Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2011

Percutian yang menjimatkan

Salam pembuka bicara..

Nak cerita pasal vacation. Saya memang suka berjalan-jalan. Oh ya, entri ini macam kurang kena dengan tajuk kat atas tu. Tapi tetap berkisarkan mengenai percutian. Nanti saya akan bagi tip ok!

Tempat paling menarik selama saya berjalan-jalan ini adalah Sabah.

Nak tahu boleh baca post ini, ini, iniini, ini, ini dan ini.

Semua entri itu adalah sewaktu percutian saya di Sabah (Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu). Percutian itu jadi menarik sebab saya bercuti beramai-ramai dengan rakan-rakan saya sewaktu dalam kepeningan membuat dan menyiapkan tesis. Kami lari sekejap dari kesibukan bertesis.

Next vacation yang paling terdekat adalah pergi Penang. Semalam saya telah masukkan duit deposit untuk booked homestay. Dan malam tadi tuan rumah homestay tersebut menghantarkan emel yang mempunyai map untuk ke homestay tersebut. Makin excited bila nampak laut. Baru tengok gambar sahaja tu.


Kali ini percutian macam reunion kecil sebab masing-masing sudah sibuk dengan jadual waktu bekerja dan ada yang masih meneruskan pengajian dalam master dan PhD. Secara tak langsung percutian ini, ala-ala bachelor party untuk kawan saya yang akan berkahwin bulan Oktober nanti serta birthday party untuk salah seorang dari kawan saya.

Selepas majlis perkahwinan kawan saya pada bulan Oktober nanti. Ada satu lagi vacation. Kali ini saya akan ke Labuan. Tiket flight saya dah beli. Nak excited jugak.

Tiket ini saya beli masa air asia buat promotion baru ini. Murah je. Berbaloi pula tu.

Untuk 6 orang, baru RM390. Tapi memang sejak dari belajar asal beli tiket flight, saya tak akan beli untuk insuran dan luggage.

Saya fikir untuk bagi present untuk follower saya nanti selepas balik dari kedua-dua vacation ini sebagai souviner dan tanda penghargaan untuk kamu semua. Agak-agak siapa akan komen entri ini ea. Mungkin orang yang memberi komen adalah yang bertuah.

xoxo

p/s: oh ya, jangan lupa tekan nuffnang saya kat tepi tu. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih

Khamis, 13 Januari 2011

Ranau dan Kota Kinabalu

Salam pembuka bicara..

Sambungan [post],  [post],  [post],  [post],  [post] dan  [post]

Malam kedua di Ranau, saya banyak menghabiskan masa di rest house. Penat okeh! Makan malam pun di kafe rest house sahaja. Saya tak ingat lah makan apa.

Kononnya, nak berkaraoke tapi rupanya karaoke kat rest house ini guna CD karaoke saja. Ko ingat ni alamanda nak demand bilik karoake macam alamanda. Maka, kami pun tak jadilah berkaraoke. Kawan-kawan yang lain merayap ke Pekan Ranau sebab nak pergi ke fun fair. Saya cuma tinggal bertiga sahaja di rest house. Bosan tahu.

Tapi ada hikmah saya berlepak di kafe sambil berwifi sebab tak lama lepas itu black out. Kalau dalam bilik, confirm nangis sorang-sorang. hua. Mak cik kat kafe ini cakap kat sini memang selalu black out. Rupanya, ramai juga orang buat meeting di rest house ini. Malam saya berlepak di kafe ini ada orang-orang kampung ke cikgu-cikgu buat meeting. Lagipun, di rest house ini memang sediakan wifi percuma untuk orang-orang kampung. hu

Keesokan hari, kami melawat ke Tagal Luanti. Di post ini ada cakap kami tak dapat masukkan sebab hari hujan. Bayaran masuk kalau tak silap RM 10 tapi kami buat muka kasihan dengan mak cik dan pak cik ini. Maka, dapatlah bayaran untuk budak sekolah RM 5. he. Baik hati ok mak cik ini.

Pinjam muka hajar lagi. Maaf ya malas nak cari gambar lagi. he

Hampir tengah hari itu, saya dan kawan-kawan saya bergerak ke Kota Kinabalu.

Tapi sebelum itu, kami singgah di Tamu Tamparuli. Di sini banyak jual cenderahati-cenderahati. Saya beli gelang yang ada kristal dan mutiara. Tak ingatlah saya beli berapa tapi agak banyak.

