My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Mitsui Outlet Park Sepang






 

Lamanya blog ini bersawang. Permulaan September semoga mood rajin update blog..Visit a Mitsui dalam bulan Syawal, baru hari ni nak update. 
 
Lokasinya ialah kira-kira beberapa kilometer sahaja sebelum KLIA dan KLIA2. Kedudukan yang berhampiran dengan kedua-dua KLIA ini meriangkan hati anak-anak saya kerana mereka seronok tengok kapalterbang terbang rendah.

Sebenarnya sebelum Ramadan lagi hajat nak ke Mitsui tetapi masa tidak mengizinkan. Berbekalkan kisah-kisah dari rakan-rakan tentang Mitsui seperti kedai tak banyak buka lagi, parking tak bagus, orang ramai sangat, saya gamble ke Mitsui. Lagipun, kalau orang ramai sangat, saya plan nak terus ke KLIA2 melihat-lihat shopping complex disitu. 

Apabila kami sampai di Mitsui yang berlokasi berhampiran masjid KLIA, saya dapati masih banyak lagi parking. Orang pun tidak terlalu ramai di Mitsui dan pada pandangan saya, Antara yang saya tinjau ialah kedai perfume dan sudah tentunya outlet seperti Puma, Nike, Adidas, New Balance, Timberland, Hush Puppies, Clark dan banyak lagi.

Hasil tinjauan saya mendapati bahawa :-

1. Perfume CH 212 VIP yang husband baru beli sebelum raya di sebuah pusat membeli belah dengan harga RM 214, di Mitsui harganya RM 160.

2. Beberapa perfume 50ml seperti CH, Bvlgari dan beberapa jenama lagi boleh didapati dengan harga bawah RM 150. 

3. Hush Puppies, kasut open shoes, saya tinjau di sebuah pusat membeli belah, seminggu sebelum hari raya, harganya rata-rata RM 3xx. Di Mitsui, selepas diskaun, harganya RM 139.

4. Saya beli kasut Nike, harganya bawah RM100 iaitu Rm 80. Harga sebenar katanya RM 200.

5. Banyak juga pilihan barang-barang di Mitsui, itupun kalau kita tidak cerewet memilih. Tidak semua perfume ada di Mitsui, saya difahamkan bahawa ia bergantung pada stok yang sampai. Stok berubah-ubah. Barang-barang lain juga begitu, bagi saya yang tidak berapa cerewet ini, no problem. Browse sahaja apa yang ada, itupun sudah cukup banyak untuk dipilih.

6. Seorang rakan yang kerap ke Mitsui memberitahu bahawa harga boleh berubah-ubah. Yang ini saya tidak pasti kebenarannya kerana ini kali pertama saya ke Mitsui.

7. Parking luas.

8. Ketika saya sampai di kedai Nike pada tengahari, kami bebas keluar masuk. Pada sebelah petangnya apabila kami ingin masuk kembali ke kedai tersebut untuk membeli kasut, terpaksa beratur panjang, hanya dibenarkan sejumlah customer yang berada di dalam kedai pada sesuatu masa.

9. Terdapat customer yang membeli beberapa pasang kasut Nike sekaligus, mungkin untuk dijual kembali atau memang gemarkan kasut Nike.

10.  Menemani husband membeli backpack di kedai Adidas, ada kira-kira 6-7 pilihan beg, agak lama husband di sini kerana memikirkan beg yang cantik, size kecil, yang size besar dan cantik, warna cerah pula dan tiada tempat simpanan laptop. Akhirnya beli beg adidas F50 warna hitam.

11. Beg adidas yang husband saya beli, setelah check di internet, harga jualan ialah RM 229 di luar negara (setelah diconvert ke RM). Di Mitsui, saya beli dengan harga RM 160, harga asal RM 220.

12. Mesin parking tak banyak, saya parking di satu lokasi berhadapan dengan pintu masuk Mitsui (Mitsui ada beberapa pintu masuk), tak banyak kenderaan di sini dan saya sangka saya dapat tempat yang bagus, rupanya terpaksa berjalan jauh untuk bayar tiket parking di mesin.

13. Foodcourt harga seperti di kopitiam, a bit expensive but its okay. Belikan anak dara saya fish and chips, harga RM 18. Fast food kegemaran anak-anak saya iaitu KFC dan McD tiada di Mitsui.

