Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

MENU 3 (POTATO PANCAKE)

Assalamualaikum,

Lagi nak share menu breakfast simple untuk anak-anak berumur 9 bulan keatas since dah tumbuh gigi or dah pandai kunyah ye. Kadang- kadang pagi2 anak tak mau telan heavy food. Kita pun malas jugak nak pikir nak masak apa untuk anak- anak.

So langkah mudah siapkan malam sebelum esoknya. Buat stock dalam peti ais so senang pagi- pagi boleh cedok buh dalam pan aje. Sambil tido pun anak boleh kenyang. Hehehe

MENU 3 ( POTATO PANCAKE)


Bahan :
~ 2 biji kentang sederhana besar (rebus empuk kemudian potong dadu)
~ 2 cawan tepung gandum
~ 1 sudu kecik baking powder
~ 2 cawan susu segar
~ 1 sudu mentega dicairkan
~ 1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
~ 2 sudu gula
~ secubit garam


Caranya : 

1. Campurkan tepung, baking powder, mentega cair, gula, kuning telur, garam, dan susu. Kacau rata.

2. Putih telur pukul dengan sudu hingga kembang (berbuih warna putih) kemudian masukkan dalam adunan tepung dan gaul rata.

3. Campurkan kentang yang dipotong dadu.

4. Boleh masak guna non sticky pan :)

p/s : entry autopublish

Salam Sayang,

Wednesday, 7 May 2014

MENU 2 (KUEWTIAW HAILAM)

Assalamualaikum,

Entry autopost.

Malas nak mengadap lappy lama- lama. Kalau tunggu mengadap baru nak update maknanya sebulan sekali laaaaaa..

MENU 2 ( Kuewtiaw Hailam)


Bahan :
~ Kuewtiaw 1/2 bungkus (rendam buang minyak2)
~ 4 ulas bawang putih (cincang)
~ 2 keping halia
~ 1/2 bijik bawang besar (mayang)
~ Kicap secukupnya
~ 2 sudu sos tiram
~ 2 sudu tepung jagung
~ Sayuran ( sawi, kobis, babycorn, carrot, dan sebagainya)
~ Ayam, fishball, chicken ball dan sebagainya

Caranya :
1. Panaskan minyak 2 sudu then tumiskan 2 ulas bawang putih cicang. Terus masukkan kuewtiaw. Kemudian masukkan kicap 3 sudu. Kacau hingga warna sekata. Angkat dan ketepikan.

2. Untuk kuahnya, tumis 2 ulas bawang putih, bawang besar, halia. Kemudian masukkan ayam.

3. Bila ayam setengah masak, masukkan sos tiram dan seterusnya air mengikut jumlah kuah yang diingini, dan tambah kicap masin dan manis hingga kuah jadi hitam. Hehehehehe...

4. Perasakan dengan garam dan masukkan sayuran dan akhir sekali bancuh tepung jagung untuk pekatkan kuah. 

Gitu aje la Kuewtiaw Hailam aku punya resepi yang simple. Tak pedas sebab untuk kanak-kanak setahun makan. If nak pedas boleh tambah cili api atau sambal kicap atau sebaginya. 

Memang dibuat simple resepi mudah dan cepat untuk mempelbagaikan makanan santapan anak.

p/s : kuewtiaw boleh gantikan dengan bihun dan sebagainya

Salam sayang,

Friday, 2 May 2014

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)

Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Mei.. Diam tak diam baby pun dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah doc scan katanya baby hero pulak kali ni. Aisyah pun dah masuk setahun 2 bulan. Gigi baru 7 batang, mulutnya banyak, kaki pun baru 'dapat'. Mengejar aje lah ayahnya. 

Bila dah aktif berjalan ni, makan pulak tak nak. Yang dia nak makan juz benda yang dia boleh pegang. Tak suka disuap. Berpeluh kita buatkan makanan tapi semulut dua aje yang dia mahu. Yang lain semua ke mulut ibunya. Hehehe.

