Showing posts with label Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Masterchef. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Red Velvet Kasih Lebaran

As salam..

Sempena Syawal yg bakal menjelang..mesti ramai yg pulun buat biskut raya..

Meh nak share resepi (dapat dari peserta masterchef 1- majalah mingguan wanita edisi terhad)

BISKUT RED VELVET KASIH LEBARAN

Bahan A
1. 100 gram mentega
2. 60 gram gula aising
3. Secubit garam

Bahan B
1. 1 biji kuning telur

Bahan C
1. 190 gram tepung gandum -diayak
2. 10 gram serbuk koko
3. 1 sudu teh tepung susu
4. 1/4 sudu teh serbuk penaik
5. Pewarna merah

Bahan untuk inti
1. 50 gram lemak sayuran
2. 100 gram gula aising
3. 1/2 sudu teh esen kelapa

Cara membuatnya
1. Kisar bahan A sehingga gebu. Masukkan ke dalam bekas
2. Letakkan bahan B dan bahan C. Gaul sebati hingga jadi doh.
3. Canaikan doh sehingga ketebalan 3mm dan bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 170 darjah celcius utk 12 minit. Biarkan sejuk.
4. Kisar semua bahan inti. Sapukan pada biskut yg telah menyejuk. Kemudian cantumkan.

Senang kan cara nk buat dia..tapi aku confirm la tak buat sbb anak2 kecik ni mmg mengacau jer..nanti menguji kesabaran jer..lagipon oven pon tadak..cemane nk buat..haha

P/s : Selamat mencuba kawan-kawan!!

Jom ke dapo bersama masterchef!!

As salam..

Hari sabtu aritu aku join program belajar memasak bersama masterchef..hari khamis tu dah tanya siap2 pengasuh boleh tak jaga anak2 hari sabtu..dia kata ok jer..tapi sampai tgh hari jer..ptg dia nak keluar beli barang..so, seronok la aku!! sebab boleh join belajar memasak..en.hubby pon join sama tau!!

Pagi tu kul 7.30 kami bertolak ke Alor star..sampai kat Regency hotel lam kul 9 lebih..sebenarnya ade sorang lagi member sekolah yg nak join..tapi cancel last minute sbb sedara mara datang umah plak..tapi takpelah..janji aku boleh belajar..seb baik en.hubby temankan..hihi..

Tepat kul 10 pagi bengkel masak start..Sume ada 3 orang chef..Chef Hayati, Chef Azizah dan di akhir bengkel finalis masterchef 2 Joharis muncul..sangat friendly orangnya..hikhik..
Ini antara menu masakan yang di share oleh chef2..

1. Nasi Kabsa Arab
2. Ayam panggang Rosemary
3. Serunding daging
4. Ketupat pulut utara
5. Bubur Lambuk Khasmir
6. Sup Perancis
7. Dodol
8. Roti wholemeal
9. Biskut Kismis yg sgt simple dimple!!

Antara menu kesukaan aku adalah ayam panggang rosemary, sup perancis dan biskut kismis..sup perancis tu kalau makan cicah roti mmg sgt awesome!! en.hubby plak suka ayam panggang sbb dia mmg penggemar ayam golek no 1..hhahaha..nanti boleh try buat kat umah sbb masak tak sampai 20 minit..

kalau tgk menu masakan dia biasa2 jer kan..tapi sebenarnya bengkel masakan ni menarik sbb finalis masterchef tu share mcmmane nak masak ngan cepat, sedap dan berkhasiat...sangat sesuai ngan aku yang berkerjaya dan anak2 masih kecil..kalau masak cara biasa confirm aku tak masak dah sbb nak buat sume2 tu remeh..tapi diaorg share macammane nak masak dgn cepat dan mudah tetapi berkhasiat..bayangkan buat bubur lambuk tu lebih kurang 20 minit jer..pastu masak dodol pon 10 minit jer kacau..ketupat pulut pon tayah nak kukus lama2..cepat masak tetapi sedap!! berbaloi la join walaupon datang dari jauh!!

Bersama finalis masterchef 2 Joharies sblm program bermula..
Gambar kat atas tu sebenarnya aku nak bergambar berdua jer ngan masterchef..sekali en.hubby mai menyelit..katanya tak aci gamba dia tak masuk sekali..jeles la tu..hahaha...

dapat buku resepi..yeyy!!
Gambar makanan takde lagi sebab ade lam kamera..yang ni gamba lam henpon..nanti aku share kemudian gambar makanan berserta ngan resepi sekali k!!

p/s : boleh tgk gamba makanan kat SINI (blog en.hubby kita..dia pon nak berceloteh..harap boleh bagi support..hihi..)



Wednesday, July 24, 2013

Belajar masak bersama masterchef?

As salam..
Kepada mereka yang berminat untuk belajar memasak..menu masakan sempena ramadhan dan syawal..istimewanya belajar memasak bersama finalis masterchef 2 tu...cepat2 sms no phone yg tertera!!
P/s : nanti depa bagi buku resepi siap!!