14. Kalau berkenan dengan satu kasut tu, nasib-nasib lah kalau ada size. Warna kasut pun tidak banyak pilihan. 

15. First time di Mitsui saya diperkenalkan dengan kasut Skechers. Size kasut besar memang banyak di Skechers. Bakal  dikunjungi lagi untuk pembelian kasut akan datang. Kasut Skechers dari USA ini amat sesuai untuk orang yang bersaiz kaki besar kerana di outlet ini ada simpan stok size besar, ringan dan lembut serta sesetengah kasut yang tapaknya akan adjust sendiri mengikut kesesuaian tapak kaki kita, cuma harga Skechers sedikit mahal, namun Clark lebih mahal lagi dan kedua-dua jenama ini sudah pun dijual di Mitsui dengan harga DISKAUN. Skechers untuk kids pun sangat cantik hingga anak dara saya pun teruja nak.
16. Parking 1 jam Rm2. Tiket parking saya berharga RM 12 sebab saya spent 6 hours di Mitsui.
17. Surau disediakan.

18. I will be back kalau duit poket kembali cukup.
 
Hasil dari Mitsui

 
 
Budak-budak seronok main di Mitsui

Apa-apa pun, perkara yang paling wajib setelah ke Mitsui ini ialah, poket rabak. Apabila poket rabak, kena lah bekerja keras kembali untuk menjahit poket tersebut.

Thursday, March 12, 2015

Mencari meja stainless steel di CKE Marketing

Misi mencari meja stainless steel akhirnya berjaya juga. Penat mencari melalui online akhirnya berjumpa dengan CKE Marketing SDN BHD. CKE supply barang2 dari BERJAYA group. Kalau sesiapa yang nak mulakan bisness atau buka restoren di sinilah tempatnya. Semua benda ada dari meja, mixer, freezer semuanya ada. CKE Marketing ni banyak cawangan. So boleh tengok detail cawangan di sini atau google CKE marketing.

Saya beli dua buah meja stainless steel. Satu untuk letak oven 100l dan satu lagi untuk uli roti. Insyaallah dalam perancangan untuk kembangkan bisness roti secara kecil-kecilan.

Saya pergi cawangan di Klang. Macam2 jenis meja ada. 
Oven, mixer dan refrigerator
Meja stainless steel
Deep freezer

Friday, March 6, 2015

Cuaca panas sudahkah kita bersedia??

Sejak akhir2 ini viral posting cuaca panas akan melanda Malaysia tidak lama lagi. Post yang diviralkan di Whatsapp menerangkan bahawa fenomena cuaca panas melampau dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kesihatan tidak terjejas terkandung di dalamnya. Berita di bawah dipetik dari Utusan Online di url seperti di bawah.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093.

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. 
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
 
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
 
Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
 
Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
 
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.
 
Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
 
“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Sinar Harian pula melaporkan seperti dibawah.Boleh lihat berita penuh di url http://www.sinarharian.com.my/nasional/fenomena-ekuinoks-bukan-punca-cuaca-panas-melampau-1.362919.
KUALA LUMPUR - Fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku di negara ini mulai minggu depan tidak akan membawa kepada perubahan cuaca melampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata situasi itu hanya akan menjurus kepada peningkatan suhu antara satu atau dua darjah Celcius.

"Ini masih dikira normal dan tidak akan memberi kesan besar secara keseluruhan," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, ini merupakan fenomena biasa kerana Ekuinoks berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, lokasi negara ini berada.

"Ekuinoks tidak beri kesan besar terhadap suhu kerana perubahan suhu banyak dipengaruhi faktor seperti pergerakan angin, hujan dan lain-lain lagi," katanya. 

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga  (Awer), S. Piarapakaran berkata Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu memantau dengan lebih teliti paras air empangan terutama Empangan Sungai Selangor.

Menurutnya, amaran paras air empangan kritikal perlu dinaikkan daripada kadar 30 peratus sekarang kepada 50 peratus.

Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

"Sekiranya paras kritikal ialah 50 peratus, sekurang-kurangnya tindakan drastik boleh diambil dengan cepat dalam memulihkan kembali paras air empangan," katanya. - Bernama  
Dua statement berbeza dari orang kesihatan dan orang meteorologi mengenai ekuinoks. Namun jika diteliti, suhu memang akan meningkat. KP Meteorologi mengatakan bahawa ekuinoks bukan lah penyumbang kepada cuaca panas melampau dan dia juga mengatakan bahawa tiada cuaca panas melampau di Malaysia kerana cuaca di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 celcius. Maknanya, cuaca di Malaysia memang sudah panas. Tetapi beliau juga tak menafikan bahawa akan berlaku peningkatan satu hingga dua celcius namun katanya tiada impak besar. 
Walau agak berbeza statement masing-masing, namun dilihat kedua-duanya mengatakan bahawa suhu bakal meningkat dan kenyataan KP Kesihatan tentang apa yang perlu dibuat ketika musim panas elok kita ikut. 
Apa-apa pun, yang pasti sedang berlaku penurunan air di empangan. Saya sendiri standby beberapa perkara untuk hadapi musim panas ini iaitu :-
1. Catuan air. Tinggal di kawasan padat, apabila hujan tak turun lama, paras empangan air akan menurun. Buat cloud seeding untuk hujan pun perlukan awan yang sesuai. Saya dah merasa catuan air ini. Langkah perlu diambil segera, setiap tahun kita lalui musim panas melampau dan hujan melampau, takkan nak lalui musim catuan air melampau juga.
2. Servis penghawa dingin rumah. Sejarah membuktikan, bila musim panas, aircond rumah saya akan dibuka lebih kerap dan lama. Siang pun buka aircond, malam apatah lagi. Pernah satu musim panas melampau, tidur malam seperti tidur tengahari, buka kipas yang ada hanya angin panas. Aircond dihidupkan untuk dapatkan angin sejuk. Kenalan saya yang bekerja servis aircond memberitahu bahawa jika aircond tidak diservis mengikut jadual, musim panas melampau compressor aircond akan bekerja keras dan lama-lama boleh rosak. Saya dah ada pengalaman aircond rosak ketika musim panas. Beli baru pula terpaksa tunggu stok kerana stok aircond habis. Ramai sangat beli. Memang panas hati jadinya.
3. Beli penghawa dingin. Sesiapa yang berhajat nak beli aircond tapi asyik tangguh-tangguh kerana hati belum cukup mahu, nasihat saya belilah sekarang. Nanti dah masuk beberapa minggu musim panas melampau baru nak cari aircond, samada terpaksa bayar mahal untuk aircond berciri premium yang ciri-cirinya kita tak perlukan, ataupun terpaksa tunggu stok. Saya dah kena, cari seluruh Shah Alam hingga ke Kota Damansara pun takde stok, semuanya kena tunggu seminggu dua. Yang ada stok cuma yang berkapasiti besar, dah la harga mahal, nak pakai pun yang HP kecil sahaja. Akhirnya terpaksa kedai di Rawang yang hantar aircond. Itupun nasib baik kawan satu taman yang kebetulan nak beli aircond kerana tak tahan panas melampau, dia yang uruskan. Tukang pasang aircond, apabila saya tanya, katanya musim panas ini ibarat rezeki bagi dia, hari-hari dari pagi sampai ke petang kerjanya deliver aircond baru dan pasang. 
4. Jerebu. Ini yang kita takutkan. Bila lama tak hujan, tiba-tiba akan muncul jerebu, baik dari pencemaran, baik dari kebakaran hutan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Bukan sahaja saya risau akan kesihatan saya, tetapi juga kesihatan anak-anak lagi-lagi si Kakak yang mudah batuk. 
5. Nyamuk dan kucing. Ini pun satu hal. Tapi kalau terlalu panas, lama-lama nyamuk pun tak ada. Ini saya lalui sendiri. Mungkin sebab dia mati atau takde tempat nak membiak sebab takungan air semua kering. Dan kucing-kucing akan muncul cari air untuk minum. Di taman perumahan saya banyak kucing liar dan juga kucing bertuan tetapi tuannya liar sehingga tak kisah kucing kehausan. 
6. Baju cepat kering. Sejam sidai pun dah boleh kering macam kita masukkan dalam dryer di self service laundry. Sepanjang musim panas ini memang tiada la kunjungan tengah malam ke self service laundry untuk guna dryer. 
 

 

Wednesday, March 4, 2015

Surau Space U8 Bukit Jelutong

Saya sangat suka dengan kekemasan Surau Space U8 di Bukit Jelutong. Sesiapa yang pernah solat di situ pasti akan terpesona dengan ruang solat dan hiasan yang nampak esklusif dan elegant. Bagi saya pembinaan surau ni merupakan perancangan yang rapi dan teliti untuk kemudahan orang ramai. Cuma yang sedihnya, shopping mall ni seolah2 hidup segan mati tak mau orang kata. Tak ramai pengunjung. Kedai pun makin lama makin berkurang. Tak tau di mana silapnya. Mungkin faktor lokasi memainkan peranan, tak banyak akses untuk kemudahan awam di sini. Sudahnya surau ni pun makin lama makin kurang terurus. Kadang2 air cond pun tak boleh pasang.

