PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan

7/06/16

Senarai kuih bln ramadhan yg perlu anda cuba


Senarai kuih bln ramadhan yg perlu anda cuba

Kuih paling gangster → Lompat Tikam          
Kuih paling sexy → Puteri Mandi          
Kuih paling keji → Taik Itik         
Kuih bajet cute → Cek Mek Molek          
Kuih untuk awet muda → Seri Muka          

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Kuih paling alim → Kuih Ketayap          
Kuih penyakit lelaki kronik → Batang Buruk          
Kuih suka pukul → Kuih Lompang         
Kuih dalam zoo → Badak Berendam          
Kuih yg bangun sendiri → Kuih Bangkit          
Kuih org tak mandi → Kuih Bau-lu          

Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Kuih paling tenteram → Kuih Makmur   
Kuih paling jauh → Kuih Almond London  
Kuih kaki ah long → Kuih Pau          
Kuih paling lembab → Kuih Siput          
Kuih paling munafik → Kuih Talam Dua Muka.....🌾🌾
Pilihan di tangan andaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Copy paste dari group Whatsapp 

6/06/16

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Semoga lebih dirahmati dan dimurahkan rezeki Allah 

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

18/06/15

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa semua.

Semoga ibadah puasa tahun ini lebih sempurna dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah.


26/07/12

Selamat Berpuasa

Salam semua. 

Dilaz harap masih belum terlambat nak ucapkan

"SELAMAT BERPUASA"


kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada. Semoga di Bulan Ramadhan ini rezeki anda dimurahkan dan semakin bertambah. Amin

1/09/11

Berbuka Puasa di Everly Resort

Salam semua

Selamat Hari Raya. Hari nie hari ketiga kite beraya kan. Masih ramai lagi yang bercuti dan ada juga yang dah masuk kerja, macam My Love Dilaz. My Love dah start kerja hari nie. Tinggallah Dilaz dan Qistina berdua kat rumah. Kalau My Love balik awal, malam kiteorang nak pergi beraya lagi. Okeylah berbalik pada tajuk entri...berbuka puasa di Everly Resort Melaka.

Cerita nie dah basi tapi Dilaz nak cerita juga. Saje nak simpan kenangan di dalam Blog nie. Malam berbuka puasa tu adalah sponsor dari Bos baru Dilaz iatu En Ali bin Said pada 26/08/2011. Inilah kali pertama Dilaz merasa duit bos belanja makan berbuka puasa. Baik hati kan bos Dilaz nie.

Inilah dia Bos Dilaz dan sebahagian daripada familynya
Yang ini gambar candid Dilaz dan My Love


 Dilaz dan Qistina...wajib ambil tau


Dilaz suka tengok gambar nie



Malam berbuka tu semua makanan sedap2 tapi sedih tak dapat makan banyak. Qistina buat hal susah nak pergi amik makanan. Bagi makan pun Qistina tak nak duduk diam.

P/S: Terima kasih En Ali. Nanti bolehlah belanja lagi

7/08/11

Berbuka puasa hari ke-6

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu. Esok dah nak kerja kan. Nanti mulalah Monday Blues. Baru hari ini Dilaz sempat bercerita tentang bulan Ramadhan Dilaz dan menu berbuka puasa. Bukan Dilaz tak nak cerita tapi aktiviti Dilaz bulan Ramadhan nie sibuk sikit lagi2 baru kerja nie. Menu berbuka puasa pula beli je kat Bazaar Ramadhan cuma sekali je Dilaz sempat masak juadah berbuka iaitu ikan masak merah. Hari pertama puasa buka kat rumah MIL. Yang lain beli kat bazaar..tu je.


Yang best yer semalam hari ke-6 puasa, Dilaz buka puasa kat luar. My Love ajak makan luar. Kiteorang makan kat Pizza Hut. Ini sekali dengan sambutan hari lahir My Love esok. Awalkan sambung. My Love kata takut busy nanti , itu yang sambut awal tu. Dilaz ikut je sebab My Love dah ajakkan. Tak kan nak tolak rezeki pula.


Lihatlah gambar2 yang Dilaz sempat snap kat Pizza Hut semalam. Maaf ye kualiti gambar tak berapa memuaskan sebab kamera dah rosak. Orang kedai gambar kata sensor kamera dah rosak, baik beli baru dari repair .


My Love yang sentiasa sibuk
 




Dilaz yang sentiasa ceria..huhuhu

Qistina yang banyak ragam


Menu berbuka puasa kami ....

Pizza Hawaian Chicken


 Spageti
 
 
Honey Chicken Wing
 
P/S: Memang sedap. Ingat nak cuba Pizza baru sempena Ramadhan tu tapi tak jadi sebab besar sangat. Takut tak habis. Lain kali kot ajak adik2 nanti. InsyaALLAH.

1/08/11

Salam Ramadhan dari Dilaz

 Salam semua

Dilaz nak ucapkan Selamat Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan semoga kite sentiasa dirahmati oleh ALLAH S.W.T. Amin.

SELAMAT BERPUASA


P/S: Hari ini genap setahun My Love kerja sebagai salesman Eon(Proton)

24/09/10

Cerita Pose 2010- Part 2

Ini lak entry terakhir bulan pose pada Tahun 2010. Mudah-mudahan tahun seterusnya kite akan berjumpa lagi. Amin. 

Kali terakhir buka pose kat luar disebabkan Nenek Chu Qistina @ Busu @ Puan Roslina belanja makan kat Botanical Cafe Ayer Keroh, Melaka. Kebetulan hari Busu belanja masa tu Besday saya (2/9/2010)...genap 27 tahun. Tak sangka lak ada insan yang bermurah hati. hehehe jangan mare.

Ini antara gambar yang sempat disnap sebelum dan selepas makan.


Ini semestinya Saya @ Dilaz ...masa nie tengah kurus sikit sebab pose

Busu @ Nek chu Qistina (sponsor Buka pose)

Gambar Candid tengah khusyuk dengar Datuk Qistina cerita
(dari kiri: Pak Ngah, Pak Ucu dan Nenek Qistina)

Loving Couple Forever N Ever (My Love N Me)

P/S : Terima kasih Busu belanja makan






Cerita Pose 2010- Part 1

Fuuhhhh...Lama rasanya tak update Blog saya nie. Ok....mula-mula saya nak kongsi cerita bulan pose 2010. Pose kali nie first time pose kat umah sendiri. Penat gak rasanya. Tapi yang seronok tak banyak masak sebab ada yang sponsor belanja Berbuka Puasa tau. Hehehehe....nak tahu sapa yang belanja makan tu?
Dibawah ni saya ada gambar masa bulan pose tu..
Nek Chu, Mak Long, Moyang dan Pak Acik Qistina

 Ini makanan Mama Qistina

Yang nie makanan Qistina

Datuk, Nenek dan Pak Ucu Qistina
(sedapkan aiskrim tu...banyak Pak Ucu amik)

Masa nie Pak Acik Qistina belanja makan masa nie. Pak Acik Qistina sekarang dah jadi tauke Handphone tau.  Dua hari lepas PaK Acik Qistina belanja makan, Moyang Qistina lak belanja makan. Terima kasih semua.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails