THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts
Sunday, 14 July 2013
AGAR AGAR PELANGI
Sekejap aja masa berlalu..macamana puasa rakan-rakan semua..harap semuanya berjalan lancar..bila puasa nie selera nak makan nie nak makan tu bertambah tambah..kalau ikutkan nafsu nie ..mati kita dek kerana makan..walau bagaimana pun jagalah pemakanan kita ya...yang manis tu kurangkan..begitujuga yang berlemak dan masin..berhati -hati ya ..makan la berpada-pada..nasihat untuk diri sendiri juga..
Tertawan dak dengan agar-agar pelangi di atas...menarikkan..yang bestnya agar-agar nie mudah aja nak buat..yang paling penting kesabaran tu..untuk melapis..jom kongsi resepi ringkas nie..
AGAR-AGAR PELANGI
1 peket agar-agar serbuk
3 cwn air
150ml susu segar
1cwn gula
pewarna hijau,oren, merah, biru
pes pandan utk hijau
pes oren utk warna oren
pes strawberry untuk warna merah
Masak air biar mendidih masukkan agar-agar..dan gula masak hingga sebati. Kemudian bahagikan mengikut warna di sukai...Lapis mengikut warna setiap warna di bahagikan dengan agaragar berperisa susu..setiap lapis mestilah di sejukan.
Untuk adik adik diluar sana yang masih baru berjinak jinak memasak tu silalah mencubanya..memang senang sedap..dan menarik..
Masak agar
Saturday, 27 April 2013
CHOCOLATE PANCAKE
Apa khabar semua...semoga semua rakan rakan di luar sana berada dalam situasi sihat ya..
Hari ni tak ada rancangan apa apa..so pagi-pagi lagi sediakan pancake untuk si anak dara tu..
Senang bagai 1 , 2 , 3..jom kongsi resepi
CHOCOLATE PANCAKE
2cwn tepung naik sendiri
1sdk baking powder
1 biji telur
2cwn susu segar
4sdb air
secubit garam
1sdk vanilla
2sdb mentega cair
Campur semuanya sehingga sebati.Gunakan kuali tidak melekat tuang sesudu dan masak hingga lembut dan garing.
Hidangkan bersama madu, jem. atau sambal tumis..
So simplekan....
Friday, 28 December 2012
CREPE with PANDAN FILLING
Assalamualaikum..
Salam Jumaat penghulu segala hari...sepuluh jari disusun memohon maaf kerana lama sangat diri ni menyepi dek kerana kesibukkan kerja..
Selesai sudah percutian kami sekeluarga 2012..emm hope to share wt u all nanti ya..tinggal lagi 3 hari 2012 akan meninggalkan kita...Harapan biarlah 2013 yang bakal datang nanti akan lebih menceriakan..
Ok..bagi menghilangkan rindu ..jom kongsi Crepe with Pandan Filling..rasanya tak payah la nak kongsi resepi sal semua dah pandai buat..dek kerana demam crepe nie kan..
Jumpa lagi nanti ya... salam sayang buat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain...
DAAAAAAAAAAAAAA
Saturday, 1 December 2012
DURIAN CREPE....
Assalamualaikum ...Selamat berhujung minggu..yang sedang bercuti bersama keluarga tu enjoy the time dengan anak anak ya...
Yang kan rumah macam saya nie ..selamat beristirehat..sedang buat apa tu...mungkin ada yang tengah sibuk dengan hidangan makan petang hari nie...
Fenomena Crepe sedang melanda dikalangan blogge blogger sekarang nie..tak terkecuali saya disini..bila tengok gambar yg dipost kekawang teringin pulak nak merasanya..semuanya cantik cantik dengan pelbagai intinya..rata rata semuanya kata sedap..so tercabar la diri nie nak cuba..so..ni ha..hasilnya...
Memang benar ...rasanya memang sedap...tersangatlah ..ruginya kalau belum mencuba...
Pelbagai resepi yang dapat kita baca di kalangan kawan kawan blogger...boleh lah cuba mengikut kesesuaian..
Yang pasti memang meletup...............
Wednesday, 28 November 2012
PEACH with WHIP CREAM
Bertemu sekali lagi...
Hari ni nak kongsi khasiat buah Peach..walaupun buah nie kurang digemari tak macam buah durian atau rambutan di Malaysia..khasiatnya tiada bandingan.bagi saya buah nie adalah buah kegemaran saya no 1..selalunya dalam peti ais mesti ada setin dua buah nie..
Jom kita sama-sama baca apa ada dalam sebiji buah yang digelar Peach.
Khasiat Buah Peach (Persik)
Buah yang banyak ditemukan di daratan Cina ini, kaya akan vitamin C, yang bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh kita. Jadi, kalau kita sedang banyak melakukan kegiatan dan merasa kurang fit, makan buah peach secukupnya.
