Showing posts with label Jose Mourinho. Show all posts
Showing posts with label Jose Mourinho. Show all posts

Otak geliga Mourinho

Posted by KampungChelsea On Monday, August 04, 2014 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1)Jual David Luiz ke PSG £50 juta, Lukaku ke Everton £28 juta = £78 juta.

2) Beli Diego Costa (£32 juta), Filipe Luis (£15 juta) Fabregas £30 juta = £77juta.

bisnes bijak !


Tak celebrate tapi bagi arahan - Mourinho

Posted by KampungChelsea On Friday, April 11, 2014 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mourinho tak celebrate gol ini. Selepas Ba score, dia terus berlari macam budak kejar penjual ais krim, masa semua player chelsea berkumpul satu tempat, Mourinho bagitahu kepada beberapa player kita apa yang perlu mereka buat selepas itu.

Walaupun nampak reaksi pertama Mourinho seakan-akan nak raikan gol kedua Chelsea itu, lebih2 lagi aksi tersebut mengingatkan kita ketika Mourinho melakukan style macam itu masa Porto singkirkan MU di Old Trafford beberapa puluh tahun dulu, tetapi sebenarnya dia berlari untuk bagi arahan. Mourinho guna cara itu dalam beberapa saat untuk tukar taktik kerana kita tahu kalau Chelsea tidak ubah strategi, PSG bila2 masa sahaja boleh score gol & singkirkan kita dari Champions League.

Dalam ulang tayang di kaca tv, dia ada cakap sesuatu kepada Torres, Eto'o. Aku petik balik kata2 Mourinho :

"No, not to celebrate. To tell Fernando [Torres] and Demba the changes we had to do. Because there was still three minutes plus extra-time and playing the way we were playing was too risky.

I wanted Demba to play in front of the defenders and I wanted Fernando to defend Maxwell.

Genius Mourinho!

P/S : Moyes patut buat juga cara begini masa Evra score gol. Mungkin kalau dia berlari macam Mourinho dan bagi arahan kepada beberapa player MU, tak adalah Bayern boleh score dua gol mudah selepas pada itu haha.

Chelsea 6 Arsenal 0

Posted by KampungChelsea On Sunday, March 23, 2014 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1-0 Eto'o 

2-0 Schurrle 

3-0 Hazard

4-0 Oscar

5-0  Oscar

6-0 Salah 

1000th game 


Norwich City 1 Chelsea 3 : Taktikal genius dari Mourinho

Posted by KampungChelsea On Tuesday, October 08, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"During the game I'm not nervous but I have feelings, I smell things. When I saw that easy goal missed I had a smell. I smelled that Norwich would score a goal. That's why I put Hazard warming up even with the 1-0 score." - Jose Mourinho

Turning point dalam game ini ialah ketika Mourinho memasukkan Willian & Hazard. Ternyata dua pertukaran ini membuahkan hasil serta mengubah perlawanan. Ini sebab kenapa Mourinho dianggap tactical genius.

Sebenarnya selepas Oscar menjaringkan gol pertama, Chelsea sepatutnya menambah 2/3 gol lagi & boleh "bunuh" game lebih awal tapi macam biasa peluang terhidang disia-siakan. Kemudian lawan mengambil kesempatan dengan menyamakan kedudukan 1-1 sebelum dua pertukaran genius dari Mourinho mengubah segalanya dalam tempoh 5 minit terakhir.

Jelas sekali MOTM kali ini adalah milik Mourinho.

P/S
: EPL akan berhenti rehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa. Buka balik pada 19 hb ini.

Target Terkini Chelsea : Wayne Rooney

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 18, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum itu, semalam Chelsea telah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang memalukan MU, tiga hari lepas iaitu Thailand All Stars dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Gol tunggal dijaringkan oleh Romelu Lukaku menerusi sepakan penalti pada pertengahan separuh masa pertama.

Kalau sesiapa yang belum tahu lagi, skuad Thailand All Stars merupakan gabungan pemain dari Thailand Premier League. Skuad itu bukannya dari pasukan kebangsaan mereka. Sebab itu ada pemain Jepun (Sho Simoji), pemain Brazil (Cleiton Silva) Australia (Goran Subara) Namibia (Lazarus Kaimbi). Itu tak termasuk lagi dengan pemain2 yang berada di bangku simpanan.  Pemain2 itu semua adalah pemain hebat dalam liga mereka.

Apa pun ini sekadar perlawanan pemanas badan. Mourinho tak sempat prepare apa2. Ia hanya sedikit persediaan untuk menghadapi musim baru nanti.

