Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Friday, 4 April 2014

YANG DIKEJAR DAH DAPAT, YANG DIKENDONG TAK TERCICIR

Assalamualaikum,
Uihhh gila lama tak menaip ni... Ehem2 tiba2 rasa malu pulak. Ni pun up entry sebab ada seorang kakak sayang ni viber mintak update, kalau tak memang berhabuk lagi la jawapnya. Katanya nak tau cerita, huhuhuhu... Yelah2 meh kita main cerita-cerita.

Usia kandungan sekarang
Now baby dah masuk 20 minggu.Means 5 bulan. Nanti hari Isnin baru nak gi checkup. Nak scan jugak. Hope dia tak malu2 macam kakak dia sebelum ni. Sampai ke sudah tak tau jantina. Nak shopping barang baby pun keliru nak pink ke biru? Tapi firasat sendiri nak ambik pink... Hehehe...

Perkembangan Aisyah
Sekarang bukan tak nak jenguk blog. Tapi masa tak mengizinkan. Since dah ada anak, dan anak nak membesar, my life changed completely. Aisyah masuk setahun sebulan, dia dah nampak syok nak bangun berjalan. Sebelum ni duk takut-takut lagi. So dia akan bangun tiba2 dan berjalan ikut sedap kaki dia. Terkejar-kejar pulak kita takut dia tersembam atas lantai. Nasib baik la 'yang dikejar dah dapat, yang dikendong tak tercicir' hehehe...

Perkembangan Ibu Aisyah
Masa mengandungkan Aisyah dulu rajin la jugak masuk dapur. Buat tu  buat ni, kadang-kadang masak bukan sebab nak makan sangat tapi sebab nak update blog. Sekarang?? Nak masak saja2 untuk blog??? Oiiii mintak maap la Cik Kiah oiii... Nak isi perut sendiri pun i mintak roomate belikan lauk okeyy... Tempat paling tak suka dalam rumah ni, DAPUR!! Entah apa la pelik bebenor kan? Huhuhu... 

Bibik masak pun bukan tak makan, tapi tak boleh telan. Tak lalu dek tekak ni ha. Adoilaaa apa pesen la pulak. Ada ke patut buat kuew tiaw goreng dia boleh buh lebihan ikan masak kicap semalam punya yang tak habis? Teringin jugak nak rasa duk syok suap semulut dua, nampak isi ikan... Haaa ambikkk, habis keluar balik. Kalau nasi goreng buh ikan, logik la jugak. Ini kuew tiaw, adoiii tak masukkk tak masukk...

Penutup
Okey, banyak lagi nak cerita tapi biarlah. Ekceli tiap kali mengadap blog, aku mesti terkenang2. Saat manis perkenalan aku dengan mereka. Rindu, memang selalu ada. Tapi kecewa, menguasai semuanya. 

Jumpa lagi bulan depan atau tahun depan! bye bye!!


Salam Sayang,

Saturday, 7 September 2013

KISAH JIRAN MULUT LEMBIK

Assalamualaikum,
Ekceli dah masuk 2 minggu kami pindah rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma kucing jiran or kucing liar selalu datang berak dlm kawasan rumah. Mungkin sesi orientasi dari mereka kot. Hahaha. Jiran2 pun ok la jugak, ramah. 

Nak cite pasal jiran. Memang tak habis. Sebab jiran kan ramai. Tapi dalam ramai2 jiran, ada sorang jiran aku ni sangat pelik! Jiran yang kat rumah lama tu. Okey now aku kat Kajang dan seminggu. Pagi tadi Encik Suami sampai dari Terengganu nak datang amik bini dia wat balik la kan esok. Hehehe. Then asben cerita tadi... Jeng jeng jeng... (ngadu kat bini lettewwww... hahahaa)

Jiran aku.
Jiran aku ni janda (Kak Zah). Umur lebih kurang mama aku la. Dia ni jaga anak orang (pengasuh). Dan dia jugak agak ramah. Selalu la jugak kasi kuih kat kami. Kalau tengok luaran memang baik. Tapi dalaman, sebaliknya. Sebelum ni owner rumah lama kami (Kak Nah) tu ade pesan, dengan Kak Zah tu jangan duk layan sangat. Memula kami blur la, okey je tengok Kak Zah tu. Alih2 baru tau, dia suke burukkan orang. Sebab dia penah burukkan mak budak yang dia jaga tu depan aku. 

