Pages

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

22 June 2015

Wajah Baru Blog Puanstoberi

Bagi tepukan sket
Cewah!
Wajah baru blog kata nyer..
Omey tak? Omey tak?

Hihiw.

Ai nekad untuk melakukan transformasi pada blog ai.
Tapi, ai is risau jugak takut ilang cam tempoh hari.
Berbulan lamanya smpai ai buat baru yang ni.
Lalu kehilangan semua follower.
(skrg semua silent follower je dah. Tapi, takpe lah. Aiols menulis bukan kerana follower. Cewah gitu. Aiols menulis utk memberi 'something' kepada orang lain. Samada menjadi rujukan atau pun berkongsi cerita. Gitu).
So, aiols pun google lah. Mana nak carik blog designer nih.
Ai mmg google yer. Tak ambik testimoni orang.
Sbb ai pernah lah buat, tgk orang yang pernah buat dgn dia, testimoni cam best, tp bila ai buat, eh, end result tidak memuaskan sepenuhnya.
Lain orang lain taste kan.
Jadi, kita carik sendiri.
Jumpa lah 2,3.

Mostly sbb yang buat pun muda muda, jadi dia cam ala ala remaja jadi themenya.
Ai takmo camtu. Dah kertu2 ni takmo la byk sgt graphic2, lagi apa nama tu doodle. Ha, doodle bagai tu kan. Ai nak ala ala matang, tapi tetap cute. Kahhh.. mengada sangat kan.
Takde la. Lain orang lain taste. 

Ai tgk adik ni buleh buat. Ai go thro' hampir ke semua portfolio beliau.
Haaaa... 
Dan ai puas hati. Ai pilih dia.
Dan jadik lah sebegini.




Ai pun takde nak rushing2 sgt. So, ai biarkan je dia buat. Pastu tak perasan pun dia dah buat. Bila refresh komen tgk ada orang komen kata blog dah lain. Eh, trus lelaju ai view blog. 
Wah. Akak suka.. akak suka.

Tgk blog berwajah baru terus tak depressed. Haha ( Masa tu kan entry latest kan berkaitan dgn depressed lah apa lah).

Okeh. Ai tempah kat siapa?
Ai tempah kat adik ni
MaisarahSidi.com
Klik link tu, akan membawa kepada portfolio adik nih.

Banyak dah orang tempah kat dia.
Dia ada memacam pakej. Dr simple sampai lah yg memacam ada.
Ai amik pakej 3.
Dan ini link portfolio utk blog ni 
Tapi, adik ni ingat aiols sker kaler merah. Tak la Sarah, akk mmg suka strawberry, tapi takde la suka merah sgt. Akak suker purple. Tapi, takkan nak letak background purple kan. Sangat lah tidak sesuai. Haha. Merah pun okay. Yang ni mmg sukalah!

Dah siap tu dia tanya, akak nak chat box?
Hihi.
Tapi, ai taknak. Malas lah. Dah kertu2 ni takyah la kot chat box bagai nih.
Blog puanstoberi dah ada banner skrg.
Aww.

Pastu dah ada ruangan "+follow" and "dashboard" atas sekali.
Cuma, Sarah kata nanti kat sidebar tu kurangkan sket sbb dah meleret ke bawah. Jadi, lambat loading.
Okeh, yg tu nanti akak alter sendiri yerp.

Best.
Ai puas hati.
Jadi, sapa nak tempah kat sarah ni lelaju contact ke dia okeh.

23 January 2015

Blog Lama Dah Unlock

Ini memang pening.
Haiya..
Sudah seronok2 dalam url baru, tetiba dia unlock pula blog lama tu.
Semalam la baru perasan.
Eh, tetiba dah unlock.
Setahun okeh blog ter lock.
Taktau apsal. Katanya ada cam link yang ada virus.
Susah payah sedaya upaya aku (dgn bantuan adik IT) aku tu mem-back up.
Giler kau taknak back up. Banyak giler dah entry.
Banyak giler dah cerita.
Jadi, masa tu back up punya back up, dapat diselamatkan.
Tapi, mmg makan sehari suntuk lah blog tu di back up.
Entry2 lama dapat diselamatkan, komen semua pun ada.
Tapi, follower apa semua habis.
Tak silap aku, tgh dok back up tu trip plak. Mujur lah dah nak hampir siap.
Tu yang tak jadi sgt proses mem back up tu.