So, alternatif kena cari untuk kenyangkan perut anak. Ada la jugak beberapa resepi yang google dan derhaka sikit- sikit mengikut keperluan dan bahan-bahan yang ada kat dapur. 

Mungkin ramai ibubapa yang mengalami masalah yang sama. So boleh lah share resepi- resepi yang mudah untuk tarik perhatian anak makan. 

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)


Bahan :
~ 2-3 biji kentang sederhana besar (ikut suka)
~ 1 sudu besar tepung gandum
~ 2-3 sudu besar tepung jagung
~ secubit garam
~ secubit serbuk lada hitam (optional)
~ secubit serbuk kunyit (optional)

Caranya :
1. Semua bahan tadi di gaul sebati kecuali kentang.
2. Kupas kentang dan potong wedges (6 potong)
3. Salutkan kentang dengan tepung tadi rata2.
4. Kelembapan kentang akan membuatkan tepung melekat padanya.
5. Letak dalam bekas dan sejukbekukan 1jam- 2jam
6. Goreng hingga keemasan.

p/s : wedges ni Aisyah suka sebab dia boleh pegang. Slalu makan kat KFC tapi rasanya masin dan pedas sikit so Aisyah tak suka. 

p/s : if ada cheese powder boleh la taruk skali :)

Salam Sayang,

Saturday, 28 December 2013

RESEPI PUDING KARAMEL

Assalamualaikum,
Oleh kerana tak dapat merasa Kek Karamel Pelangi yang dibuat untuk opis Encik Rumate semalam tu, so aku nekad untuk buat lagi. Tekak ni terasa nak makan benda manis pulak. Sama masa mengandungkan si Aisyah tahun lepas. Asyik nak makan kek coklat petronas tu haaa...

So aku buat lagi sebijik tapi strawberry coklat. After that Encik Rumate tanya, boleh tak buat yang karamelnya sahaja. Tak nak kek. Kemudian aku tanya mama resepi puding karamel yang mama buat dulu. Sedap!

Maka semalam aku dah buat 2 benda sekaligus iaitu Kek Karamel Strawbery Coklat dan Puding Karamel. Buat petang, malamnya dua-dua habis licin. Ganas tak? Hahahaha...

Kek Karamel Strawberry Coklat

Puding Karamel.

Puding Karamel ni resepi mama. Sangat sedap. Tak la manis sangat sampai tak boleh telan. Kira boleh makan dengan selera la. Ceeee...

Jom semak resepi Puding Karamel...

Bahan-bahan :
2-3 sudu gula untuk dibuat karamel
8 bijik telor gred A (apa-apa saiz pun xpe)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 sudu kecik esen vanilla
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu tepung beras

Caranya :
1. Panaskan 2-3 sudu gula dalam loyang hingga cair. Ratakan, sejukkan dan biarkan.
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Kacau perlahan hingga gula larut. 
3. Tapis kan adunan campuran tadi ke dalam loyang gula hangus tadi
4. Kukus selama 45 minit - 1 jam
5. Bila dah masak, sejukkan kemudian terbalikkan.

p/s : kebanyakkan puding karamel tak guna tepung beras. Tapi my mum buh tepung beras untuk memejalkan puding. so puding tu tak la lembik dan tak muak sangat.


Haih, orang kata kalau suka makan manis maybe nak dapat anak pompuan. hahaha. redha aje la rezeki lelaki ke pompuan kan. tapi ikutkan nak boy la. hehehe... apapun syukur nikmat dan rezeki yang diberi.

Salam Sayang,

Friday, 27 December 2013

MEMBAKING UNTUK LEPAS GIAN

Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas Encik Rumate cakap kat opis dia ada majlis amal untuk anak2 yatim sempena nak buka sekolah. Ada penyerahan kelengkapan sekolah untuk anak2 yatim dan jamuan makan. Menunya nasi briyani. Dan masing2 boleh sumbangkan apa2 jenis kuih muih sebagai pencuci mulut atau sebagainya (potluck).

