Pagi tadi berkesempatan mendengar satu kuliah pagi oleh Ust Haji Abdul Malek tentang jin.
Jin tiada berbentuk dan tiada berupa. Malah jin sendiri tidak tahu rupa dan bentuk nya. Hanya Allah swt dan Nabi Rasyl terpilih sahaja yang tahu. Seperti mana yang dinyatakan dalam surah Al-Jinn.
Malah Rasulullah penah bersabda bahawa jin ada dalam pelbagai rupa, ada yang menyusur, ada yang mnjalar dan ada yng terbang.
Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sekadar Hiasan. Sumber: google.com
Dalam erti kata lain,jin ada dimana-mana. Setiap tampat yang kita pergi jin ada, setiap penjuru kita pergi jin ada.
Antara sifat jin pula suka akan bau busuk dan suka berbohong.
Ustaz juga berkata lagi, jin tiada rupa. Rupa jin yang kita tengok adalah rupa yang dibayangi manusia. Yang dilukiskan oleh manusia. Contohnya jika kita membayangkan jin itu seperti hantu raya maka ia akan jai seperti hantu raya. Kalau kita membayangkan toyol makan jin itu akan jadi seperti toyol.
Jin juga suka kita takut padanya dan mengagungkan jin. Makin kita takutkan jin. Makin mudah mereka menyesatkan Umat Islam.
Dengan kata lain tiada hantu di dunia ini. Yang ada hanya lah jin kafir yang berupa hantu untuk menakutkan dan menyesatkan umat manusia.
Jin kafir biasanya akan berusaha mendampingi umat Islam bagi menyesatkan umat Islam. Memesong kan akidah umat Islam.
Itu lah serba sedikit isi kandungan kuliah yang boleh aku kongsi kan. Semoga kita bersama mendapat mnafaatnya.
Dulu, nak tengok cerita hantu melayu dalam wayang pun susah apatah lagi dalam TV. Mungkin sebab mereka yang dulu-dulu suka merujuk pada cerdik pandai dalam agama atau mufti, sebab cerita-cerita Tahyul ni bukan beri banyak manafaat pun. Sesilap hari bulan leh bawa kepada kerosakan ummah dan akidah masyarakat. Ye la bila da takutkan hantu lebih dari takutkan Allah swt dan Ibu Bapa. Camne tue?
Kalau zaman bebudak dulu, nak dengar cerita hantu dari orang tetua je la. Orang tetua selalu membayangkan hantu tue berambut panjang, mata merah, gigi taring yang panjang, kuku pancang, kurus kering dan pakai baju putih. Sampaikan kalau memalam nak berjalan malam pun agak seram. Kalau terserempak ngan makcik yang baru balik dari surau pakai telekong putih pun sudah kecut perut lari. Haishhhhhhh..... Tapi zaman aku dedulu orang tetua kampung aku suka takutkan bebudak ngan Hantu Kopek (tetek) dan Hantu Raya. Paling femes la kat kampung aku. Kira Hantu Kopek dan Hantu Raya ni superstar la.
Tujuan diorang mencerita kan cerita hantu plak bukan nak suh kita takutkan hantu. Diorang nak supaya kita tidak selalu keluar memalam, merayau sesuka hati. Sebab malam itu gelap, dalam gelap banyak menda tak elok leh jadi. Dan untuk mengelakkan hantu syaitan suma ni, orang tetua akan suh kita mendekati diri dengan Allah swt. Mengaji quran jangan lupa, semayang puasa jangan tinggal.
Sekarang, cakap je cerita hantu apa nak tengok suma dah leh tengok. Xyah nak imagine lagi, xyah nak gi rumah buruk atau kubur cina lagi nak tengok hantu. Gi je panggung wayang, beratur dan beli je tiket wayang hantu apa nak tengok. X pun duduk je depan Tv, tekan je remote control tu, kuar la hantu apa korang nak. Suma ada. Apa ada kisah???