Nak jadikan cerita.... Jeng jeng jeng....

Masa kami tengah sibuk punggah barang nak pindah, si Kak Zah ni mintak no hp owner rumah kami tu. So kami kasi aje la. Kot la dia ada orang nak sewa pulak kan. So malam semalam asben aku kata si owner datang nak tengok rumah dia. So asben aku tanya la dia, ada tak Kak Zah call sbb dia ada mintak no.

"Haaa, ada dia call... Ko tahu, malam2 bute call bagitau kat abang pintu pagar rumah ko tak kunci..."

"Laa yeke, sy memang tak kunci pagar pun sebab masa dapat aritu memang tak ada lock pun..."

"Ha tu la, abang bagitau dia tak pe la, memang pagar tu tak ada kunci pon. Lagipun mana ada barang ape dah. Kosong dah sume orang nak curi apa? Habis dia duk sebelah takkan tak boleh tengok..."

Pastu owner rumah tu pesan jangan duk dengar cakap Kak Zah. Memang mulut dia jahat. Nasib baik la owner paham masalah Kak Zah tu. Tak semena2 dia mintak no sebab nak mengadu ntah apa2. Padahal aku tak kacau dia pun. Hailaaaa patut la janda! Grrr sakit pulakkkk hati kite ni haaaaa... Padahal apa salahnya kalau dia cakap kat asben aku yang tiap2 hari pi rumah lama nak tengok apa yg patut kan. Or call ke tnya nape tak kunci pagar?? Haihhh...

p/s : macam2 jenis manusia la zaman sekarang ni

Salam Sayang,

Monday, 19 August 2013

KISAH RAYA KAMI

Assalamualaikum,
Hoyeah! Akhirnya berjaya jugak jari jemari ni menaip entry blog selepas sekian lama hilang pi kutip and makan kuih raya dengan lahap dan sakannya. Okey memandangkan masih dalam bulan Syawal, so ape lagi kalo bukan entry pasal raya kan?

Jatuh motor.
Seminggu sebelum raya Encik Rumate accident jatuh motor 15 minit sebelum nak berbuka puasa. Sabo ajelah! Luka banyak jugak tapi juz kulit luar bergesel atas jalan. Lengan, lutut, siku habis! Nasib baik xde yg serius. Dah la nak balik raya, pastu nak pindah lagi, nak balik kampung lagi! Berbuka ngan sahur pun kena bersuap.

Balik Kampung
Untuk raya pertama smpai ke-3 raya kan Nismilan. Encik Rumate tak boleh nak drive, sebab luka tu bila kering jadi perit nak gerakkan tangan ngan kaki. Aku nk drive boleh je, tapi Aisyah pulak nak buh kat mana. Dah la semakin lasak. So terpaksa mintak opismate dia kebetulan nak balik ngn bas ajak balik sekali.

Raya rumah Mertua
2nd time raya kat sana. Tapi tahun lepas tengah pregnant. Satu kerja pun diorang tak kasi buat. Tapi aku buat jugak la apa yang boleh. Takkan mentang2 tak kasi aku boleh goyang kaki kan... Tahun ni Aisyah ada. Ingatkan boleh skip, hehehe. Tapi ramai pulak yang suka nak jaga Aisyah. So aku la yang banyak main peranan kat dapur. Tang ni aku tak puas hati. Diorng boleh serah bulat2 kat aku. 

Duit Raya
Yang ni best. Aisyah memang murah rezeki. Banyak betol duit raya dia dapat. Alhamdulillah. Setakat hari ni dah RM780. Hehehe, belom lagi opis ayah dia buat majlis raya. kikikiki. 

p/s : Aisyah ibu nak singgit boleyyy?????


Salam Sayang,

Tuesday, 14 May 2013

CEMBURU


Assalamualaikum,
Cemburu/Iri hati. Pernah tak rasa cemburu tak tentu pasal? Cemburu tak semestinya pada pasangan. Tapi dengan sapa aje. Contoh jiran beli keta baru, jeles tak? Hahaha. Jiran cat rumah kalerful, jeles tak? Hehehe...