Untuk perlawanan pra-musim seterusnya The Blues akan menentang skuad Harimau Malaya pada 21 Julai, yakni hari ahad ini.

Berkenaan dengan Rooney,  memang benar Chelsea telah membuat bidaan untuk mendapatkan bekas penyerang Everton itu.
     

Mourinho sendiri menjelaskan bahawa dia sangat berminat dengan Rooney & penawaran rasmi telah diajukan kepada pihak Manchester United.

"I think that this situation is clear - nothing is a secret anymore. The official bid is just about a certain amount of money and doesn't involve players. We want the player. We made the bid and now we have nothing more to say. Now it's up to Manchester United."

Cuma berita tentang Chelsea sanggup offer Mata + David Luiz itu tidak benar. Ia hanya khabar angin. Chelsea hanya menawarkan harga sahaja & tidak melibatkan mana2 pemain lain.

Sayangnya penawaran dari Chelsea telah ditolak oleh MU.

Seperti yang aku katakan sebelum ini Rooney bukanlah pemain yang mudah untuk dijual, lebih2 lagi kalau ia melibatkan penjualan ke kelab rival.

Apa yang pasti MU tidak ingin menyimpan mana2 pemain yang sudah tawar hati. Rooney mungkin bengang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Moyes sebelum ini. Moyes berkata Rooney hanya akan berguna jika Van Persie cedera. Jelas disitu menunjukkan bahawa Rooney akan diletakkan sebagai pilihan kedua Moyes.

Rooney telah hantar transfer request & Chelsea telah membuat penawaran untuk membelinya. Jadi sekarang ini MU harus mencapai kata sepakat tentang perpindahan ini. Tidak boleh menyekat mana2 pemain yang ingin berhijrah ke kelab lain.

Drogba kembali ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Monday, July 15, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memang benar mourinho telah menelefon Drogba & menginginkannya kembali ke Chelsea.

Hal itu sendiri disahkan oleh agen Drogba, Ceylan Caliskan.

Namun sayangnya Drogba telah menolak pelawaan tersebut & berkata dia masih akan kekal bersama kelab Galatasaray.

Cuma bayangkan kalau perkara ini menjadi kenyataan, ia boleh jadi satu perkara yang gempak, dua ikon penting dalam mengharumkan nama Chelsea kembali bersatu.

Aku sebagai peminat Chelsea pun gembira mendengar perkhabaran ini. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Drogba terlalu tua untuk kembali ke Stamford Bridge, tetapi harus diingat usia yang tua tak boleh dijadikan ukuran. Walaupun Drogba sudah tua, tapi sebagai striker, penyudahnya masih tajam. Aku selalu terfikir "kalau lah Drogba ada lagi, mungkin Chelsea boleh capai lebih banyak kejayaan pada musim lepas".

Legend Chelsea Cech, Terry, Lampard & Drogba. Mungkin Mourinho nak mengembalikan semula nostalgia bersama 4 pemain itu. Lagipun Mourinho sangat mengagumi Drogba. Beliau sendiri meletakkan Drogba sebagai role-model kepada pemain2 muda yang ada di kelab Chelsea ketika ini.

Kalau Drogba kembali, mungkin dia akan dilantik sebagai assistant coach walaupun aku rasa prestasinya sebagai player masih lagi hebat.

Seperti yang selalu aku katakan sebelum ini, tak kira ramai pemain muda yang menyertai Chelsea sekali pun, mereka kena tetap dibimbing oleh pemain2 senior untuk merasai pengalaman & berkongsi semangat perjuangan demi kelab.

Mengubah gaya bola sepak ke arah realistik

Posted by KampungChelsea On Friday, July 12, 2013 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dulu Mourinho sering dicemuh kerana menerapkan permainan bola sepak yang negatif.

Sebenarnya aku tak bersetuju tentang kritikan itu. Di bawah pimpinan Mourinho, Chelsea-Inter Milan & Real Madrid menjadi sebuah pasukan attacking football yang menarik.

Pada musim pertama Mourinho di Stamford Bridge, Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 95 mata. Rekod itu sampai sekarang belum boleh dipecah oleh Manchester United.

Di bawah Mourinho juga, Real Madrid memenangi La Liga sambil mencipta sejarah baharu kelab tersebut dengan merekodkan 109 gol dalam satu musim.

Jadi itu dipanggil negative football ?

Sudahlah. Yang cakap taktikal Mourinho sampah, tak menarik, tak attractive, itu semua dakyah jahat konco2 Barcelona & sewaktu dengannya.

Kini Mourinho kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua & telah berjanji untuk ubah style permainan Chelsea.

"I want to make the Chelsea fans happy - by results, by our playing style, by the mentality and the personality of the team,"



Maksud Mourinho untuk ubah gaya bola sepak Chelsea itu tak ada kena mengena pun dengan attractive football. Ia lebih ke arah menjadikan permainan itu realistik & mencapai objektif sesebuah pertandingan. Mourinho nak pemain Chelsea ubah mentaliti & corak bermain itu dengan lebih bijak & teratur. Bermain sebagai satu unit & ketika berada di situasi genting, mentaliti kena kuat.

Terpulang sama ada Chelsea ingin memainkan bola sepak menarik ataupun sebaliknya. Selagi kita terus memenangi trofi & meraih kejayaan, aku tidak ambil kisah dengan apa corak yang Chelsea pamerkan. Dalam memainkan bola sepak yang cantik, bahagian pertahanan harus solid, harus compact. Seperti di musim pertama Ancelotti, Chelsea bertahan dengan baik, menyerangpun dengan baik.

Tapi harus diingat, filosofi Mourinho ialah menjadikan permainan Chelsea lebih efisien & realistik. Bersesuaian dengan motto "kelab didahulukan piala diutamakan".

Dan sebut pasal gaya permainan bola sepak yang seksi secara tidak langsung mengaitkannya dengan corak "tiki-taka" yang dipamerkan oleh Spain & Barca.

Sistem tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan Barca era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Namun Tiki-taka sedikit berbeza berbanding total football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total.

Dan tiki-taka yang dipamerkan oleh Barca sekarang tidak lagi unbeatable.

Kalau tiki-taka yang dipersembahkan oleh dua pasukan itu power, tak adanya sampai kalah teruk kepada Bayern Munich dengan aggregat 7-0 musim lepas. Begitu juga dengan pasukan kebangsaan Spain yang dimalukan oleh Brazil 3-0 pada final Piala Konfederasi baru2 ini.


Selepas pada itu aku mendapati bahawa Tiki-taka merupakan satu sistem yang membosankan.

Gaya bola sepak yang menarik, bukan terletak pada corak permainan sahaja, taktikalnya juga harus bijak. Cantik di luar cantik juga di dalam. Dalam mempamerkan bola sepak yang cantik, ia harus diselarikan juga dengan matlamat permainan. Contohnya bermain bola sepak untuk apa ? Untuk cantik sahaja ke atau untuk mencatat kemenangan ? Jika anda memilih lebih ke arah kemenangan, maka anda faham apa itu gaya bola sepak ke arah realistik.

Tidak salah jika sekali sekala menerapkan taktikal "parking bus". Kalau boleh "parking aeroplane" pun tidak mengapa. Jika menentang lawan yang kerap menguasai bola seperti Barcelona (possession), anda perlu lebih memainkan corak permainan bertahan & serang bila perlu. Jika tidak, bahagian pertahanan akan mudah dibolosi walaupun pasukan anda menyerang hebat mana sekalipun.

Ya memang attractive football menarik untuk ditonton, tetapi kalau endingnya berakhir dengan kekalahan, itu akan menjadi hal yang sia2.

P/S : Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca2 blog kampung chelsea.

Chelsea transfer target 2013/2014

Posted by KampungChelsea On Saturday, June 08, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
1. Raphael Varane (Real Madrid)
2. Fabio Coentrao (Real Madrid)
3. Sami Khedira (Real Madrid)
4. Daniele De Rossi (AS Roma)
5. Marco Van Ginkel (Vitesse)
6. Andre Schurrle (B. Leverkusen)
7. Wesley Sneijder (Galatasaray)
8. Hulk (Zenit)
9. Luke Shaw (Soton)
10. Stefan Jovetic (Fiorentina)
11. Burak Yilmaz (Galatasaray)
12. Robert Lewandowski (B. Dortmund)
13. Mario Gomez (Bayern Munich)
14. Edinson Cavani (Napoli)
15.Wilfried Bony (Vitesse)


Sebenarnya perpindahan pemain ini hampir selesai kerana pihak Schurrle mahupun Leverkusen telah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Chelsea. Dalam syarat itu, Chelsea telah menetapkan harga Schurrle + pinjaman De Bruyne ke BayArena selama satu musim.

Tapi yang menjadi masalahnya De Bruyne berubah fikiran & menolak untuk berpindah ke Leverkusen. De Bruyne hanya berminat untuk dipinjamkan ke kelab finalis Champions League iaitu Borussia Dortmund.

Ginkel (kanan), kiri (Van Aanholt, pemain Chelsea yang dipinjamkan ke Vitesse)

2. Marco van Ginkel would be the first signing of Jose Mourinho's.

Media England menyamakan gaya permainan Van Ginkel ini seperti Lampard. Apa pun perpindahan Ginkel ini hanya akan ditentukan oleh Mourinho sahaja sama ada beliau berminat atau tidak dengan pemain muda itu. Pihak akhbar boleh menceritakan apa sahaja tentang perkara2 rumours namun yang menentukan pemain itu ke dalam skuad hanya pengurus sahaja.


Chelsea mempunyai hubungan baik dengan kelab Vitesse, jadi sebab itu beberapa pemain mereka dikaitkan dengan kelab kita. Cuma bagi pendapat aku, kalau Chelsea nak beli Ginkel ini tak ada masalah walaupun option di bahagian midfield berlambak. Seeloknya beli dulu & kemudian loan kan dia balik ke Vitesse selama semusim. Waktu itu kita tunggu & lihat kemampuannya secara keseluruhan.
 

Bintang sensasi Belanda itu meluahkan hasrat untuk reunion dengan Mourinho.

Kata Sneijder

"I have a great relationship with Jose Mourinho. We have kept in contact since our days at Inter. Does Chelsea need a playmaker? I'm not sure. In football you can never be certain of what will happen next but I'm very happy in Turkey."

Itu yang menjadi persoalannya. Adakah Chelsea memerlukan lagi playmarker sedangkan kita sudah ada Mata & Oscar di posisi itu.

 
4. Napoli claim Chelsea are planning talks about Edinson Cavani


Chelsea berminat dengan Cavani. Ia diakui sendiri oleh Presiden Napoli.


"There is interest from Chelsea in Cavani, they'll call me in the next few hours. If Cavani is sold then I'll reinvest all of the €63million (£53.5m) of his release clause. I'll be delighted if he stays, but if he leaves then he will be adequately replaced."

Aku bersetuju jika Chelsea nak beli Cavani, lagipun dalam skuad Chelsea sekarang ini pun hanya ada dua sahaja penyerang, Ba & Torres. Dua2 itu pun tak konsisten.

Cavani ni top score Serie A & juga ayam tambatan Napoli, jadi perpindahannya memerlukan kos yang tinggi. Takkan Napoli nak letak harga murah dekat bintang Uruguay itu. Mungkin harga dalam 40 juta pound ke atas sahaja yang boleh dibuat perbincangan. Tak lupa bajet yang dinyatakan itu harus bersesuaian dengan peraturan Financial Fair Play (FFP).

Aku suka dengan style permainan Cavani. Kalau tanya Arsene Wenger pun, beliau turut menyukai pemain itu.

Utamakan prestasi bukan reputasi

Posted by KampungChelsea On Friday, June 07, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Walaupun Mourinho telah menjadi pengurus baru Chelsea tapi tak semestinya beliau akan menjamin posisi pemain2 bintang Chelsea seperti Terry, Lampard & Torres.

Kita semua tahu Terry & Lampard mempunyai hubungan yang baik dengan Mourinho ketika era 2004-2007. Selepas Mourinho keluar sekalipun, mereka sering berkomunikasi dengannya. Namun musim lepas di bawah pimpinan Rafa, posisi mereka berdua tergugat terutama sekali Terry yang kerap kali dipinggirkan dalam perlawanan2 penting. Faktornya dua perkara, satu kecederaan & kedua pemain lain yang beraksi lebih menyerlah daripadanya.

Kata Mourinho :

"I am a coach who looks for a meritocracy. Whoever I think is best must play - without looking at status or the past. You play as you train, it is a normal situation. As it was normal for me to leave [Marco] Materazzi, a mythical player at Inter, on the bench. Or like Benitez this year at Chelsea with Terry."

Sisten pengurusan Mourinho ialah meritokrasi iaitu memilih berdasarkan prestasi. Jadi mengikut apa yang beliau katakan itu, pemain hanya akan dipilih berdasarkan prestasi terkini tanpa melihat status atau hubungan pada masa lampau, yakni mana2 pemain yang bekerja keras kat training & menepati sistem yang diterapkan oleh beliau, maka dia akan dapat posisi utama.

Seperti mana yang Mourinho lakukan di Real Madrid dengan meletakkan kapten & legend mereka, Iker Casillas di bangku simpanan.

Itulah yang kita panggil pemilihan berdasarkan prestasi bukan reputasi.

Jadi kesimpulan di sini ialah tidak kira Torres atau pemain mana sekalipun yang menganggap diri mereka star, harus ingat bahawa Mourinho hanya akan memilih pemain itu berdasarkan prestasi & bukannya reputasi. Jika Torres perform teruk, maka serta merta dia akan diletakkan di bangku simpanan. Kita tidak mahu melihat lagi perkara2 yang berlaku pada musim lepas yang mana pemain perform teruk sekalipun tetap diletakkan dalam kesebelasan utama.