Dedulu pun xde cerita Melayu yang beraksi lanjan, skang siap leh masuk wayang lagi. Memang btol pelakon tue bukan wat bebetol. Kalau untuk orang dewasa mungkin leh pikir mana baik buruk nya, tapi kalau remaja sekoalah camna? Leh kontrol ke?? Kang wayang lanjan kat depan, kat belakang diorang pun dok lenjan skali. Dalam wayang kan gelap. Hurm......
Ke orang skang buat filem nak box-office cepat je. Tue sebab selit aksi lanjan, senang nak tarik golongan remaja tengok.
Dalam berita semalam aku rasa, berita paling sadis penah aku dengar, kat China budak 4tahun digilis dan orang lalu lalang xhiraukan langsung. Siap digilis dua van lagi. Seb baik ada sorang yang baik hati sudi menolong. Dan kat Malaysia, budak 14tahun sanggup kelar belakang, badan dan leher sorang bayi yang baru dilahirkan nya. Kejam kan??? Dimanakah hilang peri kemanusiaan?? Dimana hilang sifat kasih sayang??
Hantu kopek (tetek). Puaka yang sangat suke menculik mangsa dan menyembunyikannya mangsa di alam ghaib. Orang tua selalu menakutkan bebudak kampung ngan ceritera hantu kopek nie. Hantu ni sangat la misteri.
Di kampung, hantu kopek amat lah glamer mengalahkan Ct Nurhaliza lagi. Seb baik hantu kopek ni tak menyanyi cam Ct. Kalo tak, memang tak cari makan la Ct. heheheh
Ada yang pernah bersua muka ngan hantu kopek nie cakap hantu kopek ni mempunyai kopek yang sangat besar. Cup-cup tok sah cakap. Kompom xmuat. Pasal ada yang cakap kopek dia sebesar peti ais.
*************************
Misteri hantu kopek turut di takuti di sebuah sekolah berasrama di kampung tersebut. Ini berikutan misteri kehilangan seorang pelajar sekolah tersebut yang 'fly wihtout wing' secara berkumpulan. Namun beliau sangat bertuah kerana dia telah disorok oleh hantu kopek. Mangsa hanya ditemui 2hari kemudian dekat dengan tangki air asrama.
Untuk 'fly', para pen'fly' kena melalui longkang besar. Kerna itu lah jalan yang paling selamat dalam sejarah yang pernah direncanakan oleh para senior asrama itu sejak turun-temurun. Laluan 'fly' tue memang gelap sebab tue la selamat dari pandangan warden. Kawasan tue jugak agak bersemak.
Pada suatu malam bulan purnama penuh, 5 sahabat merencana untuk 'fly' untuk membeli bekalan rokok, jajan, daun terup dan tidak lupa 'char keuy teow' untuk santapan malam itu. 5 sahabat tue adalah Din, Mie, Jue, Lie dan Bob.
Din memang otai bab checking line nie. Superb bab check lain. Bob plak adalah banker. Bapak dia orang kaya. Duit Bob memang mewah, xpercaya tengok la perut Bob, memang besar beb. So dia orang penting kerna duit beliau. Mie, Jue dan Lie cam biasa. Pak semak je.
Rancangan 'fly' mereka rencana kan berjalan lancar pada jam 9.30 malam time bebudak lain still dok prep. Bekalan rokok Dunhill dan Surya da di beli. Char Keow Teow yang dipesan bebudak jugak telah dibeli. Kacang ngan ying, super ring, twisties dan daun terup juga telah dibeli.
Sampai je dekat longkang besar tue. Lie mula rasa seram sejuk.
'Wei, aku rasa semacam je' cakap Lie.
Mie dan Jue muka da pucat takut. Diorang memang penakut.
'Cepat la masuk' cakap Din sambil melompat longkang besar tue. Din mengepalai.
'Xde ape la. Korang ni takut sangat la.' sound Bob sambil makan Twisties.
Lie, Mie dan Jue xpedulikan Bob. Terus masuk ke dalam. Dan terus menyelinap masuk ke asrama. Pagar memang berlubang. Disediakan oleh para senior untuk kemudah para pen'fly'. Diorang terus berjalan tanpa pedulikan bob.
