kau memang flop, Nando
Bad luck : 3x runner up musim ini. Kalah kepada City dalam Community Shield, kalah kepada A.Madrid dalam Uefa Super Cup & sebentar sahaja tadi, kalah kepada Corinthians dalam Fifa Club World Cup.
Perfomance : Over-confident. Torres tidak konsisten, dia mensia-siakan peluang keemasan untuk score. Moses kurang efektif. Cech sedikit cuai, manakala Cahill dah lost mentality, dilayangkan kad merah kerana menyepak pemain lawan.
Taktikal Rafa yang tidak menjadi : Memainkan Lampard 90 minit adalah satu kerugian. Super Frank tidak cukup superb hari ini. Mikel yang sepatutnya dimainkan untuk memberi kekuatan di bahagian tengah namun terpaksa menonton sahaja perlawanan di bangku simpanan.
Badi Rafa : 7 tahun lepas, beliau juga gagal membawa Liverpool memenangi gelaran ini selepas tewas kepada team Brazil 1-0.
MU satu2nya kelab dari England yang menjuarai FCWC ini. Tidak mengapa, perkara ini aku boleh terima. Chelsea boleh cuba lain kali.
Jangan risau, masih ada 4 lagi piala yang Chelsea boleh menang iaitu EPL, Carling Cup, Piala Fa & Europa League.