Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Sempat menjenguk bunga dua kuntum..

As salam...

Seriously aku lupa langsung nak post entry pasal ni..gambar dah ada lama lam drafts..hari ni baru perasan aku belum post lagi..adooyaii...citer agak basi jugak la..tapi aku tetap nak citer jugak..dah alang2 gambarnya memang aku dah buh sesiap lam ni..

Citernya takde la penting sangat pon..cuma nak bagitau korang yang aku sempat pegi menjenguk kawan baik aku RaiOurkizuna yang baru saje melahirkan anaknya yang no 4..kebetulan mase tu aku dah ke Putrajaya untuk interview..terus aku singgah jenguk mereka..kalau ke KL tak singgah rumah mereka memang tak sah..haha..

Bunga dua kuntum..
Senyum meleret kakak Damia dapat adik...lagi2 dapat adik perempuan..memang impian dia sejak dulu kan..aku mintak nak bawak balik pon tak kasi..katanya nanti dia takde kawan..haha..pandai cakap tuh!

Tahu tak apa reaksi Aleesya bila aku bagitau Aqil dapat adik perempuan baru...

" Mama, bila plak Aleesya nak dapat adik pompuan macam Aqil? "

Hahaha...sabo dulu nak..kasi mama rileks2 dulu..tiga pon dah tak terkejar mama..apetah lagi empat..! 

Anyway, tahniah buat kawan kita Rai..dapat baby baru..moga dapat suaikan diri ngan anak empat..hahaha...nanti aku cilok tips dari ko plak k!








Monday, September 29, 2014

Senarai pemenang dan hadiah untuk GA Merdeka mama kaori

As salam..

Alhamdulillah...setelah 4 hari berakhirnya GA Merdeka mama kaori..kami telah pon membuat pilihan untuk memberi hadiah kepada semua peserta..ini sebagai penghargaan di atas kesudian rakan-rakan blogger yang support blog mama kaori dan juga our sponsor iaitu Ourkizuna dan Cheqart..:) TQ so much pada semua!!

Ok, masa yang ditunggu-tunggu..aku tahu semua orang tak sabar menunggu result GA ni kan? hihi...Di sini aku senaraikan nama-nama blogger yang bertuah yang akan menerima hadiah..

Senarai pemenang dan hadiah memasing..

1. Shawl - Bunda a.k.a KN
2. Wide Shawl - PetakBunga
3. Halfmoon - LYAfrina
4. T shirt Modenas - Izzeyda
5. T shirt Modenas - Zee Suhaini
6. Miso Set - CikSiti
7. Miso Set - CikAnem
8. Serban - Kak Zakie
9. Tudung kanak-kanak - Diana Rashid
10. Jubah kanak2 lelaki - NorNazliana
11. Kerongsang Homemade - CT Humairah
12. Kerongsang Homemade - Amy J
13. T shirt Merdeka 57 (putih) - Maidatul
14. T shirt Merdeka 57 (hitam) - Pha Is

5 hadiah tambahan..

15. Key chain - Saniah Ibrahim
16. Key chain - Fadhil Eda
17. Key chain - Loh Linda
18. Voucher - Ros_reeza
19. Voucher - Mrs Velentine

Tahniah kepada semua pemenang..kepada blogger-blogger yang namanya tersenarai di atas sila emailkan NAMA PENUH, ALAMAT, NO.PHONE DAN HADIAH YG DIMENANGI kepada mama kaori di sini >> shilasams@yahoo.com..kalau nak senang boleh juga wassap kepada no ini.. 017-4597562 sebelum pukul 12 malam 30hb Sept 2014.

Segala keputusan pengadil adalah muktamad..harap semuanya berpuas hati dengan hadiah memasing...jangan risau..nanti aku akan anjurkan lagi Giveaway..kita tungguuuu~



Thursday, September 25, 2014

Liebster Award - CikSiti

As salam..

Yang ni last entri membayar hutang..Liebster award kali ni ditagged oleh CikSiti kita..CikSiti ni sebenarnya kohai (junior) aku mase belajar di Jepun dulu...aku cam mukanya..tapi aku tak sure dia batch mana..kohai ramai sangat..hahaha..kitaorg panggil dia Sid..kalau korang nak kenal ngan dia..boleh la terjah ke blog beliau yang super simple tu..hihi..anyway, thanks Sid sebab sudi tagged akak..

Soalan yang ditanya tu omputih..tapi aku nak jawab bahasa melayu..bahasa kebangsaan kita..hahaha..

1. What do you think about my blog?
Blog yang simple..sekali tekan terus keluar..takde loading lambat2..syok jer baca..hihi..

2. What do you think about your blog?
Ntah..biasa jer kot..tapi yang pasti Sid memang takleh lawan blog akak...hahahaha..

3. Why are you blogging?
Sebab seronok..macam best jer membebel sengsorang lam dunia virtual ni..pastu ada plak orang respon atas bebelan kita..haha..

4. Anything you want to know about me?
Nak tahu jugak..Sid duk Penang kat mane? haha..

5. What's your hobby?
membebel dalam blog

6. Where do you save your money?
err..nak kena bagitau ke? nanti korang tahu plak duit aku ada mana..haha..simpan lam tabung haji..

