Showing posts with label sesaja. Show all posts
Showing posts with label sesaja. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Kenderaan Balik Kampung Time Raya

 Mungkin aku boleh try buat macam ni time raya nanti kalau tiket bas abes. Hehehehehe

Tapi tak tahu la berapa hari baru sampai ke Tumpat sana..


Kayuh jangan tak kayuh jangan sampai kena gilis sudah





Friday, June 8, 2012

Beza Laki dan Perempuan Punye Instagram





Friday, May 11, 2012

Malam Sunat

Semalam sebelum balik dari opis saja aku menyinggah kejap di Tingkat 1. Saja menguusha sesapa yang belum balik. Ada la 4 orang belum balik lagi kat situ.

Sorang akak tegur aku.

'Dah nak balik ke??'


'Tak de. Nak gi shopping ni'


'Ke tido sini boh'


'Xbest tido sini. Tido kat basement lagi syok. Tempat parking. hahahhaa'


'Ishh...Lupa malam ni malam Jumaat. Malam sunat. Mana bleh tak balik kan boh'


'Sape cakap malam ni malam sunat??'

Terdiam akak tu kejap. Suma pakat diam. Aku sambung lagi menyoal akak tu.


'Sape cakap malam ni malam sunat kak??'


'Btol la. Malam Jumaat semua orang tahu malam sunat.'


'Memang la. Malam ni malam Jumaat. Malam Sunat. Tapi malam lain Malam wajib kak. Hahahahah'



Wednesday, May 9, 2012

Kalau lah...........

Kalaulah watak Dark Vader cenggini....
Komfirm akan lebih ramai akan tengok cite Star Wars.....

 



 Tapi kalaulah watak Harry Potter cenggini....
Aku tak pasti akan tetap blockbuster tak cite tu nanti....




Sekadar senyuman petang......Adios




the truth

Tuesday, May 8, 2012

Lawatan Ke Permintek, Jitra








Antara gambar-gambar semasa aku melawat ke Kilang Permintek di Jitra dua minggu lalu. Kilang Permintek adalah merupakan kilang yang mengeluarkan wayar untuk kereta. Kilang ini merupakan vendor bagi Perodua, Proton, Toyota, Honda dan lain-lain.

Apa yang menarik owner kilang ini adalah seorang Melayu yang telah joint venture dengan Jepun. Bila dengar tentang vision dan sejarah mereka, telah memotivasikan diri aku sendiri. Boleh saja kalau kita nak berjaya kalau kita yakin dan berusaha.

Apa yang best, wayar yang berpuluh-puluh, perlu di susun dan balut dalam masa tidak lebih dari 4 minit. Memang aku respect orang yang buat kerja ni. (Majoriti adalah wanita) Diorang memang cemerlang. Aku sendiri leh katakan tak sanggup nak buat kerja seperti itu.

Wednesday, April 25, 2012

BUNOHAN




BUNOHAN..... Movie Bunohan arahan Dain Said adalah satu movie yang hebat bagi aku. Filem ini banyak terima anugerah dalam festival filem antarabangsa. 

Filem ini hebat kerana lakonan pelakonnya yang mantap dan hebat. Dan yang paling aku suka adalah mesej yang cuba disampaikan iaitu ketamakan pada harta dunia menyebabkan manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri. Suatu mesej yang hebat. Hakikat yang terjadi dalam dunia sekarang. 

Mesej ini amat berjaya disampaikan dengna watak jahat Bakar (Pekin Ibrahim) yang tepaksa menyembunyikan kejahatan nya disebalik riak muka dan tingkah laku yang baik. Pujian buat Pekin. 


Ada juga review mengatakan cerita ini susah nak paham dan berat. Memang cerita ini agak berat dan perlu diperhatikan bebetul tambahan pula menggunakan loghat Kelate. Ada yang kata tak paham cerita ini sebab menggunakan loghat Kelate. (Bini aku pun tak paham....Terpaksa aku jadi translater dan dia baca subtitle) Bagi aku memang tiada masalah sebab aku orang Kelate. Bagi yang bukan orang Kelate, kan ada subtitle apa masalah. 

Cerita 'Kuch Kuch Hota Hai' yang guna bahasa Hindustan, 'Nada Cinta' yang guna bahasa Indonesia, 'Betty' yang guna bahasa Mexico dan banyaak lagi cerita luar boleh pulak korang paham. Apalah pula cerita guna Bahasa Kelate kan.




Ada yang tanya aku ada ke tempat nama Bunohan tu?? Memang ada kampung Bunohan tu. Kampung Bunohan terletak dalam Jajahan Tumpat bersebelahan dengan Kampung Telaga Bata dan Kampung Jong Bakar. Tapi Kampung Bunohan bukan seperti dalam movie Bunohan ni, sebab Kampung Bunohan bukan perkampungan nelayan. 




Jimmy Lor

Paling aku tak sangka adalah watak Jing lakonan Jimmy Lor. Aku tak kenal sangat beliau ni. Tapi abah dan adik-adik aku cukup kenal dengan Jimmy ni. Jimmy adalah cikgu taekwando adik-adik aku. Dan merupakan orang yang bertanggungjawab melatih adik aku sampai adik aku menang banyak dah medal dalam kejohonan yang mereka masuk.


Adik-adik aku yang dilatih oleh Jimmy Lor.


Wednesday, April 18, 2012

Pandangan Korang


Aku x sempat nak ambil gambar.

Tapi aku beri gambaran lebih kurang. 

Seorang perempuan Melayu  -  Pakai Baju Kemeja, Tudung, Pakai Skirt Paras Lutut dengan Stokin. 
Aku jumpa perempuan pakai camni masa aku pegi MaLaM seperti dalam entri sebelum.