Apa yang menariknya tentang surau ini? Dikelilingi dengan air yang mengalir di sekeliling dinding surau seperti gambar di bawah. Rasa sangat tenang bila dengar bunyi deruan air yang mengalir. Apatah lagi anak-anak kecil, pasti suka.

Reka bentuk lampu yang sangat cantik persis di hotel dan ruang solat yang luas
Pintu surau untuk wanita
Ruang menunggu. Pengcahayaan sangat cantik


Ruang wuduk

*  Kalau berada di sekitar Shah Alam bolehla singgah di surau ini..

Monday, March 2, 2015

kelas baking bersama Chef Khairi

Join kelas baking ni dah lama dah. Bulan lepas rasanya. Bertempat di Bake Culture Alam Budiman Shah Alam. Kelas ni demo sahaja. Chef ajar 3 jenis kek iaitu coklat chip walnut, orange cheese cake dan coklat brownies.
Coklat brownies
Prepare untuk orange cheesecake
Kek yang dah siap pack untuk dibawa oleh student..Paling saya suka choc chip walnut.
Chef ajar teknik potong kek supaya cantik. Panaskan pisau kemudian baru potong.

Thursday, February 5, 2015

Mahnaz Food Shah Alam pemborong makanan dari Timur tengah

Boleh dikatakan tiap2 bulan akan ke sini..Apa yang menariknya di Mahnaz food..Macam2 ada...Pelbagai jenis kurma, air zam zam, madu, kekacang, rempah ratus dari Arab, pelabagai jenis roti, air, coklat dan gula2 dari Arab semuanya ada di sini. Selalu kalau orang balik dari Mekah pasti ada bawa pelbagai jenis kurma dan kekacang. So sekarang ni kita boleh beli di sini je. Harga pun reasonable. Boleh beli dalam kuantiti yang sedikit. Kalau beli borong lagi murah.

Alamat kedai:
No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)
 
Mahnaz Food
Pelbagai jenis kurma ada di sini. Dari gred AA sehingga la yang biasa.
Pati delima. Dah dua bulan husband guna, dia bgtau banyak perubahan. Dah tak rasa sakit kepala
Pelbagai jenis rempah ratus
Semua jenis kekacang ada di sini. Saya selalu beli kacang pistrachio dan almond roasted
Madu.
Coklat
Gula2 dan manisan
Hasil tuaian minggu lepas. Beli madu, pati delima dan pati kurma, olive oil, kurma, kuaci dan supplement Habbatul Barakah. Kalau tak silap semua sekali RM105



Saturday, March 15, 2014

Sebab air di catu

 Sejak akhir-akhir ini akibat tiada hujan atau jumlah hujan yang turun tidak mencukupi, berlakulah insiden catuan air di banyak kawasan di Lembah Klang. Ternyata ini semua memberi kesusahan kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di perumahan seperti flet dan apartmen.

Minggu ini juga kawasan perumahan saya termasuk dalam kawasan catuan air. Walaupun rumah saya mempunyai tangki sendiri namun saya masih perlu berjimat air. Antara langkah utama ialah menghadkan penggunaan air ketika mandi oleh Adik Firaas dan Kakak. Kedua-dua mereka ini merupakan juara berkubang di dalam bath tub lebih-lebih lagi si Adik.

Berbalik kepada kisah catuan air, semoga hujan turun dengan lebat di kawasan tadahan air. Cuaca panas seperti sekarang ini bukan sahaja menjadi penyebab catuan air malah menjadi penyumbang wang kepada TNB hasil bacaan elektrik yang lebih tinggi dari bulan-bulan lain. Aircond dihidupkan lebih lama dari biasa.

Grafik dibawah menunjukkan kenapa air dicatu. Grafik diperolehi dari laman web Harian Metro.

2 beradik ni juara berkubang..