Jadi, skrg, blogger dah unlock.
Proses unlock ni pun aku tak tahu lah depa wat cemna.
Yang pasti semua link kat side bar tu aku delete.
Sbb mungkin ada salah satu nya datang dari situ.
Masa tu aku dah pasrah dah sbb mungkin juga dari link2 lain yang ada kat entry. Tapi, ada beribu entry kot, mana kita tahu yang mana satu kan.
Pastu aku suspect juga gambar yang aku direct link dari instagram.
Tapi, mungkin tak.
Cuma, sbg langkah berjaga jaga now aku dah terus amik gmbr direct dari instagram. Aku save then baru upload.

Yang best dgn url baru adalah - qouta gambar aku kembali jadi banyak.
Jadi, buleh je lah upload gambar lagi kan.

Jadi, aku decide, aku terus menulis kat sini lah.
Kat situ skrg ni view dah 500ribu lebih. Kat sini baru 50k lebih.
Kalau tak lock mesti dah cecah hampir 600ribu viewer kot.

Eh. Galak la pulak. Orang lain dah viewer juta juta kot.
Takpe lah. Tak kesah lah. At least, aku nak, orang masuk blog aku ni dapat faedah. Buleh jadikan rujukan. 


So, itu lah. Makanya, blog yang unlock tu, kita biarkan lah situ.
Aku decide terus kat sini je lah. Sbb entry tahun 2014 pun semua dah ada sini.

Kut kalau nak buat entry kat sana, buat lah.
Tapi, rasa cam tak la kot.
Stay sini je. Bakpe nak kejap sana, kejap sini.

Cukup lah ada kebun stoberi ini dan sebijik lagi rumah "single storey taman TTC" tu. Itu pun tak ter manage. Hihi.

Oraits. Happy weekend peeps!


22 October 2013

Saya Nak Bagi Tahu. Saya Bukan Robot.

Adui. Saya akui, kadang kala saya jarang drop komen kat blog orang.
Tapi, kadang kala, kalau free, saya akan drop komen.
Tapi...
Terbantut hajat nak drop komen kalau napak design yang canggih cam gini
Dah kenapa keluar gmbr saluran elektrik pulak????
Adui.
Kau mampu baca gambar tu. Jenuh aku pikir apa perkataan nih. Rupa rupanya kena abaikan gambar tu. Cuma taip je perkataan. Tapi.. ahhh... susah lah ada menda nih. 

Please prove you're not a robot.
Yer. Saya bukan robot.

Dah pernah buat entry ni dulu.
Tapi, masih ada juga yg suruh prove samada kita robot atau bukan.

Huhuhu (T____T)
Nangis ni. Saya bukan robot. Bukannn.

Mungkin. Anda mmg nak show word verification sebelum orang komen.
Yg ni mmg tak boleh buat apa lah kan. Terpaksa redho kekdahnya.
Tapi. Mungkin. 
Mungkin anda tak sedar bahawasanya blog anda perlu verifikasi dari robot.

Dari itu, sekiranya anda tahu memang takde robot yang baca blog anda, dan tak komen di blog anda, sila la periksa. Caranya :
Settings---> Post & Comment -----> show word verification ----> klik lah pada NO.

Sekiranya masih buntu. Ini lah gaya muka bentuk keadaannya. 


Jgn risau. Sekiranya anda takut mak enon (anonymous) yang komen, dan anda perlu meng approved komen dulu, itu tak mengapa.

Anda boleh pilih mana satu pilihan di ruangan 'who can comment'. Pilih lah selain dari anyone itu

Jadi, please.
Robot tak baca blog anda. Mungkin.
Tapi saya, seorang manusia yang baca. Dan tak perlu prove kot.

Serabut perut tetiba nak komen ada gambo saluran elektrik tu.
Seriyes.

7 October 2013

Tak Baca Entry, Tapi Terus Komen

Tahu lah entry aku mostly panjang. Tahu lah entry aku tak menarik utk dibaca. Tahu lah aku banyak membebel entah apa apa.
Tapi kot yer pun malas nak baca, tp jangan lah nampak sgt yg awak tak baca entry tu tapi terus komen.
Nanti memalukan diri pula. Hihihi. Hihihi.
Contoh macam ada entry aku yg berjela tulis pasal buat laporoskopi. Penat ni mengarang berhari-hari. Nak bagi semua orang faham cerita tu. Tup2 kuar komen 'hai..gi mana bercuti?'
Aku dah cam what...? Taktau nak bagi reaction cemna. Dah la time tu aku baru lps operation. Nak gelak pun tak boleh..kang mau terbukak balik gam perut aku ni kang... dah satu hal terburai isi perut plak. Adooiiii.. nape buat ahkak camni dik...?  Nangessss.....


Lenkali kan.. tips dia, kalau malas baca, tp nak jugak komen. Jangan nampak sgt tak baca. Kau baca tengah je... pastu kau komen la cerita dia kat tetgh tu. Sbb kalau kau baca entry atas saja, dan komen - napak sgt baca atas je. Kalau amik yg bawah je pun - nampak sgt terus jump kat bawah. Jadi, amik tetgh. Tapi, yg ni pun bahaya. Mungkin tetiba kau tanya - sedap nampak makanan ni, kat mana? Rupanya dia dah tulis tempat tu. Malu sekali lagiiii.... Tapi nak senang, takyah komen lah kalau malas baca. Takpe.. aku rasa takde orang yg kebulur komen nih. Penulis mahukan pembaca mendapat manfaat dari apa yg ditulis dari komen. Quality much better then quantity.  Ke ada orang kebulur komen? Org tak baca pun takpe, asal drop comment. Tak tau la plak aku ada kalau ada manusia camtu. Lagi kesian kot. Menulis kerana komen. Hahahaha.

Tu satu hal lah.
Satu hal lagi, komen yg sama pada blog orang lelain. Aiyarkkk...  Ini bukan aku je yg perasan yer. Ramai yg perasan. Sbb aku ada tulis kat fb citer camni gak. Dan ramai yg reply komen mereka perasan (tp ada yg anggap aku marah masa tulis status kat FB tu. Hurmmm... demi Allah, aku tak marah pun.. tp terpulang lah.. tulisan kan.. camna nak gitau body gesture yg kita ceria je masa menulis tu). Tapi, tak kesah lah. Lantak lah nak anggap apa pun. Persoalannya, kenapa buat camtu??
Kenapa? kenapa? kenapa??


Kalo blog aku ni simple je. Blog orang lain aku tak tahu. Entry aku mmg panjang. Dan aku tak kesah ada orang nak baca ke tak ke, nak komen ke tak ke. Ada orang baca, Alhamdulillah...ada jugak sudi baca. Ada yg komen pun, Alhamdulilllah... ada jugak nak 'layan' aku 'bercakap'. Tapi, jangan la sampai tak baca, tup2 komen. Ghajin angattt kann... Buat masa ni aku tak approved komen tu. Aku simpannnnn je. Mmg ada 2,3 komen yg sama je. Dan yang pasti sepatah je perkataan dia. Hikhikhikhik.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih la jugak . Sbb hamba Allah ni menyumbang kepada peningkatan visitor yg masuk blog ni. At least.. dia dah bantu Nuffnang bergerak sket. Aku up je entry berdesup dia masuk dan komen. Hai.. besar juga sumbangannya tu. Jadi, acik putuskan, tak kesah lah.. terus je lah komen ye nak.... walau tak baca.. takpe.. takpe.. acik oke... betul.... tak tipu. Tp komen2 tu acik simpan dulu yea. Nanti2 acik approved. Okay???

All pic kredit to : http://www.reactionface.info/face

4 October 2013

Terima Kasih Semua

terima kasih follower
Google

Kepada semua yg follow dan sudi baca blog ni, Terima Kasih.
Semoga ada yg boleh di jadikan manfaat dari entry yg di buat.
Walau kadang entry merapu dan membebel sahaja.

Dulu,
Sy ada buat segmen menghargai follower. Tup2 terhenti plak.
Ye lah, dalam segmen tu sy akan bagi something (cenderahat), jd mungkin komitmen nak bagi cenderamata tu yg buat jadi ter stop. Tapi, rasa cam nak buat balik plak. 

Ada 4 orang saya dah buat dulu. Ada dalam label - edisi menghargai follower
Saya buat review serba sket (semestinya bukan review mengenai blog mereka - siapa lah saya nak me review blog orang kan, tp serba sedikit perihal persahabatan, perkenalan saya dengan mereka) dan lepas tu saya akan susul dengan cenderahati sebagai tanda persahabatan :)

Dan,
pada yg baru follow blog ni, tapi saya belum follow balik, jgn marah plak ye. Nanti saya masuk, baca dan follow. 
Pada rakan 'sekasut' (TTC'ians), saya dah masukkan dalam bloglist kawan2 di blog sebelah. Pada mereka  ini jugak berbanyak terima kasih saya ucapkan kerana letakkan blog saya dalam bloglist. Kalau blog puanstoberi ni, tak banyak sgt cerita pasal TTC, jd bila saya tgk list ada yg kategorikan blog ni sbg blog TTC, saya rasa satu penghargaan jugak la tapi pada masa yg sama serba salah. Sbb takde sgt cerita TTC. Tapi, takpe.. apa pun saya hargainya. Saya sebenarnya bukan taknak bercerita kat blog sini, tapi, tak semua memahami apa kita rasa. Saya (dan majoriti TTC'ian) bukan hanya perlukan kata-kata 'bersabarlah', kerana Insyaallah, setiap kami ada sifat sabar (yg mana kami sendiri pun tak tahu ianya ada). Sbb kalau tulis saja berkenaan TTC, perkataan sabar tu bagai isi dan kuku pula. Jadi, sebelum mengguris hati memana pihak, elok lah cerita TTC diletakkan di blog sepatutnya. Jadi, pada TTC'ian yang nak baca cerita penuh perihal journey TTC saya boleh lah ke blog sebelah.

So, itu saja lah utk petang ni.
Nak ucap TERIMA KASIH
Terima kasih, sudi follow.
Terima kasih, sudi komen.
Terima kasih, sudi baca.

(oh. Saya ada cerita menarik berkaitan komen dan baca ni. Tggu ya... bebila saya buat entry dan publish. Hahahhahaha)
cute cat
google

10 May 2013

Blogbuster Campaign

I'm sure korang pun dpt kan assignment utk buat blogbuster campaign nih.
Korang tak mo buat kah?
Tapi cam susah sket kan sbb dia nak suh buat video.
Jadi, tu yg bertangguh tangguh.
Satu mmg cam segan je nak rekod video nih (the reason kenapa aku tak bukak akaun keek).
Satu lagi kena carik idea segala.

Dia mmg hantar tetiap mggu eh asaimen nih?
Huhu.
Yg mggu lps nyer dah terlepas sbb suppose antar ari ni.
Takde idea lor. Pastu cam terburu2 kan minggu ni.

Pastu mggu ni punya task cam sempoi sket.
Carik idea dulu.
Kalo dah dpt, assistant ai akan bantu rekodkan.
Cewah. Siap ada assistant tu.
Tapi oke gak la blogbuster ni kan.
Video yg kita buat, akan di iklankan dlm blog kita sendiri and dpt gak la tambah duit Nuffnang setiap kali orang view video tu. Menarik la sbb ada memacam video kita buleh tgk kt blog orang2 lain jugak. Huhu.

Tapi segan pun ada. Ngeee.
Takpe. Kita cuba 2nd asaimen ni plak. Ngehngehngeh. :P

26 September 2012

Edisi Nuffnang X

Tetiba aku sudah berdaftar NuffnangX.
Motip?
Entah. Dalam kesibukan smlm tu sempat gak explore apa ke benda mendalah Nuffnang X ni.
Rerupanya dia cam link dgn blog kita. So, kalo nak balas komen ke apa ke buleh terus bukak Nuffnang X. If kita bukak kat hphone senang la nih.
Juga, boleh follow blog orang lain seme lah dlm tu.

Ini contoh newsfeed blog aku sendiri dlm Nuffnang X.
Dan bila dah set dgn Nuffnang X ni, rupanya ruangan komen kat entry pun dah jadi lain.
Korang jgn terkezut plak tetiba cam lain aku nyer ruangan komen tu.
Buleh je, komen cam biasa yer.

Tp kalo taknak komen camni appear dlm blog pun buleh kot.
Just tukar kat setting.
Amik je verify my blog only.
Aku pun blum sempat explore sepenuhnya. Tggu lah weekend nati utk aku letakkan blog2 aku follow. Mudah, sesambil dlm kelas boring2 tu leh reply komen. Hikhik :D

26 June 2012

Happy Blogging!


Yang mana bes??

Orang follow kita tapi tak masuk baca pun.
Atau
Orang tak follow, tp mereka ini adalah silent reader yang setia?

*wink.wink*

Aku follow sbb aku suka.
Dan kalo tak follow pun bukan bermaksud tak suka.
Sbb ada jer yg aku jadi Silent Reader.
At least, kalo SR tu, masuk kuar blog kita maka bertambah gak view.
Dari beratus ratus malah beribu follower pun bkn seme tu pun masuk baca.
Kalo baca pun, baca tajuk je. Lps tu komen menda yg dah tertulis jawapan nya kat entry (tak baca lew tewwww.... trus je jump kat komen... no no no... kantoi oke kalo buat camtu..)

Aku pun tak pernah sekali pun memaksa orang follow back. Samada FB ke, twitter ke instagram ke.
Jadi, aku harap ianya 'vice versa' jugak.

Lagi tulis camni
kredit : Here
kredit : Here
Lagi aku tak buat kang. Huhu.

Tapi ai takde hal lah. U nak follow, follow lah. Taknak pun takpe. Nak jadi SR pun takpe. Nak drop komen pun oke, taknak pun takde hal.

Yg penting kita
kredit : Here

25 June 2012

Iklan Merah Di Kebun Stoberi

Salu tau dapat iklan merah.
Retu hotlink.

Skang ada CIMB,
ngan CocaCola plak.


Sesuai. Mak sokak nokss...

Haha. Iklan singgah kejap tu.
Bukan BE agaknya.
Tah. Dah lama kot aku tak check BE ke ME ke apa seme tu.
Lantak kan situ. Ada adalah, takde pun tidak mengapalah :)

21 June 2012

Cikstoberi Would Like To Know

Nak tuko soklan survey.
Lama dah kot letak soklan ni.

Mari kita tgk resultnya.
Soklan pertama "entry menarik minat"

Oh. Maknanya ramai yg sker kalo cikstoberi bebel2 pasal cuti cuti cinta. Pastu pasal family sket je. Dan pasal keja takde langsung. Oke, gud. Pnstoberi pun tak berapa gemar nak cakap pasal keja. Tp kalo environment keja tu ada la gak kan. In fact, maybe ada yg tatau pun kut saya keja mana *ni bajet poyo namanya ni, padahal smlm baru iklankan suh orang datang promosi. Mengong! Hoho*
Pasal family tu, mmg aku pun tak berapa nak suker citer. Sbb rasa cam family nyer citer agak privacy. Tak seme kut leh di reveal dlm blog ni. Tp tak bermaksud la aku tak punya one happy family. Cuma, mmg jarang2 nak exposed kan dlm ni. Setengahnya, ada yg perlu disimpan utk diri sendiri :)

Eh. 81+18 baru 99% mana lagi 1%???

