Jin tiada berbentuk dan tiada berupa. Malah jin sendiri tidak tahu rupa dan bentuk nya. Hanya Allah swt dan Nabi Rasyl terpilih sahaja yang tahu. Seperti mana yang dinyatakan dalam surah Al-Jinn.
Malah Rasulullah penah bersabda bahawa jin ada dalam pelbagai rupa, ada yang menyusur, ada yang mnjalar dan ada yng terbang.
Dalam erti kata lain,jin ada dimana-mana. Setiap tampat yang kita pergi jin ada, setiap penjuru kita pergi jin ada.
Antara sifat jin pula suka akan bau busuk dan suka berbohong.
Ustaz juga berkata lagi, jin tiada rupa. Rupa jin yang kita tengok adalah rupa yang dibayangi manusia. Yang dilukiskan oleh manusia. Contohnya jika kita membayangkan jin itu seperti hantu raya maka ia akan jai seperti hantu raya. Kalau kita membayangkan toyol makan jin itu akan jadi seperti toyol.
Jin juga suka kita takut padanya dan mengagungkan jin. Makin kita takutkan jin. Makin mudah mereka menyesatkan Umat Islam.
Dengan kata lain tiada hantu di dunia ini. Yang ada hanya lah jin kafir yang berupa hantu untuk menakutkan dan menyesatkan umat manusia.
Jin kafir biasanya akan berusaha mendampingi umat Islam bagi menyesatkan umat Islam. Memesong kan akidah umat Islam.
Itu lah serba sedikit isi kandungan kuliah yang boleh aku kongsi kan. Semoga kita bersama mendapat mnafaatnya.