Showing posts with label malaysia friendly. Show all posts
Showing posts with label malaysia friendly. Show all posts

Malaysia 1 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Monday, July 22, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.

De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.

Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.

Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.

Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.

Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita.


Preview : Chelsea lawan Malaysia

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 21, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak kira anda penyokong Chelsea, MU, Manchester City, Arsenal mahupun Liverpool, jika perlawanan tersebut membabitkan pasukan bola sepak Malaysia, kita harus menyokong skuad negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menunjukkan semangat nasionalisme dengan menyokong skuad Harimau Malaya menentang Chelsea malam ini.

Jadi untuk pertembungan malam ini, harapan aku ada dua. Pertama, semoga ada live di saluran Astro. Kedua, kita nak tengok dua2 pasukan mempamerkan persembahan yang mantap.

Prediction ? Ada yang nak Chelsea kalah, ada yang nak Chelsea menang. Ada juga yang nak perlawanan ini berkesudahan seri. Tapi bagi aku, of course aku nak Malaysia menang. Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Walaupun agak sukar kerana kualiti kedua-dua pasukan berbeza terlalu ketara tetapi tiada perkara yang mustahil. Kalau tak silap aku, masa 13 Mei 1975, Malaysia pernah seri 1-1 dengan Arsenal & dua hari berikutnya menang 2-0 di Stadium Merdeka.

Kalau ditakdirkan Malaysia kalah, biarlah kalah secara bermaruah. Seperti perlawanan persahabatan sebelum ini yang menyaksikan skuad negara hanya tewas tipis 1-0 kepada Chelsea menerusi jaringan abang legend iaitu Didier Drogba.
  

Apa yang beza dua tahun lepas skuad negara dalam perlawanan itu dikendalikan oleh Ong Kim Swee. Ketua jurulatih Harimau Muda itu bijak dalam menyusun line-up. Beliau menggabungkan pemain muda & juga pemain berpengalaman. Taktikal Ong Kim Swee hampir2 berjaya sehinggakan, pemain Chelsea agak sukar untuk menembusi kubu pertahanan Malaysia.

Tapi untuk perlawanan malam in, skuad negara akan dikendalikan oleh K.Rajagopal, seorang jurulatih yang tak habis2 dengan eksperimennya itu.

Apa pun semoga pasukan Harimau Malaya berjaya mencipta kejutan malam ini.

Positif & negatif

Posted by KampungChelsea On Saturday, July 23, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahniah & syabas diucapkan kepada skuad Malaysia kerana dapat mengelak daripada mengalami satu kekalahan besar kepada Chelsea.  Hanya sebiji gol sahaja yg mampu dijaringkan oleh kem Chelsea.Itupun gol yg kontroversi kerana ade pihak mendakwa, gol drogba tidak sepatutnya dikire kerana bolla masih belum melepas garisan.

Actually macam ni lah, aku anggap match ni draw je. Bukan sebab gol tu tidak dikire atau sebaliknya tapi kesungguhan pemain2 skuad malaysia mengekang ancaman dari player yg lebih high & strong dari mereka. Inilah yg aku katakan sejak mule lagi, jika kite bermain dengan bersemangat, hardworking, ape jua benda boleh berlaku di atas padang. Semua tidak expect yg Chelsea mampu score 1 gol sahaja kan ? jangan tipulah... Kesimpulannya, idea dari Ong Kim Swee is brilliant. Die combine kan young + senior player in 1 team dan alternatif itu membuahkan hasil. Pelbagai percubaan demi percubaan dari striker Chelsea mudah sahaja diratah oleh defender Malaysia yg diketuai oleh Norhafiz zamani misbah. Mmg aku tabik habis dengan spirit dari our national team.


Berbalik semula mengenai point utama entri ni, Ape yg pasti trip Chelsea ke Malaysia tahun ni, sedikit sebanyak mencetuskan persepsi positif & negatif. Oklah, aku mule dulu dari aspek positif dulu :

Positif
- Semua tiket habis dijual. 84, ribu tiket sold-out ! Ini petanda yg sangat bagus for our industri promoter. Jika kite boleh menghasilkan jumlah yg sebegini rupa lagi, nescaya pada masa akan datang, kita mampu menarik lebih ramai lagi kelab2 hebat untuk datang ke Malaysia.

- Perfomance hebat dari kedua-dua team. Namun kredit lebih utk skuad Malaysia kerana berjaya mengekang asakan hebat dari para pemain Chelsea yg bertubuh lebih besar dari merea. Malaysia juga hampir2 utk menyamakan kedudukan pada lewat babak permainan tetapi peluang tersebut disia-siakan. Kesungguhan yg dipamerkan oleh skuad malaysia versi Ong Kim Swee telah menarik perhatian AVB. AVB memuji kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias & juga kekentalan bahagian pertahanan skuad Malaysia. Hmmmm, adakah ini petanda bagi kebangkitan skuad negara dalam menghadapi kempen pusingan kelayakan Olimpik London 2012, bulan september nanti ? same2 kite tunggu dan lihat.