Lagi, 

Napaknya orang sker kalo entry pendek2. Tapi... being pnstoberi... skali dia menaip, mana leh pependek. Haha. Jadi, akur ya.

Last skali.

Majoriti sker kalo update setiap hari. Hihi.
Itu takpe.. mmg minat saya, jadi Insyaallah...mmg ada la setiap hari. Cuma nak maintain lebih dari 2 entry tu mungkin susah sket.

Haaa.... cam gud2 je kan aku dok buat analisis pool ni. Cam la ramai nau yg jawab, ye dok??
Haha. Haha.


Nak tau berapa??

Ni ha...


Kihkihkih. 22 orang je kot. Tu pun nak heboh. *sorang tu adalah aku, maksudnya pembaca adalah 21 orang ja* Hahahaha.

Kbai!

1 June 2012

Edisi Kebetulan Lagi : Tajuk Entry

Aku sker je captured memenda camni. Entah. Aku rasa cam, eh.... cena derang leh tajuk yg sama, leh letak gmbr lebih kurang sama. Selalu lak tu berlaku kan.

Kali ni tajuk mmg sebijik seketui sama.
HSG. Berselang sejam derang nyer entry.

Dedua ni mmg TTCian.
Bes plak aku rasa tgk ada kebetulan cemni.

Sorang tu dgn story dia dah pegi  buat HSG.
Sorang lagi tu pulak nak tnya perasaan buat HSG.

HSG tu apa?
HSG adalah singkatan : Hysterosalpingogram
*tau la korang tau, kut la ada yg tatau, ye dok...??? (-_-")

30 May 2012

Wordless Wednesday : 147147

Screen-cap nombor yg cam bes je.
147147 pageviews (nak capture 141279 retu tak dpt)
1890 post (ni ada termasuk draft post nih)
552 follower

18 May 2012

Edisi Hotlink Kaler Merah

Haha. Hotlink mmg la kaler merah pun. Manade kaler biru. Tu dah jadi lain.
Takde keja. Gi screencap blog sendiri.
Haha.

Bukan per.
Napak iklan Hotlink kaler merah itu sesuai plak dgn kebun stoberi ini.
Saja aku printscreen sbb tgk cam eh, sesuai pulak beliau tu disitu.

Tatau BE atau iklan biasa yg tumpang singgah kejap.
Malas nak tgk. Sbb rasa cam bukan BE.
Ada la seketul BE skang ni. Kalo BE tu tamat mmg boleh cash out dah.

Settle.

p/s :
# Esuk ada Karnival Jom Masuk UM. Harap2 bersemangat nak pegi (。◕‿◕。)

## Mlm ni Insyaallah nak tgk wayang. Citer What to Expect When You're Expecting. Maklum la..masih tak mengandung ngandung lagi, tgk citer orang mengandung pun jadi lah....

9 April 2012

Terlewat 3 Hari Dan Out Of Space

Sebelum berciter pasal lewat 3 hari tu, meh tgk apa yg Out Of Space.
Mendalah ni dah kuar dari last week. Ada dlm entry mana tah aku bebel2 kata gmbr tak buleh upload sbb da limit. Ada 2 org tanya apa yg aku katakan pasal over limit tu. Ni la pasalnya.
Halus plak dah. Klik kasik besau. Yer. Incik blogger kata suh beli kalo nak lagi space.

Tp idak la aku nak beli. Pe kes plak kan.
Maka, tambah saja author. Skang ni aku pakai author lain lah ni.
Mmg agak melecehkan la.
Last week, time dia kuar warning ni aku guna gak author baru. Tp lelama dia oke. Bleh je upload. Ni dia jadi balik. 

So, itu lah halnya. Adoi. Mana la aku byk upload gmbr. Pun idak la besau2. Seme halus je. Bleh lak da limit. 

Oke, skang apa yg lewat 3 hari?
Huhu.

