PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Aaron Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aaron Aziz. Papar semua catatan

29/08/17

Potret Aaron Aziz

Potret Aaron Aziz ni dibuat oleh besan Abah. Cantik kan pakcik tu lukis, nampak real. Banyak lagi gambar artist yang dia lukis. Mama QD hanya snap gambar ni je. Hehehe

Aaron Aziz

Kembar My Love ni 😍.

19/10/14

Aaron Aziz vs Vivy Yusof

Dua artis yang selalu menjadi keyword di Blog Dilaz Family..  Aaron Aziz dan  Vivy Yusof.







Tak banyak sebenarnya entri pasal Aaron Aziz dan Vivy Yusof tapi selalu keluar dalam keyword Nuffnang. Apa maksud tu?? Lagi satu paling famous Kelab Jutawan. Yang penting Dilla memang minat sangat ngan Aaron Aziz ni. Vivy Yusof lak suka tengok dia dress up. Cantik2

Tak kisahlah apa keyword pun, yang penting tak de keyword yang tak baik di sini. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara buruk. 



 

17/04/12

Aaron Aziz menang Anugerah Bintang Paling Popular 2011

Memang dah agak dah Aaron Aziz akan menang Anugerah Bintang Paling Popular 2011. Ini semua gara-gara Filem Ombak Rindu dan Drama Nora Elena yang popular dan hangat diperkatakan. Apa-apa pun harap belum terlambat nak ucapkan Tahniah pada Aaron Aziz dan juga kepada artis-artis yang lain yang telah memenangi Anugerah.

  Gambar nie diambil dari FB Aaron Aziz
 

15/02/12

Aaron Aziz VS Keyword NUFFNANG

Aaron Aziz.......Siapa yang tak kenal Hero yang macho nie kan. Memang digilai ramai peminat perempuan. Kalo tak, tak kan ada yang search Aaron Aziz nie. Kat Blog Dilaz Family pun ada yang search tau. Tak caya meh tengok KEYWORD NUFFNANG nie. Blog Dilaz nie Keyword utama ialah Aaron Aziz.

 
Betul kan.....Tapi tak banyaklah yang search di sini. Paling tinggi pun 7 kali je.huhuhu. Dilaz pun tak tahu nape ramai yang search Aaron Aziz kat sini. Mungkin sebab entri seronok yer jumpa Aaron Aziz kot. Nak tahu BACA NIE .Rugi tak baca tau
 
koleksi gambar ni Dilaz ambil dari Blog KIC .KIC dapat daripada album isteri Aaron di twitter..
 


so sweet



bahagianya


Loving couple
 
P/S : Romantikkan mereka berdua

9/08/11

Aaron Aziz oh Aaron Aziz

Salam semua. 

Dilaz saje nak share ngan kawan2 tentang keyword Dilaz nie dalam Nuffnang. Pelik tapi ianya benar2 belaka. Nak tahu apa keyword paling banyak orang cari dalam Blog Dilaz Family nie,....dah tentunya hero yang hensem ni Aaron Aziz. Ni buktinya


Ini mungkin sebab cerita Dilaz pasal Aaron Aziz lagi dan juga cerita tentang Seronoknya jumpa Aaron Aziz...nak baca cete, klik sini.  Dilaz nie memang minat ngan Aaron Aziz sebab muka dia cam cute jer. Tapi kan lakonan Aaron Aziz dalam cete Stanza Cinta cam tak bape bestlah tu yang kekadang tengok, kekadang tak tu. Agaknya ramai orang search pasal Aaron Aziz nie kot. Tapi diaorang tak lah banyak review blog Dilaz nie adalah dalam dua tiga je.