Dalam perjalanan, ada berhenti di satu kedai di tepi jalan. Kedai ini ada jual buah tarap. Sedap buah ini. Tekstur kulit buah tarap macam karpet tahu.

Penginapan kami di Kota Kinabalu adalah di Seapark Condotel, Tanjung Aru. Kami booked bilik keluarga yang sangat besar dimana boleh memuatkan 9 orang di dalamnya. Sebenarnya, bilik ini untuk 5 orang sebab ada 5 katil single. Macam biasalah, kami cantum-cantum kan katil supaya muat untuk tidur beramai-ramai. Best okeh tempat ini sebab dia ada swimming pool. he. Walaupun, tak berapa pandai berenang tapi bermain di tepian pun cukup memuaskan hati. he. (Dasar orang tak tahu berenang kan).

Rate bilik ini adalah RM 110.

Sarapan juga disediakan untuk 5 orang. Kawan-kawan saya memang baik hati. Tak berebut pun siapa nak ambil pakej sarapan pagi ini. Semuanya kata "ko nak makan kan? ko pergilah". Best kan ada kawan satu trip macam ini. hu. Sayang korang.

Kami tiada aktiviti spesifik di KK sebab masing-masing ada plan sendiri. Sebenarnya, ada plan nak pergi pulau tapi tak jadi sebab takut terkandas bila air bergelora. Musim hujan kan?

Untuk makluman, pengangkutan di sini adalah sendirian berhad. Sebab pada kami, kami perlukan pemandu pelancong untuk berada di Ranau dan Kundasang sahaja. Pemandu pelancong saya di sini adalah kawan-kawan saya yang menetap di sini. he. Kami berpecah kepada dua kumpulan. Lagi satu kumpulan berpemandu pelancongkan pak cik salah seorang dari kami. (tah apa-apa lah ayat kan).

Maka, saya boleh ceritakan tempat-tempat yang saya pergi sahaja lah.

a) Pasar Filipina
Mata saya rabun dengan mutiara. Mutiara ada dua jenis iaitu mutiara laut dan sungai. Mutiara laut mahal tapi mutiara sungai murah sangat. Tapi bentuk mutiara sungai tak secantik mutiara laut dan tak berapa menyinar. Ada kawan saya kata mutiara ini kalau kita simpan dalam almari di celah-celah baju dan gelap boleh beranak tahu. Tapi hasilnya dalam bertahun juga lah. Mak cik dia pernah buat. Saya ada belikan mak saya gelang tiger eye. Cantik. Tapi say tak ingat lah belikan ayah saya apa.

Di bahagian belakang pasar filipina ini ada banyak kedai makan yang jual seafood. Heaven gila. Saya makan sampai kenyang. Menu malam itu nasi putih 7, ikan belahak saiz sederhana besar, ikan bersaiz besar (saya tak ingat nama ikan ini), ikan pari sederhana kecil, sotong besar-besar dalam 10 ekor, udang 15 ekor dan saya tak ingat makan apa lagi. Semuanya berharga RM70.++. Murah kan termasuk air juga untuk 7 orang? Kawan saya yang belanja, haruslah murah.

b) Tanjung Aru
Kalau nak makan malam di sini pun boleh tapi harga agak mahal. Saya melepak sahaja di sini sambil tengok orang main freebies (betul ke eja) ala yang piring terbang-terbang itu (bukan UFO tahu) dengan skating atas air itu. Pertama kali tengok main skating atas air, excited sedikit.

c) Centre Point
Berwindow shopping kat sini. Sama macam shopping complex yang ada kat Semenanjung.

Tayang muka sendiri. Baik kamu baca sambil tutup mata sebab lepas ini kamu mesti rasa nak muntah.

d) Universiti Malaysia Sabah
Terdating pula malam-malam. he. Round round UMS dengan kawan satu asrama masa sekolah dulu. Dekat bahagian atas bukit boleh nampak pemandangan laut yang sangat cantik. (Kawan saya cakap). Tapi sebab saya pergi malam makanya tak nampak apa-apa.

e) Swmming pool
Tempat tinggal dah ada swimming pool. Haruslah terjun masuk dalam kolam. Mandi dari pagi sampai tengah hari.

