PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

9/07/14

9/7/2014 vs 9/7/2002

Hari ini 9/7/2014..Hari anniversary couple a.k.a hubungan percintaan serius Dilla dan My Love yang ke-12. Kami berkenalan dari zaman Universiti dulu oleh teman baik My Love dan kami declare pada 9/7/2002 serta akhirnya kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 1/6/2007. 
 
Ramai yang kata orang pergi Universiti suruh belajar tapi dia bercinta lak. Dilla buat tak tahu je sebab kami di Universiti tak de lah sakan bercinta. Masa belajar kami akan fokus belajar, tapi bila time rehat, kami rehat secukupnya. Kami tak delah dating selalu macam yang lain, berjumpa bila nak makan bersama dan belajar bersama. Yang best yer ada yang kata kami ni adik-beradik. hehehehe
 
Pada mulanya Dilla memang tak suka My Love sebab My Love ni ramai peminat. Lama-lama dah kenal jadi suka dan jatuh cinta. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang perkenalan kami. Hanya kami dan Allah saje yang tahu. Dilla sayang sangat-sangat My Love. Dialah kawan, teman lelaki, suami, dan nyawa Dilla. Percaya tak Dilla boleh rasa sakit bila My Love sakit dan instinct Dilla pada My Love sangat kuat.
 
Semoga ikatan perkahwinan kami ini berkekalan hingga ke syurga dan keluarga kami sentiasa dilindungi Allah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin


 
Gambar lama..tahun 2008
 

29/11/12

Kenangan gambar konvokesyen kami

Masa belek-belek album nak tengok gambar Qistina masa kecik, terjumpa gambar konvokesyen kami yang tak di frame lagi. Nak frame je asyik tertangguh. Tu yang main selit je. Nasib baik tak hilang kan. Dah lah ini satu-satunya kenangan yang ada. Nak sambung belajar lagi tak tahu bile. Jadi Dilaz scanlah gambar konvokesyen kami sebagai kenangan di dalam Blog Dilaz Family nie. Nanti bile Qistina dan Danish besar nanti leh tengok gambar Papa dan Mama dia. Yelah akan datang semua zaman IT kan. 

Yang ni konvokesyen Dilaz


Dilaz konvo pada 9 September 2006. My Love lak pada 10 September 2006. 

dan


Ini lak My Love


 Kelakar lak tengok gambar masa muda mudi dulu. Betul-betul macam budak-budak. hehehehehe. Kiteorang belajar satu Universiti tetapi lain Jurusan. Ditemukan dan dikenalkan oleh kawan baik My Love dan akhirnya kami bersatu menjadi suami isteri. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN.

17/10/12

Ole-ole dari Langkawi

Hujung minggu lepas Nenek My Love pergi ke Langkawi. Jadi teringatkan cucu dan cicit kesayangannya, maka inilah Ole-ole dari Langkawi yang dibelinya. Terima kasih Nek. Ingat gak kat cucu dan cicit Nenek nie. Semoga nenek panjang umur dan dimurahkan rezeki ALLAH. AMIN.

 

22/06/12

Durian oh durian

Teringin lak nak makan durian. Waktu tengah mengandung nie rasa nak makan durian lah pulak. Cam ne erk? Boleh makan banyak-banyak tak. Sekarang dah 5 Bulan mengandung



3/06/11

Mangga Merah Vs Epal Merah

Hari Rabu hari tu Adik Dilaz datang rumah. Dia singgah jap umah Dilaz. Adik Dilaz dari rumah MIL dia kat Kedah. Dalam perjalanan nak balik Johor, dia singgah kat Melaka nie. Dapatlah Dilaz tengok anak buah Dilaz yang baru tu. Cete anak buah baru lain Entri sekarang nak cete pasal buah Mangga Merah.
Kawan-kawan pernah tengok Buah Mangga warna Merah tak. Dilaz first time tengok sepanjang hidup 28 tahun kat dunia nie. Kat Melaka pun Dilaz tak pernah nampak. Tak tahulah kalau memang ada Dilaz yang tak perasan. Buah Mangga Merah nie Adik Dilaz bawa dari Kedah. Meh tengok rupa mangga tu



Warna merah kan macam epal merah nie

Rasa buah mangga nie sedap tau. Ranggup lak tu. Tak tahulak buah nie sedap sangat. Kalau tahu Dilaz amik lebih hari tue. Warna isi Manga tue pun sama macam buah epal. Tak masam sangat dan ada rasa lemak-lemak sikit. Rasa nak makan lagilah buah tu. Tak tahu bile dapat makan lagi.huhuhu

Apa-apapun Dilaz nak ucapkan terima kasih buat Adik Dilaz sebab ingat kat akak dia yang suka makan mangga nie


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails