Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Sesi permulaan persekolahan 2015 ditunda

Salam sejahtera semua

Berikutan banjir di beberapa negeri di Malaysia.. maka KPM memaklumkan sesi permulaan persekolahan 2015 ditunda:

11/1/2015 bagi negeri yang sesi persekolahan bermula Ahad
12/1/2015 bagi negeri yang sesi persekolahan bermula Isnin




Thursday, November 20, 2014

Takwim Pengajian Kolej Vokasional 2015

Salam sejahtera semua..

Pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional seluruh negara dah mula bercuti pada 15/11/2014 yang baru lalu.
Hari ni nak kongsikan takwim Pengajian Kolej Vokasional 2015.
Boleh la buat sebarang perancangan..

Pengajian akan bermula pada 5/1/2015.
Melibatkan sesi pengajian untuk pelajar Tahun 2 Pradiploma, Tahun 1 Diploma dan Tahun 2 Diploma.
Pelajar baru Tahun 1 Pradiploma akan bermula 19/1/2015.

Jom share.. Boleh download.






Sunday, October 26, 2014

Hakikat menjadi seorang guru..

Salam sejahtera semua



Inilah hakikatnya menjadi seorang guru...
Ramai yang kata seronoknya menjadi guru..
Macam-macam tanggapan dan andaian serta persepsi dicanangkan...
Hakikatnya...
hanya guru sahaja yang mengetahui..

Saya dah menjadi guru sejak 1993 lagi..
bermakna telah bergelumang dalam dunia pendidikan selama 21 tahun..
Untungnya saya kerana saya mengajar di sekolah menengah..
dari Sekolah Menengah Vokasional, ke Sekolah Menengah Teknik, kembali ke Sekolah Menengah Vokasional dan akhirnya terkini kolej Vokasional..

Saya gembira bergelar guru..
saya sentiasa rindukan perkataan "cikgu" dari anak didik saya..
berbangga jika anak didik saya berjaya dalam pelajaran dan hidup
bersyukur pabila anak didik yang berjaya mengucapkan "terima kasih, cikgu.. "
tumpang gembira apabila  mereka dikurniakan keluarga yang bahagia..

Sehingga kini saya masih seorang guru..
guru yang biasa..
terus berbakti mencurah ilmu buat anak didik..
masih bersemangat walau anak didik jelas kecundang sesekali..
saya ingin terus membantu mereka
hingga mereka semua berjaya..

saya tidak mengharapkan balasan harta..
cuma..
cukuplah dengan doa yang tulus dari anak didik..
mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya
kerana tanpa mereka, siapalah saya..


Wednesday, October 15, 2014

Takwim Persekolahan Tahun 2015

Salam sejahtera semua

Sekadar berkongsi takwim persekolah untuk tahun hadapan. Boleh la kita merancang apa yang patut.. Yang pastinya tahun hadapan.. anak saya Nurul akan menghadapi SPM dan izham akan menghadapi UPSR...

sharing is caring!



Saturday, September 27, 2014

Kenapa black out?

Salam sejahtera semua

Pukul 230 pagi semalam rumah saya black out...
Dah kepanasan dan berpeluh hingga pagi..

"Alamak... hari sabtu ada LADAP.. baju tak gosok lagi"
"Tak apa.. harap pagi esok ada la letrik tu..."

Ermmm.. tunggu sampai jam 6 pagi... masih gelap.. hanya ada cahaya lilin.. huhu
sampai hampir 8 pagi...
sudahnya cari baju dan tudung yang tak perlu gosok




entah di mana silapnya..
rumah jiran semuanya terang benderang..
nasib baik dapat suami yang pakar letrik..
tapi kena tunggu sampai selesai LADAP dan urusan lain..
hampir 3 ptg.. baru ok...
tq darling.. :)

Aku, LADAP dan Frog-vle

Salam sejahtera semua,

Dah nak jam 12 tengahari. Perut pun dah kenyang.. Jamuan bihun sup. Tadi dah dengar "ceramah" dari BSN..
Macam biasa.. dengar nak suruh daftar utk kredit card... buat personal loan..

sekarang ni taklimat tentang frog VLE.. Mungkin sekolah lain dah lama dengan benda ni... hahaha



inilah antara hasilnya..
dah ada account sendiri.. dah ada account utk ibubapa..
lepas ni kena explore sendiri pulak..