f) One Borneo
Shopping complex juga. Datang sini konon nak berkaroake tapi tak jadi. Saya main game sahaja. Lepas itu, kena gorat dengan pak cik guard. Adoi.

f) Makan tengah hari di satu restoran jauh sedikit dari One Borneo.
Saya tak ingatlah nama restoran ini. Kawan saya suruh ambil lauk banyak-banyak sebab restoran ini tetap caj makanan RM5. Kawan saya kata tempat ini tempat makan student-student.

g) Pearl Harbour
Sesi fotografi kali terakhir sebelum balik. Berangan jadi model sekejap. Sambil tengok sunset. Cantik sangat. Banyak sangat bot. Nak ajak Z buat wedding reception atas bot la. Jimat belanja. he




Nak muntah ke? Kan saya dah cakap baca sambil tutup mata.

Maka, berakhirlah percutian 4 hari 3 malam ini. Seronok sangat. Harus pergi kalau kamu ada keinginan untuk ke sini.

xoxo

Selasa, 11 Januari 2011

Tempat harus pergi

Salam pembuka bicara..

Sambungan dari post terdahulu. [post], [post], [post], [post] dan [post].

Tapi sebelum itu, saya nak bagi ombak kepada seri kerana mahu menjadi teman setia blog ini. Rasanya blog seri yang aktif adalah pada link tersebut. Betul tak seri?

Dari Kundasang Memorial, kami terus ke Mesilau Nature Park.

Kedudukan tempat ini tinggi sangat. Kalau saya yang drive sendiri, memang nangis la. Tapi pemandangan dia cantik sangat. Seingat saya, tiada caj bayaran untuk masuk ke sini.



Mesilau ini ada trek untuk naik ke Gunung Kinabalu juga. Tapi abang shukri kata trek dia memang sangat mencabar lah sebab trek baru dan kemudahan tak banyak kot. Kalau daki gunung ikut Kinabalu National Park, pendakian lagi senang sebab ada disediakan trek yang bertangga. Di Mesilau, ada trek batu-bata. he.

Tapi gambar kat bawah ini bukan trek dia ok!

(Sila abaikan gambar yang kelihatan gedik ini)

Seterusnya, saya ke Desa Cattle Farm.

Tempat ini cadangan abang shukri. Tiada link yang saya sertakan kerana saya tak jumpa website dia.

Peringatan! Selalu bertanya kepada pemandu pelancong anda mengenai tempat-tempat di sini jika kamu merancang percutian gamble seperti ini.

Ada bayaran masuk. Kalau tak silap saya RM5 sahaja jika kamu datang waktu melawat. Seingat saya ada bayaran yang berbeza jika kamu datang melawat ketika proses pemerahan susu.

Ehsan google image.

Gambar di atas adalah gambar di Desa Cattle Farm dari salah seorang pelawat di sini. Tapi saya lupa ambil link uncle ini. Maaf ya.

Di sini banyak lembu. Bagi pencinta alam seperti saya, saya suka kan keadaan di sini.

Oh ya! Kalau datang melawat di sini, jangan lupa tinggalkan jejak anda di Guest Book. Seronok ok bila baca guest book yang ada di atas meja itu.

Antara ayat yang keluar. "eh, budak ini praktikal kat sini. Ni budak kolej kita ni". "eh, ada budak UPM datang sini lah". "Ramai juga budak-budak sekolah dengan U yang datang sini".

Saya dan kawan-kawan belek ok geust book itu. Ada masa lebih kan~ he.

Gambar ini di meja guest book.


Masa ini hari dah mula hujan. Kami terkandas sekejap.



Bila hujan mula reda, kami terus mulakan perjalanan menurun ni bukit-bukit ini. hu. Bila sampai di Pekan Kundasang, cuaca cerah sahaja. Kami berhenti di sini. Membeli-belah dan berwindow shopping. Pertama kali saya jumpa cili yang berwarna selain kuning, merah dan hijau.

Cili ada pelbagai warna ya. Oren, ungu, putih dan macam-macam. Percayalah~



Makan tengah hari kami di Pekan Ranau.

Sekali lagi, saya makan nasi campur. Penjual sediakan saya sup kosong juga. Di sini lah, pertama kali saya macam cili putih. he. Kagum.

Pada sebelah petang, saya ke Poring Hot Spring. Ingat tak di post ini saya ada ceritakan hari pertama kami sampai dalam keadaan hujan dan tak dapat melawat ke Poring Hot Spring.