Dilaz sebenarnya tak pandai nak bermain dengan keyword dan SEO ni. Kawan2 cam mana? Mesti lagi hebat dari Dilaz kan. Orang kata kalau pandai main dengan SEO, UV blog akan tinggi..tak tahulah

14/06/11

Aaron Aziz lagi

Mentang-mentanglah Nora Elena hangat diperkatakan sekarang, Aaron Aziz pun dah jadi mangsa search oleh semua orang termasuklah Dilaz.huhuhu. Hari nie Dilaz nak cete tentang Aaron aziz lagi. Cete apa.....mehlah baca lagi

Mula-mula Dilaz nak tunjuk isteri kesayangan Aaron Aziz nie. Comel sangat dan cantik orang yer.

Mereka berdua sama cantik dan sama padan.

Yang ni pula keluarga Aaron Aziz. Jangan tak percaya, Aaron Aziz nie ada 3 orang anak tau iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki. Jangan kacau suami orang tau. Minat jer boleh...lebih-lebih jangan.




Bulan Jun nie kat TV kat wayang banyak muka Aaron Aziz kan. Paling menyerlah dalam Nora Elena yang sangat romantik. Kalaulah My Love macam tu mesti seronok. Kat wayang sekarang Aaron Aziz dalam Filem KL Gangster. Macam ganas je kan. tapi macho still ada. hehehe


Akan datang di TV3 Drama bersiri Stanza Cinta. Aaron Aziz akan berlakon bersama Fizz Fairuz dan Nur Falhia sebagai watak utama. Cerita cinta lagi, dalam nie tak tahu watak macam mana yang akan dibawa. Nak tahu kenalah tengokkan.
 

Bertambah murah rezeki Aaron Aziz. Untuk siapa kan...untuk keluarga Aaron Aziz lah. Tak kan untuk Dilaz lak. Dilaz tengah belajar nak berubah menjadi yang lebih baik agar kehidupan keluarga lebih selesa.

10/06/11

Seronok yer jumpa Aaron Aziz

Nak dengar cete tak macam mana Dilaz boleh jumpa Aaron Aziz. Masa jumpa tu Seronok tak terkira. Macam tak percaya. Jumpa kat bandar masa tu nak tunggu bas. Tetiba ada satu kete mewah nie berhenti depan bus stop. Tengok dari tepi hensem gile mamat nie. Sekali toleh, fuhhhh Aaron Aziz lah.


Dia offer naik kete, apa lagi naiklah. Orang dah offer. Aaron hantar sampai rumah. Gile kentang. Senyum sampai ke telinga naik kete ngan Aaron Aziz. Borak punya borak dah sampai rumah lak. Macam best kan. Sekali nak keluar dari kete terjatuh lak. Buat malu jer. Nasib baik tak patah kaki. Kalau tak dah jadi kurang upaya. Kot yer teruja pun janganlah lebih-lebihkan. 

Sekali jatuh kete tu rupa-rupanya.................jatuh katillah...Mimpi rupanya. Ingatkan real. Jangan marah..ini hanya mimpi sebab terlalu layan Drama Nora Elena.

Jika sudi, Klik Nie sekali

23/05/11

Drama-drama TV yang paling diminati

Dilaz nie memang suka tengok TV, lagi-lagi kalo cete Drama. Memang leka. Kat rumah, Dilaz hanya tengok TV3, bukan nak kata Channel lain tak best tapi TV kat rumah hanya clear TV3. So, kenalah tengok TV3 JER. 

Dilaz selalu layan Drama-drama nie

Mantera Anjasmoro
 Tentang sihir isteri kepada Suaminya
Setiap hari Khamis jam 9.30 malam, TV3


Sahara
 Pengorbanan seorang kakak yang tidak disangka itu adalah ibunyA
Setiap hari Selasa- Khamis jam 10.30 malam


Nora Elena
 Kisah percintaan yang penuh dengan konflik
Setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 malam

Setiap cerita Drama nie ada pengajaran dan jalan cerita yang tersendiri. Dilaz nak cari Novel "Kasih Yang Suci" sebab nak tahu jalan penghabis cerita Nora Elena cam mana sebab kekadang termiss tengok Drama nie
 Jika sudi, Klik Nie sekali

THE Furious Voice Contest

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails