Showing posts with label Microwave. Show all posts
Showing posts with label Microwave. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Tips mudah lembutkan bihun..

As salam...

Hari ni awal pagi bersiaran..hihi..nak share ngan semua cara mudah untuk lembutkan bihun lam masa 3,4 minit shj...cara ni sape lagi yang ajar kalau bukan mak mertua aku..haha...

Caranya camni...

1. Memula buh bihun lam besen...pastu buh air..



2. Kemudian, masukkan lam microwave..



3. Seterusnya, tekan 3 minit untuk lembutkan bihun..



4. Selepas 3 min keluarkan bihun..check tengok bihun dah betul2 lembut ke tak...kalau belum tambah la seminit atau dua minit...ikut pada kekerasan bihun..yang aku guna ni bihun jati..maybe keras sikit..so, aku tambah seminit lagi...biasanya 3 minit dah ok..



5. Seperti biasa..kalau dah lembut...basuh dah toskan...siap untuk di goreng maa!!





Sangat mudah kan...tayah tunggu lama2 nak bagi bihun lembut..jimat masa, mudah dan senang..skrang suma mende nak cepat kan...tambah2 macam aku anak ramai ni..sume mende nak kena buat cepat...bila lapa jer bising nak makan...

Sebenarnya ada lagi satu cara nak mudah utk lembutkan bihun..tapi guna pressure cooker noxxa..aku belum mahir lagi bab sukat air untuk bihun lam pressure cooker..nanti bebila aku dah yakin aku share ngan korang caranya...

Ok, ini hasil gorengan pagi ni...siap dah..tadaaa..



Selamat mencuba yer!!

P/s : kalau korang try x menjadi maybe microwave tu tak sesuai..kalau menjadi Alhamdulillah..satu lagi keje mudah yang dpt dipraktikkan..hihi..

posted from Bloggeroid