Negatif :

Sikap para penyokong
- Dari segi jumlah penyokong tak de masalah. Tapi dari segi attitude, perangai nampak kurang professional & tak matured. Aku merujuk kepada kes di mana ada fans Harimau Malaya mengutuk pemain Chelsea di atas padang. Pemain yg aku maksudkan itu ialah Benayoun. Setiap kali, Benayoun membawa bola, para peminat kite mencemuhnya. Adakah sikap ini wajar dilakukan oleh mereka ? Bagi aku, perbuatan itu tidak relevan. Kenapa kite nak boo Benayoun ? Adakah disebabkan die yahudi ? Berfikir dengan bijak & rasional. Benayoun hanya datang ke negara kite semata-mata mahu perform as a footballer sahaja. Ape salah die ? Kalau nak benci zionis, yahudi sekalipun, jangan kaitkan perkara itu dalam sukan. Sukan adalam perkara umum. Ia tidak mengira usia, bangsa dan agama. Die bukan datang nak bunuh kite or nak pegi bom negara kite, die hanya datang nak melawat negara kite sahaja sambil menghiburkan para peminat Chelsea di Malaysia ? Salah ke ? Jangan kaitkan politik dalam bola sepak.Itu salah beb. That is racist. Kalau nak jadikan sukan bola sepak itu sebagai tempat luahan racist tak tentu hala itu kepada pihak yg berkenaan, baik xpayah minat bola. Anda merosakkan imej negara & sukan bola sepak. Anda sedap je boo die, tapi yg tanggung hukuman nanti, FAM gak.


Kalau cmnilah gayanya cara kite layan tetamu, lepas ni baik xpayah nak invite Chelsea lagi datang ke Malaysia. Orang lain datang nak hiburkan kite, kite plak pegi boo diorg sesuke hati. Ini ke yg dipanggil semangat kesukanan ? Padanlah muke kalau lepas ni dah xde team yg berminat nak melawat ke Malaysia...

Renung2kan & selamat beramal.

Malaysia 0 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Friday, July 22, 2011 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebijik je ? kehkeh. Apepun tahniah Chelsea, syabas malaysia (especially for Ong Kwim Swee & the gangs!)

P/S : Salute for our national defender & also goalie. Kalau tak de diorg, maybe Chelsea boleh menang dengan jumlah gol yg lebih besar.By the way, aku xleh blah tgk gol free kick Drogba tu.Memang kontroversi habis,kahkah.

Preview : Di luar Chelsea, di hati Malaysia

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 21, 2011 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak pakai jersi Chelsea ke Malaysia ? itulah persoalan yg berada di fikiran kite sekarang ni. Ade yang bertanye kepada aku, "bro, lu rase better pakai baju malaysia ke baju Chelsea ?"

Bagi aku, senang je. Nak pakai jersi apepun, terpulang kepada kite sebenarnya.Nak pakai jersi chelseapun boleh, malaysia pun boleh, its up to us. Lagipun ini hanya match friendly, tak perlu nak amik serius sangat. Kena sporting & professional. Walaupun kite lahir di Malaysia, berpijak di bumi tercinta ini namun tak salah nak pakai jersi kelab luar sekalipun. Fizikal Chelsea, di hati Malaysia. Anggap ini sebagai hiburan je. Chelsea bukannya datang ke negara kite tiap2 tahun. So, tak salah nak pakai benda yg kite minat. Tapi jangan terlalu emotional & taksub sudah lah. Bukannya selalu dapat pakai jersi Chelsea time pi Stadium. Nnti lawan singapore, kite pakai jersi skuad negara balik.

Malaysia score kite celebrate, Chelsea score kite celebrate. Easy, right ? Fair & lovely.


Apepun gua tetap support skuad Ong Kim Swee. Die try nak combine kan player olimpik + player senior.For me, itu idea yg sangat bernas & bijak.

Sama ada Chelsea ataupun Malaysia, aku harap kedua-dua pasukan saling mempamerkan entertaining perfomance for the fans.

Malam ni, match start pada jam 8.45 malam.Venue Stadium Bukit Jalil. Prediction ? Kalau 2 tahun lepas, Chelsea menang 2-0, n tahun ni, rasenya...entahlah..Susah nak expect. Kalau dinilai di atas kertas, memang Chelsea akan menang, n scoreline tu maybe lebih dari 3/4 gol. Namun jika skuad Malaysia bermain dengan penuh spirit, maka ape jua benda boleh berlaku. In football, anything can happen. Drawpun boleh jadi. Tapi kalau kalah sekalipun, harap jangan kalah besar sangat. Time lawan Arsenal n Liverpool minggu lepas tu, nampak scoreline agak memalukan wlpn dapat score 2,3 bijik.