Friday, July 25, 2014

Jerebu di Seri Manjung

Salam sejahtera semua,

Agak kerap juga kawasan di sekitar Seri Manjung ni mengalami jerebu. Hampir setiap tahun, pasti dalam bulan Julai Ogos, kami akan merasa sesak nafas dengan jerebu.. Bukan sekadar keadaan pandangan yang kabur dengan jarak penglihatan yang sekadar 100-200 meter sahaja.. bau asap juga menusuk hidung dan anak tekak.. Bagi kanak-kanak dan orang tua.. memang tidak baik untuk kesihatan..




 Keadaan jerebu di sekitar Seri Manjung.. masa ni hari Selasa 22/7/2014 sekitar jam 6:00 ptg waktu balik dari bazar Ramadhan.



 Memang sangat tidak sihat. ... sekolah di sekitar telah diarah tutup hingga esok harinya..



Alhamdulillah... keadaan beransur baik hingga lah masa entry ni ditulis, keadaan 
udara menjadi lebih baik.


Thursday, November 1, 2012

kerja saya dah siap..

Salam sejahtera semua

Petang hari ni akan diadakan mesyuarat sektor akademik.
Saya fikir, saya cuma kena sediakan analisis peperiksaan percubaan spm
 (yg dah berzaman selesai tu... huhuhu)

saya buat bahagian saya sahaja..

alhamdulillah..
dah siap..


Tuesday, October 23, 2012

Lama tak makan ni..

Salam sejahtera semua

Ermmm..
sejak dah berumahtangga dan beranak pinak
aka
"dah berumur"
dah jarang makan benda-benda cenggini..
tapi hari tu
ada program sukaneka di sekolah
dan menang acara memancing botol..
menang tempat ke dua
dapat la hadiah...
biasalakan...
dapat la hadiah jajan ni...
sedap pulak.. maklum lama tak makan..
yummy!

Tuesday, October 9, 2012

Majlis Graduasi dan Anugerah di KV Seri Manjung

Salam sejahtera semua

Entry tertangguh saya..
Majlis telah berlangsung pada 29 September 2012yang lalu.
Majlis meriah yang didahului dengan majlis aqiqah pada petang Jumaat, 
disambung dengan jamuan sup aqiqah pada malamnya.





Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Ideris Hj Abdul Rahim,
Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik
BPTV.
Antara yang hadir temasuk Timbalan PPD Manjung , En Suhaimi Ramli..


Tuesday, October 2, 2012

SPM 2012 ~ sebulan sahaja lagi

Salam sejahtera semua

Saya sangat teruja bila masuk bulan oktober ni.
debaran di dada semakin kencang.
apatah lagi apabila mengingatkan peperiksaan SPM 2012 makin hampir..

Agak sukar meneka siapa pelajar saya yang akan berjaya cemerlang..
atau nak luluspun, masih berteka teki.

Kenapa ye?

Kerana
saya baru mengambil alih satu kelas pada tahun ini
dan 
dua kelas masa bulan jun.
ohhh.. saya rasa sangat stress..
agak sukar mengenali mereka secara keseluruhan..
Namun, saya tetap berazam.. setiap hari..
berdoa.. setiap saat
supaya
anak didik saya dapat
study smart dan capai kecemerlangan..


Tuesday, September 11, 2012

saya dah selesaikan tugas menanda kertas ...

salam sejahtera

dah se minggu exam paper maths berlalu. maksudnya dah selesai seminggu menghabiskan masa menanda kertas soalan percubaan spm..

alhamdulillah...
selesai juga akhirnya walaupun keputusan yang didapati tidak seperti yang dijangkakan.

semoga anak didik sekalian akan sedar diri...

sebelum

selepas...



Saturday, September 8, 2012

Walaupun hujan, tetap hadir

Salam sejahtera semua


hari ni, sekolah walaupun hari sabtu..
pagi yang basah kerana hujan, pelajar tetap hadir walau kehadiran tidak penuh.
semangat begitu yang kita hendak.
Semoga yang tidak hadir, akan berubah jua ke arah kebaikan.
 

Thursday, July 19, 2012

Penyapu terbang?

Salam sejahtera semua

macam mana pulak penyapu tu boleh terbang sampai ke atas tu?
boleh terbang agaknya penyapu tu..
tapi heran juga ye.. tersangkut kat situ pulak.
hehehe..