Selamat kembali Jose Mourinho

Posted by KampungChelsea On Monday, June 03, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


OFFICIAL : THE SPECIAL ONE IS BACK !

Ya, Jose Mourinho (JM) sudah kembali & semalam beliau secara rasminya dilantik sebagai pengurus baru Chelsea buat kali kedua.

JM telah sain kontrak selama 4 tahun & akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2017. Berdasarkan statement dari laman web rasmi Chelsea :



Chelsea Football Club is delighted to announce the appointment of Jose Mourinho as First Team Manager.
Mourinho has signed a four-year contract and will return to the club where he won two Premier League titles, an FA Cup and two League Cups between 2004 and 2007.

3 tahun bersama JM, Chelsea telah merangkul dua kejuaraan liga, satu Piala Fa & dua Carling Cup. Satu sahaja trofi yang belum dimenanginya bersama The Blues ialah Champions League. Kita menjuarainya bersama RDM namun tidak bersama JM. Mungkin musim depan kita akan menjuarainya lagi, siapa tahu kan ?

Bukan sahaja peminat, pemain & pihak pengurusan Chelsea, malah akhbar2 England turut menanti kepulangan beliau. Mana tidaknya, semalam baru rasmi dilantik sebagai pengurus Chelsea tetapi wartawan2 England sudah sahkan perkara itu pada minggu lepas lagi.

Ini antara ungkapan beliau ketika sesi temu ramah bersama reporter Chelsea :

I enjoy being in different countries, in different football cultures, and I think it's important for my evolution as a manager and a football coach, and Chelsea Football Club got important trophies after that and had important moments in the history of the club. Now we are back together and we are getting together at a great moment for us both, so I think we are ready to marry again and be happy and successful.
I feel myself not just as the Chelsea manager, because this is the first time in my career that I've arrived at a club that I already love. Normally I love the club a couple of years after I am there. Of course I go to a club, I wear the shirt and I feel the shirt with the crest and I give everything I have to do it, but this is the first time where I love it already. To be at the same time a Chelsea fan and a Chelsea manager is a new feeling for me and it's a fantastic feeling.
I've come with a four-year contract so with the age of Eden Hazard, Oscar, David Luiz and these boys, I think it will be good for me to work with them and good for them to work with me. Together we can improve and make a better team than we have now.

Ayat paling best :

I had in my career two great passions, Inter and Chelsea, and Chelsea is more than important for me. It was very, very hard to play against Chelsea and I did it only twice which was not so bad so now I promise exactly the same things I promised in 2004, with this difference which is I'm one of you.

Untuk full interview, kau orang boleh klik sini

 "I asked the boss do you want me back, and the boss asked me do you want to come back, and in a couple of minutes the decision was made."


Seperti biasa, JM akan membawa tiga assistant coach, Rui Faria, Silvino Louro dan Jose Morais. Mereka akan bekerja sama dengan beberapa staf Chelsea yang masih dipertahankan iaitu Steve Holland, Cristophe Lollichon dan Chris Jones. JM pernah mempelawa Aitor Karanka, pembantu kanannya di Real Madrid namun Karanka menolak kerana masih ingin kekal bersama kelab Sepanyol itu.

Press conference pertama JM di Stamford Bridge pada 10 Jun, yakni hari Isnin minggu depan.

Welcome home Jose ! Misi kita selepas ini treble, haha.

P/S : Hohoho Uefa Super Cup 2013, Mourinho vs Pep Guardiola.

Kepulangan The Special One

Posted by KampungChelsea On Monday, June 03, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jose Mourinho bakal diumumkan sebagai pengurus baru Chelsea hari ini, 6 Jun 2013.

Dalam temubual dengan Sky Sports, presiden Real Madrid Forentino Perez mengatakan :

"Mourinho is going to Chelsea,"

"Probably on Monday he will be their new manager.

Kalau tidak hari ini pun, persetujuan di antara Mourinho dengan Chelsea akan tercapai juga setidaknya dalam minggu ini.

Apa pun, welcome home Jose Mourinho.


Isu panas : Jose Mourinho kembali ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Friday, March 02, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
gambar ini diambil dari website mirrorfootball dot co dot uk

Salam Jumaat.

Heboh seketika apabila Jose Mourinho datang ke Kota London, England dua hari lepas. Sudah pasti kita tertanya-tanya adakah kepulangan Jose itu akan menguatkan lagi spekulasi beliau untuk melatih Chelsea balik ?

Jawapannya ada pada aku sekarang ini.

Sebenarnya Jose Mourinho kembali ke England hanya mencari rumah baru untuk keluargnya sahaja dan bukan ada sebab yang lain. Beliau datang bersama dengan isteri dan kakak iparnya. Mereka telah singgah di satu restoran Itali yang bernama Alvaro Maccioni. Kata pemilik restoran tersebut, "Mourinho dan sekeluarga datang cari rumah baru sambil menikmati makanan yang ada di restoran saya."

Marietta, pemilik restoran itu juga seorang peminat Chelsea. Dia juga mengajukan beberapa soalan kepada Jose termasuk soalan seperti ini "Adakah benar anda akan melatih Chelsea balik ?". Tapi sayang, Mourinho mengatakan kepada Marietta yang beliau tidak akan kembali ke Chelsea. Marietta tertunduk kecewa dengan jawapan itu.

Bukan sahaja Marietta, aku juga sangat kecewa dengan respons tersebut. Ye lah, sebagai peminat yang respek dengan zaman pimpinan Jose di Chelsea dulu, tentunya aku mahu melihat beliau kembali melatih skuad kita balik. Lebih-lebih lagi melihatkan prestasi terumbang-ambing Chelsea sekarang ini dan tidak lupa konflik yang berlaku di antara pemain dengan pengurus itu sendiri.

Jose Mourinho ada misi penting di Sepanyol. Beliau bertugas di satu kelab bola sepak terkaya di Sepanyol. Real Madrid ketika ini memimpin liga dengan 10 mata. Jadi sebab itu aku rasa beliau tidak berminat untuk keluar dari Kota Madrid untuk tempoh sekarang ini. Mungkin kita terpaksa menunggu sehingga musim depan kot ? Kot-kot pada waktu itu, AVB tidak lagi menguruskan Chelsea dan Roman bersedia untuk memujuk Jose kembali,hehe.


P/S : Jujur dari sudut hati aku, Mourinho antara pengurus terbaik dalam sejarah kelab bola sepak Chelsea. Jika tidak kerana beliau, aku tidak akan menyokong Chelsea. He always be The Special One. Mourinho mendidik pemain Chelsea seperti anaknya sendiri, sebab itu pemain Chelsea respek dengan beliau. Aku pernah guna gambarnya untuk profile facebook Kampung Chelsea. Suka atau tidak suka, he is the best of the best. Full-stop. AVB ? no komen.

The Special One : My next job will be in England

Posted by KampungChelsea On Wednesday, March 23, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seronok bile berbicara tentang JM especially news yg mengaitkan die bakal kembali semula ke Chelsea.So memetik kate2 terbaru dari JM hari ini, ade beberapa persoalan hangat yang sentiasa bermain di minda aku ketika ini...

"I miss England and my next job will be in England,"

Next job yang dimaksudkan oleh JM di England itu...maybe di London ? going home to Chelsea again ?

JM berkate lagi... "There is unfinished business."

Dan bile JM bercakap mengenai "there is unfinished business" sudah tentu ia merujuk kepada Chelsea.JM seorang manager yang sangat tegas dan mempunyai pendirian yg tetap.Target utama JM ketika di Chelsea ialah memenangi trofi UCL dan target itu sampai sekarang masih belum dilunaskan oleh beliau dan juga Chelsea sendiri.Maybe die rase bersalah kerana meninggalkan Stamford Bridge tanpa menghadiahkan gelaran tersebut kepada Roman & juga fans CFC.So that why he said  "There is unfinished business". It's all about Chelsea.JM will be going Chelsea again n agin. 

Not for MU, not for MC, not for The Gunners kerana JM sudah beberapa kali cakap die tak akan manage kelab yang menjadi rival kpd Chelsea.His soul, his heart only for The Blues.

"My Chelsea time was amazing as a football manager and family man. My family and I enjoyed it so much. We made so many friends here. We still keep in touch, we still come back." (best quote of Jose Mourinho)

Long Live Jose In Madrid.!

Posted by KampungChelsea On Tuesday, June 01, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Semalam Jose tiba di Pejabat Madrid dan die telah diumumkan sebagai manager baru Real Madrid selepas menggantikan Manuel Pellegrini yang dipecat baru2 ini.

Di Itali, Jose sangat benci dengan media Itali.Namun bagaimana pulak dengan media di Spain,Jose?

4 tahun Jose diberi kontrak bersama dengan Real.Di sebelahnya tu, ialah pengarah Jabatan Umum,Jorge Valdano.

In porto, i give first champions league trophy to me & them,second i give to Inter too.So sorry for chelsea fans, i'm only give semi final champions league to you all.But in Madrid, it will be hatrick champions.!!!