Anyway, go go MALAYSIA ! Harimau Malaya Boleh !

also keep the blues flying high,hehe.

P/S : Dengar cite, 85 ribu tiket dah sold out. Wow !

Sesi training skuad Chelsea bermula hari ini !

Posted by KampungChelsea On Tuesday, July 19, 2011 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semalam sampai & hari ni kite training pula. Macam biase, portnya di Bukit Jalil. Tapi kalaulah training kat Kota Bharu, mmg aku lah orang pertama yg akan sampai nanti, kehkeh.

Ade report terkini mengatakan 1000 pas percuma utk menyaksikan kem Chelsea training sudah habis licin.Wow !

So, kepada manusia2 yg bertuah tu, silalah menikmati free pass berkenaan dengan sebaik mungkin.Kerana mungkin itu hanya peluang sekali dalam seumur hidup anda utk melihat sendiri player Chelsea training di muka bumi Malaysia tercinta ini.

Jangan lupe, training start kul 7 petang. Lokasinya sekali lagi aku maklumkan iaitu di Stadium Bukit Jalil. Bukan di Shah Alam erk. Mule2 aku konfius gak, nak training kat Shah Alam ke atau kat Bukit Jalil. N then aku dapat last information dari pihak terbabit melaporkan Chelsea konfem akan berlatih di Bukit Jalil. Ingat, datang awal tu.

Keep the blues flying high.

Chelsea ke, AVB ke, Heliza ke, apepun Malaysia tetap di hati sanubariku ni, chewah...

P/S : Ops lupe nak bagitahu yg our board CFC dahpun sign Thibaut Courtois secara official.

CHELSEA arrived in KL !

Posted by KampungChelsea On Monday, July 18, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kem Chelsea dahpun tiba di Malaysia hari ini. Tadi kul 1 petang, diorang sampai kat Air-port KL.

Full-squad The Blues :

Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Jamal Blackman, Jose Bosingwa, Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, Alex, John Terry, Slobodan Rajkovic, Nathaniel Chalobah, Ashley Cole, Patrick van Aanholt, Ryan Bertrand, John Mikel Obi, Josh McEachran, Frank Lampard, Yossi Benayoun, Billy Clifford, Yury Zhirkov, Florent Malouda, Salomon Kalou, Daniel Sturridge, Nicolas Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres. 

Hanya Ramires & David Luiz sahaja yg tak datang pasal diorng ade misi international duty(copa america)di Argentina. Dengan Brazil yg tersingkir di quarter final pagi tadi, maka diorang boleh lah balik serta berehat di UK pula.

P/S : Esok rasenya sesi training start dalam pukul 7 PM. So, sesape yg dapat pass masuk tu, bleh lah bertolak awal skit erk. Utk game dgn Malaysia, macam biase pada 21 julai.Kire hari khamis ni lah.(malam jumaat.)

Tiket eksklusif untuk pass masuk latihan percuma

Posted by KampungChelsea On Friday, May 20, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kepada semua die hard fan Chelsea, anda juga turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan Abang Torres bersama player chelsea yg lain pada 19 julai.

Tapi untuk mendapat pas percuma tu, anda perlu membeli tiket perlawanan persahabatan antara skuad Malaysia dengan Chelsea di butik Adidas terpilih di seluruh negara yang mula dijual pada hari ni sehingga 29 Mei.

Tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP(first seat) RM388 dengan jumlah yang terhad.

Senang cakap lah, tak semua org boleh dapat free pass utk melihat kem Chelsea berlatih di Stadium Bukit Jalil nanti. It is limited edition. Sapa bayar dulu, die dapatlah erk.

P/S : Bermula pada 30 Mei, tiket juga boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my. Hurry up guys.!


Sedara kite, Jeffri Jeff sudah beli tiket ni, anda bile lagi ?

Tiket Chelsea Tour ke Malaysia dijual pada minggu ini !

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 18, 2011 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti mane yang korang dah tahu, kem Chelsea akan datang ke Malaysia pada 21 Julai nanti utk membuat pre-match tour season.Venue nya macam biase di Stadium Bukit Jalil.

Tiket match tour tersebut mula dijual pada 20 Mei (minggu ini). Korang boleh dapatkannya di gerai2 Adidas yang terpilih.

Kalau nak beli secara online pun boleh, tapi kena tunggu 10 hari yang berikutnya lah beb, which mean 30 Mei.

Kalau yg dah pegi tengok match Chelsea lawan Malaysia 2/3 tahun lepas(kalau tak silap aku time zaman Big Phil) rasenya korang dah tahu kot berape harga satu tiket tu. Ade dalam lebih kurang beratus-ratus ringgit gak.Puluh2 pun ade, tapi kalau nak dapat first class seat, bayar mahallah brader.

First come first serve. Jangan beli lambat, tiket2 special one cmtu mmg cepat habis.Takut ade yg terlopong plak nanti,kehkeh.

Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh klik sini...


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png