Tempat ini memang sangat best sebab dia bukan ada kolam air panas saja tapi ada 3 air terjun, 2 gua dan 1 jambatan gantung. Tapi saya pergi ke air terjun kepungit sahaja sebab air terjun lain dan gua kena jungle treking jauh lagi.

Kolam air panas dia ada yang kamu boleh mandi ramai-ramai, ada yang muat untuk 2 atau 3 orang dan ada juga yang kamu boleh celup-celup kaki saja. Ada 1 kolam air panas tulen (maksud saya, dia tak campur dengan mana-mana air lain). Asap kepul-kepul keluar dari kolam ini dan ada tanda awas supaya kita tak bermain di air ini. Kolam ini berpagar atas sebab keselamatan. Kalau kamu celup-celup kaki di kolam khas untuk rendam kaki, kaki kamu pun jadi kemerah-merahan.

Saya berendam bersama 2 lagi kawan saya dalam ruangan ini. Untuk makluman, kolam ini mempunyai 2 paip iaitu paip untuk air panas dan paip untuk air sungai. Lepas guna kolam ini, kamu rajin-rajin lah bersih kan sedikit supaya orang lain selesa untuk berendam dalam kolam ini. (saya berfikir patut ke saya panggil kolam)

Ini lah tempat saya berendam dengan 2 orang kawan saya

Habis saja mandi kami terus mulakan misi pengembaraan jambatan gantung. Ada bayaran lain yang dikenakan untuk menaiki jambatan ini. Tapi saya tak ingat berapa mungkin RM3 kot. Yang pasti semua tempat-tempat ini murah-murah saja.

Baru turun dari jambatan gantung

Selepas itu, bermulalah misi ke air terjun kepungit. Mula-mula ingatkan dekat saja tapi menapak jauh juga lah. Kami jadi bersemangat bila tengok ada sepasang atuk dan nenek mendaki bukit ini. Kalau nenek dengan atuk yang berusia tu boleh, kami mesti boleh punya.

Tempat dia sangat best. Kami tak perlu ke fish spa untuk dapatkan spa ikan. Di sini pun ada. Memandangkan ini kali pertama kaki saya digigit-gigit ikan-ikan kecil, saya memang asyik terjerit-jerit sebab geli ok! Tak ingat mana letak simpan gambar dekat air terjun ini. Maka, tiada gambar ye. Maaf.

Tunggu sambungan post ini ya. Back to work.

xoxo

Isnin, 10 Januari 2011

Explore Kundasang

Salam pembuka bicara

Hari kedua di Ranau selepas [post ini], [post ini], [post ini] dan [post ini]

Pagi-pagi lagi kami bergambar-gambar sementara menunggu abang shukri (pemandu pelancong) sampai.

Hari ini banyak tempat telah kami terjah. Antara gambar sewaktu perjalanan.





a) Kinabalu National Park



Di sini lah terletaknya Gunung Kinabalu. Pendakian Gunung Kinabalu boleh bermula dari sini. Puas hati sangat dapat tengok dan berada di kaki gunung. First time okeh macam rasa dah tertawan Gunung Everest lagi. hek. Ok. Tipu. Bayaran masuk saya tak ingat RM5 ke RM3 seorang.

Tempat permulaan pendakian Gunung Kinabalu bermula di Pondok Timpohon. Saya sampai pondok ini saja ok. Penduduk setempat di sini mendaki gunung Kinabalu ni pergi dan balik dalam masa 1 hari. Hebat tak? Abang Shukri pun sudah banyak kali naik turun gunung ini.



Kalau korang nak daki gunung ini boleh dengan syarat kamu kena pastikan stamina kamu sudah cukup bagus, bawa bekalan makanan (paling sesuai coklat) dan kena maklumkan pada pihak pengurusan sebulan lebih awal. Kalau nak gamble, alamat kamu tak merasalah nak daki gunung ini. Kalau kamu nak tengok Gunung Kinabalu ini dengan jelas adalah waktu sebelum pukul 10 kerana selepas pukul 10, gunung ini akan dilitupi kabus. Saya sampai di Kinabalu Park pukul 7 lebih lagi tahu.



Pemandangan dari gunung. Cantik kan?