Semoga hujan turun di kawasan tadahan air, semoga air tidak lagi dicatu . Menurut MOSTI kemarau bakal berakhir pertengahan bulan ini. Mudah-mudahan.. Sama2 kita doakan

Friday, September 27, 2013

sarang tebuan depan rumah

Bulan puasa lepas dah perasan tebuan buat sarang atas pokok depan rumah saya. Haih...byk sgt kisah pokok ni. Dua tahun lepas ada kisah misteri kt pokok ni juga..Entry kisah misteri di SINI..makin lama sarang tebuan makin besar dan tebuan merayau2...tak selesa bila sidai pakaian mesti ada tebuan berkeliaran, kita pula terpaksa mengelak. Nak bawa Humaira main basikal pun risau. So malam rabu lepas call bomba. Tak sampai sejam bomba datang dan hapuskan sarang tu. Terima kasih pasukan bomba...lepas ni saya tak risau lagi..

Atas pokok ni (dlm bulatan) tebuan buang sarang.. Rasanya Bomba gunakan api untuk bunuh tebuan

Dalam bulatan, sarang dah musnah. Yang hitam2 tu, tebuan mati



Thursday, September 5, 2013

Kadangkala kita terlupa..

Assalamualaikum...Petikan ini saya dapat dari facebok..


Friday, August 30, 2013

Kelebihan Surah Al Kautsar

Assalamualaikum.. dan salam Jumaat, penghulu segala hari. Nak share artikel yang saya dapat dari kawan di FB.
SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Thursday, June 20, 2013

Muzium coklat Kota Damansara


Kepada pencinta coklat, nak habaq ni, dekat Kota Damansara ada muzium coklat. Selama ni kita tau makan je, apa kata sesekali kita tambah ilmu mengenai asal usul atau sejarah pembuatan coklat.

Muzium Coklat ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. DR Group merupakan syarikat tempatan yang terkenal dengan jenama Danson, Fidani dan produk terbaru, Farell’s yang telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu. Muzium ni kecil je, dekat dalam tu ada kedai coklat. Pelbagai jenama dan yang penting harga murah sedikit dari harga pasaran. Beza dalam RM1 - 2 dari harga pasaran. Saya banyak borang coklat jenama loacker. Memang dari dulu suka coklat loacker.

Di muzium ini juga kita dapat tengok chef membuat demonstrasi cara penyediaan coklat menggunakan mesin salut coklat, mesin percetakan dan teknik pencairan coklat. Malangnya masa kami sampai takde demonstrasi. 

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Alamat Muzium coklat:

DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3 Kota Damansara,
Selangor




Main entrance

2 beradik bergambar di dalam muzium. Kualiti gambar sangat teruk. Guna hp cap ayam je. Huhu

Pokok apa ni?? inilah buah koko untuk menghasilkan coklat

Chocolate history.

Salute pada pengasasnya, Dato' Dahlan Rashid

Replika coklat. Chef di sini sedia menrima tempahan untuk menghasilkan personal coklat untuk sebarang event.

Dah habis melawat muzium, jom kita tabur duit di kedai coklat., Macam2 jenis coklat ada dijual.

Wednesday, June 19, 2013

Sen Heng Experience

Sen Heng merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Malaysia, merupakan pilihan saya sejak dahulu lagi dalam membeli barangan elektrik. Hampir 70% barangan elektrik di rumah saya beli di Sen Heng. Antara barangan elektrik yang pernah saya beli di Sen Heng ialah TV, Home Theater, Peti Ais, Microwave, Oven, Electric Shaver, Hair Dryer dan yang terkini ialah Food Processor dan Blender. Kebetulan pula ketika ingin mencari Food Processor, Blender saya pula rosak. Alang-alang kedua-duanya sekali saya sambar. 

Kenapa Sen Heng?? walaupun banyak kedai elektrik yang menawarkan harga lebih rendah, tapi cik abang i tetap memilih Sen Heng. Salah satu sebabnya adalah after sales service yang boleh diharapkan. November 2011 saya ada membeli oven jenama Pensonic. Entrynya DI SINI. Sepanjang setahun setengah bersama kami, banyak oven ni berjasa. Dari membakar ayam, kek, kuih muih, roti  semuanya oven ni yang buat. Malangnya tombol timer sudah rosak. Dan oleh kerana saya pernah membeli extended warranty replacement one to one, saya pun bertanya pada Sales Assistant di situ samada boleh atau tidak dibuat penukaran. Jawapannya BOLEH.