- Meski teksturnya lembut, buah peach ini kaya serat. Makanya, sesuai sekali untuk membantu organ pencernaan. Apalagi untuk yang sedang melakukan program diet.
- Buah yang musimnya ada di bulan Mei sampai Oktober ini memiliki kandungan mineral seperti besi dan potassium. Besi berguna untuk melancarkan proses metabolisme tubuh. Sementara potassium, dipercaya bisa membantu mengurangi resiko tekanan darah tinggi dan sebagai komponen penting untuk kekuatan otot kita.
- Peneliti menemukan buah ini termasuk dalam snack rendah karbohidrat. Kerana peach memiliki kandungan air yang cukup banyak. Setiap buahnya hanya mengandung sekitar 60 kalori.
- Seperti buah apel dan plum, kulit peach adalah bahagian buah yang paling bernutrisi. bahagian ini mengandung konsentrasi vitamin, mineral, dan antioksidan terkaya.
- Kandungan vitamin A yang kaya, membuat peach dipercaya dapat mencegah kanser dan baik sekali untuk penglihatan kita.
Emm memang sedap dan banyak khasiatnya..jangan lupa mencubanya ya..
Sunday, 25 November 2012
CHEESE PUDING with OREO
Assalamualaikum...
Hari nie hari minggu..tapi tak cuti hari nie kena kerja ..so bawa lah si anak dara tadi ke tempat kerja nun jauh di Changlun dekat dekat Bukit Kayu Hitam...ye...sempadan Thailand...bila drive sorang sorang nie bosan juga so bawa Scha boleh gak sembang sembang sepanjang 120km tu..
Hari nie tak nak taip panjang panjang sal la nie dah nampak bantal dan selimut....letih...
Nak kongsi Cheese Puding with Oreo yang sempat di buat sebelum pergi kerja tadi..dah lama kempunan nak try puding nie..terimkasih pada sifu kita Ita di masam manis yang menghidangkan resepi yang menawan hati..mohon di panjangkan perkongsian di sini..terimakasih daun keladi...
Jom tengok bahan bahannya..
CHEESE PUDING WITH OREO
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz / Ita di masam manis....
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah
Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dlm loyang atau acuan. Ita layerkan dengan biskut oreo. Susun Biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
Monday, 19 November 2012
BROWNIES WITH STRAWBERRY
Strawberry week katakan..so layan la ye gambar strawberry lagi tak habis dlm peti sejuk tu...hik hik hik...
Selamat bertemu lagi ya rakan rakan semua....emm..semoga sihat sihat semuanya..
Bila cuti cuti sekolah nie mama nie kena la rajin sikit..anak anak asyik lapar aja...jom kongsi menu petang kami Brownies sangat la..moist...terasa coklatnye..yang bestnya bahan-bahannya pun ringkas aja
BROWNIES
A
2 cawan tepung gandum
1cawan koko
1sdk baking powder
1/2 sdk soda bicarbonat
1/2 sdk garam ( diayak semuanya)
B
3 biji telur
1cawan susu full cream
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula perang
1 cwn air panas (gaul sebati )
1/2 cawan badam
1/2 cawan biscuit oreo di ramas kasar kasar
Satukan A dan B hingga sebati..masukkan badan dan biscuit oreo. Masukkan dlm acuan yg di lapis kertas. Bakar 170 selama 30 minit.
Hidangkan dgn sedikit coklat ganache dan buah buahan di sukai.
Mesti cuba tau..senang sedap dan cepat....
Jumpa lagi ya........
Sunday, 18 November 2012
STRAWBERRY WEEK....awesome
Selamat bertemu lagi...emmmm sedap tak terkata bila dapat makan strawberry segar segar di Tanah Rata Cameron Highland jumaat lepas..memang belasah cukup cukup..manis..segar..ditambah dengan lemak manis coklat tu..
Hari nie nak tayang gambar buah kegemaran saya di carta no 1..emmm sudah semestinya Strawberry Coklat...
Aiskrim strawberry ditambah dengan strawberry filling yang manis ...aduhs.....sedap tak terkata.....
Yang teringin tu ambik aja mana yang suka ya.....:)
Saturday, 29 September 2012
BREAD PUDDING WITH ALMONDS
Awal pagi nie dah siap hantar anak anak ke rumah mak..Sabtu dan Ahad kena kerja obertime kat Penang..
memang memenatkan minggu nie..Awal pagi dah bertolak kesana...apa nak buat demi kerjaya...
Sambil kemas kemas malam tadi keperluan anak anak..sempat juga jenguk peti ais ..tengok ada sebungkus roti yg hampir tarikh maut..so dari terbuang macam tu aja..baik godek godek buat bread pudding utk sarapan pagi nie..
Nak buat pudding nie bukan nya susah sangat..ikut aja gerak hati mesti jadi..nak keras sikit bakar aja lama sikit..silap silap jadi bingka roti..nak lembut lemah gemalai bakar sedang sedang aja..soft gitu makan pulak dgn sos kastard atau madu..emm..naik la angka..gula dalam carta..hik hik hik...
