Memaparkan catatan dengan label Labu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Labu. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2016

Menu Bersahur Ramadhan 7/2016

Menu Bersahur Ramadhan 7
Labu Manis sambal Udang dan Pak choy Garlic

Assalamualaikum semua pengunjung2 Halamanku.. harap2 semua sihat2 n ceria2 selalu..  sebelum tu.. maaf ye.. nak n3 menu2 tertunggak neh.. tu lah kadang2 masa tidak mengizinkan dengan kekangan rutin harian.. ok lah berbalik dengan n3 kalini.. nak tepek menu bersahur kami.. pastinya yang mudah2 n cepat disediakan.. apa taknya, kadang bangun pun.. hhihi faham2 je lah yea.. so, Menu harini SK requst Labu manis masak sambal n udang lawannya sayur Pak Choy Garlic.. ada yang tak pernah jumpa, dengar atau makan buah Labu manis masak sambal n udang? boleh try.. lemak2 manis labu n pedas2 sambal di tambah ngan udang besar2 nyum2..  nak rujuk boleh tengok  SINI cuma sebalumni wat sambal tumis udang kering.. kalini buh Udang..  Selamat Berbuka semua...

Isnin, 6 Januari 2014

SAYUR LABU SIAM GORENG BELACAN Cek Mat Gebu (CMG)

 Sayur Labu Siam Goreng Belacan

Assalamualaikum semua... pernah kenal tak sayur Labu Siam neh? Selalau memang jumpa kat Pasar MAlam atau Pasar Minggu tapi ntah aper nama? Masak Apa? Rasa? Siapa yang Beli? bab tak pernah nampak sesapa yang membelinya... kalau nampak nak juga cuba bertanya... Al-Kisah Officemateku Aina Al-Mardhia bercerita pasal sayur neh dan biasa memakannya... Adiknya pula bekerja sambilan di Cameron Highland... bawa banyak Sayur neh.. Alhamdulillah dia berkongsi n mengagihkan Sayur neh kepadaku... Akupun bersamanya google kat tenet neh bab, Aina Panggil Sayur Jambu... n Alhamdulillah pencarian kami berhasil.. rupanya Labu Siam... ahaks... katanya masak tumis atau sup sedap... aku trylah tumis Udang... n dia bagi 2biji neh, dapatnya banyak n aku bawa ke office untuk sama2 merasa sayurneh...Alhamdulillah sayur neh memang macam sayur Labu Air..Sedap...Tqvm Aina sudi beri kami sayur n sedap.. cuma masa siang dia payah sikit x macam labu air biasa...Jom layan

 Sayur Jambu aka Labu Siam

 Besar gak setiap satu tuh..

 Bila belah dua.. terdapat 1biji... macam biji mangga muda.

 Buang kulit n potong2 tipis

Tara... Siap dimasak n sedap dimakan ngan nasi panas2 nyum2
untuk resepi sedap neh aku rujuk kat Otai kita... Dapo Cik Mat Gebu CMG.. Mohon Halal yer..
jom aku cnp resepi..

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji labu siam
15 ekor udang siaz sederhana
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula dan garam jika perlu
Air secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi (optional)*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

- Labu siam dikupas kulit, belah dua, buang biji dan hiris nipis atau potong ikut suka, cuci dan toskan. Udang dikupas kulit, cuci bersih dan tos. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masuk sos tiram dan tumis hingga wangi. Masukkan udang dan labu siam tadi. Gaul rata dan tuang air.

- Bila mendidih, kecik kan api dan masak hingga labu siam empuk dan kuah sedikit pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan rasa jika perlu tambah garam atau sos ikan. Masak sekejap dan boleh angkat. Hidangkan..


