My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Gila gadget

Kalau dah lelaki memang kebanyakkannya suka dengan gadget dan boleh berjam-jam baca manual pengguna. Teringat entry Farah Sarakids berkaitan dengan tajuk manual pengguna untuk bapa baru di SINI.. Lelaki sangat arif dengan manual pengguna ni.

Daddy Humaira pun memang gila gadget. Bulan lepas baru je beli handphone touch screen. Taknak bagi mummy hot daddy belikan juga handphone baru untuk mummy, Nokia C3. Tak sampai sebulan, beli lagi gadget baru. Kali ni GPS pula. Teruja bila kawan daddy jual dengan harga murah. Kawan daddy selalu travel oversea so boleh dapatkan gadget dengan harga murah. Cuma risikonya takde warranty. Macam biasalah, kalau dah dapat gadget baru, semua benda nak explore. Si kenit mummy pun dah terikut dengan perangai daddy. Dulu, baru2 kahwin mummy pakai nokia N70 kira grand juga zaman tu, habis daddy explore sampai sim card rejected. Hehehe...

Sama2 nak explore



Cik adik manis ni mula nak rampas GPS


Haaa dapat pun

Saturday, February 12, 2011

Selamat tinggal streamyx

Banyak jasa streamyx kepada saya. Mula guna streamyx since 2007. Minggu lepas saya sudah isi form untuk terminate perkhidmatan streamyx. Ambil masa 7 hingga 14 hari untuk tamatkan talian streamyx. So far sehingga hari ini masih ada lagi connection. Kalau tetiba putus terpaksalah guna maxis broadband. Saya agak kurang gemar menggunakan maxis broadband sebab slow terutama waktu malam. Jumaat minggu depan Insyaallah saya akan pasang unifi. Hopefully unifi much much more better than streamyx. Memandangkan husband saya tengah sambung study, dia memerlukan connection internet yang agak laju.

Bye bye streamyx, jasamu akan dikenang. So far saya cukup berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx..

Sunday, February 21, 2010

bertukang rumah baru

Saya tengah bertukang untuk tukar layout blog. Untuk beberapa hari ni maybe blog tunggang langgang. Harapan saya, dengan mengemas rumah baru ni, bertambah rajin nak update blog..hehe dah lama nak tukar pada 3 column baru dapat.

Monday, January 25, 2010

Berhati-hati dalam penulisan blog

Baru-baru ini saya ada terbaca satu blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar. Walaupun dalam blog tersebut tidak mention secara detail nama almarhum tetapi semua blogger tahu entry tersebut menghina Almarhum Sultan Iskandar.

Walaupun pemilik blog tersebut sudah delete entry berkenaan dan meminta maaf secara terbuka dalam blognya, sebagai manusia yang beragama Islam tak sepatutnya menulis perkataan yang tidak sedap didengar. Kita sendiri pun tidak tahu apa kesudahannya riwayat hidup kita.

Malam tadi saya tengok berita dan sebanyak 25 laporan polis sudah dibuat oleh orang awam berhubung kes tersebut. Nampak gayanya dah menjadi kes polis. Orang zaman sekarang ni dah tak takut tulah macam zaman dulu-dulu.

Moral of the story, fikir dulu sebelum menulis. Bila dah jadi kes polis walaupun dah delete entry berkenaan, pastinya boleh trace back balik walaupun hard disk kita telah diformat.

Tuesday, January 12, 2010

Misteri atau Bug

Di bawah ni saya dapat dari seorang rakan. Boleh cuba di PC masing - masing. Hanya untuk OS Windows sahaja.

Misteri 1:
Kat Pc memasing, sila create new folder dan cuba namakan CON.
Amacam? Boleh?

Misteri 2:
Bukak microsoft word yang baru. Taip: "=rand (200, 99)" tanpa pembuka dan penutup kata ("). pastu tekan enter button.
Haaaaa kuar apa tu?
(setiap pc mempunyai hasil yang berlainan)

Misteri 3:
Bukak Notepad.
Type "Bush hid the facts"
(tanpa pembuka dan penutup kata)
Save guna apape je file name.
Close.
Open semula file tu..
Haaa... kuar apa pulak..

Misteri 4:
penguna window XP - nak menang solitaire dgn satu langkah?
tekan ALT + SHIFT + NO 2 ( SERENTAK)


Saya mencuba misteri misteri yang diberikan di atas, hasilnya untuk misteri nombor 1 memang tidak boleh saya lakukan. Untuk misteri nombor 2, hasilnya memang menakjubkan. Untuk misteri nombor 3, tiada apa apa yang berlaku dan misteri no.4 pula gagal dilaksanakan kerana saya pengguna Vista.

Friday, December 25, 2009

Cara melajukan capaian internet

Dibawah merupakan cadangan dari pen.pegawai teknologi maklumat FPM cara untuk melajukan capaian internet anda.

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K/,d efault wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutaman yang berwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

nuffnang

Related Posts with Thumbnails