu dia tunjuk pada saya cincin yang berpotongan princess tapi batu dia dekat luar. Macam gambar kat bawah ni. Tapi warna batu warna merah lah sebab ruby kan?

Sumber: google

D: Tak nak yang itu. Saya tak suka. Tak cantik.
Z: Itu lah yang kecil. (Dasar betul)
D: Z, saya tak suka cincin yang batu dia terkeluar. (Tapi cakap dalam hati saja sebab nak jaga hati sale assistant (SA) yang ada kat depan tu)

Collegue saya cakap cincin yang saya suka macam sesuai untuk lelaki. Beria saya nafikan. Tak lah perempuan pun boleh pakai. Lelaki mana boleh pakai emas. he. Alasan lagi, nanti dah ada baby, dia nak gigit-gigit je batu itu. Kalau tertelan macam mana. hu. Collegue saya cakap 'pandai la dira. kahwin pun belum lagi nak cerita pasal anak'. hekhek.

Saya suka princess cut tapi kalau boleh nak minta yang macam ini.
sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

atau

sumber: google

Muchuk, boleh kan?! hek. Jangan pengsan taw. 

xoxo