Cemburu budak2 terus merajuk. Tapi cemburu orang dewasa? Jauh hati. Kekadang dh motivasikan diri, buat apa nak cemburu. Allah dah kasi yang terbaik untuk kita. Buat apa nak cemburukan seseorang yang abaikan kita, sedangkan lebih ramai lagi insan lain yang sayangkan kita.

Tapi, itulah cemburu ni kekadang syaitan yang tolong bawakan. Dan aku pulak tak terlepas dari godaan syaitan durjana tersebut. Maka aku pun terhasut dengan hasutan syaitan iaitu cemburu. Cemburukan apa? Hehehe malu nak cakap.

Cemburukan perhatian seseorang. Hehehe. Yela, bila kita berkawan tetiba kawan kita tak layan kita pastu rapat ngan kawan kita lagi satu, jeles la kan. Kekadang ingat nak jauh hati nak diam aje. Tapi kalo diam, rasa macam xlepas pulak. Hahaha. So, cara terbaik ialah, buat lagi terbaek dari kawan kita tu ha... Kalau dia tak nampak, korek biji mata. Hahahaha. 

Ntah la. Nampak macam tak matang aje. Tapi sebenarnya bukan la nk perhatian sangat pun. Tapi tatau la. Mama kata aku ni jenis yang tak boleh tengok orang dapat lebih. Mula la aku nak lebih jugak. Tapi aku tak buat cara kotor. Aku akan usahakan jugak sampai dapat. Hehehe boleh tak gitu??

Haishhh ape la yang duk bermain di pikiran aku ni ha...

Salam Sayang,

Saturday, 6 April 2013

TABIAT PELIK

Assalamualaikum,
Heee amboih kerap update entry nooo... Macam biasa la, duk menunggu game duk renew life... Kikikiki... Okey duk pikir2 benda apa pulak laaa nak mengarut kat blog ni. Tetiba teringat mama tegur cakap aku ni pelik!! Pelik sebab suka cium bau2 yang tak sepatutnya... Hahaha... Bau apakah ituuuu....

Bau mulut baby
Ini memang la, semua orang suka bau kan? Ke aku sorang aje? Siyes baby yang tak bergigi mulut memang bau harummmm... Tiap kali anakku Aisyah menguap or menangis bukak mulut, cepat2 aku dekatkan hidung ni kat mulut dia... Alololololo sedapnyeee sedapnyeeee... Kalau tak caya, cube la... Baby yang tak ada gigi okey...

Bau badan baby
Ini pun. Kekadang time mama mandikan Aisyah, aku amik baju yang dia yang nak tukar tu then aku cium2 baunye... Budakkk mana ada bau badan lagi. Harummm... Kalau adik aku pulak, now 3 tahun, sebelum2 ni aku suka cium bau leher dia. Masam2 sedap. Hahahaha... Mama kata aku ni pengotor. Masalahnya bukan busuk! Tapi masam2 sedap. Try la kalau tak caya...

Bau taik...
Haaa ini bukan hidu taik sendiri okey. Ade la time sekolah dulu, bila duk tunggu orang kat dlm toilet membuang, baunyee huishhh... Kalau orang lain bila terbau bauan gitu terus blah. Tapi aku tetap akan tunggu dalam tu. Sebab aku nak tau sapa punya tuan taik tu, ntah hape laaa yang dia makan... Hahahaha. Bila orang tu kuar, baru la boleh tau sapa. 'pehhh muke je lawaa...' kakakakaa jahat tak jahat tak?

Bau gigi berlubang
Ni lagi satu. Sekolah2 dulu kan aku suka bergosip ngan kawan dalam kelas. Dan aku terperasan bila dia bercakap mulut dia berbau. Dan untuk pastikan punca mulut dia berbau, aku akan rapat lagi, rapat lagi. Sebab pelik kenapa mulut dia berbau. Sedangkan dia pembersih orangnya. Bila rapat rapat tu, baru dapat di analisis, bau itu datangnya dari gigi berlubang. Hahaha. Serius, gigi berlubang baunya memang lain dari yang lain. Tak payah nak intai2 gigi, hidu aje. Dan pernah satu hari tu, nurse datang check gigi kat sekolah. Pastu cepat2 aku cakap kat dia 

Aku : Eh, nurse gigi dah datang sekolah kita la... ha ko pi la tampal, gigi ko kan berlubang....