Perez : Ape yang ko nak Jose ? Lampard ? Ashley Cole ? Stevie G ? Rooney ? Ibrahimovic ? Aku bagi semua kat ko nanti

Jose :  Hahaha thanks perez...Please don’t call me arrogant, but I’m European champion and I think I’m a special one.


P/S : Harap konvoi Freedom Flotilla kembali selamat dan terlindung daripada ancaman zalim tentera Zionis.

Sebelum & Selepas

Posted by KampungChelsea On Friday, May 28, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BERITA SEBELUM : ( JM sarankan Kaka ke Stamford Bridge )

Bintang Real Money yang tersisih, Kaka sekarang ini sangat diminati oleh CA.Maybe peluang kaka ke kem kite akan berjalan dengan lancar kerana ramai pihak mengatakan posisinya bakal terancam pada season depan.Ceh terancam ? cam spesies hidupan liar yang terancam je kaka ni

Ape yang akan membuatkan posisi kaka berada dalam keadaan yang bahaya ?

Jawapannya ialah Jose Mournho.

Selepas Pellegrini dipecat, Jose Mourinho telah diiktiraf sebagai manager baru Real Money.Kedatangan JM ke real pastinya ada alasan yang tersendiri.JM menegaskan dia akan bersikap tegas dengan semua pemain star di skuad santiago bernabeau tu.

Kaka seolah-olah sukar untuk mendapat kepercayaan di bawah pengurusan JM.Tambah nasi ayam berani lagi, JM menyarankan agar Kaka segera mencari kelab baru yang sesuai dengan jiwa raganya itu.

Tamat berita sebelum.

 BERITA SELEPAS : ( JM mahu Kaka stay plak di Santiago Bernabeau )

JM berfikir balik dengan membatalkan niat murninya itu untuk menjual Kaka ke Chelsea.Dia berharap dia akan dapat bekerjasama dengan Kaka di Real Madrid.Pulak dah...

Kata JM

" Kaka sudah hilang konfiden pada dirinya serta starnya itu.Saya tak de masalah untuk membantunya kembali ke prestasinya yang terbaik"

JM yakin die akan mengembalikan prestasi terbaik Kaka seperti mana yang die telah lakukan kepada Sneijder, Eto & Milito di San Siro.

Ape pulak kata CA & kem kite mengenai perkara ini ?

Tamat berita selepas...

Teka teki aku untuk pembaca posting ini,

Antara berita sebelum & selepas, mane satu yang betul dan mane satu yang salah ? Yang benar2 akan terjadi nanti ?

Edisi Istimewa : Peringatan Kepada Real Money

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 25, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Criter mengenai Jose Mourinho sememangnya tak akan puas,lebih2 lagi blogger chelsea macam aku.Jose Mourinho, antara seorang lelaki yang sangat istimewa bagi aku kerana disebabkan dielah aku tergila-gilakan chelsea.

Ape2pun tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada JM kerana sukses memenangi trofi UCL untuk Inter.Destinasi terbaru pastinya di Real,kan JM ?

JM sekarang ini mengeluarkan peringatan dan amaran yang keras kepada Los Galactiduit.Ape peringatan keras dari JM itu ?

Sila hayati betul2 ape yang diungkapkan oleh JM ini...

"Saya ingin berjumpa dengan mereka secara face to face dan mendengar ape kemahuan mereka yang sebenar.Saya ingin memastikan bahawa semasa saya bekerja di sana, tiada sebarang keraguan dan kebimbangan yang berlaku."

JM menjelaskan lagi

"Inter sekarang ini adalah super star.Mereka juara Eropah.Pesanan saya kepada pemain Real Madrid ialah mereka bukanlah bintang, dan managernyapun bukan bintang.Jika mereka menerima kenyataan dan hakikat ini, mereka akan menjadi seperti PORTO,CHELSEA dan INTER dan kejayaan pasti akan tiba"

Looks,statement of the special one.Terbaik dari ladang.


Amacam Real Madrid ?

P/S : Pesanan aku kepada Arsene Wenger,Alex Ferguson & Fara Benitez, "Sila contohi JM & CA jika korang nak trofi terbaik every season"

Jose Mourinho "The Istimewa Satu"

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di bawah ini antara luahan cetusan hati oleh JM selepas sahaja die membawa Inter menjadi Juara Eropah season ini.Tidak lupa jugak aku sertakan maksud yang tersirat di sebalik cetusan hati dari uncle spesesl kite ini :

"Inter is my house the same way Chelsea is my house. It was difficult to leave Chelsea and difficult to leave Inter. But that's life. That's football. 