So, aku amik keputusan untuk buat kek karamel 2 bijik dan apam polkadot 300 biji untuk pencuci mulut. Itu aje lah yang aku reti buat hehehe. Kek Karamel Pelangi jadi pilihan. 

comot sikit. maklumlah dah lama tak masuk dapur.

akibat malas nak mengedot, try wat cmni lak.
ada 4 design. tapi snap yg ni je la.

siap packing.

penat. tapi rasa puas hati sebab boleh lepas gian nak membaking. alhamdulillah. cuma frust sebab tak dapat tengok kaler kat dalam. huhuhu. 

Salam Sayang,

Friday, 6 December 2013

GULAI KUNING IKAN TENGGIRI

Assalamualaikum,
Haaaa harini buat pertama kali aku wat lauk gulai. Sebelum ni pernah buat tapi bukan wat sendiri. Bukan apa, aku tak reti sikit bila bab menggunakan santan ni. So bila tanya mak mertua macam mana, terus cuba sendiri kat rumah.
sumber foto : masakan.asia
Gambar sendiri tak sempat nak snap. Dah siap makan baru teringat nak amik gmbr. 
So pinjam aje la. Tapi resepi sendiri. 

Gulai Kuning Ikan Tenggiri
Bahan-bahan :
5-6 ketul ikan tenggiri (taburkan 2 sudu makan garam halus dan perapkan selama 2 hingga 3 jam sebelum masakkan)
6-7 ulas bawang merah *kisar
2-3 ulas bawang putih *kisar
10 bijik cili api (merah) *kisar
1 inci halia *kisar
1/2 inci lengkuas *kisar
1 sudu makan cili boh/cili kisar
1 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat
5-6 cawan air

Caranya :
1. Panaskan santan + air hingga mendidih (sentiasa kacau hingga didih) jangan tinggalkan.
2. Bila dah mendidih terus masukkan bahan kisar + cili boh + rempah kari + serbuk kunyit dan kacau perlahan dalam 2 minit atau mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan (basuh dahulu saki baki garam). Bila dah masukkan ikan, tak perlu kacau sangat dah.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Siap!!

Kalau lah aku tau mudah macam ni, dah lamaaaaa aku buat tauuu!!! Itulah orang kata, tak cuba tak tahu!!

Salam Sayang,

Tuesday, 19 November 2013

ACAR MASAK MASAM MANIS

Assalamualaikum,
Okey hari minggu aritu aku masak untuk lunch. Dah lama sangat tak masak lauk-lauk. Selalu masak mee, bihun, kuewtiaw... Diet nasi la katakannn... Oleh kerana hari minggu so masak la untuk En. Rumate ku yang tersayang... Ceeee... Menunya Ayam Masak Kicap, Sup Sayur, Ikan goreng dan Acar Masak. Lauk yang semua orang boleh buat, tapi Acar Masak? Penah dengar?

Mai ceq nak habaq mai. Hehehe. Acar Masak ni famous kat Pantai Timur tau. Aku start suka pun masa bekas pembantu rumah (time duk ngan mama) yang buatkan. Serius aku suka sangat. So, benda baik lagi elok dikongsi bersama. Hehehe.

RESEPI ACAR MASAK.
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah (bukan bawang besar)*kisar
2 ulas bawang putih*kisar
2 sudu cili boh
1/2 cawan cuka
5-6 sudu besar gula
1/2 sudu kecik garam
3 cawan air
10 batang kacang panjang dipotong-potong dalam 3 inci
7 batang kacang bendi
1 batang timun dipotong2
1 batang lobak merah

Caranya :
1. Tumis bahan dikisar bersama cili boh sehingga kering.
2. Masukkan cuka dan seterusnya masukkan air secawan dahulu.
3. Masukkan lobak,kemudian sayuran lain selepas 2 minit.
4. Kemudian masukkan air sehingga 3/4 paras sayuran.
5. Perasakan dengan gula, garam dan ajinamoto sikit. 
6. Biarkan sehingga mendidih dan sehingga kacang panjang agak lembut.

p/s : acar ni dia masam2 manis. kalau kurang masam, tambah cuka. kalau terlalu masam tambah gula. 

p/s : sayuran optional. yang wajib timun atau kacang panjang sahaja. yang lain2 tak ada pun tak apa. tapi lagi sedap kalau ada. hehehe.