Kawan aku pulak dengan blur2 jawap...

Kawan : Mana ko tau gigi aku berlubang?

Hahahahaha macam nak je jawap, sekali bau pun aku dah tau laaaaaa kakakakakakakka... So nasihat kepada kawan2 yang ada gigi berlubang, pergi la tampal ye. Nanti orang ingat korang tak gosok gigi pulak. Padahal berus gigi lunyai tukar setiap minggu ye dak? Kekadang tu aduii muka dah lawa, tapi baunye mak aiii tak tahan... Hehehe...

p/s : moral of the entry is... bau lah mulut bayi... besttttttt!!!!

Salam Sayang,

Tuesday, 19 February 2013

LAWA JUAK KITAK YA

Assalamualaikum,
Tadi pagi mama nak ke pasar ngan abah. Depa kata saja nak jalan2 pi pasar cuci mata. Lagipun semalam aku tersebut nak makan cekodok pisang. So, alang2 nak pi beli la terus. Maceh mama...

Mama ni aku memang aku boleh klasifikasikan sebagai seorang yang sangat menjaga keterampilan. Walau dimana beliau berada. Even tak kerja pun, pepagi duk tempek cream itu, cream ini, sublock, itu lah ini lah. Malam cream malam lah. Adoi. Ni tadi nak pi pasar pun, lama la jugak abah duk panaskan kete. Hehehe. Tapi cantik2 untuk suami, ape salahnye kannn. Hahahaha. 
Kalau aku, memang malas. Duk beli2 aje, tapi tak pakai. Tu sunblock beli mahal2, time nak keluar lupa pulak nk pakai. Time teringat, tak sempat pulak nak pakai. Time sempat, malas pulak nak pakai. Hehehe. Cream malam? Pakai 3, 4 malam pastu rimas. Cream siang? Pas esok, esok, pas esok, esok. Tak luak2. Mask tu duk ade beli ntah bila dah lupa, duk ade lagi. Mascara? mana duk ntah, keras dh kot. Hahahaha... Lipstick? Sejak beli dulu2 tak pernah sebatang pun yang habis. Pakai time memula kerja dulu je. Pastu duk balun lip balm je. Hehehe. 

Yang aku selalu pakai time nak kuar, cuma bedak muka, eye-liner, lip-balm. Cuma kalo malam nak kuar tu, if rajin pakai la blusher skit. Tu je. Eye-liner la yang kerap habis. Tapi yang mama punya, barang2 untuk muka aje satu beg kecik tu ha. Semua dah kontot2 means slalu pakai. 
suka tengok org korea, natural aje makeup diorang kan...

Mama kata, dalam 3 orang anak dara dia ni, sorang aje yang suka melawa ni, iaitu arwah Kak Alin. Yang lain, hampeh. Hehehe. Yang paling selekeh jatuh pada isteri Encik Abi ni haaaa... Yela duk t-shirt, jeans aje. Jarang bebenor le nk pakai blause keee... Dah tak minat nak melawaaa nak wat camne kannn...

p/s : orang sarawak kata, 'lawa juak kitak ya....' (takde kene mengena) hahahahhaa.... tata!!

Salam Sayang,

Monday, 18 February 2013

KAMI NAK BERCUTI KE EIFFEL TOWER!!

Assalamualaikum,
Ehhh.... Semalam dah updated, arini update lagi? Hahaha... Besa la noh, mood nak menaip ni bukan boleh beli kat kedai. Kalo boleh beli dah lama beli stock untuk sebulan or setahun terus. Tapi gitu lah, mood ni kadang rajin kadang malas. Bila dah bosan macam gini, terus la idea menaip tu datang tak berjemput...