Kalo 3 hari lepas, sure aku leh capture 'we have been married for 3 years, 3 months, 3 weeks & 3 days'. Jadi 3,3,3,3. Hihihiks.

Emmm. Da masuk tahun keempat. Takpelah, yakin dan percaya Allah dah tentukan yg terbaik untuk hambaNya :)

6 March 2012

Perihal Sama Tapi Tak Serupa

Pagi ni tgk sesuatu yg 'bes' kat dashboard blog aku.
Tajuk yg sama tu mmg salu la dpt kan.
Tp kali ni ter dapat gambar yg lebih kurang sama tapi tak serupa.


Alahai...comel sgt dedua.

Dedua pun senyum dan ketawa.

Berharap satu hari nanti aku pun bleh letakkan gambar camtu dan org lain plak tgk kat dashboard dia.

Tuanpunya blog :
a) Izan
b) Phat - dia ni satu tpt keja ngan aku, tp dia kat Pahang sanun. Baru je jumpa blog beliau lps balik course tu ari huhu.

27 February 2012

Perihal Cemna Boleh Jadi Spam


Ruangan komen ada 3.
Published.
Awaiting Moderation.
dan juga
Spam.

Tapi yang memelikkan aku adalah.
Kenapa bleh ada komen ke spam ni (rujukan : gmbr atas)
Kat ruangan spam, mmg jarang-jarang aku bukak.
Skali kau.
Haa..... ada 16 komen dalam kotak spam tu.
Sejak dari thn lps pun ada.
Agaknya ada yg igt aku delete komen2 derang.
Padahal yg ter masuk dlm spam tu adalah org yg biasa komen je pun.
Apahey ke pulaknya dia jadi spam??

Motip????


16 February 2012

Yes, I'm Not Robot :)

Skang kan kat word verification tu dia ada tulis gini
"please prove you're not a robot"
Huhu.

Yer, saya bukan robot incik. Saya manusia, sbb tu saya bleh komen. Aaaaaaaa.
Dulu word verification ni satu word je.
Contoh 'nenek', ataupun 'makan'.
Ada sekali tu cam nama aku pun ada kluar. Haha.
Sokay la kut satu word.

Hari ni cam rajin nak drop2 komen kat blog cayang-cayang.
Tp cam alamak....word verification da jadi 2 words. Lately ni la kot. Aku pun tak pasan *napak nau tak rajin drop komen, eh, komen la, tp blog tu takde word verify ni'

Susah2 lak tu 2nd word dia tu. 
Maklum la...org ada kedut kedut di mata ni mmg camni la.
Rabun2 gitu. Haha.

Contoh cam ni la.



Yg some tu tak kesah. Yg 2nd word tu. Adoiiii...
Tgk huruf m tu cam n pun ada, ke r sambung ngan n ke.

Takpe, aku takde la nak suh org yg buat setting ada word verification buang setting ni. Takpe, memasing ada pendapat memasing kenapa ada word verification ni.
Tapi, kalo aku tak berapa nak drop komen tu, tau la pasal apa kan.
Aku trus komen kat FB je la yer. Maklum ler mata acik da tak berapa nak clear.
Sobsss..... (T____T)

Perihal Audience Dunia PuanStoberi

Saja gatai nak screen cap utk minggu ni. *takde idea nak buat entry la ni*
Dari 9 Feb sehingga ke 16hb (hari ni lah).

Tentu2 lah audience dari Malaysia paling byk kan.
Tp dari US pun ada uols. Haha. Kedua tertinggi lak tu. Ada la 97 audience.  Ni mesti "ter" lalu je ni or spam apa tah tu. Haha.
Tp yg Algeria tu mmg diperakui. Aku tau la sapa kat sana tu.
*Hai Che Sue*  smbil lambai2 tgn kepada beliau.

So, ramai yg view guna Chrome. That's much better, sbb blog aku ni lebih mudah di view dgn Google Chrome berbanding Firefox. Tp Firefox pun oke. Tp kalo IE, aku sendiri menyampah. Tetiba cam berat je blog.

