Salam sejahtera semua
Agak lama tidak bersiaran.
Memang rindu.
Namun hari ni tetap mencuri sedikit masa.
Sebenarnya saya baru lepas masak hidangan tengah hari.
Nampak telur ayam masih dalam plastik selepas dibeli en. suami di kedai tadi. Sebelum berhenti bekerja... saya ambil telur2 tu letak dalam sinki dan mula membasuh kulitnya..
"Tak boleh bayangkan dengan adanya $×£! ayam kat kulit telur ni... aku pegang dan dengan tangan tadi pegang hirisan bawang dan tumis... oh! Jijiknya!"
Basuh bersih2. Lap. Masukkan dalam peti ais. Nanti nak guna.... senang...
Showing posts with label 5S. Show all posts
Showing posts with label 5S. Show all posts
Saturday, February 14, 2015
Wednesday, June 19, 2013
Gotong royong 5S
Salam sejahtera semua,
bila kali pertama lihat senarai nama yang terlibat gotong royong 5S yang akan diadakan pada hari Jumaat...
"Ohhh tidak!.. kenapa jumaat. 3pm??? "
"ermmm.. tak apalah. bukan selalu. pergi je"
Saya sampai lewat 10 minit dari jam 3. nampak beberapa orang pelajar berlegar-legar di tingkat atas. Dah mula. setelah di"briefing"kan oleh boss 5S, terus saya naik ke tingkt satu. Kelas agak berterabur. Apa lagi.. kerahan tenagapun bermula..
Selepas sejam, saya berpuas hati dengan kerja pelajar pembantu... kamipun bersurai.
Saya dan Miss Cheah bergambar kenangan bersama pelajar 2 tek 5.
Pelajar-pelajar yang rajin membantu. Terima kasih.

Monday, March 18, 2013
Guru....Bukan tugas mengajar saja...
Salam sejahtera semua
Tahun ni saya ditugaskan sebagai AJK audit 5S di kolej saya. Selain tugas mengajar dan menjadi ketua unit sains matematik, saya diarahkan mengaudit 5S (dalaman) untuk tahun ni. Memang tugas ni rasa berat sebab macam nak mengajar orang buat betul, tapi diri sendiripun belum tentu betul lgi. Macam ketam tu...
Saya teringat ada pepatah yang mengatakan "Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa belajar". paling penting jangan malu bertanya dan kena rajin berusaha. InsyaAllah Allah akan menolong kita dalam apa jua keadaan.
2 minggu lepas saya dan gang sempat mengaudit zon yg telah ditetapkan untuk group kami. Lepas check kena buat report pulak... saya ni bukannya kreatif.. so belasah aja mana yang pandai... hihi... dan alhamdulillah telah dapat saya siapkan walau agak terlewat sedikit...
ok... next entry saya cuba upload gambar lain pulak...

Monday, June 25, 2012
Menggunting kain untuk baju kurung pesak ...
Salam sejahtera semua
Saya memang suka menjahit baju.
Walaupun hanya pandai menjahit baju kurung pesak,
pandai menjahit mesti seiring dengan mood untuk menjahit
(bermula dari memilih fabrik, menggunting, mencantum dan mengkelim...)
semalam memang mood menjahit saya datang tiba-tiba
sempat saya menggunting 5 pasang kain
untuk baju raya?
untuk baju kerja?
hehehe
yang kelakarnya masa saya menggunting tu..
anak dara saya siap sound saya
"mak! dasar baju mak tu guna kertas surat khabar je ke?"
"okay sangatla tu"
"kenapa mak tak gunakan kertas minyak?"
"kertas minyak kan dah bagi kat nurul, projek KH?"
:)
guna dasar baju ni sangat mudah
dan cepat
sebelum tu saya biasa lukis atas kain,
tapi
lambat..
lagipun ukuran badan saya sama je..
tak berubah..
Friday, May 4, 2012
Gunakan saya dengan baik!
Salam sejahtera semua
Saya di sekolah bukan sekadar mengajar pelajar mata pelajaran Matematik dan Sivik,
tetapi saya juga ditugaskan untuk "menjaga" urusan di bilik akses yang menempatkan beberapa PC dengan tujuan supaya mudah untuk pelajar mengakses apa-apa maklumat menggunakan kemudahan internet.
Setiap kali menggunakan apa juga peralatan di pusat akses ini, saya mengharapkan dan sering mengingatkan supaya pelajar mengikut peraturan yang ditetapkan dan sentiasa mengamalkan 5S. Selepas menggunakan semua peralatan, susun dan letakkan semula peralatan ditempat asalnya...
dengan amalkan 5S, saya siapkan "parking" masing-masing
supaya ianya kelihatan lebih teratur dan kita tahu
kalau sesuatu benda tu hilang atau beralih tempat
saya juga mengharapkan pengguna pc ini
menggunakannya dengan baik
malangnya, saya kesal dengan sikap segelintir pengguna
yang terambil pen untuk mencatat kehadiran
dan tidak memulangkannya kembali
saya terpaksa memastikan setiap kali bilangan pen ini cukup 10!
walau dengan apa cara sekalipun... :(

Thursday, April 26, 2012
SALC di blog KVSMDOTCOM
Salam sejahtera semua
Hari rabu semalam, pengarah KVSM mengambil kesempatan memantau bilik SALC... dan aktiviti tu dicatatkan dalam blog kvsmdotcom.blogspot.com. Jom ronda...
Wednesday, 25 April 2012
5S VISIT BY KVSM DIRECTOR: SALC
From the pictures above, it is obvious that Puan Hazlin has made the SALC a much better place in compliance with the 5S principles. Thumbs up to her!
Hehehe... thanks miss Cheah atas pujian tu...
Monday, April 23, 2012
Kerja tak selesai
Salam sejahtera semua
Hari isnin memang banyak kerja baru yang nak dibuat.
Walaupun sijil amalan 5S dah diraih, namun amalan S ke 5 iaitu Sentiasa Amal kena diamalkan selalu.
hari ni masih lagi men"touch up" mana yang perlu...
saya baru 3 bulan mengambil alih bilik salc di sekolah saya... masa tiga bulan dengan 6 tahun sangat berbeza.. namun saya cuba untuk mengekalkan mana-mana yang saya rasakan perlu dikekalkan dan melakukan penambahbaikan demi kebaikan bersama...
keadaan laci yang belum dikemas sempurna
tadaaaaaaa...
cantik tak?
tapi belum letak label lagi..
banyak lagi yang saya nak kongsikan dengan anda semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)