Salam Sayang,

Monday, 18 November 2013

CEKODOK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Assalamualaikum,
Minggu lepas pulun makan pisang. Cantik pisangnya. Gemuk2, manis. Tatau la pulak pisang jenis apa. Beli sesikat. Banyak sangat, ada la dalam 20 biji kot. Ingat balance nak buat la cekodok. Alih2 tengok habis licin duk makan camtu aje. Then beberapa hari lepas mintak Encik Rumate belikan pisang lagi. Kali ni betul2 nak buat cekodok. 

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji dibawak lari. Ehhhh?? Hehehe... Pisang emas dibelinya. Tengok2 petang 2 3 hari lepas dah masak so apa lagi, lenyek punya lenyek, terus jadi cekodok. Makan waktu petang dikala hujan yang turun bagaikan mutiara... Hehehehe... 
Jom semak resepi CEKODOK PISANG SIMPLE TAPI SEDAP...

Bahan2 :

10-12 biji pisang emas (kalau pisang lain yang lebih besar, dalam 8 biji je kot)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecik baking powder
1 sudu makan gula
Secubit garam

Caranya :

1. Lenyek pisang2 tu dengan belakang gelas sampai hancur
2. Masukkan tepung, baking powder, gula, garam.
3. Gaul sebati. Then goreng!

p/s : cekodok tak perlu tambah air. dulu 1st time buat pi tambah air, terus keras jadinya.

Salam Sayang,

Saturday, 9 November 2013

ROTI JALA SIMPLE

Assalamualaikum,
Haaaa... Kali ni nak share resepi ROTI JALA pulak. Ini salah satu peberet kami sekeluarga. Senang je nak buatnya tapi yang paling malas bila kena menjala satu per satu. Itu yang lambat. Sekeping tu dalam 2-3 minit la jugak kena tunggu. So memang kena mengadap aje le.
Roti jala ni best kalau dimakan dengan Kuah Kari. Kuah Karinya boleh amik kat sini KUAH KARI MAMAK. Dan  kalau tak ada acuan roti jala boleh pakai bekas yang picit buh sos tu. Lagi senang dan kemas pakai yang picit2 tu ha. Cuma tipsnya jangan buh banyak sangat aduanan dalam tu. Buh separuh2 dulu.

Resepi...

Bahan2 :

1 cawan tepung
1 1/2 cawan air
2 sudu makan minyak
2 sudu makan susu cair (xde pon xpe)
1 biji telor
Secubit garam
Pewarna kuning (kalo xde, buh serbuk kunyit pon xpe)

Caranya :
1. Campur semua kacau biar rata kemudian tapis.
2. Picitkan aduanan dalam acuan laju2 (hehehe)
3. Bila agak2 dah masak, angkat. Tak perlu balikkan.
4. Siap!!

Senang kannnn??? Hehehehe....

p/s : resepi ni boleh la cuba bagi yang baru nak mula2 masuk dapur sbb cincai2 je. kalau yg dh lama masuk dapur, errrrr mesti korang akan kata "hape bendaaaa la share resepi mcm gini...." hehehehhee

Salam Sayang,

Thursday, 7 November 2013

KUIH LAPIS MACAM COMEL JE, MACAM SEDAP JE....

Assalamualaikum
Uiii lama nya tak menaip. Hehehehe. Bukan malas tapi keadaan tak mengizinkan. Ada2 je benda yang menghalang dari menaip entry. Now semua dah ok, baru la terkial2 cari bahan untuk buat entry. Nak membebel2 pun masih belom ada mood so share resepi aje la, boleh? Kalau rajin, buat laaa. Kalau malas, tak payah!
Ini Kuih Lapis version terlebih rajin. 1st cilok resepi kat blog yatiememories. Then nampak dia buat comel2 gini so try jugak la. Tapi agak manis. So aku saya edit kasi manis2 tekak aje resepi ni.