Di sini juga ada satu muzium. Bila saya masuk muzium ini baru saya tahu bahawa kawasan Kundasang ini pernah mengalami salji beberapa kali. Kamu ingat Malaysia tak ada salji? Ada ok! Tapi abang shukri kata salji ini turun selepas hujan. Bukan takat gunung saja bersalji, muzium ini pun kena tutup dengan salji juga.



Berdekatan kawasan muzium

b) Kinabalu War Memorial


Tempat ini ala-ala macam tugu peringatan la. Tapi dalam Kundasang War Memorial ini ada 4 taman (kalau tak silap). Siap ada tulis nama tentera-tera yang terkorban masa peperangan. Kalau tak silap, peperangan dunia ke2. Sebelah nama tentera-tentera ini ada catat dari mana mereka dan tarikh kematian dan kelahiran. Cantik sangat tempat ini. Kalau nak buat garden wedding memang sesuai. he.

Ada bayaran masuk tapi tak mahal dalam RM 3 - RM 5. Sorry ya tak ingat lah.





Kalau jalan-jalan dalam tempat ini, kamu tak akan rasa macam kamu mendaki kawasan ini. Bila tiba di hujung jalan, baru kamu perasan yang kedudukan kamu di tempat yang tinggi.





Di entri yang lain saya akan cerita beberapa tempat lagi yang telah saya dan kawan-kawan saya pergi.

xoxo

Sabtu, 8 Januari 2011

malam pertama di ranau

Salam pembuka bicara..

Sambungan cerita perjalanan di Ranau dari [post ini], [post ini] dan [post ini].

Malam pertama di Ranau, saya berasa agak pelik sedikit sebab perbezaan waktu dengan keadaan di Semenanjung. Saya ingat kan sudah pukul 9 lebih tapi sebenarnya baru sahaja pukul 8.

Excited tak payah cerita lah. Memang keterlaluan. Sampai nak makan pun rasa kenyang lagi.

Makan malam kami di pekan Ranau dekat 1 kedai makan ini. Banyak juga pilihan masakan tapi saya memilih untuk makan makanan panas. Itu pun share dengan member. Harga makanan standard macam kat Semenanjung je.

Then, shopping kejap cari bahan makanan untuk dijadikan breakfast. Saya cari roti gardenier tapi tak jumpa. Ada roti kunci kot tapi dalamnya macam sudah berwap. Maka, saya tak jadilah beli roti tapi beli cocoa crunch. hu.

Hari kedua di Ranau memang banyak tempat yang telah kami jelajah. Tapi saya cerita di entri yang lain okeh! Back to work.

xoxo

Khamis, 6 Januari 2011

Explore Ranau

Salam pembuka bicara..

Sambungan dari [post ini] dan [post ini].

Sebenarnya masa kami sampai di rest house, hujan dah mula rintik-rintik. Memandang kami ramai, Uncle Joe cadang untuk kami mengambil bilik yang besar tapi kami insist untuk bermalam di bilik yang agak kecil.

Bilik kami mempunyai 2 katil single. Memandang kami sembilan orang, maka satu bilik akan tidur berempat orang dan satu lagi tidur berlima orang. hu. Apa punya ayat lah. Bagi mengatasi masalah ini, 2 katil single kami cantumkan menjadi satu. Maka, selesa lah penginapan kami. Lagipun, kami adalah gadis-gadis yang kecil sahaja. Confirm muat.

Maaf ya. Saya tiada simpanan gambar bilik ini.

Petang itu sepatutnya kami akan ke Poring Hot Spring. Dekat saja dari tempat penginapan. Tapi memandangkan hujan rintik-rintik dan hampir petang, kami takut tak sempat. Jadi uncle joe cadangkan kami ke Tagal Luanti Sungai Moroli. Macam biasa pertanyaan saya adalah mengenai bayaran masuk. Percutian bajet kan~ Kalau tak silap RM10 tapi harga pelajar sekolah RM5.

Jaja, sorry ye aku tayang muka ko kat sini.

Peringatan! Memandangkan anda bukan penduduk tempatan di kawasan tersebut dan anda sendiri kurang pasti tempat-tempat menarik lain yang tidak dihebahkan kepada anda, anda boleh bertanya kepada penduduk setempat dan pemandu pelancong anda. Jika, anda mempunyai lebihan masa tak salah kalau anda pergi ke tempat-tempat yang tiada dalam rancangan anda. Macam trip saya, Tagal Luanti Sungai Moroli adalah tempat yang tiada dalam perancangan saya.