Jom tengok Bread Pudding versi saya...
Kalau yang suka makan manis letak aja gula dlm 1/2 cawan..Saya tak letak dah..rasanya susu pekat manis tu dah cukup manisnya...
Jumpa lagi nanti ya ....
Jangan lupa tinggalkan komen komen anda ...Terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi menjenguk dapur kecil saya ...
Wednesday, 5 September 2012
MINI TUNA PUFF
Selamat bertemu kembali..malam malam pun nak juga mengupdated blog kesayangan ku ini..nak buat lagu mana kerja sekarang dah masuk tahab gaban buzy..se buzy nya..demi mencari rezeki ku kuatkan semangat ini..kalau boleh nak teriak kuat kuat..betapa stress nya..sabaq sabaq.....
Anda bagaimana..hope semuanya under control ya...hidup mesti bahagia mesti ceria....jom tungu apa lagi makan time....
Ni ha ..sedap tak tengok picture ni..mesti bestkan..semestinya la juga sedap..rangup gitu...Mini Tuna Puff..senang..ringkas..sedap..and elegance...
Nak resepi tak...tungu ya..tak larat nak type..esok esok la ya..ari ni layan picture dulu ye...
Kita dating esok ye..cu u all...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Monday, 6 August 2012
PUDING ROTI
Assalamualaikum...apa khabar rakan rakan semua..maaflah ye..tuan tanah tengelam timbul...tak sempat nak mengupdated N3..semuanya kita sorang aja nak buat..yang sempat buat mengintai dapur rakan rakan untuk mencari juadah untuk di hidangkan..kadang kadang letih gak..kita yang kena cari menu, kita yg ke pasar ..sudah tentu kita yg masak..sampai bab menbasuh pinggan mangkuk pun kita..juga la ye...anak dara yg sorang nie ada juga tolong ..boleh lah....
Bukan senang nak jadi ibu mintali nie...sabar sabar...
Jom tengok apa menu pencuci mulut kali nie..nampak tak rama rama berterbangan di dapur saya..Puding roti..rasanya semua dah pandai buat kan..tak pa la..saya hidangkan resepinya sekali buat adik adik yg baru berjinak jinak ke dapur nie..masa bulan puasa nie le sesuai..sekali belajar memasak..sal semuanya nampak sedap..perut orang lapar katakan..
PUDING ROTI
5 keping roti gardenia
agar agar tali agak agak segengam
1 cwn gula
1 tin susu cair
1sdk esen vanilla
pewarna ikut suka
Masak agar agar hingga hancur..masukkan gula..masak lagi hingga gula sebati..dalam blender masukkan roti yg dikoyak koyak bersam susu cair..kisar hingga hancur..tuangkan dlm periuk agaragar tadi ,..masak hingga semuanya sebati...masukkan esen vanilla..tutup api..
Bahagikan puding mengikut berapa warna yg kita suka..lepas tu tuang dlm loyang berselang seli hingga puding habis..sejukkan dlm peti sejuk..Taraaa....dah siap...
SALAM RAMADHAN
Sunday, 22 July 2012
AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH
Assalamualaikum..hari ni dah hari kedua kita berpuasa..so far alhamdulilah anak anak pun ok...ingat masa Aiman dan Alyssa belajar berpuasa seronok pun ada..ya le..nak tunggu sampai waktu berbuka macam macam kena dipenuhi..nak makan nu nak makan nie..kalau cakap pasal minuman ada ayak jagung ada ayak laici ada ayak nyiok..sampai ayak kosong pun nak.. last last berbuka masuk satu jenis air aja dah kenyang..
Sekarang anak anak pun dah meningkat dewasa senang la sikit nak control nafsu makan tu..
Pencuci mulut nie selalunya menjadi kemestian bila bulan puasa kan..sama la saya wajib ada juadah nie..tak kira la agar agar , puding atau buah buahan..masa berbuka saya suka makan yg manis manis dulu selalunya agar agar le yg sering saya buat..so hari nie jom kita share agar agar santan gula merah nie..sedap lembut dan semestinya lemak manis..
AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH
resepi hanimmdzain@blogspot.com
100 gm agar agar tali
100ml santan pekat
1cwn gula
1cwn air gula merah
secubit garam
sehelai daun pandan
masak agar agar ..daun pandan dgn air lebih kurang 4 cawan sehingga agar2 hancur..masukkan gula..masak hingga gula hancur..kemudian masukkan air gula merah..last masukkan santan..tutup api..tuang dalam loyang..sejukkan dlm peti sejuk..hidangkan..
Selamat berpuasa..ya..kita jumpa lagi nanti ya..
Jom terawih...
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Thursday, 28 June 2012
VANILLA AND BLUEBERRY JELLO DESSERT
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Subscribe to:
Comments (Atom)