7. Do you love shopping?
Tunggu lagi!! mestila suka...dah nama pon pompuan..haha..

8. Have you bought a house?
umah tak beli pon..nak buat umah sendiri dengan design sendiri..ngee...tinggi cita2 tuh!

9. If you are married, how much was ur hantaran?
kawen dah..hantaran tamau habaq la..secret..tapi yang pasti murah jer..;)

10. What is your fav cartoon?
Minion

11. Why?
Sebab dia comey..suara plak kelakar..boleh buat aku gelak besar..haha..

Hoh, habis dah soklan?? duk kusyuk jawab tetiba habis dah soklan..kalau Sid letak 20 soklan pon akak seronok jer nak menjawab..haha..

Ok, aku nak tagged orang yang suka menjawab soalan ni..siapa lagi kalau bukan..

1. Dik An
2. Tihara

Soalan yang perlu korang jawab ialah..

1. Sejak bila anda berblogging?
2. Apa nama blog anda?
3. kenapa anda berikan nama blog anda dgn nama tersebut?
4. Siapa idola anda dalam dunia blogging?
5. Apa yang menyebabkan anda terus berblogging hingga sekarang?
6. Kalau anda tidak berblogging, apa yang anda akan buat?
7. Berikan 3 sebab kenapa orang perlu terjah masuk ke blog anda..
8. Apa pendapat anda mengenai blog mama kaori?

Ok, jawab jangan tak jawab!



Wednesday, September 24, 2014

Liebster Award - Budak

As salam...

Masih lagi entri membayar hutang..janganla korang meluat pulak membacanya yer..aku cuma puaskan hati semua orang..rasa macam bersalah plak kalau tak buat..hihi..Liebster award kali ni ditagged oleh budak..budak mana? nak tahu korang boleh klik SINI..blogger ni aku baru kenal jer..mati2 aku ingat dia lelaki..rupanya dia perempuan..hahaha...teruk betul mama kaori ni..

Ok, terima kasih banyak2 pada budak sebab sudi tagged mama kaori..kita straight jawab terus soalan yang ditanya..

1. Pasukan bola sepak pilihan anda?
MC 

2. Lagu patriotik kesukaan anda..
Disini lahirnya sebuah cinta

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan ada berapa daerah dalam negeri tu?
Negeri Kedah..ada 12 daerah (aku gugel ni..tak tahu pon sebenarnya..haha..)

4. Asam pedas berasal dari negeri mana?
Dari negeri Melaka kot? aku tak ambik tahu sgt sbb tak makan sgt asam pedas..haha..

5. Dalam banyak2 pantun..pantun apa yang anda paling sukai..
pantun 2 kerat..haha..

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Stoking tetap jadi stoking..tapi stoking kaler putih tadi dah tukar jadi stoking kaler merah..haha..

7. Apa yang anda faham tentang " buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan "
Apa yang aku faham buah cempedak tu kat luar dari pagar..so, macam susah nak ambil..mintak tolong orang sebelah tolong ambilkan..

8. Dalam banyak2 negara, negara mana yang banyak artis KPOP?
dah tentulah negara Korea..tempat asal dia..haha..

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
ntah..orang yg buat google ni kot..malas nak gugel carik..haha..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Alamak..ni kes masuk bakul angkat sendiri ni..hahaha..apa yang best ek..ntah la..apa yang pasti aku memang hari2 bukak blog aku..(sori..tak menjawab soalan langsung..hahahaha)

11. Apa perasaan anda menjawab soalan di atas?
berpeluh ketiak!! hahahaha..first time gugel carik jawapan..

Tiba2 ada soalan tambahan plak..

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas?
Aku rasa dia seorang budak yang cool..misteri..sebab aku anggap dia budak lelaki awalnya..hahahaha...

13. Adakah anda menggunakan google.com utk menjawab soalan di atas?
Yer..tepat sekali..soalan berapa daerah tu..hahaha..

Ok, setel jawab soalan..aku tamau tagged sesapa..aku jawab pon berpeluh ketiak..korang mesti tanak jadi cam aku kan..hahahaha...

Liebster award - Dr.shikinzainal

As salam...

Hari ni awal pagi bersiaran sebab dah tahu nak kena citer ape..sesi membayar hutang belum setel..haha..kali ni Liebster award kena tagged ngan Dr.shikinzainal..seorang doktor yang sangat awesome, sporting bak hang!! dia suke bercerita sume mende termasuk la penyakit2 yang dia tahu..sebab tu syok jer baca blog dia..korang mesti tak nyesal kalau terjah blog dia tau...hihi..anyway, thank you very much Dr.Shikin sebab tagged kita..sorry la lambat plak kita buat entry ni..

Ok, terus kepada soalan..

1. Dulu sekolah harian / asrama penuh?
MRSM..MRSM tu kira asrama penuh kan?

2. Biasa tido dalam kelas? Kenapa sampai tertido?
Hahahaha..gelak awal2 lagi sebab aku memang kaki tido lam kelas..dah la tempat duduk belakang..lagi2 kalau subjek Sejarah..cikgu masuk duduk baca jer..aku ape lagi..tido la!!.
Kenapa sampai tertido?? sebab aku ni kaki stay up..bukan study pon tapi berborak..makan2..hahaha..