Encik Rumate ke Kuantan selama seminggu. Hari Khamis habis la kot kerja dia kat sana, esoknya baru balik. Ha? Kerja apa? Selalu pi sana sini kann.... Hahaha... Kerja biasa2 aje kat company engineering. Bukan company sendiri pun. Insyallah kalau ade rezeki masa akan datang, bukak la kot company engineering sendirik if nak duit banyak2. Hahaha. Nanti boleh la tiap2 hujung minggu pi overseas kan. Shopping2 kat London, honeymoon kat Paris, pi Mekah tiap2 tahun. Wow!! Berangan2 kot la boleh jadi kenyataan. Hehehe.

 Eiffel Tower ni memang sangat cantik. 
Memang beruntung sapa yang dah pegi..

Tapi sangat rugi kalau ke Mekah ni tak pernah jejak kaki...

Sepanjang ketiadaan Encik Rumate, aku tak la kesorangan. My mama, abah, adik is pun ade temankan. Memang mama kata lepas raya cina dia nak mai jaga sampai la habis pantang. Thanks mama. Aritu mama bosan, mama ke Kelantan 2 hari. Tapi rumate aku ade la. Mana boleh tinggal sorang2.

Tadi pagi aku nak start keta. Dah lama tak berpanas enjin tu ha. Ingat nak pi la round2 kat taman rekreasi tu ha, sekali stereng xmuat perut. Kebelakangkan seat tapi kaki tak sampai nak tekan break. Huhuhu. So, mintak abah aje yang tolong bawak keta pi jalan2. 

Dah tak lama dah. Minggu depan masuk 36 minggu. Seminggu lepas tu masuk 37 minggu. Means baby dah matang dan akan keluar bila2 masa aje yang dia suka. Kekadang rasa excited nak tengok baby. Kekadang rasa takut pun ade. Yela kan, orang kata sakit bersalin ni antara sakit yang paling menyakitkan di dunia. Apa pun, moga semua selamat dan dipermudahkan. 
p/s : doakan kami ya!! macehh... :)

Salam Sayang,

Monday, 4 February 2013

NO MORE, NO MORE, NO MORE

Assalamualaikum...

Blog berhabuk dek kerana bosan tak tau nak up entry apa. Sebab malas nak menaip. Malas nak pikir idea, malas nak bercerita. Sekarang semua dah malas. Nak nak kalau bab bercerita. Kadang2 apa2 yang berlaku macam laluan air atas daun keladi. Kalau dulu selalu teringat2, tergelak2 balik bila diingat. Excited nak cerita2. Sekarang, no more. 

Blog aku sekarang pun dah bosan tahap gaban. Kalau dulu2 ada jugak selingan entry lucu2, entry nakal2. Sekarang, no more. Tiap kali ada benda yang aku nk cerita, aku akan point kat hp. Untuk tanda ingatan nak up entry. Tapi bila nak menaip, tengok point, dah tak se excited dulu. Kalau dulu aku rancak menaip, Sekarang, no more. 

Kalau dulu aku becok berceloteh. Benda kecik pun aku nak cerita. Sebab aku nak orang kenal diri aku walau orang tak tahu rupa aku. Sekarang benda besar pun aku rasa malas nak cerita. Tak ada apa yang menarik dah. Kalau dulu orang kata aku ni ramah, mesra la konon, sekarang, no more.

Kalau dulu aku rancak taip entry tiap2 hari. Sehari 3, 4 entry. Kalau zaman sekarang tak ada cerita menarik, akan aku ingt balik zaman kecik2. Aku korek semua cerita2 yang aku masih ingt untuk kenangan. Tapi zaman yang akan datang, bakal dapat baby tak lama lagi pun aku rasa malas nak cerita. Kalau benda ni berlaku 2 tahun lepas, mesti aku cerita semua. Sekarang, no more.

Mengandung. Memang aku excited nak cerita pengalaman manis ni kat semuaaaa orang. Syok. Tapi kelu nak cerita. Macam mana time alahan, macam mana 1st rasa baby bergerak dalam perut. Macam mana rasa debar pi checkup tiap2 bulan. Apa yang doc kata, apa petua yang aku amalkan, apa yang aku makan, apa yang aku lakukan. Kalau dulu boleh la, sekarang no more. 

Sebab masa pun dah berubah. Zaman kanak2 ribena dah tak ada lagi. Kalau dulu zaman ribena, sekarang no more. Sekarang zaman kopi o'. Hahaha. Blog ni hanya tempat kekadang aku nak lepaskan gian menaip.

