Followers

Friday, September 23, 2011

JaMuan Raya

Salam..

Masih ada mood raya?ke dah jenuh memenuhi undangan 'open house'?..:)
hari ni jamuan raya di tempat kerja..tema?western food...haha..masing2 dah jemu dgn rendang, ketupat, lemang dan segala yg bersantan agaknya..jamuan kecil-kecilan secara potluck katanya..tapi ada la juga yg sponsor main course..apa yg saya sumbang..tadaaaaaaaa...trifle dan blueberry cheesetart..trifle tu ikut kreativiti sendiri je..cheesetart pun main hentam saja..sbb tak pernah buat yg sebesar dabak gini..tgh2 malam buta 'bersilat' didapur..ntah apa rasanya tak tau la..deco pun buruk..inspirasi dari kak ita 'masam manis'...kira ok kot utk beginner mcm saya ni..haha..lets pics do talking..

giant blueberry cheesetart..rasa apa ntah..belasah je la labuu..

trifle..ni belum siap sebenarnya..

apapun..kengkawan opis..sudilah rasa hasil tgn saya yg tak seberapa..tak sedap..ampunnn..pada yg sedang membaca..tgk gambar je ye. feeling2 ambik bau & feeling2 makan...jadi la kan..hihi..


Friday, September 09, 2011

Makna raya Pertama...

Salam Aidilfitri utk semua..

Lama tak update blog gara2 kesibukan duniawi..ermm
Macam mana raya masing2?pastinya semua ada cerita tersendiri utk dikenang2 dimasa hadapan.

Apa makna raya pertama?eh..ada yg jawab satu syawal ye...betulll...seploh markah..hehe..bukan tu maksud saya..bagi saya sendiri..ada beberapa 'raya pertama' yg sangat meninggalkan kesan kpd saya...antaranya..

1) Aidilfitri 1993..raya pertama tanpa sambutan...masih segar dalam ingatan..masa tu saya bersekolah asrama..baru tingkatan satu. tahun tu..Ramadhan pun hambar. Mak terpaksa berkampung di hospital kuala kangsar gara2 menjaga arwah opah tersayang yg sakit tenat. Sambutan raya kami langsung tak meriah. Pagi2..org lain sibuk ke masjid, sibuk memasak & menghidang juadah raya..kami pula..pagi2 buta sudah naik bas dari kampung menuju ke Kuala Kangsar. Bas yg paling awal..pukul 630 pagi. Kena naik 3 bas berlainan utk sampai ke hospital..syahdu usah cerita..walaupun berbaju raya..kami cuma beraya di wad hospital. 13 syawal..arwah opah menghembuskan nafas terakhir...semoga opah ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman dan solehah..amin..

2) Aidilfitri 2004.. raya pertama tanpa dapat mengucup tgn mohon ampun dari seorg yg bergelar ayah..tanpa kelibat abah memasang panjut..tanpa kekecohan abah menghias rumah..raya paling hambar..abah menghembuskan nafas terakhir secara mengejut pada 18jun2004..beberapa bulan sebelum Aidilfitri menjelang. Pertama kali mengunjungi pusara seseorg yg bergelar ayah..sebak tak usah cerita. tiada lagi kanak2 berbondong2 datang menuntut duit raya dari abah (abah seorg yg saaaaaannngggaaat mesra dengan kanak2)..tak ada lagi gelagatnya mengusung kamera dan merakam gelagat kami & tetamu yg dtg..yg paling terharu ada sekeluarga datang beraya ke rumah kami (saudara jauh)..kebetulan masa tu kami sedang bersiap2 nak naik kereta mahu beraya ke kuala kangsar..jadinya mereka sekeluarga hanya mahu bersalam-salaman aje la..si ayah nya bertanya pada mak saya ..."chu..uncle mana?" beliau memanggil emak dgn panggilan "chu" dan memanggil arwah abah.."uncle"...kami semua tersentak..lebih2 lagi mak..terdiam kami..rupanya beliau tak tahu tentang pemergian arwah abah..syahdu sgt momen tu..

3) Aidilfitri 2005..saya dah bekerja tetap sbg engineer..baru best beraya sebab tahun sebelumnya beraya sebagai penganggur.haha.dah boleh bagi duit raya banyak2 pada emak dan sanak saudara...pertama kali beraya sebagai "single but not available"..

4) Aidilfitri 2006, raya pertama dgn kereta sendiri & sudah ada cincin tanda dijari..juga aidilfitri terakhir sbg org bujang..

5) Aidilfitri 2007..penuh makna..pertama kali beraya tanpa keluarga sendiri..sebab beraya dgn keluarga baru & yg penting beraya dgn suami disisi..

6) Aidilfitri 2008..pertama kali beraya sebagai seorang ibu..sudah pasti persiapan anak lagi diutamkan

7) Aidilfitri 2011..sebak..aidilfiti tanpa mak...sayu..sebab pertama kali mak tiada di Malaysia kerana menunaikan umrah..selalunya..walaupun tak berjumpa raya pertama..pasti raya ke2 dah dapat peluk2 mak..tapi kali ni..2minggu lps raya baru jumpa mak semula.alhamdulillah..mak selamat pulang ke Malaysia Sabtu lepas..

Apapun..setiap Aidilfitri ada kisahnya sendiri...yg penting bab2 perabot langsir dan segala kelengkapan rumah..bukan lah sebahagian dari kisahnya...