Titiba.....
'Tolong....Tolong....Tolong' terdengar sayup suara meminta tolong.
'Cam suara Bob. Jom cari dia' sound Din.
Mereka cari Bob tapi tidak jumpe. Kelibat Bob langsung x di temui. Selipar yang di pakai Bob jugak hilang.
Jam sudah pukul 11 malam. Dari jauh kedengaran bunyi moto C70 milik cikgu Zul, warden asrama mendekati. Lelaju diorang suma blah dari situ. Balik ke dorm. Selamatkan diri dari ditangkap cikgu Zul yang ganas cam hitler tue.
Sampai di dorm suma pakat tanya pasal Bob. Tinggal misteri. Jam 12malam kelibat Bob masih tidak nampak.
Gempar seluruh asrama lelaki Bob di sorok hantu Kopek. Hebah seluruh asrama. Ade yang mula tido beramai-ramai takut hantu Kopek mengganas malam tue.
Tepat pukul 2.00 pagi. Seluruh dorm da bergelap. Pasal pukul 12 malam da kena light off kecuali bilik study je. Suatu bau aneh mula menusuk hidung penghuni dorm. Suatu lembaga yang bersusuk besar kelihatan menuju ke dorm C. Pintu dorm C dibuka lembaga terbabit. Kuakkk....Bunyi pintu asrama buruk.
'Bob' tetiba Din bersuara.
'Wei. Camne kau leh lepas dari hantu Kopek, Bob?' tanya Mie yang bermulut celupar tue.
'Hantu Kopek???Apakah' rengus Bob pelik.
'Tadi aku jatuh longkang. La ngek. Korang memang mangkuk aku mintak tolong haram sekor pun x datang tolong. Ni abes baju aku kena air longkang. Pastu cikgu Zul ngan pak gaurd datang lepak kat situ lama. Aku dok la nyorok dalam pembentung tue. Da lama sangat aku tetido dalam tue. Bukan kena sorok ngan hantu Kopek. Sial.' cite Bob panjang lebar.
Suma yang sedari tadi ketakutan dengan hantu Kopek da mula hilang bila dengar cite BOb. Nak tergelak tapi xsampai hati. Hanya gelak dalam perut je la.
Sejak ari tue Bob da serik 'fly'. Dia just bagi arahan dan bagi duit. Yang penting makanan dia sampai. Bob memang hantu, Hantu Makan. Tue yang badan cam anak jin.
Kat opis aku ni ada penunggu. Penunggu ni gak wat aku rasa bengang yang amat. Adoi....
Opis ni memang keras beb. Diperbuat dari konkrit. Dindind lantai suma konkrit. Partition je yang bukan konkrit.
Berbalik pada penunggu nie. Penunuggu ni bukan la hantu jembalang tapi manusia. Port utama penunggu nie adalah kat pantri. Nape aku panggil penunggu??
Alasan aku:
Time sarapan pagi penunggu akan dok dalam pantri dari pukul 9 pagi sampai pukul 11pagi. Paling kurang pun pukul 10.30pagi. Orang lain da dua tiga kali kuar masuk. Dia masih ade dok tunggu pantri tue.
Time makan tengah hari, penunggu nie akan ada dalam pantri dari pukul 1.30 tghari sampai pukul 3.00 petang. Orang da shift kedua da. Penunggu masih dok situ.
Memang penunggu ni xganggu aku. Tapi penunggu ni memang merimaskan aku. Masuk dalam pantri tengok muka kau. Pastu penunggu ni akan sembang x brenti. Aku nak makan pun xleh fokus. Xleh nak kosentrat pada makanan. Xde feel nak makan.
Kalo sehari dua xpe. Nie tetiap hari. Naik muak aku.....Ni baru 6bulan aku keje sini.
Bila orang suggest keje kat umah ko xmau. Sibuk suh org lain. hurmmmmm...
Umur da dekat 50tahun. Xtau la. Kekadang, orang camni patut da berundur. Bagi la peluang pada muda-mudi plak amik tempat kat dalam opis Goverment nie..