Lengkap sudah pembelian Azpilicueta dengan yuran perpindahan 7 juta pound.
Azpilicueta atau nama penuh ikut ic Cesar Azpilicueta Tanco ni merupakan pemain muda Sepanyol yang baru berusia 22 tahun.
Selepas Bosingwa keluar, option di bahagian right back berkurangan, jadi sebab itu kita perlukan khidmat Azpilicueta, untuk dijadikan back-up kepada Ivanovic.
"Strong running right back", itulah tanggapan Mata terhadap Azpilicueta. Kita patut rasa bertuah kerana berjaya mendapatkan bekas pemain Marseille ini dengan harga yang murah. 7 juta je beb.
Selepas Torres, Mata & Romeu, kini bertambah seorang lagi pemain Sepanyol. Apa pun selamat maju jaya di Chelsea ye, Azpilicueta.