3. Subjek paling disukai / paling tak suka?
Subjek paling aku suka adalah SENI !!
Subjek paling tak suka adalah Sejarah...mengantuk bak hang!!.

4. Cikgu Feberet / Apa yang best ngan cikgu tu?
Cikgu Math aku..cikgu tu best sebab dia sangat comel..pendek bulat macam doremon..serious dia sangat comel..dan dia suka bawak coklat satu tabung kalau waktu kelas dia..hahaha..

5. No. paling cantik dan no. paling corot pernah dapat masa sekolah..
Waktu belajar kat MRSM dulu aku tak kisah sangat dpt no berapa..dan aku tak tahu pon dapat no berapa..sebab kat MRSM diaorg pakai PNG..kalau PNG atas 3.50 tu memang bangga dah..kalau sekolah rendah tu tahu la..no 1 paling cantik..paling corot no.3

6. Barang paling berharga pernah diperoleh/dihadiahkan masa zaman kanak-kanak?
Walkman - sonok tak hingat!! haha..

7. Hukuman paling tak patut korang pernah kena dari seorang guru?
Sume memang patut pon aku kena..sebab aku ni kategori nakal jugak kat sekolah..sendiri cari pasal sendiri tanggung la..yang takleh lupa kantoi ngan cikgu sebab meniru subjek komputer mase exam akhir tahun..terus dapat markah 0..padan muka aku!!

8. Pernah "kipas" cikgu tak?
aku rasa ada..tapi aku dah lupa cikgu mana..tapi aku rasa adala..hahaha..

9. Pernah "kenakan" cikgu yang korang tak suka tak? / Apa yang korang buat pada dia?
Ishkk..tak suka cemane pon kat cikgu tu tetap takut nak kenakan dia..tak baik wooo...

10. Personality masa sekolah dulu sama tak macam sekarang?
Aku rasa sama..ntah la..

11. Pengalaman bersama kawan-kawan yang paling best?
yang ni nak citer memang banyak..tak tertaip aku rasa..tapi yang banyak pon sume mende2 yang nakal aku buat bersama kawan2 jer..(tayah la citer..nanti anak2 baca blog ni diaorg ikut plak..hahaha..)

Ok..habis dah jawab soalan..sekarang aku nak tagged orang..siapa orangnya? ni dia..

1. Dik An

kenapa aku tagged Dik An sorang jer? sebab...tengok dia kata apa..


So, tak salah kalau aku tagged dia kan? hahaha...

Soalan yang perlu dijawab mudah jer..

1. Berapa umur anda sekarang?
2. Siapa anda 5 tahun sebelum itu?
3. Siapa agaknya anda 5 tahun selepas itu?
4. Apa yang anda impikan untuk 10 tahun akan datang?

Ok, 4 soalan jer yang perlu dijawab..kalau ade sesiapa yang rasa nak jawab soalan tu..korang tinggalkan link blog korang kat kotak komen..nanti aku tagged..ada banyak lagi entry bayar hutang ni..haha..


P/s : angin betul..sepatutnya boleh publish kul 8.30 tadi..internet kacau plak..!!



Tuesday, September 23, 2014

Liebster Award - Farrah MF

As salam..

Sesi membayar hutang belum setel..haha..kali ni Liebster award dari Farrah MF plak..sori la kalau korang naik menyampah baca entry2 yang macam ni..tapi disebabkan orang dah tagged aku..rasa macam tak best plak kalau buat dunno jer kan..Thanks buat Farrah sebab sudi tagged akak..so, sekarang mase untuk menjawab soalan2 yang agak mencabar dari Farrah..

Soalan-soalannya..

1. 1 tarikan utama pada blog anda..
Err..tak tahu apa tarikannya sebab aku banyak bercerita pasal anak2 dan family aku jer..tapi ade jugakla tips, petua yang aku tahu aku share lam blog ni..kot2 la boleh menjadi tarikan pada korang..haha..

2. 1 karakter kartun kegemaran..
Minion!! haha..

3. 1 buku yang berjaya memotivasikan anda..
Rich Dad Poor Dad 

4. 2 entri tahun ini yang menjadi kegemaran..
yang ni tak sure..Farrah tanya entry kat blog sendiri ke atau blog Farrah atau blog orang lain yang aku suke..haha..yang pasti sume entry aku suke baca!!

5. 2 orang yang anda akan cari bila perlukan teman bicara
- En hubby
- En hubby 
aci tak gitu? haha..

6. 2 pulau yang anda ingin lawati..
- Pulau maldives

google sourced
- Pulau Redang

google sourced
Tengok gambar pon dah tahu cantik kan!!

7. 3 elemen penting dalam blog yang paling anda titikberatkan..
- Gambar
- Isi kandungan
- Feedback (komen)

8. 3 perkara yang buatkan anda ingin terus berblogging..
- sebab anak2..(rujukan buat diaorg utk di masa hadapan..)
- sebab korang yang suke baca..haha..
- sebab en nuffnang

9. 3 perkara yang anda buat di masa lapang..
- update blog
- blogwalking
- tengok facebook..haha..

10. 4 perkara yang boleh buat anda rasa tertekan..
- dateline dah dekat!!
- en hubby takde..(bila dia kena keje jauh or berkursus..)
- bosan..
- kena bebel

11. 5 perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas
SEMPOI-SIMPLE-SWEET-SPORTING-SENSITIF
Aci x gitu? haha..

