assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
Showing posts with label petua dapor. Show all posts
Showing posts with label petua dapor. Show all posts
TELUR TAHAN LAMA
TELUR TAHAN LAMA
-}bersihkan kesemua telur.lapkan sehingga kering.kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.nescaya telur tahan lama.
-}susunkan telur secara menongggeng(yang runcing dibawah)agar lebih tahan lama
MEMBERSIHKAN SOTONG
Membersihkan Sotong
Masukkan sotong tersebut dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Kemudian anda akan mendapati bahawa kulit sotong menjadi lekang dan senang dicuci serta baunya juga hilang.
Membuang Kulit Sotong
- Rendamkan suratkhabar lama bersama-sama dengan sotong.
- Kemudian, ramaskan suratkhabar pada badan sotong. Pasti kulitnya mudah keluar dan sedia untuk dicuci.
TEMPOYAK
Membuat
Tempoyak
- Pilih durian yang masak dengan keadaannya baik.
- Hancurkan isinya dengan menggunakan sudu.
- Gaulkan dengan sedikit garam dan gula.
- Simpan tempoyak di dalam bekas yang bertutup.
Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...
MENGHALAU SEMUT
Menghalau Semut
- Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat
yang selalu dikerumuni semut.
- Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di
tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
- Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama
di tempat gula dan susu.
- Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
HILANGKAN HANYIR IKAN SUNGAI
Hilangkan Hanyir Ikan Sungai
- Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
- Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa
IKAN SEGAR WALAU DISIMPAN LAMA
Ikan Segar Walau Disimpan Lama
- Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan lebih seminggu dalam peti sejuk.
- Setelah ikan di siang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit garam. Selepas itu cucilah dengan air. Masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
MELAZATKAN IKAN BEKU
Melazatkan Ikan Beku
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan
Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah: rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan
CARA SIMPAN IKAN TANPA PETI SEJUK
CARA SIMPAN IKAN TANPA PETI SEJUK
Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di
rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk
sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari.
Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan
sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.
MEMBERSIHKAN LESUNG BATU
MEMBERSIHKAN LESUNG BATU
lesung batu yang baru dibeli selalunya berpasir. Cara Untuk menghilangkannya ialah dengan menumbuk dahulu dengan hampas kelapa. Setelah itu, basuhkan dengan air. lesung batu ini pasti tidak berpasir bila digunakan semula.
MASAKAN TERMASIN!!!!!!!
MASAKAN TERMASIN
untuk mengatasi masalah ini cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini:-
untuk mengatasi masalah ini cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini:-
- Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
- Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
HILANGKAN BAU HANYIR PETI SEJUK
BAGI MENGHILANGKAN PETI SEJUK YANG BERBAU HAPAK!!
-}anda hanya memerlukan kapas dan air mawar.
-}letakkan kapas dalam piring dan tuang air mawar kedalamnya
-}simpan didalam peti sejuk dan tukar air mawar setiap 3 hari
-}peti sejuk anda akan berbau harum.insyaallah
~~SELAMAT MENCUBA~~
-}anda hanya memerlukan kapas dan air mawar.
-}letakkan kapas dalam piring dan tuang air mawar kedalamnya
-}simpan didalam peti sejuk dan tukar air mawar setiap 3 hari
-}peti sejuk anda akan berbau harum.insyaallah
~~SELAMAT MENCUBA~~
BENDI TIDAK BERLENDIR
-}potong bendi sejurus sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
-}masukkan sekeping asam keping kedalam masakan anda supaya masakan bendi tidak berlendir.
-selamat mencuba-
HILANGKAN BAU LUMPUR KERANG
KERANG AKAN BERBAU LUMPUR BIARPUN TELAH DIBERSIHKAN BEBERAPA KALI
-}atasinya dengan mengambil dua ulas bawang merah dan dibelah dua.
-}rebus bersama kerang selama 5 minit.
-}cara ini juga menjadikan isi kerang lebih manis dan sedap
TAUGE KEKAL SEGAR
-}masukkan tauge yang telah dibersihkan kedalam sebekas air.
-}perah sedikit limau kedalamnya dan simpanlah tauge tersebut didalam peti sejuk.
-}pasti tauge itu akan kekal segar dalam tempoh yang lama.
-}tukar air rendaman tauge setiap hari demi mengekalkan kesegarannya
CILI KERING HILANGKAN KUTU BERAS
-}bagi yang berhadapan dengan masalah kutu beras yang sering kali terdapat didalam bekas simpanan beras anda
-}cara mengatasinya mudah saja
-}ambil segenggam cili kering,potong dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan.
-}biarkan cili kering tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat.
-}insyaallah dengan cara ini masalah kutu beras dapat diatasi
***sha dah try..alhamdulillah.. sebelum ni kat umah sha ni banyak semut2 halus..sampaikan dalam bekas beras pon dijelajahnya..sha letak setangkai cili kering dalam bekas tu..alhamdulillah..lari lintang pukang angkat bungkus pindah dari situ..rupanya bukan kutu beras je takleh chek in kat situ..cik ant pon takde can nak check in..
UBI KENTANG TIDAK LEBAM
-}ubi kentang yang dikupas kulit biasanya akan cepat lebam sekiranyan tidak dimasak segera.
-}bagi mengelakkan ubi kentang lebam,rendam kentang yang sudah dikupas dalam air bersih sehingga anda mau memasaknya.sebelum memasak basuh terlebih dahulu.
ELAK BUAH MENJADI LEBAM
UNTUK MENGELAKKAN BUAH YANG DIPOTONG MENJADI LEBAM.
-}selepas memotong buah masukkan buah kedalam semangkuk air garam sebentar
-}anda akan dapati buah yang dipotong tidak akan lebam walaupon dibiarkan lama diluar.
MENGHILANGKAN BAU PETAI
BAGI MEREKA YANG SUKA MEMAKAN PETAI BOLEHLAH CUBA PETUA INI
-}untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan,caranya selepas memotong petai,rendamkan dalam air bersih selama 1 jam.
-}selepas itu bilas dengan air dan kemudian barulah dimasak mengikut kesukaan.
MELEMBUTKAN KACANG DAL
BAGI MELEMBUTKAN KACANG DAL
-}bersihkan terlebih dahulu kacang dal lalu rendamkan selama 15 minit.
-}kemudian rebus dengan mencampurkan sedikit minyak masak.anda akan dapati selepas itu kacang dal yang dimasak akan menjadi lembut
CILI KERING KISAR TAHAN LAMA
-}ramai suri rumah yang mengisar cili untuk stok seminggu atau lebih untuk memudahkan kerja memasak.
-}namun selalunya cili tidak dapat tahan lama kerana berkulat.
-}untuk mengelakkannya,kisar cili kering yang direbus dengan bawang besar,sedikit air panas dan air sehingga hancur.
-}simpan cili yang telah dikisar kedalam bekas bertutup dan ia boleh tahan sehingga dua minggu
Subscribe to:
Comments (Atom)