Seafood Pizza
Salam semua... Morning2 tqvm kepada semua pengunjung2 yang sudi singgah lepak n komen.. semalam bz ngan Taklimat Prog. Pelajar ke Kem Janda Baik... huh x sempat n3.. ok n3 kalini menu bekpes he he he lama tak n3 menu kan? he he he.. aku dah ikut Izahdautnyer stail.. buh terus tuannyer resepi..senang cita..skangni aku dah mula berani nak cuba resepi dari kawan2 he he yang senang2 jek.. yang susoh lum lagi.. cam biaser Dapo K. Hana aku tuju ... habis gobok dia aku selongkar...ammpunnnn tapi sumpah aku kemas bali, tau ha ah ha... selalu wat pizza biaser2 jek he he kalini kita wat resepi
K.Hana Jepun nun.. he he he tapi tang deko he he he erma wat yang senang 2 ajek... nak tgk yang comel leh tgk
SINI jom layan...
masih pakai slice cheese he he eh itu jek yg ader stok..
siap dibakar..
nyum..nyum.. sedap..
tgk.. memang gebus yer...
Kak Hana.. halallah yer... tq rsepi yang sodap n gebus..Jom aku cnp resepi..
Bahan-bahan (1 keping saiz 30cm)
Bahan2 doh:
120gm tepung gandum
120gm tepung roti
1 camb olive oil
1/4 camt garam
1 camt yis
150-160ml air suam
sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh
bahan2 untuk topping:
sos pizza/pasta secukupnya
200gm chicken breast - direbus/digoreng - ganti seafood
1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
5 biji buah zaiton - dipotong bulat - xdak!
100gm cheese mozarella
sedikit parutan cheese parmesan
bahan2 herb seasoning:
secubit herba thyme
secubit herba rosemary
secubit italian seasoning
secubit herba parsley atau flakes
cara-cara
masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
bakar pada suhu 180C selama 10min - hana bakar skali harung jerk!
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)
hidangkan panas2
note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza