Nilai yang amat berharga
Salam semua.. Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua sahabat2 dan pengunjung2 Halamanku..Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.. n3 menu berbuka n bersahur akan menyusul ye he he he..
Bismillahirrahmanirrahim...Ehem.. ehem.. Bagaimana nak ku mula..he he he.. aperpun semua mesti faham bila tengok gambo kat atas tu he he he.. sebelum story nak bagi 10stars kat Kak Dzana@Dzanariah.blogspot.com yang bijak n berpengalaman menekanyer...
Oklah Alhamdulillah aku n SK memanjatkan 1juta kesyukuran kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan dan mengurniakan segala2 nyer... Kami sesangat bersyukur.. Alhamdulillah.. tak tau nak luahkan camana.. mungkin sahabat2 pernah mengalami pengalaman sama ketika pertama kali disahkan Hamil.... sebenarnyer kami telah membuat pemeriksaan dan telah disahkan oleh Doktor pada 6 Jun 2012 yang mana pada ketika itu usia kandunganku berusia 5 minggu... Subhanallah... hilang segala demam2 alahan2 yang aku alami 2 minggu dan akan datang pada waktu Maghrib... setelah menerima berita yang amat membahagiakan...Subhanallah.. diiringi dengan airmata kesyukuran aku n SK.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kengkawan yang ingin melihat kami menimang cahaya mata... Alhamdulillah.. setelah itu kami manjalani rutin seperti biasa dengan ceria n cergas sekali.. maklumlah tiada alahan pada waktu siang menyebabkan tiada siapa yang mengetahuinya.. aku n SK menerima nasihat dari keluarga yang mahu dirahsiakan berikutan usia kandungan yang masih awal n muda.. mereka jiga berharap kami tidak terlalu beria n banyakkan berdoa... sehinggalah aku membuka buku rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran n usia kandunganku kini telah masuk 13 minggu..
Alhamdulillah... aku memnberanikan diri untuk wat n3 selain ingin mengabadikan kenangan terindah mohon doa daripada semua sahabat2 agar semuanyer dipermudahkan.. Walau aku mula merasa alahan ketika hari pertama berpuasa.. Aku berharap n bermohon kepada Allah agar diberi kesempatan n peluang untuk menyempurnakan Ibadah Puasa pada Ramadhan kali ini... Setakat ini aku masih mampu menyediakan juadah berbuka n bersahur.. cuma ader masa kemuncak aku akan muntah2.. Apapun aku akan cuba untuk kuatkan semangat menjalani ibadah puasa...
Semoga kalian sudi mendoakan dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang serba kekurangan ini...
Sekian dulu yang ingin diabadikan berkaitan dunia baruku ini.. he he he