Khamis, 26 April 2012

Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Assalamualaikum semua.. salam bersiaran kembali.. cam pelik tak? alah jangan lah pelik sedapni.. he he he.. selalu jumpa masak lemak labu ye tak? kalini aku nak syer menu yang simple tapi sedap.. tak pastilah korang pernah jumpa atau makan tak? tapi yang pastinyer lepas aku wat menu ni nampaknyer SK gemar gak.. kalau beli labu kuning aka labu manis, sebahagian masak lemak n sebahagian aku masak sambal.. sedap, rasanyer lemak manis n semestinyer pedas2 sambal tu kan.. wat pulak sambal tumis udang kering aroma wangi udang kering tu memang menyelerakan ye tak? jom layan menu simple, mudah n sedap neh..
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering
Ader sesapa nak try.. meh aku tepek resepi simple ni..
 
 
Labu Manis Masak Sambal Udang Kering

Bahan
1/2 buji buah labu - kupas buang kulit n potong dadu

Bahan Sambal

* 3 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 3 sudu besar udang kering
5 sudu besar cili kisar (cili kering kisar) ikut kepedasan.
minyak untuk menumis
garam n gula secukup rasa
 
Cara2
* Kisar bahan bertanda*
* panaskan minyak untuk menumis
* tumis bahan kisar sehingga masak n naik minyak
* masukkan cili kisar
* terus tumis sehingga masak n sebati
* masukkan labu.. gaul sekata n sebati..
* + air sekiranyer perlu
* perasakan ngan garam n gula
* masak sehingga labu empuk/ lembut
* Siap....
 
SELAMAT MENCUBA

Selasa, 17 April 2012

Lemak Labu n Kacang Panjang

Lemak Labu n Kacang Panjang

Salam semua.. ni menu lunch arini eerrrkkk.. Alhamdulillah kenyang he he he.. tapi nak wat camana keje kan so pepagi sebelum gi kejer dah masak sesiap n tapau gi keje he he he.. bukan aper nak syer sejarah dah hampir 1 tahun lebih kami tak gi cafe hu hu hu hu.. cenggini citanya.. pada satu ketika ni, aku tak tapau makanan.. senang kata tak masak lah.. he he he.. so kat opis lak aritu sangat lah bz.. memang x sempat nak bekpes... skip lah kiranye.. tepat jam 12tgh masyaallah betapa berkeroncong perut neh so ngan panas2 gaban redah gak gi cafe ngan opismate aku efa.. dengan lemah bab lapo n longlai langkah bab panas terik huh dlm 10-15minit baru sampai cafe.. tau aper jadi.. subhanallahwalhamdulillah.. semua lauk pauk habis kecuali nasi n baki kuah2 jek.. aper perasaan.. hhhooooooooooo bengang dh tak berguna lagi so.. aku ngan efa makan nasi berkuah  jek.. sebab perut dah lapo hu hu hu.. sejak tu kami bertekat untuk tidak gi cafe.. bab sedey tak dapat lauk tapi bukan pangkah cafe.. diaorang tak salah hu hu hu kami yang takde rezeki he he he.. itulah al-kisahnyer..
Oklah panjang cita pasal sejarah.. ni nak cita pasal n3.. lemak labu.. taklah spesel mana bab masakpun guna santan kotak segera.. itu jek yang ader kat dapo mudahku itew.. he he he kira halallah tapi rasa tetaplah sedap.. ni 1/2 labu yang dimasak n tunggu lagi sebahagian labu tuk menu seterusnyer he he he.. oklah jom layan sayur lemak labu..
 
Lemak Labu n Kacang Panjang

Jumaat, 13 Ogos 2010

Menu Bersahur Ramadhan 3

Salam semua.. mmm ni next n3 yer he he he rajin? mmm x juga sesambil tunggu dokumen ok.. ni menu bersahur kami pagi tadi.. he he he x tau nak mkn aper, aper taknyer.. tanya SK diepun x tau.. katanyer x de yang teringin nak direquest so yang senang2 ajerlah jawabnyer ye tak yang penting cepat n mudah disediakan.. ok jom layan mata menu bersahur.. he he he

Ikan Kembung masak Sambal

Labu Labi masak lemak he he he Labu Manis  vs Kacang Panjang Masak Lemak..