Bahan2 :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat @ 1 kotak santan
3 cawan air
secubit garam
pewarna

Cara2nya :
1. Campur semua tepung kemudian bancuh dengan air + santan + garam
2. Kacau rata dan tapiskan.
3. Bahagikan kepada bahagian2 untuk diwarnakan.
4. Sapu minyak pada bekas yang nak dikukus. Sama ada bekas kecik atau loyang pun boley.
5. Setiap lapisan kukus 3 minit. Tapi yang last sekali 15 minit.

Macam comey je, macam sedap je.... hahahaha...

Salam Sayang,

Wednesday, 10 July 2013

SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Assalamualaikum
Salam Ramadhan. Haaa hari ni hari pertama kita berpuasa. Kalau tahun lepas 1st puasa ni aku tengah mengandung sebulan. Tengah loya dan muntah2. Makan sahur syok gila lepas tu 'keluar' balik. Tapi tahun ni sahur bertiga walau 2 orang aje yang puasa. 

Hari ni 1st sahur, sememangnya menu sejak turun temurun 1st sahur mesti sambal daging. Tapi aku panggil daging masak merah. Hehehe. Dari kecik sampai ke besar menu 1st sahur mesti sambal daging. Then semalam call mama, dah agak memang sambal daging. Call kakak pulak, ponnnn same!!  Hahaha. 

Okey jom semak resepi SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Bahan2 :
- Daging dipotong2 anggaran 3 genggam.
- Bawang besar merah 3 labu (kisar)
- Bawang putih 3 ulas (kisar)
- Cili boh 3 sudu besar
- Serai 1 batang (diketuk)

Cara2 :
- Panaskan minyak secukupnya.
- Tumiskan bawang2 yang dikisar + serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
- Masukkan secawan air.
- Masukkan daging dan kacau sekejap.
- Bila minyak mula kemerahan masukkan air sehingga sama aras daging.
- Perlahankan api sehingga kuahnya pekat then masukkan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

pic pinjam kat blog yusleen.blogspot
susah nk snap pic skrg guna hp, camera tak cntik
kalau dulu pakai hp sony camera memang tiptop
tp hp tu dh rosak! frust gile...

Salam Sayang,

Thursday, 27 December 2012

BISKUT KACANG KEMBANG TAPI SEDAP!!

Assalamualaikum
Sejak beberapa hari lepas aku macam gian nak mengoven. Dah lama tak buat kek, dah lama tak buat benda mengarut. Mulut ni dah teringin nak mengunyah balik. Patut la muka dah mula mengembang. So tercari2 resepi yang mudah dan bahan2 yang tak payah dicari dah.

Pada mulanya nak buat Kek Coklat Moist. Tapi sayangnya serbuk koko tak ada. Nak gantikan dengan milo, tapi tetiba macam malas pulak. Pastu pikir punya pikir, nak buat Puding Roti. Tapi susu segar tak ada, roti pun tak ada. Malas nak pegi beli. Pastu ternampak biskut kacang! Yawww!!! Maka terhasil lah Biskut Kacang Kembang Tapi Sedap. Hahahaha.


Ini loyang yang kedua. Loyang yang pertama buruk gila. Tapi hasilnya hamboi, kembang sampai tak muat berhimpit2. Macam perli tuannya aje kannnn... Tapi sangat sedap! Mabeles! 

Selalu aku pegi rumah orang, Biskut Kacang diorang macam dia blend hancur gila. Bila makan dia melekat kat dalam mulut. Yang aku buat ni, macam biskut kacang kt kedai sebijik seposen tu. Rangup!. Resepinya aku amik kat blog PCM ( Pak Cik Mat ) Tapi aku ubah2 sikit.

Resepi :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu kecik baking powder. jangan terlebih nanti kembang mcm aku punya.
- 1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya dan si kisar) jangan kisar terlalu hancur.
- 1/2 cawan gula halus
- sedikit garam
- 1 bijik kuning telur sahaja.
- untuk hiasan boleh calit kuning telur kasi lawa n letak la pape pun.