Apa pandangan korang?? Aku jahil pasal fesyen ni.....Adakah ini trend terkini??



Heykawan : 1st time aku jumpa orang pakai cenggini.

Monday, April 16, 2012

Ayam Penyek Punye Cerita


Kejadian ni jadi pada tahun 2008. Masa tu aku kerja dengan satu kontraktor dan ditugaskan menjaga tapak di Bandar Selesa Jaya, Johor. Dekat la dengan Nusajaya punya tapak pembangunan. Dan masa ni nama Ayam Penyek tak sefemes sekarang ni. Kat KL pun dah bersepah kedai Ayam Penyek.

Masa drive nak pergi ke pejabat tapak di Selesa Jaya, aku drive dan sebelah ada safety manager aku. Sampai satu simpang dekat dengan Petronas nampak la satu kedai besar tertulis Restoren Ayam Penyek.

Bos Aku : Menarik kedai ni. Cantik hiasan dia. Restoren Ayam Penyek. Ayam.

Aku : Ayam Penyek tu bos tau ke apa??

Bos Aku : Tak tahu la, di. Apa tu?? Kau tahu....

(akal jahat aku datang)

Aku : Sejarahnya dulu ada sorang pakcik ni. Dia sayang sangat kat ayam kampung dia. Dia tak de lauk nak makan pun dia tak sembelih ayam dia. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ayam dia telah kena gilis dengan lori. Dek kerana sayangkan sangat ayam dia, dia telah goreng ayam dia untuk makan. Katanya biar ayam tu sebati dengan nya buat selamanya. Tue la sejarah ayam penyek kalau bos nak tau.

Bos Aku : Dah di. Kau jangan nak ngarut. Kau bawak je hilux ni cepat. Geli tekak aku dengar cerita dongeng kau.

Aku : Baik bos...hahahahahha






Memang aku kelentong je bos aku masa tu. Aku pun tak tahu ayam penyek tu apa. Seb baik lepas tu bos aku bermurah hati belanja aku ayam penyek. First time, aku makan ayam penyek memang aku tak berapa suka.

Monday, April 9, 2012

aku dan salesman

Aku bukan anti-salesman, pasal aku pernah kerja salesman.

Ni cerita jadi dua minggu lepas. Aku dok melepak kat luar rumah sambil bermain-main dengan BamBam (Haiqal, anakku). 

Dalam dok melayan dan mendukung BamBam datang la sorang mamat yang bergaya, siap ngan neck tie lagi. (Walaupun pada masa tu adalah panas......Normal bagi sorang salesman). Aku nampak tag Unifi, kompom 150% salesman Unifi. (takkan student Unifi plak kan....Studeng Uniten ada la...)

Mamat : Assalamualaikum....

(Dia bagi salam...Juruh budak ni...Boleh wat menantu..)

Aku : Walaikumusalam.

Mamat : Abang ada pakai internet kat umah tak?? Streamyx ke, unifi ke, broadband ke?? Kami tengah buat pemeriksaan sekarang ni.

(Pemeriksaan ke berniaga.....hurm...dah mula ayat salesman tu)

Aku : Tak de.

Mamat : Abang ada komputer atau laptop tak??

Aku : Ade. (semua orang pun kebanyakan ada la skang...Ye x??)

Mamat : hah..... elok benar lah tu. Sekarang ni kami Unifi tengah buat promosi. Kami buat pemasangan percuma. Abang tak perlu bayar RM1k untuk yuran pemasangan. Semua adalah percuma. Abang boleh isi borang sekarang.

Aku : Tak nak. Tak berminat.



Dalam hati aku......Adik usah lah dok tipu abang adik, yang bayar RM1000 tu bukan adik dan bukan kompeni adik pun. Tu semua memang offer dari TM. Dan lagi satu memang la Yuran Pemasangan dah cover, Tapi sape plak nak tolong cover yuran BULANAN.....Adik ke???





heykawan ; Aku tak leh jadi salesman. Aku tak berapa reti menipu sangat. Pada sesiapa yang pernah beli mesin jahit dari aku pada tahun 2001 dulu. Aku ucapkan terima kasih dan maaf......Cari makan bang...

Tuesday, March 6, 2012

Tembak Saja : Bunga Lagi











Ni gambar-gambar yang ditembak di rumah akak ipar aku di Sungai Petani masa kami pergi melepak kat sana 3hari awal bulan Februari ari tu. Semua pic ni belum di edit lagi. Langsung dari kamera.

Thursday, February 16, 2012

Tembak Saja : Kucing




Kucing ni kucing kakak ipar aku.
Aku paksa dia jadi model tak berbayar. 
Mood malas nak update lagi pasal sibuk meeting ja minggu ni.

Wednesday, February 15, 2012

Tembak Saja : Bunga


 Bunga Teratai ni di tembak di UIA.


 Ni pun ditembak di UIA. (xtau nama bunga apa)


 

  Bunga Okid kat Umah kakak Ipar aku.



 Bunga Okid selepas Hujan.


Bunga di atas ada minor touch up guna Photoshop.



 Heykawan : Jedi nak jadi mamat bunga la pulak. Bunga Matahari. hahahha

Friday, January 20, 2012

Uji Lensa : Tembak Saja








 Sesaja je uji lensa dalam umah je. 
Jenis main tala dan tembak merata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 Ni la kejadian petang semalam.
Tengah dok beratur nak beli donut kat flat Bukit Angkasa.
Gerombolan DSAI lalu, aku just snap je picture dia pakai hanpon cabuk aku.
Hari ni x salah aku, PM pulak nak turun ke Pantai Dalam.
Makin dekat nak mengundi makin banyak la Program Turun Padang.
Dunia Politik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...