Wednesday, July 18, 2012

Telefon bimbit dan iPad ke sekolah

Salam sejahtera semua


PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.


**tidak dapat saya bayangkan jika pelajar tu datang dari keluarga miskin dan tidak mampu.... Melihat rakan-rakan berkepit dengan handphone dan ipad canggih... fikirkan...

Monday, July 9, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Salam sejahtera semua

Program 1Murid 1Sukan
akan mengadakan 
senamrobik serentak 1Malaysia

pada esok
10 Julai 2012 (Selasa)
bermula jam 8.00 pagi..

semua murid 1Malaysia 
akan bersenam esok



Thursday, June 28, 2012

Persiapan karnival olahraga KVSM 2012

Salam sejahtera semua

Dua tiga hari kebelakangan ni memang agak sibuk dengan sukan.
Banyak sekolah dah bersukan pada minggu pertama buka sekolah selepas cuti penggal pertama dulu.

Sekolah kami akan melangsungkan sukan esok.
Jumaat 29/6/2012
esok sebenarnya cuti peristiwa. maka kami penuhkan dengan mengadakan sukan.
Harap semuanya berjalan lancar.

... dan kami masing-masing sibuk dengan persiapan akhir...
good luck semua..
semoga ruma Beta menang
hehehe..

 

Wednesday, May 9, 2012

Saya Cinta Kamu

Salam Sejahtera semua

 Saya memang sentiasa bercinta dengan Matematik
sebab saya cikgu Matematik

Sebenarnya saya bukan pandai sangat dalam Matematik ni..
Masa sekolah dulu saya bukan pelajar favourite cikgu
Tapi saya minat dah jatuh cinta pada subjek ini
Bagi saya Matematik itu senang
tak perlu hafal..
macam belajar sejarah.. hehehe

tak perlu pandai lukis 
macam belajar biologi

tak perlukan bahasa yang berbelit-belit
macam Bahasa atau sastera..


cikgu-cikgu jangan marah ye..
oh ye..
baru saya teringat, 
saya ada blog tentang matematik..
tapi dah lama sangat saya abaikannya..
bukan dah lupa atau benci,
bukan saya tiada masa nak diperuntukkan...
tapi saya MALASSSS
 
kalau rajin nanti
saya pergi jengok..
jom!

Friday, May 4, 2012

Gunakan saya dengan baik!

Salam sejahtera semua

Saya di sekolah bukan sekadar mengajar pelajar mata pelajaran Matematik dan Sivik, 
tetapi saya juga ditugaskan untuk "menjaga" urusan di bilik akses yang menempatkan beberapa PC dengan tujuan supaya mudah untuk pelajar mengakses apa-apa maklumat menggunakan kemudahan internet.
Setiap kali menggunakan apa juga peralatan di pusat akses ini, saya mengharapkan dan sering mengingatkan supaya pelajar mengikut peraturan yang ditetapkan dan sentiasa mengamalkan 5S. Selepas menggunakan semua peralatan, susun dan letakkan semula peralatan ditempat asalnya...





 dengan amalkan 5S, saya siapkan "parking" masing-masing
supaya ianya kelihatan lebih teratur dan kita tahu
kalau sesuatu benda tu hilang atau beralih tempat

saya juga mengharapkan pengguna pc ini
menggunakannya dengan baik

malangnya, saya kesal dengan sikap segelintir pengguna
yang terambil pen untuk mencatat kehadiran
dan tidak memulangkannya kembali
saya terpaksa memastikan setiap kali bilangan pen ini cukup 10!
walau dengan apa cara sekalipun... :(

Thursday, March 8, 2012

Rezeki di pagi hari

Salam sejahtera semua..
 
Hari ini saya tersasul tulis status fb saya.
"alhamdulillah rezeki pagi jumaat. tq my dear student.. :) — at kolej vokasional seri manjung."
hari ni kan baru hari khamis..  hahahha
saya terlalu teruja sebab minggu depan nak cuti sekolah hehehe. 
 terima kasih sekali lagi buat anak didik saya, baron kerana sediakan saya sarapan selepas saya berpenat lelah mendidik dan mengajar beliau dan rakan-rakan. Alhamdulillah.. Baron ni anak piatu (ibunya telah meninggal dunia dan tinggal dengan nenek). Neneknya memang rajin berkongsi "rasa" bersama guru yang mengajar cucunya..
InsyaAllah, saya pun akan cuba  mengikut amalan yang baik ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...