>> Cara nya campur semuanya, dan tuang minyak sehingga boleh digentel2  jadi doh. Gentel2 ikut suka bentuk macam mana, letak dalam loyang yang disapu dengan mentega or minyak. Then bakar selama 20 hingga 25 minit! Siap!! Adunan ni boleh dapat dalam 2 loyang aje. Dalam 50-60 biji.

Salam Sayang,

Wednesday, 26 December 2012

TERIMA KASIH MINYAK CAP KAPAK

Assalamualaikum
Okey hari tu masa Tok Long datang rumah sini, dia teringin nak makan Kuih Bunga Cina. So aku pun senang hati buatkan lah untuk dia. Lagipun encik rumate memang suka kuih tu. Masa raya hari tu pun hanya dia yang duk telan sampai habis. 

Bahan2nya

sebelum dibakar

Dan masa loyang terakhir, secara tak sengaja aku terpegang loyang yang betul2 baru keluar dari oven tu. Aku lupa loyang tu panas dan senang hatinya aku nak angkat. Aku tak terus campak loyang sebab takut kuih tu hancur. So letak hati2. Pedih gilaaaaaa.... Cepat2 bukak air paip, alirkan air kat ibu jari dan jari telunjuk!

Dan makcik aku yang nampak, terus cakap 'keringkan tangan tu, sapu minyak cap kapak' perhhh minyak cap kapak????? Aku mulanya macam tak yakin. Yela tangan tengah pedih, nak sapu minyak cap kapak??? Gile???? Lagi la pedih kot!!!

So aku ikutkan aje la petua diorang. Terus aku sapu. Memula sapu memang berdenyut. Kalau tak sapu pun memang berdenyut jugak. Tapi tak sampai dalam masa 5 minit pun, denyut2 tu hilang, pedih pun hilang!! Memang menakjubkan. Hahahahaha.... Esoknya langsung tak timbul gelembung air. Alhamdulillah.

Minyak Cap Kapak
pinjam pic dri BLOG INI

So kawan2, sesiapa yang terkena minyak panas ke, terkena kuali ke, kalau tak nak kulit tu keluar gelembung air, sila sapu minyak cap kapak cepat2. Serius!!! Mujarab!!

Salam Sayang,

Wednesday, 28 November 2012

KARI MAMAK STYLE!!

Assalamualaikum
Hah, amacam terliur tak? Itu adalah kari ayam ala2 mamak style. Kari Mamak Style!! Buat sendiri okeh! 3 hari lepas my rumate bawak balik 3 paket roti canai segera. So, aku la yang tukang buat kuah karinya untuk cicah. So teringin nak buat kari macam kuah nasi kandar tu kan. Pekat dan licin. Selalu aku buat mcm berhabuk sebab guna bawang kisar.

Resepi
- 1/4 ekor ayam
- 1 biji bawang besar (dihiris halus2/mayang)
- Rempah ratus sikit (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
- Daun kari
- 3 @ 4 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan air
- Air secukupnya

Cara
- Memula tumis bawang sampai layu, masukkan daun kari sampai naik bau. Then masukkan serbuk kari yang dibancuh tadi. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam. Bila agak kering masukkan air secukupnya. Gula, garam dan perasa secukupnya. Siap!! Tak guna santan okeh... Sedap.

Akhirnya dapat jugak resepi kari ayam mamak style ni. Mabeles! Rumate siap kuah banjir lagi okeyy.. Hahahaha. Dia pulak macam tak caya aku boleh masak macam2. Eceh, macam2 la sangat kann. Nak kata aku pandai masak sangat tu idok le. Cuma aku jenis suka masak. Sedap ke tak sedap ke tak peduli. Janji dapat pegang kuali, pegang sudip... 

p/s : Ikutkan hati hari2 nak buat kek, tapi takmo makan. Nak kasi jiran2 nak kasi kawan2. Boleh macam tu??? Hehehhe.

