Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


Monday, April 16, 2012

Ayam Penyek Punye Cerita


Kejadian ni jadi pada tahun 2008. Masa tu aku kerja dengan satu kontraktor dan ditugaskan menjaga tapak di Bandar Selesa Jaya, Johor. Dekat la dengan Nusajaya punya tapak pembangunan. Dan masa ni nama Ayam Penyek tak sefemes sekarang ni. Kat KL pun dah bersepah kedai Ayam Penyek.

Masa drive nak pergi ke pejabat tapak di Selesa Jaya, aku drive dan sebelah ada safety manager aku. Sampai satu simpang dekat dengan Petronas nampak la satu kedai besar tertulis Restoren Ayam Penyek.

Bos Aku : Menarik kedai ni. Cantik hiasan dia. Restoren Ayam Penyek. Ayam.

Aku : Ayam Penyek tu bos tau ke apa??

Bos Aku : Tak tahu la, di. Apa tu?? Kau tahu....

(akal jahat aku datang)

Aku : Sejarahnya dulu ada sorang pakcik ni. Dia sayang sangat kat ayam kampung dia. Dia tak de lauk nak makan pun dia tak sembelih ayam dia. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ayam dia telah kena gilis dengan lori. Dek kerana sayangkan sangat ayam dia, dia telah goreng ayam dia untuk makan. Katanya biar ayam tu sebati dengan nya buat selamanya. Tue la sejarah ayam penyek kalau bos nak tau.

Bos Aku : Dah di. Kau jangan nak ngarut. Kau bawak je hilux ni cepat. Geli tekak aku dengar cerita dongeng kau.

Aku : Baik bos...hahahahahha






Memang aku kelentong je bos aku masa tu. Aku pun tak tahu ayam penyek tu apa. Seb baik lepas tu bos aku bermurah hati belanja aku ayam penyek. First time, aku makan ayam penyek memang aku tak berapa suka.

Thursday, February 2, 2012

Perabih Duit

Awal tahun ini entah apa yang merasuk diri aku ini, aku memperabih duit skit. Memang aku jenis kedekut (pengakuan jujur). Kedekut macamana adalah handphone aku selagi boleh pakai aku akan pakai. Aku tak kisah pakai handphone yang di ikat dengna getah. Sebab aku hanya pakai handphone untuk SMS, Call dan kekadang MMS. Yang lain aku jarang sangat pakai.

Dan ada satu beg aku dah aku pakai sejak aku dari form 4 (tahun 2000) sampai skang aku still pakai beg tu wat kerja. Aku suka beg tu. Walaupun warna dia dah lusuh dan bini aku dah berkali-kali tegur tapi aku wat bodo je. Malas aku nak ganti beg lain sebab aku sayangkan beg tu. (Hadiah dari abang aku sebenarnya beg tu)

Tapi awal tahun hari tu lebih kurang dalam tengah bulan Jan 2012, aku dah plan nak belanja bini aku Ipad 2. Tapi bila sampai kedai bini aku tak nak pulak Ipad 2, tukar ambil Galaxy Tab 10. Menurut tokei kedai tu Galxy Tab 10 lagi lagu dan better skit dari Ipad 2. (Biasa lah. Apapun ada pro dan con). Jadi angkat Galxy Tab 10 untuk bini aku. (Aku juga yang banyak guna pun wat main game. Hahahahaha..)

 Galaxy Tab 10. Sumber google.com

Dan untuk diri aku, aku angkat Canon EOS 60D. Hajat hati nak ambil Nikon D90 tapi pengeluaran dihentikan sementara akibat kerana banjir kat Thailand. Nak angkat Nikon D7000 tak terdaya, berat sangat harganya. So, ambillah 60D je. Sekarang tengah dok belajar sikit-sikit istilah-istilah dan function kamera ni.


EOS 60D. Sumber google.com



Sebenarnya niat nak beli DSLR ni dah timbul 3 tahun lepas. Tapi tahun ni baru tercapai. Syukur Alhamdulillah..



Heykawan : Seronok melihat isteri tersenyum terima hadiah.

Thursday, January 5, 2012

Kau Dan Aku

Semasa Bercinta


"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
"Saya sayangkan awak"
3 kali perkataan itu dilafazkan di telinga si dia. Si dia hanya mampu tersenyum mendengar luahan hati jejaka pujaan nya.

Setiap kali telefon pun kata sayang dan cinta tidak pernah lekang dari bibir, almaklum lah indahnya dunia percintaan bagaikan dunia kami yang punya. Apa pun halangan datang menduga, tetap ditempuhi dengan tenang.

Kesana kemari bersama tawa dan riang.


Selepas Berkahwin

Suatu hari Si Isteri bertanya "Kenapa awak cam lain je? Awak dah berubah..."

"Ye ke" pendek saja balas Si Suami. Sambil teruskan main PSP di tangan nya.

"Awak dah x sayangkan saya ke?"