Tengok ? Ke mana die pegi, he always talking about kem kite.JM memang still sayang dengan kem kite.Mungkin time die di santiago bernabeu nanti, die pasti tidak lupe untuk berbicara dengan kem kite n inter plak,kan ?

Dalam bola sepak, kite tak boleh stay in that place with so long time wherever we like and love it so much.In football, we must carry on with our career.Yang lame menjadi kenangan terindah, yang baru dijadikan cabaran dan dugaan,right ? Inilah dunia bola sepak.!


Now I have two houses, Stamford Bridge, San Siro and probably a third house, the Santiago Bernabeau."

Third house di Santiago Bernabeau ? Dah boleh nampak ke mana hala tuju die selepas ini...hehehe

"My target now is to win the Champions League with a third club and then come back to England."

Oklah, kesimpulan yang dapat aku buat sekarang ialah game dengan bayern pagi tadi maybe match terakhir JM untuk Inter Milan.Selepas ini, ape yang die akan buat ? go for Real Money ? or back for the blues champions ?

Mari aku cuba ringkas n jawab sedikit persoalan ini,

Di Porto die sukses meraih trofi UCL untuk first time dalam hidupnya, second adalah pagi tadi dan kali ketiga ? Maybe di Real Money.! and then, he back to England again and manage english club.Which english club ?

Lu fikirlah sendiri....

Shhh...The Special One is coming....

Antara Kaka & Jose Mourinho

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Actually tak de mengena ape2pun mengenai JM dengan Kaka.Saje je aku gabungkan 2 news dalam satu posting.Anyway biar aku criterkan melalui transfer news Kaka dulu and then baru JM.

Kem kite seperti biasa sedang berusaha untuk mengambil peluang terbaik membawa Kaka dari Santiago Bernabeu ke stamford Bridge.Berdasarkan news ini juga, CA telah hampir pasti mengesahkan bahawa dia sangat yakin untuk membawa kaka ke kem kite.

Kem kite khabarnya telah menyiapkan tawaran yang besar terhadap Kaka yang nampak kurang bahagia bermain bersama Real Madrid.Untuk pengetahuan korang jugak, CA mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Kaka.

CA dan Kaka pernah bekerjasama di AC Milan dulu.CA sendiri mengatakan dia memerlukan Kaka untuk mengganti tempat Joe Cole dan Deco yang berkemungkinan akan keluar dari kem kite nanti.

CA cukup yakin bahawa RA pasti akan menyiapkan wang sebanyak 40 juta pound untuk mendapatkan bintang Brazil dan bekas pemain terbaik dunia ini ke London Bridge.

P/S : Sebenarnya news2 camni aku dah chuak dah dengar.Every year and every season, kem kite always ade news2 transfer yang hebat tapi tengok ar,last2 habukpun tak dapat.Cmner plak dengan Kun Aguero,jadi beli ke x ?

By the way, tahniah kepada JM & anak buah speselnya tu kerana sukses menjadi champions UCL 2009/2010.Taktik mantap,player super power.Inter memang layak menang dan jadi juara.

Bayern serang tak henti2 tapi langusng tak boleh nak score walaupun satu gol.Tengok sahajalah possesion Bayern pagi tadi,cukup2 baik tapi nak wat camner inter punya defend terbaik dari ladang.Pesanan aku kepada Milito, ko memang striker hebat.2 shoot, 2 gol.Try kalau lu shoot lebih 5/6 kali, konfem inter menang besar,kan ?

Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada JM.Ke mana hala tuju JM selepas ini ? Real Madrid ? Same2 kite fikir sendiri erk.

P/S : Next posting is Jose Mourinho "The Special One"

Internazionaleleh.!

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Milito Hero Of Santiago Bernabeu....Internazionale,memang tangkap leleh habis.! JM Champions.!

Pakar Taktikal Tapi Tidak Mempunyai Seni Bola Sepak

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 22, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bukan aku yang cakap,tapi Robben yang cakap.

"JM is a master of tactical and he is not football art lover.I'm very like my team now that play beautiful football."

Mesti JM akan balas balik komen ini dengan berkata "Wat pe kalau main cantik tapi tak menang.Wat pe kalau main cantik tapi tak boleh trofi.Bola sepak bukanlah sekadar untuk menunjukkan permainan yang cantik sahaja.Yang penting adalah kemenangan dan kemenangan tersebut datang dari hasil titik peluh kita sendiri.Kalau nak main cantik,pi ar main bola tampar kat pantai tu.

P/S : Kepada fans & team arsenal,jangan terase erk....


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png