Salam Sayang,

Thursday, 8 November 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum
Pagi tadi bangun terus prepaire sarapan untuk makcik sebab dah nak balik Kedah. Dan pukul 9.30 tadi mereka dah bergerak balik Kedah. Pastu aku pun mulakan projek aku yang terbengkalai sejak raya haji aritu lagi. Iaitu Blueberry Cheese Tart!

Memandangkan dia punya kulit tu memang dah buat lama dah, cuma tinggal nak taruk filling je, so cepat dan mudah la kerja aku. Alhamdulillah 1st time buat menjadi cheese tart ni. 


tersembul haaa fillingnya hahahahaha

Resepinya boleh google. Hehehehe... Malas nak taip sebenarnya sebab resepi salin kat dapur malas nak pegi amik. Sorry hahahaa...

Salam Sayang,

Tuesday, 6 November 2012

SALAD TUNA, MUDAH CEPAT SEDAP DIMAKAN

Assalamualaikum,
Hai semua... Hari ni rajin sikit nak share satu resepi yang mudah, simple, cepat dan mengenyangkan. Sesuai bagi si bujang2 atau si malas masak atau yang suka makan macam aku ni haaaa... Even orang yang tak dak dapur pun boleh buat tau!
Haaa nampak tak? Ini adalah sarapan, boleh jugak buat minum petang atau makan malam. Salad tuna!! Resepi sangat simple...

Bahan2 :
- 1 tin sardin
- 1 paket mayonis (dalam 3-4sudu)
- 1 batang timun (potong dadu)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1/2 bawang besar (hiris halus2)
- 3 biji cili api (potong halus2)
- 1 biji limau nipis (jusnya shj)

Caranya :
- Lenyek sardin sampai betul2 hancur dengan sosnya sekali, masukkan bahan2 lain, dan kacau! Boleh tambah bahan2 lain mcm salad, cheese atau sebagainya. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk makan!
- Tak perlu masak. Makan dengan roti....

p/s : kami sangat suka makan benda ni. selalu ada stok dlm peti ais. :)

Salam Sayang,

Tuesday, 30 October 2012

TEH BUNGA KEKWA (CHRYSANTHEMUM)

Assalamualaikum
Ini adalah teh bunga kekwa. Kak Miza yang selalu buat air ni masa bulan puasa. Jenuh mintak abang carikan. Tapi tak jumpa. Last2 lepas raya haritu Kak Miza pos kan. Selang sehari rebus air ni, sampai la habis teh kekwa tu. Then aritu kawan abang dari Ipoh nak balik raya sini, so i now lah kat Ipoh memang banyak kedai ubat cina. So, memang mudah nak dapatkan. Ape lagi, terus mintak dia belikan kat sana. So semalam buat lagi. 

Abang sangat suka air ni. Dia kata rasanya sebijik macam air kotak Chrysanthemum tu haaa. He's rite. Memang rasanya sangat sama! Dan abang panggil ni dengan nama 'air kotak' =.='

Salam Sayang,

Thursday, 25 October 2012

TART TELUR CUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum,
2, 3 hari lepas teringin nak buat blueberry cheese tart, tapi semalam pi cari bahan cream cheese tapi tak ada. Tengahari tadi pegi MydinMall sorang2 cari. Tapi ade yang kotak besar la pulak. Filling blueberry pun tak ada. So bergerak ke Pasaraya Giant pulak. Sebelah Mydin aje. Nasib baik ada kotak kecik. Tapi filling blueberry tetap tak ada. 

So cepat2 untuk masak tengahari tapi untuk makan malam. Masak awal supaya abang balik keje tak dapat kesan yang bini dia ni hilang pi MydinMall tengahari tadi. Kikiki. Kalau dia tau konpem dia tak kasi pergi. Tapi time nak kuar dari Giant tu terserempak dengan staff lama aku dulu yg skrg ni staff abang (dulu aku satu opis dgn asben). Tapi last2 dia tau jugak. Yelah, semalam tak ada cream cheese, skrg ade mana nak dapat pulak kan...