Percubaan gamble kami ke Tagal Luanti Sungai Moroli kali pertama ini tidak berjaya kerana pihak pengusaha menutup kawasan ini kerana dikhuatiri air dari gunung akan membanjiri kawasan ini. Masa ini masih lagi hujan renyai-renyai. Korang pun tentu tahu tidak digalakkan bermandi-manda sewaktu musim hujan kan?

Rancangan yang tidak dijangka kami lagi adalah ke Ladang Teh Sabah. Ladang teh ini bersebelahan saja dengan Tagal Lunati Sungai Moroli. Tapi masa melawat hampir tamat. Tak berbaloi lah kan? Buntu sekejap.

Sumber: Google

Akhir sekali, salah seorang dari kami buka cerita mengenai kajian buah bambangan oleh salah seorang senior kami. Buah bambangan ini terdapat di Sabah. Sarawak saya tak pasti. Maka, pemandu pelancong kami, abang Shukri bawalah kami melantak buah bambangan dan buah durian. Masa ini di Sabah masih lagi penghujung musim durian. Di Semenanjung, musim durian sudah habis. Kekenyangan buah masa ini. Buah bambangan memang sedap. nyum nyum. Teringin nak makan lagi. Ada yang menarik mengenai buah bambangan ini. Entri lain saya akan kongsi.


Buah bambangan ini rasa dia macam buah mangga tapi dia ada bau macam buah bacang. Tapi buah ini ada banyak sangat serat. Tak suka bila dia terselit di celah-celah gigi. Kulit dia berwarna coklat. Orang Sabah selalu makan buah ini dengan menjadikan dia sebagai jeruk. Mereka jarang makan mentah-mentah. Tapi jeruk dia (pada saya) memang tak sedap. Ada bau busuk sikit. Kawan saya di Sabah kata kalau orang tak biasa makan memang tak akan suka. Buah ini bila muda isi dia berwarna putih. Bila tua isi dia berwarna kuning. Tak perlu petik sebab dia akan jatuh sendiri dari pokok bila sudah ranum.

Sumber: Google

xoxo

Trip ke Sabah

Salam pembuka bicara..

Seperti yang saya janjikan, entri kali ini saya akan kepilkan gambar sewaktu di Sabah. [post ini]

a) LCCT (nak tayang juga gambar ini)

b) Airport Kota Kinabalu


c) Perjalanan dari airport KK ke Lohan Rest House hampir 2 jam.


d) Pemandangan di luar Lohan Rest House. Sebahagian Gunung Kinabalu dilindungi awan.


Di lain entri saya akan cuba update mengenai aktiviti saya apabila sampai di rest house.

xoxo

Rabu, 5 Januari 2011

Trip ke Sabah.

Salam pembuka bicara..

Ada beberapa orang bertanyakan mengenai kos saya ke Sabah. hu. Masa tu saya antara orang yang plan untuk trip ke Sabah ini.

Maka, saya post kat sini. Korang refer kat sini saja lah.

Untuk makluman, ini adalah percutian bajet. Ini kerana saya masih lagi bergelar pelajar yang perlu banyak bajet untuk menyiapkan projek tahun akhir. Bajet sebenar memang saya tak ingat sebab saya organize masa pertengahan tahun 2009 lagi. Tapi kami pergi ke Sabah pada hujung semester bagi tahun 2009.

Ada juga cari tentatif sewaktu kat sana dan bajet semua tapi saya memang tak ingat lah letak kat mana. Kemungkinan yang lain adalah saya sudah buang kertas itu. Maaf ya. Saya tulis anggaran bajet saja boleh kan?

Saya tinggal di 2 tempat yang berbeza. Kebanyakan waktu banyak di habiskan di kawasan Kundasang dan Ranau. Selama 3 hari 2 malam saya berada di Ranau, Sabah dan 2 hari 1 malam di Kota Kinabalu.

Saya mengambil penerbangan di LCCT walaupun flight delayed masa itu tapi rasa tak kesah sangat sebab kawan-kawan saya semua memang kaki gambar dan gelak tawa kami yang paling kuat dalam balai pelepasan itu. hu. Skema ayat. Lagipun, masa itu semua excited lebih tahu!