And mmg ramai la guna windows kan kalo PC biasa nih.
Diikuti oleh Android. Ramai pengguna smartphone skang ni kan kekdahnya.
Android ler. Mostly pun dtg dari aku gamaknya. *sambil nyanyi lagu Aku Bukan Android... aku bukan android* - lagu yg agak annoying pada mulanya. Tp ter nyanyi gak kengkadang. Choii...

Tp kalo aku view thru myS2 tu, tak puas kadang tu. Lelebih lagi kalo blog yg tak set kan mobile templete tu. Jadi, utk memudahkan mobile viewer, harapnya dpt la 'pemblog-pemblog' membuat mobile templete juga. Mudah oh nak tgk. Maklum ler, ai tak pakai tab mahupun ipad. Maka tgk cinonet je kalo takde templete mobile tu. Jenuh nak scroll kasik beso, tp kadang ter beso sgt plak. Hehe.

Aku ada buat entry tu ari utk set kan mobile templete tu.
Kut sapa maleh nak godek2, leh tgk kat entry tu.

*terus menyanyi Aku bukan android, aku bukan android.
*Akhirnya, Alhamdulillah, melawat juga BEliau ke kebun stoberi ni. Thanks NN for Friso Gold. Lawat la lelama sket yer. BEliau yg pertama setelah mengcash out tu ari. Err... cheque tu pun lum di cash kan lagi. Tatau nak beli apa, nak kasik 'nampak' sket hasilnya tu. Huhu.

4 February 2012

Yang Ke Seratus Ribu

Hahai. Masih tak abis bercerita perihal seratus ribu dia tu.
Org da berjuta pun tak kecoh camni kan.
Haha.

Oke lah. Sebenarnya ada yg meng emel.
Luckily, org nya mmg aku kenali. Mmg aku penah jumpa pun.
Suka sgt.

Tapi dia takde blog.
Dan dia jauh nun di Labuan sanun.

Dgn nama pena di alam maya Carmello, dia la berjaya meng screen capture kan pageviews 100,000.

Tahniah Elina.
Nati kita berurusan di emel ya utk urusan adiah.
Retu dulu adiah tak smpai.
Mungkin akak bagi bila Elina balik KL.
Otherwise akak ke Labuan.
Eh....??

3 February 2012

Akhirnya Seratus Ribu


Akhirnya... 
Pageview seratus ribu pada jam lebih kurang 10 malam, 3 Februari 2012.

Jenuh aku refresh kat dashboard. Igt aku la yg leh printscreen 100,000 tu.
Tup2 aku pun terlepas. Haha.
Tp aku tak main tipu la duk refresh kat blog.
Aku refresh kat dashboard cuma.
Tatau la samada ada yg berjaya ke tak meng-screen capture kan.
Tp aku berjaya screen cap pada dashboard lah.
Jadi lah.. buat kenang-kenangan.

So, sapa la, kut ada yg terdapat,
emel le ke saya. Jgn memalu. Mmg saya nak bagi adiah pada yg dapat tu.
Tp if takde, saya carry forward la adiah tu utk yg lain pula.
Bln 2 ni ada memacam date istimewa.
Mungkin bleh dishare kan bersama nati.


Oh, masa aku buat entry Mencari Pengunjung Ke Seratus Ribu org igt cam aku nak cari follower ke 100ribu lak. Haih..na mungkin he.. na mungkin.... nak cecah seribu pun cam bila zaman, apatah lagi follower ke 100ribu. Ini cuma pengunjung. Yg datang dan pergi ke kebun stoberi nih. Mekasih la kerana sudi jenguk jenguk, masuk masuk sini. Mungkin ada yg meke carik dan mungkin juga tiada. Apa pun, terima kasih semua :).

*Sedey niehh... UV da konsisten... BE apsal tak berkunjung nieh... dulu UV suam suam kuku pun dia sudi gak berkunjung.. adehh... skali cash out terus tak singgah dah BEliau ye.. takpe lah..sabo je yer..nenati ada la tu.. sobsss....

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign