Showing posts with label smvsm. Show all posts
Showing posts with label smvsm. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Hakikat menjadi seorang guru..

Salam sejahtera semua



Inilah hakikatnya menjadi seorang guru...
Ramai yang kata seronoknya menjadi guru..
Macam-macam tanggapan dan andaian serta persepsi dicanangkan...
Hakikatnya...
hanya guru sahaja yang mengetahui..

Saya dah menjadi guru sejak 1993 lagi..
bermakna telah bergelumang dalam dunia pendidikan selama 21 tahun..
Untungnya saya kerana saya mengajar di sekolah menengah..
dari Sekolah Menengah Vokasional, ke Sekolah Menengah Teknik, kembali ke Sekolah Menengah Vokasional dan akhirnya terkini kolej Vokasional..

Saya gembira bergelar guru..
saya sentiasa rindukan perkataan "cikgu" dari anak didik saya..
berbangga jika anak didik saya berjaya dalam pelajaran dan hidup
bersyukur pabila anak didik yang berjaya mengucapkan "terima kasih, cikgu.. "
tumpang gembira apabila  mereka dikurniakan keluarga yang bahagia..

Sehingga kini saya masih seorang guru..
guru yang biasa..
terus berbakti mencurah ilmu buat anak didik..
masih bersemangat walau anak didik jelas kecundang sesekali..
saya ingin terus membantu mereka
hingga mereka semua berjaya..

saya tidak mengharapkan balasan harta..
cuma..
cukuplah dengan doa yang tulus dari anak didik..
mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya
kerana tanpa mereka, siapalah saya..


Tuesday, October 2, 2012

SPM 2012 ~ sebulan sahaja lagi

Salam sejahtera semua

Saya sangat teruja bila masuk bulan oktober ni.
debaran di dada semakin kencang.
apatah lagi apabila mengingatkan peperiksaan SPM 2012 makin hampir..

Agak sukar meneka siapa pelajar saya yang akan berjaya cemerlang..
atau nak luluspun, masih berteka teki.

Kenapa ye?

Kerana
saya baru mengambil alih satu kelas pada tahun ini
dan 
dua kelas masa bulan jun.
ohhh.. saya rasa sangat stress..
agak sukar mengenali mereka secara keseluruhan..
Namun, saya tetap berazam.. setiap hari..
berdoa.. setiap saat
supaya
anak didik saya dapat
study smart dan capai kecemerlangan..


Wednesday, November 3, 2010

...bukan bermakna cikgu benci...




Assalamualaikum... dan salam sejahtera..

Membaca tajuk .. memang sengaja di "emo" kan.. perihal anak muridku..
mamat.. (bukan nama sebenar).. adalah seorg drp 19 orang anak muridku.. seorang pelajar tingkatan empat yang kurasakan seorang pelajar yang baik, sopan, hormat guru tetapi agak pendiam.

aku mengajarnya subjek fop.. apa benda tu? fundamentals of programming.. subjek elektif spm.. pelajar vokasional yang mengambil kursus computer programming mesti mengambil subjek ini dan satu lagi subjek pdt ~ programming and development tools.

sebagai guru yang dah lama mengajar (walaupun baru mengajar subjek ini.. dulu aku cikgu math) aku faham benar dengan kerenah pelajar... bak kata pepatah, sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya. samalah dengan si mamat ni... dua tiga bulan pertama, ok lagi... dalam kelas teori ok.. bila ada assessment, semua siap, lengkap, tepat... tetapi bila masuk bulan seterusnya aku tengok dia banyak tidur dalam kelas ( makmal komputer beraircond~ sejuk ~ lagi sedap dia tidur).. bila ada kelas petang, jarang hadir... pelbagai alasan diberi..

"mamat pergi hospital cikgu!"
"mamat sakit perut tadi"
"mamat ada latihan olahraga"
"mamat ada latihan kawad"

.... macam-macam...

"cikgu fikir kalau awak rasa tak sesuai ambil kursus ni, lebih baik awak tukar sekolah harian biasa ... sebelum awak naik form 5 tahun depan"

masa berlalu..

"kenapa awak tak datang kelas saya hari khamis?"
"saya tolong cikgu sumi (bukan nama sebenar) prepare jamuan blog"
"kenapa tak datang jumpa saya hari jumaat?"
mamat hanya mendiamkan diri...
"hari tu saya buat assessment, mungkin kelas saya tak penting bagi awak.."
mamat masih mendiamkan diri..

.. dan semalam aku suruh dia siapkan 2 assessment sekaligus memandangkan minggu depan tak pasti lagi dia hadir sekolah atau tidak.

"mamat, take your time.. saya tahu anda boleh siapkan kerja awak sebaik mungkin.. tak tahu? bertanya.. jangan diam membatu.. lepas tu awak tidur.."

aku bertambah geram bila mamat hanya membatu menghadap skrin komputer tanpa sebaris coding pun....
bertanya kawanpun tidak, bertanya aku.. apatah lagi..

akhirnya, aku terpaksa bagi klu supaya mamat dapat menyiapkan tugasannya. itupun tak siap juga sebab dengan selambanya dia mengemas buku dan keluar kelas sebab loceng rehat dah berbunyi...

.. dan akhirnya aku terpaksa warning dia!
(biar hanya aku dan mamat saja tahu apa warning tu)


hari ini dia datang kepadaku.. juga dengan selamba (tanpa rasa bersalah)..
"cikgu, saya nak print yang semalam tu..."

aku jadi tak terkata...
tetapi sesungguhnya aku nak semua pelajarku berjaya dalam hidup
aku ingin mereka tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan pelajaran
nasihat dan leteran bukan bermakna cikgu benci kamu....


doa ibu bapa dan guru adalah makbul..
aku berdoa moga mereka berjaya dunia dan akhirat..

Monday, November 1, 2010

Aku dan isnin...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari Isnin yang ceria dan bersemangat buat diriku..
aku habiskan waktu dengan menanda kertas peperiksaan pelajar... tepat masanya masuk ke kelas menggantikan kawan yang tidak dapat hadir.. sakit gigi katanya...

.. dan hari ini aku terpaksa tegas dan "tinggikan suara" dengan pelajarku...
kenapa?
aku terpaksa... aku perlu lakukan itu kerana dah selalu budak ni buat hal...
dengan sengaja ponteng kelas aku walau "kerja tu" boleh dilakukan selepas selesai waktu sekolah...
aku perlu tegas kerana budak ni baru form 4.. naik form 5 nanti, naik tocang pulak...

selesai sekolah..

"aku tengok tayar kereta tu dah pancit, so apa lg..."
"dah kata lama.. tukar baru.."

"mak, balik ni boleh tak buat telur dadar?"




nasi bersama telur dadar dan gulai udang "perangat"
memang la sedap...


Friday, October 1, 2010

Jamuan Raya...


Selagi Syawal masih belum melabuhkan tirainya, selagi itulah umat Islam terus meraikan kehadirannya. Rabu, 29/9/2010 bertempat di bengkel MPAV SMV Seri Manjung, telah diadakan jamuan sempena Raya Aidil Fitri. Terima kasih buat semua.



Sejak join geng MPAV, kena biasa-biasakan...
hehehe


Tu dia...
jangan tak makan bang...


Pn. Hajah Intan Suhana
pengetua baru SMVSM
.. pun hadir sama







... ada lemang, rendang, nasi impit, soto, bubur, kueh ...
makan sampai kenyang..

kredit untuk cg shabudin untuk semua foto.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...