Aku takde tagged sape..haha..


Liebster Award - Amy J

As salam...

Ini entry bayar hutang pada Amy J...rajin sungguh dia buat entry pasal Liebster Award...tak pasal2 aku yang terjebak sekali..nak tanak kena buat juga la kan..tamau la keciwakan Amy plak..

Rasanya tak perlu la aku nak citer pasal Liebster Award ni..sebab aku rasa ramai dah yang tahu pasal tu..cuma kat sini nak ucap terima kasih banyak pada Amy J sebab sentiasa ingat pada mama ka0ri yang agak poyo ni..kakakaka...

Ok, straight to the point..kita cuba menjawab soalan2 cepu emas dari Amy J..

1. Lagu kesukaan sepanjang zaman..
    Lagu Tokyo dari Yui ( aci la lagu jepun k..)
    Serious aku suke giler ngan lagu ni walaupon lagu ni memang dah lama sangat..lagu ni mase zaman aku belajar di Jepun dulu..memang best la..cuba korang doanload tengok..haha..

2. Apa yang membuatkan anda unik..
Sebenarnya takde apa yang unik pon pasal aku..same macam korang jugak..manusia biasa..cuma nak bagitau aku ada 3 pasang lesung pipit..itu yang unik kot..haha..

3. Fakta mengenai orang terakhir yang anda jumpa tadi..
Jumpa kerani sekolah..seorang yang ceria..boleh dibawak berbincang dan dia memang rajin menjawab soklan2 aku..haha..

4. Filem terakhir anda tengok..
soalan ni tak sure..filem terakhir yang tengok kat wayang ke atau beli dvd jer tengok..haha..
kalau tengok wayang citer spiderman2 tak silap..(lama dah sebenarnya tak tgk wayang..haha..)
kalau layan dvd tengok citer Frozen..(anak2 duk ulang tengok citer tu hari2..jadi mak pon mengadap sama la tengok..kakakaka..)

5. Saya akan sayang awak kalau..
Kalau awak seorang yang sporting..gila2..dan boleh diajak berbual..lagi2 kalau sama minat ngan mama kaori..:)

6. Ais Krim kesukaan anda..
sume suker!! sebab aku memang hantu eskrem..eskrem yang paling sedap setakat ni yang aku rasa eskrem tembikai susu yang kaler oren tu..makan kat jepun dulu mase pusing2 hokkaido..mmg tersangatla sedap..hohoho..

7. Selebriti yang ingin anda jumpa..
sape ek? Amy mastura kot..sebab dia sentiasa muda..nak tengok jugak la secara dekat..haha..

8. Perkara paling romantik yang pernah anda lakukan..
Banyak sebenarnya..haha..salah satu yang terbaru aku pos hadiah kek anniversary kat en hubby mase anniversary kami..nak tahu citer boleh klik SINI..

9. Adakah anda sinis?
Tak kot..haha..

10. Pendapat mengenai blog aku..
suke jer bw kat blog Amy sebab suke update entry baru..dan yang paling cool..gamba serigala duk gerak jalan2 tu..mcm best jer..haha..

11. 3 perkara yang membuatkan anda rasa menyampah..
- orang yang buat silap tapi tamau bertanggungjawab
- dia rasa dia sorang je yang betul..
- internet slow!!

Ok, setel jawab soalan..aku tak tahu nak tagged sape..jadi aku tagged siapa2 yang baca entry ni ngan soalan yang sama..hahaha..aci gitu?


Tuesday, August 26, 2014

7 things you should know about mama ka0ri - Versatile Blogger Award

As salam...


Versatile Blogger Award

Syarat-syaratnya :

Thanks the nice fella who gave you this award ;)
Include a link to their blog
Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly.
Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Semalam bukak blog Amy J..tetiba sengih sorang2 aku bila tengok no.8 adalah nama aku...terasa macam kembali pada zaman sekolah plak main tag2 bagai ni..haha..anyway terima kasih banyak-banyak pada blogger Amy J sebab sudi memilih blog mama kaori yang tak seberapa nak femes ni..haha..

Dua hari satu malam gak aku duk mikir nak tulis apa pasal diri sendiri ni..satgi tulis semua yang baik-baik kata masuk bakul angkat sendiri plak..tulis yang buruk-buruk plak..nanti kata merendah diri plak..hahahaha...konfius sekejap aku..pikir punya pikir..inila antara 7 perkara penting yang patut korang tahu pasal aku aka mama kaori..kahkah..cam poyo jerk..