Peringatan! Kadang-kadang kita tak boleh jangka samada flight kita akan delay dari waktu sepatutnya. Maka, eloklah kamu memberitahu pihak hotel atau chalet bahawa kamu akan tiba lambat dari waktu sepatutnya. Ini perlu untuk mengelakkan sebarang salah faham dengan pihak hotel. Macam saya, saya sentiasa update dengan pihak penempatan saya sehingga kan tuan punya rest house sudah tunggu ketibaan saya di depan muka pintu. hu.

Setelah sampai di Kota Kinabalu, van yang bakal membawa kami sudah tunggu di airport. Oh ya! Van ini kami telah sewa. Van ini membawa kami ke Ranau. Pergi dan balik Ranau dan Kota Kinabalu, saya menggunakan khidmat van yang sama. Malah, sepanjang berada di Ranau van ini lah yang kami gunakan untuk berjalan-jalan.

Setelah melakukan beberapa pelan bajet pengangkutan, saya rasa ini yang paling berbaloi. Untuk makluman, pengangkutan adalah bajet terbesar kami melebihi tempat tinggal bagi kiraan bajet seorang ya. Entri yang lain saya akan ceritakan mengenai pelan bajet pengangkutan.

Peringatan! Oleh kerana, trip ini adalah trip berkumpulan maka perbincangan harus diadakan bagi mendapat kata putus dari setiap peserta. Kadang-kala, bajet bagi setiap seorang adalah berbeza, jadi jangan mempertikaikan sesiapa jika ada antara kalian mempunyai bajet yang rendah. Cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang dengan bajet yang berbaloi. Bukan sahaja murah tapi selamat.

Saya tidak berapa ingat mengenai kos pengangkutan ini tapi anggaran kasar yang ada dalam otak saya adalah RM170 sehari. Aku dah cuba ingat shafa, kalau tak silap RM168 sehari kot. Harga ini termasuk dengan kos petrol. Van dia sangat besar. Memang selesa. Kami menggunakan khidmat van yang sama sepanjang berada di Ranau.

Oh. Saya lupa maklumkan bahawa trip ini disetai seramai 9 orang. Sepatutnya adalah 10 orang tapi di saat-saat akhir salah seorang daripada kami mempunyai hal kecemasan yang tak dapat di elakkan.

Peringatan! Jangan salahkan sesiapa jika berlaku hal-hal yang tak dapat mereka elakkan. Hal-hal begini kita tak boleh nak jangka.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau hampir 2 jam. Kami ada singgah sebentar untuk menjamu selera. Saya tak ingat nama tempat dia. Yang pasti, saya makan nasi campur dan disertakan sup kosong juga. Baru saya tahu bahawa kalau makan nasi campur kat sini memang disediakan sup kosong sekali.

Penempatan di Ranau, saya tinggal di Lohan Rest House. Pemandangan dari Rest House ini memang sangat best. Bila pagi-pagi keluar dari bilik, pertama sekali yang kita boleh nampak adalah Gunung Kinabalu. Korang mesti ingat kan bendera Sabah! Pada bendera Sabah ada logo puncak Gunung Kinabalu. Jadi, korang boleh agak yang pemandangan gunung yang korang nampak itu memang Gunung Kinabalu.

Ini adalah percutian bajet. Kami tidak kesah untuk tidur berhimpit-himpit. Saya menyewa bilik yang paling basic. Ada katil, kipas dan almari. Seingat saya bilik saya sewa memang tidak mempunyai televisyen. TV bukan keperluan sepanjang trip ini. Sebab yang pasti di siang hari kami sangat penat dan malam kami hanya mahu tidur bagi mendapatkan semula tenaga untuk keesokan hari. Satu malam hanya RM55 sahaja.

Sebenarnya, perkhidmatan van dan rest house ini, saya gunakan khidmat pak cik kepada rakan sekelas saya semasa di Kolej Matrikulasi Perak. Jadi, saya banyak berkomunikasi dengan Uncle Joe.

Saya masih simpan nombor telefon Uncle Joe dan juga pemandu pelancong kami. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila maklumkan pada saya ata emel saya ok.

Memandangkan entri ini adalah entri yang tidak dijangka-jangka. Tiada gambar yang saya kepilkan. Lain kali saya akan cuba upload gambar okeh!

Entri seterusnya saya akan ceritakan tempat-tempat yang telah saya pergi.

xoxo