Oleh kerana terlalu eksaited nak buat tart, tak dapat buat blueberry cheese tart, dapat buat tart telur pun jadi lah! So buat la adunan dia. Ikut resepi suruh simpan semalaman dlm peti ais. Tapi malam ni tak sabar, terus buat. Kikikiki.

So terhasil la tart ade yang tebal ada yang nipis, ade yang elok dan ade yang hangus. Ini saiz kecik, besar muffin aje ni. Aku pun xpenah makan kecik mcm ni huhuhuhu...

Dan macam biasalah, yang hangus dan hangit mesti ada....

Resepinya...
Untuk Crush/kulit/pastry
170 gm margerin@butter
50 gm gula kastor
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu esen vanilla

Caranya
- kacau laju2 marjerin + gula kastor laju2 dengan senduk kayu.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi laju dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sikit2 dan uli sampai lembut
(Kalau nak elok, simpan adunan semalam dalam peti ais. Tapi aku simpan sekejap aje.)
- Masukkan adunan nipis dalam acuan dan bakar selama 20 minit (itu aku punya oven. anda semua agak2 la ye.

Untuk isinya (telur)
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan air biasa
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 sudu esen vanilla
- pewarna kuning

Caranya
- Bancuh semua dan kacau sehingga gula hancur. Dan tapis. 
- Tuang dalam kulitnya tadi dan bakar lagi dalam 20 minit.

Salam Sayang,

Wednesday, 17 October 2012

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama nak buat kuih lompang. Tapi belek2 resepi ada yang guna santan, ada yang tak guna. So konpius. Tapi 2, 3 hari lepas memang teringin sangat nak buat dan nak makan. So, aku khabarkan niat aku ni pada akak2 kesayangan aku iaitu Kak Miza dan Kak Ayu

Maka mereka pun berkongsi lah resepinya. Terima kasih sangat2 sebab menjadi dan sangat sedap!! Sangat teruja sampai terlebih kaler.... kikikiki


Resepi Kuih Lompang :
*masakkan :
- secawan air
- 3/4 gula 
- sehelai daun pandan untuk wangi kemudian sejukkan.
*bancuhkan :
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu tepung ubi
- 1 sudu air kapur
- 3 cawan air
kemudian baru campurkan air gula tadi. asingkan untuk warna.  kukus selama 15-20 minit. kelapa parut + gula sikit + garam sikit.

p/s : bila panas dia lembik sikit. tapi bila sejuk baru pejal elok.

Salam Sayang,

Wednesday, 15 August 2012

ALMOND LONDON KAMI


Assalamualaikum,

Semalam buat biskut raya Almond London. Sibuk la encik suami masuk dapur bila bau badam di goreng. Then tengah duk sibuk mix adunan, sibuk jugak dia masuk dapur. Sekejap2 masuk dapur, sekejap2 masuk dapur. Tengok2, dah surut pulak badam yang goreng tadi. Adoyai. Geram sungguh. Then konon buat2 marah la kan, tapi tak boleh. Asyik nak tergelak aje. Eeeiii...

Bila time nak menggentel, sibuk pulak dia nak menggentel sama. Tapi okey la, boleh sembang2 sambil kami menggentel2. Maksud saya, gentel adunan bersama badam ye. Pasang pulak lagu raya. Aduh... Tapi sikit aje la yang dapat. Dalam 100 biji aje. Kalau badam2 tu boleh diselamatkan, mungkin dapat lagi dalam 50 biji ekstra.

Adunan lebih terpaksa tekap dengan pentekap kuih tu. Encik suami punya idea, suh gentel sama bentuk macam almond london jugak. Katanya, nasib la sapa yang makan tak ada badam. Huhuhu tak baik mentipu. Tak ape la, kalau tak cukup nanti boleh buat lain. Isteri dia ni kan, raaaajinnnnn....
Ini dah siap dibakar. 
Yang hangit itu, harus ada!
Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...