Here the 7 things you should know about mama kaori :

1. SENANG NANGIS
Yer..aku memang senang nangis..pakcik aku panggil aku "surat khabar lama"..mesti korang heran kenapa surat khabar lama kan...mase usia aku lebih kurang 3,4 tahun dulu aku suka nangis..sikit2 nangis..meraung2 mcm orang kena pukul..orang bergurau sikit pon nangis..pastu pakcik aku ejek la sambil nyanyi lagu "surat khabar lama...surat khabar lama..." alaaa...lagu lori cina yang selalu datang pusing2 kutip paper lama tu...haaa...lagu tu la..sampai la dah dewasa ni aku senang nangis...kdg2 time gembira terlampau pon nangis, terharu pon nangis, stress pon nangis, marah pon nangis, sedih apatah lagi confirm2 la nangis kan..kakakaka..sian kat en hubby aku dapat bini yang manja kededek ni..

google sourced

2. SPORTING!
Aku amatlah sporting orangnya..sebab tu en hubby seronok jer bercerita pasal apa pon ngan aku..sebab aku sporting orangnya...kalau dia nampak pompuan cantik pon dia akan tunjuk dan bagitau aku..dan kalau aku ternampak pompuan cantik pon aku bagitau dia...aku pon boleh tahu dah taste dia cemane..kakakaka...bukan aku tak cemburu..cemburu jugak tapi macam mende tu biasa jer bagi aku..hahaha..so, kalau korang rasa korang nak kutuk aku di sini pon aku tak kisah..:p

3. CEKAP MENGEMAS
Satu lagi kelebihan aku adalah mengemas..jangan tak tahu aku mmg suke sangat mengemas..sekecik2 bilik dan sebesar2 rumah pon aku akan tetap mengemas kalau mata aku dah takleh tengok kesepahan tempat tu..Selalu jer en hubby puji aku sebab aku cekap mengemas..haha..kembang semangkuk dah ni..sikap ni aku rasa aku dapat dari abah aku..sebab abah mmg suke mengemas..sebulan sekali mesti tukar susun atur perabut..duk saje2 pon jadi keje jugak..tu yg jangkit kat anak dia...tapi dalam banyak2 kerja mengemas..janganla suh aku lipat baju..aku tersangatla malas nak lipat baju..kalau suruh basuh baju mmg rajin..jgn suh lipat baju..yg tu mmg liat sikit..sanggup tengok bakul baju menimbun lagi..agak2 dah takleh cari stokin bagai baru la kerja2 melipat baju berjalan..haha..

4. SUKA MELUKIS
Aku dari kecil mmg suke melukis..start masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej mesti aku melibatkan diri dalam dunia seni lukis ni..tak kira la pertandingan mewarna ke..pertandingan melukis ke..pertandingan rekacipta ke..aku mesti masuk..kalah menang tak kira..janji boleh masuk..haha..Alhamdulillah..bakat melukis aku ni dapat dari bakat melukis abah..abah yang byk ajar aku melukis dan mewarna dari zaman sekolah dulu..wakil sekolah, wakil daerah, wakil negeri pon pernah..ingat lagi mase form 5 aku suke lukis mamat blues untuk aku..kartun dalam majalah Ujang dulu..(maybe ada yang satu zaman ngan aku..mesti ingat kartun ni..) duk saje2 pon lukis..dah byk koleksi lukisan tu yg aku lukis..dan dah byk juga yang aku bagi jer kat kawan2..kadang2 tu lukisan belum siap kawan dah mintak.."aku nak!" terus bagi jer..pastu lukis lagi..korang jgn tak percaya plak..dengan hanya melukis kartun blues untuk aku tu ade orang terpikat ngan aku..kakakaka...cinta monyet betul la time tu..
( Hari lain la kita citer plak pasal ni..haha)

google sourced
5. KIDAL
Kalu korang nak tahu aku seorang yang kidal..menulis dengan tangan kiri tapi buat keje dengan tangan kanan..maksud aku pegang pisau tangan kanan..cuma menulis jer ngan tangan kiri..mase sebelum sekolah dulu aku buat keje pon tangan kiri jugak..even makan pon ngan tangan kiri..kena paksa ngan mak..kena ugut ngan arwah tokwan " kalau makan tangan kiri tak bawak pegi kenduri!!" nak pegi kenduri punya pasal sanggup berlatih makan ngan tangan kanan..cuma menulis ngan tangan kiri memang aku takleh elak..kekok kalau menulis ngan tangan kanan..ini satu lagi genetik yang aku dapat dari abah aku..:)



6. PENYIMPAN RAHSIA
Kalau korang ada rahsia pape korang boleh bagitau aku sebab aku jenis yang boleh simpan rahsia..tapi sebelum bagitau aku..please warning aku supaya jangan bagitau sesiapa..aku takkan bagitau la..tapi kalau korang syok bercerita tanpa warning aku dulu..mmg tak lama lepas tu cerita tu sampai la kat en hubby aku..kakakaka...

7. CEPAT BOSAN
Ini masalah besar bagi aku...aku memang jenis yang cepat bosan..buat apa pon la aku kdg2 akan cepat bosan..biasanya dalam keje la..sebab tu keje aku sume keje kontrak jer..kalau keje lama2 bertahun2 aku rasa tak sanggup..ntah bosan cemane tak tahu..awal2 mcm excited jer..masuk 2,3 bulan mula la dia bosan tamau buat dah...keje ni pon aku dah mula terasa bosan..ngeeee~ Macam couple jugak..mase zaman sekolah dulu aku byk couple tapi sume sekejap jer..sebab cepat bosan..mula la aku mintak clash..seb baik ngan en hubby aku ni Allah tak timbulkan aku perasaan cepat bosan tu...Alhamdulillah...kalu tak haru!!



Ok..Full stop!! cukup dah tujuh..