Salam Sayang,

Monday, 21 January 2013

SELAMAT MALAM

Assalamualaikum....
Lamanya tak menaip. Asyik menaip kasi Salam, pastu blur nak taip apa. Benda yang nak cerita tu banyak. Dah buat list tapi nak menceritakan tu mood tak ada. Ni tengah2 malam baru mood menaip nak sampai. Tapi sayangnya,  baru nak start tapi Encik Rumate dah berdehem suruh tidur. 

Biasalah, bila dah waktu darurat mcm ni, kena tidur awal walaupun dalam bilik mata duk berkelip2. Huhuhuhu... Susah sungguh la nak tidur. Kenapa eh. Kadang2 rasa nak menangis sebab mata tak mau lelap.

Minggu depan baby akan masuk 8 bulan. Fuh, dah tak lama dah nak keluar. Barang2 pun dah penuh almari. Hehehe. Plastik2 semua pun dah bukak. Minggu depan nak start basuh kesemuanya! 

Ha okeylah, deheman yang ke 3 dah berbunyi. Tandanya amaran terakhir. Next time lah menaip lagi. Tata

Salam Sayang,

Tuesday, 11 December 2012

RINDU SERINDU-RINDUNYA!!

Assalamualaikum
Hari ni mood ceria! Semalam pun tido agak awal sebab excited nak menempuhi hari esoknya (harini). Excited sebab hari ni aku boleh jumpa rumate! Dah 3 hari 3 malam berkeseorangan oiiii.... Jiwa gundah gulana, makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena... Penangan ketiadaan rumate disisi.

Tapi hari ni, hilang segala gundah gulana. Hope lepas ni tak ada lagi sedih2, tak ada lagi layan perasaan negatif sorang2. Tadi bangun awal, kemas2 rumah mana yang patut. Ni siap masak dah. Jap lagi mandi, pakai baju cantik2 sambut rumate balik. Dapat la kot lunch sama2. Maybe!

Dek kerana mood elok, tadi duk sapu porch kereta tetiba nampak 2 orang tu cuci longkang sepanjang lorong rumah aku. Kesian. Tengah panas. So buat sunquick letak luar pagar, kebetulan dia tengah korek pasir kat longkang rumah aku "bang, minum dulu bang...." sejam lepas tu tengok, erkk!!! licin!!! Kesian diorang. Semoga diorang dimurahkan rezeki. Amin.
Hahahahahaha!!!!
Aku lah manusia paling gembira tika dan saat ini... Rinduuuu rindu serindu rindunyaaaaa......!!!!! 

Salam Sayang,

Monday, 10 December 2012

CHECK UP BULAN KE 6 TAK JADI

Assalamualaikum
Dah 2 malam tido sorang2. Dah 3 hari berkeseorangan. Rumate out station ke Kuantan. Esok baru dia balik. Bulan lepas checkup untuk 5 bulan, kena cucuk kancing gigi. Dan bulan ni untuk bulan ke 6 kena cucuk lagi la gamaknya. Selalunya kalau anak pertama kena cucuk 2 kali. Anak seterusnya sekali sahaja.

Sepatutnya memang checkup harini 10 November. Oleh kerana rumate tak ada so aku dah call minggu lepas mintak tangguh esoknya iaitu 11 November. Memula dia kata boleh. Tadi pagi dia call cakap kena datang hari ni jugak sebab esok doktor tak ada. Haihhh... Malas nak cakap banyak, pegi aje la.

Sayunya hati pegi checkup sorang2. Dua tiga hari ni sensitip sikit la. Teruk benor penangan mengandung ni. Dah sedaya upaya cuba mengentalkan hati. Tadi on da way ke klinik pun, dia mai sebak tiba2. Dekat 5 minit jugak la duk dalam keta nak kasi muka sememeh ni elok balik.

Masuk jumpa nurse, sembang2. Dia kata memang kali ni kena cucuk lagi sekali. Suntikan tu akan menyebabkan rasa lenguh2. Macam bulan lepas la, nak angkat bahu pun susah. Macam lumpuh sebelah tangan. Sakit pulak tu. So aku bagitau kat nurse yang aku datang drive sensorang. Lama jugak dia duk pikir2. Last2 dia kata datang 12 November! 