Si Suami hanya diam.

"Awak dah x cintakan saya ke?"

Si Suami diam lagi.

"Awak dah x sukakan saya ke?"

Si Suami tetap membatukan diri. Masih bersama PSP nya bagaikan PSP adalah segalanya. Muka Isteri sudah berubah bagai kan tauchu masam.


"Atau awak sudah ada......" belum pun sempat Si Isterinya menghabiskan kata-kata, pantas Si Suami menutup mulut Isterinya.

"Kata-kata hanya luahan di bibir sahaja. Sejak saya melafazkan 'Aku Terima Nikahnya' sejak itu, awak bukan lagi di bibir tapi di sini." sambil Si Suami menunjukkan ke arah hati nya.

"Awak kekal selamanya di hati ini. Hingga akhir nyawa cinta ini hanya untuk awak" 

Haiqal dan Mama Haiqal


Heykawan : Entri khas buatmu, Isteri ku. Selamanya Papa sayangkan Mama dan Haiqal.


Friday, December 30, 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Tadi balik dari kenduri bersama biras aku kat Sungai Siput (25 Disember 2011), terdengar ceramah dari sorang Ustaz, xpasti namanya sebab dengar pun dah separuh jalan jadi tak la clear sangat. Tapi ceramah dia menyentuh pasal 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' dan aku rasa ianya baik untuk aku kongsikan bersama korang. Dan kalau aku tesilap jangan malu untuk tegur dan kita bahaskan.


Orang kita terutama orang Melayu selalu menggunakan alasan 'Kita Merancang Tuhan Menentukan'. Dalam banyak perkara kita gunakan alasan macam tu. Kekadang dalam keadaan yang tidak sesuai.

Seingat aku, Ustaz tu kata 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' adalah bermaksud kita telah merancang serta berusaha yang terbaik dan seterusnya kita bertawakal kepada Allah swt. Dan apa yang plaing penting dan perlu ditekankan di sini adalah PERANCANGAN dan USAHA kita itu barulah diikuti TAWAKAL. Bukan hanya berserah pada nasib dan takdir semata-mata.

Sebagai contoh, kita datang lewat ke tempat kerja. Dan kita menyatakan kepada bos bahawa 'Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan, itu yang menyebabkan saya terlambat.' 

Hal ini boleh diberikan alasan sebegitu sekiranya kalau kita telah bergerak awal tetapi terlambat kerana terlibat dalam kemalangan, kereta/moto breakdown dan lain-lain halangan. Tetapi sekiranya sememangnya kita lewat bangun dan selalu begitu, itu bermakna kita tiada perancangan. Itu boleh dikatakan habit kita yang suka datang lewat.

Sama juga dalam hal belajar, kekadang kita selalu mendengar pelajar biasa bercakap 'Berserah sahaja lah, aku telah berusaha'. Ucapan itu memang sesuai sekiranya kita telah berusaha sehabis baik. Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan. Bukan hanya masuk exam, dan jawab soalan tanpa berlajar dan ulangkaji secara bersungguh-sungguh. Tapi jangan dilupa untuk berdoa dan tawakal. 

Oleh itu, apa yang penting disini ialah dalam kehidupan harian kita. Kita memerlukan perancangan yang terperinci dan disertakan usaha yang setimpal bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Barulah kita berdoa, tawakal dan berserah kepada Allah swt untuk menentukan. 


Sempena akhir tahun ini, samalah kita merancang untuk tahun depan. Merangka kejayaan yang ingin kita capai di tahun depan.

Sekian.


Heykawan : Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.

Tuesday, December 20, 2011

Cinta Kau dan Aku



PERTEMUAN YANG TIDAK TERDUGA
MENJADI SATU TANDA KITA BERDUA
PERKENALAN YANG AMAT BERMAKNA
MEMULAKAN SATU CERITA

BERSATU TELAH HATI KITA
BERBUNGA HATI GEMBIRA TERASA
TERBUKA TANGAN MENYAMBUT MU TIBA
SATU SEJARAH CINTA BERMULA

KE TIMUR BARAT SELATAN DAN UTARA
KITA BERSAMA SENTIASA
ARUS DUKA HIBA TIADA
HANYA BERTEMANKAN KUNTUM GEMBIRA

TAPI SAMPAI BILA TAKAT MANA
AKAN MEKAR KAH SELAMANYA
ATAU AKAN JATUH JUA
TUNDUK LAYU KE MUKA DUNIA

MAMPUKAH KITA PERTAHANKANNYA
MAMPUKAH KITA UNTUK MENGHARUNGINYA
ONAK DUGAAN YANG DATANG MELANDA
MENCABAR HATI DAN PERASAAN KITA

TERMANGU AKU MENGENANGKAN SEMUA
SAYU HIBA HATIKU SUNGGUH TERASA
SIAPA MENDUGA SEMUA INI TIBA
TIADA LAGI YANG SETIA HANYA AIRMATA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...