So, di sini aku senarai blogger2 yang terpilih untuk versatile blogger award...best gak ni kalau boleh tahu pasal korang..bukan senang korang nak bercerita pasal diri sendiri kan..haaa..bila lagik??

1. Rai ourkizuna
2. Rosreeza
3. Mimie
4. Kak Zakie
5. Anum
6. Dik An
7. Mama Niza
8. Dak Eiza
9. Farah Secretary
10. Cik Siti
11. Atie yusof
12. Ina IntanBerlian
13. Farah Bubblynotes
14. Diana
15. PetakBunga aka PB

Nanti jangan lupa letak banner tau...!!


Tuesday, August 12, 2014

Terima kasih blogger KM

As salam..

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger Karya Mahirah kerana idea yang anda sumbangkan di kotak komen di entri INI telah menjadi..


Setelah digodek2..rupa-rupanya yang duk menari banyak2 kat blog aku ni adalah virus adsware..sebenarnya syarikat iklan yang nak promote iklan tapi ngan cara yang salah..so, jadilah virus..haha..

Cara yang amat senang iaitu remove/uninstall ads di control panel..

Masuk Control Panel --> Programs and Features --> klik ads yang menyemak tu --> remove/uninstall --> SIAP!!

Atau nak lagi mudah..download adwcleaner kat SINI..software yang buang semua adsware yang menyemak tu..lepas download dan install terus scan..nanti keluar list adsware then boleh delete!!

Setel masalah! terima kasih kepada semua bloggers lain yang membantu juga..

p/s : KM, sila bagi alamat umah awak kat saya yer..;)


Friday, August 8, 2014

Pencarian 30 senarai bloglist

As salam...



Sempena masuk bulan baru ni..rasanya aku nak buat clearance stok..bukan nak buat jualan..tapi nak susun balik bloglist yang sedia ada..hehe..

So, sudi-sudikan lah kawan-kawan untuk tinggalkan url blog anda di petak komen di bawah untuk aku masukkan ke dalam list...

Entry ini akan melekat sehingga la aku dapat 30 senarai bloglist..tiada tarikh luput..cukup jer 30 senarai blog automatik stop..

Ini bukan segmen..tapi kalau nak buat entry untuk promote entry ni pon boleh..kehkehkeh..

Syarat untuk tersenarai sila follow blog mama ka0ri dan tinggalkan url blog anda di petak komen..

Terima kasih

p/s : untuk entry terbaru..sila scroll ke bawah yer..:)

Wednesday, July 23, 2014

Terima kasih blogger untuk kad raya..

As salam..

Feeling zaman kat sekolah menengah bila dapat kad raya...serious rasa macam excited nak lompat-lompat bila bukak post box ada sampai kad raya..tahun lepas pernah dapat jugak kad raya dari blogger..tahun ni pon Alhamdulillah..seronok dapat jugak kad raya dari blogger..kali ni kad raya dari Dik an dan SA (Suria Amanda

Ni dia..kad raya dari Dik an...bukan takat kad raya..dapat sekali ngan kerongsang cantik..!! terima kasih banyak2 Dik an..katanya hadiah utk Top Commentator bulan Jun..Alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi..:)

Kad raya dari Dik an
Ini pulak kad raya dari SA..blogger Suria Amanda..:) Terima kasih awak..

Kad raya dari SA
Bagus sebenarnya blogger-blogger kat Malaysia ni..kalau bukan kerana korang yang rajin menghantar kad raya..rasanya dah tenggelam adat menghantar kad raya ni..sekarang kan sume nak cepat..kad raya pon tagged jer kat Facebook..kan? tapi bagi aku yang tu tak feel langsung..rasanya ngan menghantar kad raya macam ni lebih buatkan kita rasa dihargai dan diingati..kan?

Aku pon belum lagi hantar kad raya ni...susah betul nak cari orang jual kad raya sekarang ni..kat kedai buku pon dah takde jual..pelik betul aku..selalunya kat kedai buku la kad raya jual banyak pon...huhu..ingat petang ni nak ronda cari jugak..dah niat nak kasi..kena pusing cari gak..Yosshhh!!


Tuesday, July 22, 2014

Buffet Ramadhan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani

As salam...

Ini cerita hari Sabtu yang lepas...berbuka puasa bersama Northen Bloggers di Park Avenue Hotel, Sungai Petani...lebih kurang 12 orang yang hadir..dan lebih kurang 7 orang yang ada blog..Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan..Iftar yang ditaja sepenuhnya oleh pihak hotel..best tak? of coz best kan sebab mende free..haha..ni gara-gara aku terview entry Farah minggu lepas yang Farah sedang mencari2 10 orang blogger untuk berbuka puasa bersamanya di Park Avenue Hotel kerana pihak hotel dengan berbesar hati telah memberi voucer free utk 10 orang blogger berbuka puasa di situ..Aku pon apa lagi...tanpa buang masa terus tanya en hubby boleh ke tak...bincang2..then dia kasi...Yahhooo!!

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 6.40 petang..sebab janji ngan Farah nak jumpa kul 6.45 ptg..mase masih awal tapi dah nampak kelibat orang yang mula membanjiri hotel..

Belum apa-apa mestila bergambar dulu..hihi..