Malam itu juga saya kembali ke Sen Heng Seksyen 7 membawa oven saya yang rosak tombolnya. Oven tersebut diganti dengan oven baru dan saya pula perlu membayar RM21 kerana oven tersebut sebelum ini saya beli dengan harga promosi. Yang manisnya, replacement warranty saya ditambah lagi setahun. Bermakna dalam masa setahun dari hari ini, jika berlaku sebarang kerosakan, maka saya boleh lah replace one to one sekali lagi. Dibawah ialah rupa oven baru setelah direplace one to one. Thumbs up for good customer service, Sen Heng.

Terus dapat ganti yang baru hanya dengan tambah RM21.00.
Teringat dulu masa kami ingin membeli TV LCD. Husband saya siap buat research lagi tentang TV LCD. Entrynya Di SINI. Entry tu dah jadi macam forum pula, Hampir 1000 komen yang bertanya tentang TV LCD. Survey harga tv di kedai sekitar Shah Alam, ada satu kedai di Subang Perdana yang jual paling murah tapi husband tetap setia dengan Sen Heng juga. Selain boleh bayar dengan kredit kad, ada warranty one to one replacement.

Friday, March 22, 2013

RTC gopeng

Awal bulan March balik kampung singgah RTC. Dulunya dikenali sebagai TEMAN. Kalau dari highway dari arah Selatan nak ke Utara bolehla singgah di RTC Gopeng. Macam2 barang IKS ada jual di sini. Tempat  makan pun banyak..Masa saya pergi tempohari, banyak juga ruang niaga yang masih kosong.


Daddy dan Humaira depan pasaraya Mydin

Deretan barangan industri kecil ada di sini. 



Pasar basah
Sayur-sayuran

Ada banyak tempat food court. Daddy makan di Nasi Kandar Padang Kota. Sedap katanya..

Thursday, February 21, 2013

Baucer buku 1Malaysia

Tahun kedua husband dapat baucer buku 1 Malaysia. Dia kan student matang. Bolehla bini dia mengecek sikit nak beli buku. So far baru gunakan RM100 untuk beli buku dan stationery.

Tahun ni kerajaan up lagi RM50 menjadikan baucer buku bernilai RM250. Kepada student janganlah ada yang jual lagi baucer ni. Tahun ni lagi strict untuk dapatkan baucer ni. Last year saya dengar ramai yang jual baucer buku untuk dapatkan cash. Tak baik dikk.. 

Ini buku yang sempat saya beli. Biografi Syed Mokhtar AlBukhary ni husband punya. Dia memang suka membaca biografi mereka yang telah berjaya. Dah banyak biografi yang husband beli sebagai collection. Tarbiah anak2 dengan zikir & doa sangat bagus.
Buku yang saya cari2 selama ini..Diari seorang diplomat. Hikmah yang tersirat. 
Alfatihah buat penulis buku ini Arwah Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2011.  Blog arwah DI SINI. Segala penulisan arwah dalam blog ini telah dibukukan dan lahirlah diari seorang diplomat, Hikmah yang Tersirat.. Arwah tidak sempat melihat karyanya dibukukan.

Secara jujurnya, saya memang suka gaya penulisan arwah. Santai dan bersahaja. Saya boleh habiskan dalam masa sehari membaca buku ini. Biografi ringkas arwah..

Wan  Ahmad Fadzil bin Wan Mohd atau nama penanya Nafastari merupakan seorang pegawai diplomatik yang bertugas di kedutaan Malaysia di Pakistan pada 2009. Dilahirkan di Setiu, Terengganu pada 24 Mac 1982  dan meninggal dunia pada 1 Mac 2011 sekembalinya ke tanah air. Berkelulusan dalam bidang undang2 (2000-2001) dari Pusat Matrikulasi UIAM sebelum melanjutkan pengajian di UIAM Gombak (2001-2005). Beliau turut menyertai PTD pada Disember 2005.

Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Buku ini adalah buah tangan terakhir penulis. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. 

Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang tersirat
Menyentuh hati, menyentik emosi..Menginsafkan...

Alfatihah buat Arwah WAN AHMAD FADZIL WAN MOHD. Blog beliau DI SINI. 
Blog isteri arwah DI SINI. Sangat kagum dengan isteri arwah, membesarkan anak2 yang masih kecil tanpa insan bergelar suami dan ayah. Anak sulung mereka sebaya anakanda  saya, Humaira berusia 4 tahun dan anak kedua mereka berusia 2 tahun. Semoga isteri arwah tabah menghadapi dugaan.


nuffnang

Related Posts with Thumbnails