Memaparkan catatan dengan label Kacang Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kacang Tanah. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Jun 2015

BERBUKA RAMADHAN 8 2015


Rojak Manis
Menu Berbuka Ramadhan 8

Assalamualaikum semua... kepada semua pengunjung2 Halamanku.. hai kak Ani Jalil.. tqvm sudi jenguk2 kat Dapo Halamnku yang serba ringkas n kekurangan neh.. alah kak tuk suker2 hihihi menu kat sini menu biasa, ringkas sedap n mudah disediakan.. kalau nak menu yang special n hebat.. boleh lah ke Dapo sahabat2 alammayaku itew.. selain menghasilkan menu tang sedap2 mereka tidak lokek untuk berkongsi resepi.. ye lah kan.. tak rugi berkongsi ilmu.. selain dapat memeriahkan arena berbloging ni.. panjang pahala dengan ilmu yang bermanfaat ni... 
ok lah berbalik kepada n3 kalini nak n3 menu berbuka kami... macam biasa... pastinya menu yang mudah2 n sedap hihihihi.. apa taknya.. balik kerja dah lewat... so kita lebur2 jer... Aku ni selalu memang ade jer stok kacang tanah yang telah di sangan n kisar.. so menu berbuka petang ni Rojak manis... mengikut apa2 yang ader yer... jom layan ... 

kentang telah di goreng otw goreng cucur tepung
Balik2 sampai umah dah lewat terus kupas kentang.. sambil2 goreng kentang tu aku adun tepung n buh yis bagi naik.. sesiap goreng kentang ku leburkan cucur tepung...

Kuah Kacang otw
sambil tu kulebur sekejap kuah kacang tuk rojak manis..

Kuah Kacang
sambil2 menggodak kuah kacang aku potong2 bahan 
yang ader kat peti ajaibku utk rampai rojak manis

Antara bahan rojak manis
cucur tepung, tahu, daun salad, kentang goreng, timun
semua ku potong ikut kesesuaian..

setelah dicurahkan kuah 
jom berbuka...

Selasa, 9 Oktober 2012

SAMBAL KERING aka SIRA PEDAS LAGI

Sambal Kering aka Sira Kacang Tanah, Tempe dan Ikan bilis

Assalamualaikum semua... pepagi tak mo tepek menu bekpes.. nape? alah pagi tadi wat cekodot jek he he he..ni wat menu kudap2 alkisahnya.. aritu masa ader tetamu wat soto, antara rampainya kacang tanah goreng... time tu goreng banyak lak bakinyer... so dari tak tau nak wat aper.. kalau disira pedas selalunyer dia laju sikit lakunya he he he so masa keluar ke pasar malam aku minta SK beli tempe 2 keping... kalau kat bangi ni jarang bebeno nak jumpa tempe versi bungkus pakai daun tu.. so aku jumpa yang dia buh siap2 kat peket plastik.. kalau kat sini harganya RM1 so belilah dua... alah nak wat campur2 ngan kacang tanah yang ader tu.. so terhasillah Sambal kering aka sira kacang tempe n buh ikan bilis lebih2 sikit SK suker.. so jom layan ..

memang best selain kering, rangup tahan lama..
kalau kena gaya menyiranyer memang tahan..
sebenarnyer ni pernah dah n3 sebelum neh kat SINI atau SINUN he he he

Rabu, 18 April 2012

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
Assalamualaikum.. menu kudap2 he he he maklum lah kalau dah takde aper yang nak dileburkan kita main lebur2 aje ikut aper yang ader kat stok tu ye tak? he he he.. nai nak tepek menu febret SK gak kiranyer neh.. cuma boleh dibuat pelbagai versi sama ader kacang n ikan bilis atau boleh gak kalau nak ditambah ngan tempe.. ader panggil sambal kering ataupun sira pedas.. semua2 boleh jek.. Ok lah menu sambal kering neh boleh di ratah begitu sahaja maupun di gandingkan ngan nasi lemak atau aper2 kalu bebetul kering boleh gak disimpan lama sedikit he he he.. kekadang tu time nak puasa wat awal2 sambal ni kot2 terbangun lambat kiranya lauk segera atau wat pembuka selera he he he.. jom layan Sambal kering aka Sira (Kacang  Tanah& Ikan Bilis) yang simple n seap neh he he he

Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
jom erma tepek tuk dikongsi bersama...
Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)

Bahan2
250 gram kacang tanah - goreng dan ketepikan
100 gram ikan bilis siap dikupas - goreng dan ketepikan.

Bahan2 sambal
1 mangkuk cili kering yang telah dikisar - mengikut kepedasan
3 biji bawang putih - kisar
7 labu bawang merah - kisar
1 biji buah keras - kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gula
minyak untuk menumis

Cara2
* Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau n masak
* + cili kering yang telah dikisar
* + garam
* + air asam jawa.. masak sehingga pekat dan sebati
* + gula.. masak sehingga bahan benar2 masak n berbuih.. tanda gula betuk2 masak
* setelah bahan benar2 masak, masukkan kacang yang telah digoreng.. gaul sebati.. kalau boleh sentiasa gaul untuk elakkan hangit.. 
* bila semua bahan sebati.. baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng.. gaul rata n Siap..mudahkan? 

SELAMAT MENCUBA..