Buffet Ramadhan Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah

Buffet Ramadhan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani masih mengekalkan konsep yang sama iaitu konsep Buffet Stall...terdapat 25 jenis stall yang ada antaranya KAMBING GOLEK, UDANG GORENG BEREMPAH, AYAM TANDOORI, LAKSA Ala Park Avenue, KEBAB, AIS KACANG, LAKSA UTARA, BAKSO, AIS KACANG, OTAK-OTAK, TEH TARIK, PUTU MAYUNG, NASI AYAM Ala Park Avenue dan macam-macam lagi yang ada..

Stall
Pihak hotel menyajikan lebih kurang 300 jenis menu masakan yang amat menarik..kalau aku senaraikan di sini memang tak muat page nanti..yang pasti korang kena datang sendiri rasa baru tahu kemeriahan makanannya..ini antara gambar yang sempat aku snap..

Kambing Golek
Ayam Golek
Kebab
Pelbagai jenis makanan lagi..antaranya Laksa, Mee rebus, Pelbagai jenis kerabu, Celup-celup pon ada..!!

Hotel ini juga menyediakan dua main dishes yang berbeza iaitu Kampung Style untuk mereka yang sukakan masakan kampung..manakala Muhibbah Style untuk mereka yang gemarkan masakan selain masakan kampung cthnya Chinese, Thai dan Indian Style..dan menu untuk main dishes akan bertukar setiap hari..maknanya kalau korang datang hari ni ada masakan ketam..esok belum tentu ada masakan ketam yang sama..maknanya kalau korang nak datang setiap hari untuk makan main dishes yang disajikan pon memang berbaloi!!

Muhibbah Style
Kampung Style
Selain dari main dishes dan stall yang ada..pihak hotel juga menyajikan 15 jenis kuih muih..dan yang menariknya..kuih talam sahaja ada 10 jenis habaq anngg!! ..aku pon sempat makan satu jer..yang lain tak sempat makan sebab perut dah hampir penuh..haha..

Kuih-muih 
Apa yang menarik lagi di sini ialah kita dihiburkan dengan live band yang mendendangkan lagu-lagu hari raya..maklumlahkan raya tak lama lagi dah..korang akan terasa sebijik macam suasana hari raya...di tambah dengan kepadatan manusia yang berbuka puasa di situ..sebijik macam event hari raya!! haaa...Suara penyanyi pon boleh lawan Dato' Siti tau..

Meja kami yang betul-betul berhadapan dengan live band
Stall yang paling menarik perhatian aku adalah Stall Ais Kacang sebab topping dia sahaja ada 101 jenis topping!! aku plak memang gila ais kacang..suruh ulang alik 10x ambik pon aku tak kisah..sorry la tak sempat snap gamba ais kacang..sume dah selamat masuk perut..haha..tapi seriously ais kacang dia memang sangat best! kira tak ingat langsung nak snap gambar..sedar-sedar dah habis makan pon..haha...Minum air pon tak banyak kira duk makan ais kacang jerk..

Stall Ais kacang dan Topping
Ini pulak antara gambar-gambar makanan yang aku makan yang sempat di snap gambarnya ..yang lain selamat masuk perut..haha..sori la..tengok makanan macam terlampau sedap..nak amik gamba pon dah lupa..hihi..

Kambing Golek
Bagi aku kambing golek yang di sini memang kebabomm!! di tambah plak cicah ngan air asam dia...Fuuhhh!! memang meletops la!! patutla ramai giler orang beratur nak ambik..aku sebenarnya bukan peminat kambing golek sangat pon..tapi kambing golek yang ni memang lain dari yang lain..dia tak bau hanyir kambing..yang pasti memang sedap lah!! Korang rasa sendiri baru korang tahu kenapa orang sanggup beratur panjang...

Udang Goreng Berempah
Ni lagi satu yang sedap bagi aku...dia punya ramuan rempah memang cukup2..tak manis sangat..tak masin sangat..aku makan sume sekali ngan kulit2..yang tinggal cuma ekor jer..hahaha..

Chili Crab Chinese Style
Yang ni pon memang sedap bagi aku..masin2 berlemak...maklumlah aku ni kan peminat ketam no. 1..apa sajer masakan yang berkaitan ngan ketam memang sedap bagi aku...haha..

Ayam Tandoori dan Ayam Golek
Nasi Tahari dan Lemon Chicken
Apam Balik
Kulit Apam balik yang crispy tu yang aku suka..sedap!!

Dessert confirm mesti ada!!
Haaa...lagi satu yang menarik kat sini kan..korang boleh sembahyang sunat terawih berjemaah kat surau hotel..imam yang dijemput khas pulak tu..kiranya lepas korang berbuka puasa tu..boleh la terawih dulu kat surau hotel..dan moreh juga disediakan oleh pihak hotel..takdela terkejar-kejar nak balik nak terawih kan..


Gambar sedang makan mesti kena masuk jugak kan..hihi..




Ini dia Farah yang aku sebut2 namanya di awal entry..Terima kasih Farah atas jemputan...baca entry di blog Farah pon boleh tahu Farah memang peramah orangnya..baru jumpa sekali tapi berborak macam dah jumpa banyak kali kan..haha..Thank You very much Farah...kalau bukan kerana Farah..tak merasa la makanan best kat sini..!!