Suka dalam duka. Yang sukanya sebab dapat elak diri kena cucuk harini. Kembang kempis hati ni sebab harini xyah kena cucuk. Yang duka nya, esok2 memang kena jugak dan agak buang masa la bersiap2 sakan hari ni. Dah la jalan sibuk. Parking payah. Apepun, dah selamat sampai rumah. 

p/s : angin apa ntah, rumate call 2 kali aku tak angkat. tunggu kali ke 3 tapi xde pulak. pastu sebak tetiba rasa bersalah.... 

Salam Sayang,

Tuesday, 20 November 2012

TWILIGHT PUNYA PASAL

Assalamualaikum
Haihhh malu maluuu... Minggu lepas baru belajar macam mana nak download movie. Terpikir2 movie apeee lagi nak donlod so tingggg datang idea nak donlod movie TWILIGHT yang 1st dulu. Movie zaman jepun dulu now baru nak donlod. Aku google dan dapat tahu ada 4. Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn. Semalam baru aje tengok Twilight separuh. Baru aje kenal dengan Isabella dengan Edward Cullen. Hari ni baru nak sambung tengok lagi separuh. 

Tapi sejak 2, hari lepas duk tengok kawan2 post kat FB pasal BREAKING DAWN... Dorang kata best! Aku malas la nak amik port sebab kat sini xde wayang pun! Dalam otak aku duk pikir movie hape pulakk laaa BREAKING DAWN ni kannn... Maklumlah banyak sangat movie yang kuar sekarang ni.

Dan tadi ade la member wasap aku cakap dia dapat tiket free untuk cite TWILIGHT! Ehhh aku pun terpikir bukan ke twilight tu cite dah lama yang aku duk tengok semalam? Takkan kuar wayang lagi kot??? Then dia kata yang baru laaaa... Haaa??? Kuar baru lagi means yang ke 5!! Tajuk apeee????? Dengan senang hatinya dia cakap sila GOOGLE!! Hampeh sungguh.

Dan sungguh memalukan, rupanya yang ke-5 tu la BREAKING DAWN PART-2!! Ohhh baru aku paham, BREAKING DAWN yang orang duk sebut tu rupanya cite TWILIGHT laaaaa... Part 2 punya... Ceh, malu sungguh!! Ketinggalan kan?? 

p/s : orang len dah layan ke 5, aku bru nak start tengok 1st punya!

Salam Sayang,

Thursday, 27 September 2012

HARI SERBA TAK KENA


Assalamualaikum

Ekceli 25 September 2012 beberapa hari yang lepas adalah ulangtahun Encik Suami, Al-Farabi yang ke 34 tahun. So sehari sebelumnya iaitu 24 September aku ingat nak buat la Kek Karamel yang dia idam2kan beberapa hari sebelum ni. Tapi memandangkan oven rosak so ingat nak try kukus aje la.

Jenuh jugak tanya orang sana sini. Tup2 time nak buat, penimbang pulak hilang. Aku syak anak buah aku yang seludup bawak balik Kajang kot. Then dengan susah payah sukat main ikut dan aje, siap la adunan. Malangnya time nak kukus, baru je panaskan tak sampai 5 minit, gas pulak habis. Arghhh!!!

Call encik suami katanya nak balik, tapi tak jadi. So kena tunggu petang la dia balik kerja. Adunan kek pun macam dah turun je. Bayangkan dari pukul 12.30 buat, pukul 6 ptg baru kukus! Siap kukus, kek bantat. Yang bahagian bawah antara kek dan caramel tu bantat teruk. Padal kukus dah sejam. So tak tau sama ada tak jadi sebab kukus atau bantat sebab lama sangat duk biarkan.

Ekceli dari tengahari tu rasa tak sedap badan. Malam tu terus demam. Tengah malam pulak cirit birit sampai ke tengahari. Muntah siap. Tak tau salah makan apa. Kira menjelang hari jadi encik suami, aku demam. Wish pun awal pukul 11 sebelum tido. Hehehehe…

Kek caramel? Habis dah walaupon bantat… hahahahahhaa… 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...