THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, 2 July 2013

NASI ULAM SAYUR KELADI

Assalamualaikum



Selamat bertemu kembali...apakhabar rakan-rakan semua..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu ya...agak lama juga blog kesayangan ni..tak bersiaran..maaf ya...kerana tuntutan kerja yang agak sibuk membatas masa untuk mengupdated..sejak ketiadaan ni saya berkunjung ke Johor ...selama 5 hari atas urusan kerja..

Wah hari ni nak kongsi bersama rakan-rakan resepi warisan mak..Nasi Ulam dan Sayur Keladi..menu ni adalah menu kak yati kakak sulung saya ..pada hari Ahad lepas..memang resepi mak tiada tandingan nya..sangat lah sedapnya...penyediaan nya agak rumit kerana ada step by step yang perlu kita ikut bagi mendapat rasa yang tepat dan sedap..pelbagai ulam ulaman digunakan..ditambah dengan kerisik..ikan kering...dlln..

Selalunya Nasi Ulam di makan dengan Sayur keladi ..saya pulak suka makan dengan sambal ikan bilis..tak terkata sedapnya ...sedar tak sedar 2 pinggan habis...






Tuesday, 11 June 2013

AYAM ROSEMARY DENGAN NASI MANDHI


Wah hujan-hujan nie...sedapnya kalau dapat pekena nasi arab nie dengan ayam rosemary...telan air liur 16 kali dah nie...sabaq je la kita puasa lagi hari nie...resepi nie kita buat cuti agung hari tu...nasi kita pakai beras mongul basmati yang pan....jangggggggg....

Memang suka nya hati bila anak anak kata mamaaaaaa..... sedapnya..ayam ..siap ratah lagi....bolehlah lepas nie buat lagi....



Acar Timun Jepun...


NASI MANDHI

4cwn beras basmati panjang ( basuh rendam 2 jam)
1 inci halia
2 ulas bawang merah
kulit kayu manis/lawang/buah pelaga
2 sdb minyak sapi
6 cwn air
garam secukup rasa.

Panaskan minyak sapi tumis bahan-bahan tumis hingga garing masukkan air..biar mendidih...masukkan beras dan sambung proses memasak nasi kedalam rice cooker macam biasa. Bila nasi masak percikan sedikit pewarna kuning utk mencantikkan nasi.

Ambil seketul arang bungkus dgn aluminium foil..buat lubang di tengah tengah nasi yang dah masak ..letakkan arang tersebut selama 10 minit. tutup nasi ketat ketat. Buang arang dan biar nasi warm.

AYAM ROSEMARY

1 ekor ayam potong 4
6 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 biji lemon kulit diparut
perahan lemon
daun rosemary kering ( kita pakai yg segar )
sedikit herba english ( oregano,times,saleri,pudina kita pakai yang kering )
carrot 1 batang
4 biji kentang
2 labu bawang besar

Semua di atas diperap selama 3 jam..kemudian dibakar 1 jam 200c..mesti di tutup dgn aluminium foil semasa di bakar ..10 minit terakhir buang aluminium foil bakar lagi api atas sahaja hingga garing.

Monday, 20 May 2013

NASI GORENG KAMPUNG DENGAN AYAM GORENG KUNYIT

Assalamualaikum



Bertemu lagi......sejuk cuaca hari ni ...hujan rahmat......

Macam mana hujung minggu rakan rakan semua...saya minggu lepas tak ada cuti..kerja luar daerah..ke Langkawi untuk Malaysia Langkawi Water Festival dari 17 hingga 19hb May 2013...kerja sambil cuti le dapat tengok Pulau Lagenda yang begitu menarik dengan panorama pantai pantai nya..bawalah anak-anak bercuti di sini..tak rugi...balik jangan lupa bawa bekalan coklat yang amat rumah...pilih aja ....

Jom kita bercerita mengenai menu hari ni Nasi Goreng Kampung..ditambah dengan ayam goreng kunyit...
kenyang... tau bila kena sepinggan...senang aja tak payah le resepinya..kalau teringin tu jangan malu-malu.ceduk ja sepinggan...


Kita jumpa lagi esok ya....


Tuesday, 7 February 2012

RENDANG AYAM PANDAN WANGI

Assalamualaikum

Selamat kembali berkerja hari ni..dan yang masih bercuti selamat bercuti..bila dah cuti lama-lama ni penyakit malas ni mula la datang..tapi walau bagaimana pun ibadah tetap di teruskan..berkerja pun satu ibadah kan..

Banyak juga resepi yang kak hanim cuba semasa bercuti hari tu..salah satunya Rendang Ayam Pandan Wangi..resepi ni olahan sendiri..memang wangi sangat bila kita gunakan daun pandan dalam resepi ni .
rendang ni boleh di makan dengan nasi minyak or tomato...roti atau ketupat..


Jom kita buat.

1 ekor ayam (- di goreng dahulu ).
8 biji bawang besar*
20 tangkai cili kering*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*  ( * semua bahan di mesin halus)

Bahan tumis

2 batang serai diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
1 biji bawang besar potong halus
3 helai daun pandan

1 tin susu cair
gula & garam , bahan perasa secukup rasa


Mula-mula tumis bahan- bahan tumis hingga kekuningan ..kemudian masukkan bahan kisar ..masak hingga naik minyak..kemudian masukkan susu cair 1 tin..masak lagi 10 minit ..kemudian masukkan gula dan garam juga serbuk perasa..agak-agak sedikit kering masukkan ayam..than gaul sebati ..bolehlah di angkat dan di hidangkan..

Ikut suka hati ya jika nak banyak kuah  masak jangan lama..Kak hanim suka sedikit kering.

Pelbagai resepi rendang ayam yang dapat kita pelajari..rendang yang pakai santai..kerisik..kelapa..belacan dan macam-macam lagi ..tak salah mencubanya ..sehinggalah kita dapat resepi yang memenuhi citarasa keluarga.




Ok selamat menjamu selera makan tengahari nanti ya.. jumpa lagi....bye..

Friday, 3 February 2012

JOM MAKAN NASI LEMAK UTARA


Assalamualaikum


Apa khabar semua...hari yang begitu memenatkan..cuaca agak panas tetapi sedikit berangin...semalam sampai di rumah jam 2pagi selepas a long day at Penang Island...meeting..and CNY dinner ...


Hari ni jumaat...penghulu segala hari...dah makan malam..Kalau belum apa kata kita makan Nasi lemak Utara ni...nothing istimewa..sesekali pekena nasi lemak malam malam ni ok gak kan...








Hari ni tak dak resepi la ye malas sikit nak menaip...layan aja gambar-gambar yang terliur ni...








Opss hampir terlupa sebagai menghargai pengunjung pengunjung blog saya ini..nak saya hadiahkan sedikit gift bagi yang sudi memberi sedikit comment terbaik  dan menjadi 5 earlybird followers di blog hanimmdzain ini...


Hadiah berupa...SIMPAX X2 with special number for 5 earlybird.....Salam pekenalan ye.....


p/s yg di perlis n putra jaya tu tak aci ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...