Antara rakan blogger yang hadir
Gambar berdua lepas habis makan mestila kena ambik kan...Alhamdulillah..kenyang dapat berbuka puasa di sini...secara keseluruhannya makanan yang disajikan memang terrrrbaaaikkk...kitaorang memang berpuas hati..betul-betul puas hati!! kalau tak takkan sampai hari ni aku masih lagi terbayang-bayang kesedapan ais kacang tu!! huhu..

So, pada mereka yang sedang mencari tempat utk berbuka puasa di luar..aku memang rekemen korang berbuka puasa di Buffet Ramadhan Park Avenue Hotel, Sungai Petani..harga pon memang berbaloi-baloi..padan dengan makanan yang disediakan..tak mahal mana pon..RM 60/dewasa dan RM 38/kanak-kanak..kalau bawah 5 tahun boleh makan free jer..

Sementara Ramadhan yang masih lagi berbaki beberapa hari ni..lebih baik korang cepat2 ambil peluang berbuka puasa di sini..kalau nak lebih murah korang boleh beli voucer dan booking tempat sesiap..kalau melalui voucer harganya RM 55/dewasa dan RM 35/kanak-kanak..

Untuk mendapatkan voucer..korang boleh contact this beautiful person :

Puan Nurul
(Sales & Marketing Executive)
No. Phone : 016-419 2926
Email : nurul@parkavenue.com.my





Monday, July 21, 2014

Hadiah Giveaway...

As salam...

Mende ni sepatutnya citer last week lagi...tapi tu la..kesibukan melanda sejak2 gigi baru dicabut ni..haha...hari ni baru kesempatan update citer ni..lagipon kalau citer awal2 tak best sebab takde gamba..ni dah ada gamba baru seronok nak bercerita..haha..

Apa citernya? ini citernya...hadiah sempena Mini Giveaway #26 yang dianjurkan oleh Ina..dari blog IntanBerlian..Terima kasih banyak2 Ina...tak sangka plak dapat first place..ini dia hadiahnya..

Baju dress untuk Aleesya..cantik kan..!!

Tak sempat nak bagi try lagi baju ni kat dia..tapi nampak cam besar..kalau muat boleh la buat pakai raya tahun ni..hihihi...

Lagi satu bungkusan yang sampai ke rumah last week dari blogger yg cute miut iaitu Deqla...sempena GA Deqla tempoh hari aku join utk support..dah sampai hari last baru nak join..sepatutnya blogger lain yang menang tapi blogger tu tak tuntut hadiah..so, Deqla pilih sekali lagi dan Alhamdulillah...rezeki aku!! dapat hadiah dari Deqla...sticker phone..cantik!! lam kepala duk pikir lagi ni nak letak kat mana..size phone tak sama ngan sticker..haha...rasanya tablet Aleesya yang jadi mangsa mama dia nanti...hahaha..
Bukan takat sticker phone yang Deqla kasi...mask utk hidung pon dapat!! nanti dekat2 nak raya baru nak pakai..konon2 nak berseri di hari raya la..kahkahkah..Thank You very much Deqla!!

Ini dia hadiah dari Deqla

P/s : Seronok bila dapat hadiah...lebih seronok kalau kita yang memberi hadiah tu..kan? terpikir gak aku terasa nak buat GA tapi ada ker yang nak join nanti? haha...





Wednesday, July 9, 2014

Alhamdulillah..

As salam..

Alhamdulillah...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan blogger yang banyak memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada aku semalam...terima kasih banyak2..

Allah bagi sakit sebab dia nak hapuskan dosa-dosa aku yang dulu...so, bersabarlah..ramai yang kata sebab nak PMS..sorry..Allah dah bagi cuti awal2 lagi..so, rasanya bukan sebab PMS..maybe sebab hati lembut di bulan Ramadhan macam kak Anim kata..hihi...tu yg nangis tetiba tu..apepon..terima kasih semua..hari ni dah ok sikit..walaupon gigi masih lagi terasa sikit2 denyutannya..tapi sebab kuat semangat tak terasa sangat sakit gigi tu..hihi..

Nak cite apa ek hari ni..takde cite apa..cuma nak bagitau hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa..Alhamdulillah!!

Eh, Germany lawan Brazil bape kosong ek? haha...

Thursday, June 12, 2014

Mrs Erry 2nd Giveaway

As salam..

Belum terlambat lagi rasanya nak join GA Deqla kita..walaupon hari ni hari last dah..harap2 penyertaan diterima..hihi..Sorry Deqla lambat join..huhu..


mungkin ada yang berminat nak join boleh klik banner di atas..:)

Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe.

Syarat2
1) Harap Korang boleh Follow Blog ini ..
2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.
3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi.. 

4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini.
5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.

Thursday, November 28, 2013

Jom pakat kira buku untuk menang hadiah..!!

As salam..

Jom kita pakat kira jumlah buku dan majalah di rak ini..


Lepas kira boleh hantar jawapan anda ke SINI

Kalau tepat berpeluang dapat hadiah menarik ini..


dan ini..


Sape rasa nak hadiah menarik ni boleh KLIK SINI
Sape rasa nak join pon boleh KLIK SINI

Cepat2 sebelum tarikh ini
27hb Disember 2013

Sape tak kira dia mesti rugi!!