Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Aku dan Allahyarhamah Noreen Nor

Salam sejahtera semua,

entah kenapa pagi ni tetiba terasa nak update blog yang dah bersawang ni..
Rindu pada blogging.... memang sangat-sangat rindu..
Namun ayat cinta ni seringkali tertangguh...

Seringkali menyatakan.. "tunggu sat lagi nak update!"
sudahnya tertangguh....
lebih-lebih lagi senag bertweet atau berfb dan berwhatsApp...

dan pagi ni dalam kesibukan terpandang di fb...

Alfatihah buat Allahyarhamah Noreen Noor...
terkejut kerana dah lama tidak mendengar berita tentangnya..
dilaporkan:
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Sesungguhnya mati itu pasti dan kita semua akan pergi menghadap Ilahi. Cepat atau lambat, itu adalah rahsia Allah. Hanya amalan saja yang dapat mengiringi kita kelak.

Monday, November 5, 2012

Dua tahun berlalu

Salam sejahtera semua


hari ini,
5 November 2012
genap 2 tahun pemergianmu
menyentakkan pilu di dada..
sesungguhnya walau sesedih manapun
walau terkilan di hati..
kau telah pergi meninggalkan diriku
meninggalkan kami semua yang amat menyayangimu..
Semoga rohmu tenang di sana
semoga Allah mengampunimu
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat. Amin...

Wednesday, July 25, 2012

Pergi tidak kembali

Salam sejahtera semua..

Hari ini bersamaan 25 Julai 2002 
sepuluh tahun yang lalu..
Abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..
Abah pergi menemui penciptanya
Tepat jam 1030 pagi hari Khamis
di usia 63 tahun
Setelah hampir sembilan hari dimasukkan di hospital besar Ipoh
kerana terjatuh dari motosikal 
"severe head injury"

Sendu hati tidak terperi..
abah kesayangan hilang dari pandangan mata..
Terasa belum puas bermanja dengan abah
Biar tika itu aku sudah bergelar isteri dan ibu anak dua

Kenangan bersama abah tidak mungkin dilupakan

Kini...
setelah sepuluh tahun berlalu
hanya doa  yang dapat dipanjatkan
disertai bacaan ayat suci Al Quran
semoga roh arwah abah
tenang disisiNya
Semoga ditempatkan bersama orang beriman

Janji Allah itu benar
Kematian tidak akan lewat atau awal walau sesaat..
..dan anakmu ini  jua pasti menyusul..

Al~Fatihah 
buat
Sofian Nazri b Baki
26 Jun 1939 ~ 25 Julai 2002


Tuesday, April 26, 2011

Tanda 100 hari sebelum menjelang kematian…

Salam sejahtera semua..

seawal pagi tadi, masa sedang bersiap untuk ke sekolah, Wardina Safiyya dan M Zul (pengacara rancangan MHI tv3) ada mengumumkan pulangnya kerahmatullah ayahanda sdr Ally Iskandar (juga pengacara MHI tv3) pada malam semalam.. 25/4/2011.. Al-Fatihah...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati... berjalan-jalan pulak menjengok blog rakan-rakan, terjumpa pulak artikel ni.. jom share!


setiap yang hidup pasti merasai mati...


TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati.

Saturday, April 2, 2011

Seri Bayu meninggal dunia

Salam sejahtera semua

dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...
Al~Fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya...

kredit untuk mak dara

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Salam sejahtera semua

awal tahun 1/1/11
pemergian seorang pelakon
"tiramisu"
dalam usia 32 tahun...

meninggal jam 1.45pm tadi 
di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak
kerana sakit jantung

AL~FATIHAH..

***insaf bila mengingat mati...
adakah kita sedia?

Tuesday, November 9, 2010

Masih bersedih


Tika dan saat ini..
hati dan perasaan ini
masih dilanda kesedihan
teramat sangat...

Namun aku redha..
sesungguhnya
setiap yang hidup pasti merasai mati

Begitu perencanaan Allah yang maha berkuasa
Dia penentu segala
walau terkilan di hati kecil
pemergianmu yang amat tragis..
meremuk redamkan perasaan
walau mengalir air mata darah
kau pergi jua





Dari Allah kita datang
kepadaNya kita kembali...

Semoga rohmu tenang di sana...
dihimpun bersama orang beriman
sentiasa dilimpahkan rahmat Ilahi

Kami akan sentiasa mendoakanmu
wahai anakanda tersayang....

Afiqah Amira Bt Zainol
18.8.1990 ~ 5.11.2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...