Salam
Semalam saya buat kek karamel. gara2 terpengaruh dengan gambar kek karamel yg dibuat oleh kak sualeen di
sini dan
sini. Lepas tu tengok
Fiza pun sibuk juga buat kek yang sama. Hati mcm tak keruan melihat 'keenakan' kek tu.. Tapi apa yg paling penting..rasa meluap2 ingin bereksperimen...nak rasa tu jatuh nombor 2..hehe..maka terhasillah kek karamel versi 'derhaka' ini..kenapa derhaka?inilah kisahnya:
ptg semalam menghampiri pukul 5ptg, saya sempat print resepi yang kak suealeen tulis di enakrasa.com. Masa dalam kereta..curi2 pandang bahan2 nya..kebetulan hampir semua bahan ada dirumah kecuali susu cair! nak singgah kedai, payah pulak sebab husband outstation. Saya berseorangan dengan Aisyah. Bukan senang nak handle kanak-kanak comel ni sendirian kalau ke kedai. jadi nya instead of guna susu cair..saya guna aje susu tepung Aisyah (jgn marah mama ye Aisyah)...
Malam tu lepas asingkan putih & kuning telur, saya sediakan bahan2 lain..tup2 tengok gula kastor pulak habis..ngam2 tinggal 3 sudu besar..cukup2 utk buat karamel je..godek punya godek..jumpalah brown sugar. itu pun alhamdulillah cukup2 aje.
dengan susah payah dan 'bantuan' dari kanak-kanak comel tu, alhamdulillah jadi juga kek tu..
yg paling seronok..Aisyah la!Setiap kali saya baking..mesti dia kata "ecok bawak sekolah ye"
Mana tak nya..Aisyah sentiasa featured dlm setiap process.. dia la yg tukang ambilkan kitchen scale. dia juga tukang carikan & ambilkan bahan2 dan tukang simpankan barang2..dan juga tukang perhati..tukang bawak bowl & tools yg kotor masuk dlm sinki. pendek kata dia involved dlm setiap proses..tu yg dia lah yg paling tak sabar bila kek dah masak..
ok..ini resepinya..saya ambik dari enakrasa..
resepi dari kak suealeen. resepi asal..katanya dari kak munira baharum
p/s:tulisan warna merah=yg saya 'derhakai' hehe
(A)
2-3 sudu besar gula
~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.
(B)
½ tin susu cair (200 ml) ~saya guna 5 sudu besar susu tepung dibancuh dengan 200ml air
70 gm gula kastor~saya ganti dengan gula perang
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung
~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak ~saya guna minyak jagung
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor ~saya ganti dengan gula perang
1 sudu teh cream of tartar (optional)
- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.
2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius.Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. (saya guna 150°Celsius guna api atas dan bawah selama 10 min..dan 50min lagi guna api bwh sahaja)
4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
5. Sedap dihidang sejuk.
Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.
nota tambahan: sebelum terbalikkan elok bagi sejuk sepenuhnya..sebab takut lapisan susu dan karamel terlekat dan tertinggal pada loyang..

fresh from oven...yg dah siap potong tak sempat nak ambik gambar sebab 'selling fast'!hehe...
harus try lagi kek ni..pada dasarnya kek ini cuma kek span biasa..tapi bila feat by karamel tu yg buat kek ni rasa lain dari yg lain..sedap uuu..kalau kreatif lagi...kek tu boleh ditukar dengan any other recipe..selamat mencuba!