Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

ROTI PUREE

PESTIME BUAT NI...
cedok ilmu hasil tengok n bertanya...ni la hasilnya...
nanti nak try lagi sampai betl2 cantik hasilnya.....



resepi :sya ahmad

2 sb gula*
1 sk garam*     }satukan bahan bertanda  dan kacau
air secukupnya*
2 cawan tepung gandum
3 sb minyak panas

cara:

1)satukan bahan bertanda * kedalam cawan dan kacau 
2)dalam mankuk masukkan tepung dan curahkan minyak panas....gaulkan sebati
3)masukkan air gula+garam tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh yg x lekat pada tangan...
4)ambil sebesar bola pimpong leperkan dan gelek dengan penggelek sehingga nipis
5)goreng dalam minyak yg cukup panas dan roti terendam....curah2kan minyak keatas roti tujuan untuk kembongkan roti tersebut....
6)gaul balikkan dalam minyak sehingga kekuningan dan angkat...
7)siap dihidang bersama kari.


~~~HAPPY COOKING~~~

ROTI SARDIN CELUP TEPUNG


roti sardin celup tepung sha style...
buat buka puasa...sedap makan time suam2..panas kang tipu la kan..macamna nak makan..panas...
krup..krup garing tepungnya

nak buat pon mudah je...

resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
10 keping roti-dipotong 2
1 tin kecil sardin-hancurkan isi ikan
1 ulas bawang besar-dihiris separuh bulat
1 ulas bawang putih-dihiris nipis
4 biji cili padi-hiris nipis
garam secukup rasa
air asam sikit

bahan tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sb planta
1 3/4 cawan air
sedikit garam
serbuk kunyit

cara-cara:
1-gaul sebati dgn whisk semua bahan

cara-cara:
1-tumis bawang putih ,bawang besar  dan cili padi sehingga layu
2-masukkan sos sardin sedikit diikuti air asam jawa..gaul sebati...
3-masukkan pula isi sardin yg dihancurkan tadi...masak sehingga kering air..
4-siap sejukkan
5-ambil roti yg dipotong 2 letakkan inti sardin dan celup kedalam tepung...
6-goreng sehingga kekuningan...

ROTI CELUP TEPUNG


rajin sikit la pg ni...lepas merempit kejap...watkn sarapan tuk diri sendiri...
kebetulan semalam buat sambal tumis ikan bilis...
so opkos la tak habis kan sambl tu...
pagi ni kita kejekan dia...wat roti ikan bilis celup tepung la...
senang je kot nak buat kan....
sorry yer..takde sukatan...semua main agak2 je....malas plak nk sukat2..lambat...
udah ler berebut wat keje sebelum debot bangun......

resepi :sha ahmad

bahan-bahan:

roti gardinea--potong serong
sambal tumis ikan bilis
tepung gandum
tepung beras
garam
 serbuk kunyit
air

cara-cara:

1)roti dipotong 2 bahagian
2)satukan tepung gandum,tepung beras,garam dan serbuk kunyit...bancuhkn dgn air...ala2 nk buat goreng pisang gitu....
3)letakkan sambal ikan bilis ditengah2 roti yg dipotong tadi...lipat 2 kelim sikit kasi lekat....(jgn letak bnyk sangat inti...nanti dia tersengeh je..taknk tutup mulut...hihihi..
4)panaskn minyak...celupkan roti kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan....

**boleh je gantikan dgn inti sardin...masak inti ala2 nk buatt inti karipap gitu.....


MIX VEGE & SOSEJ BUN


tetiba je datang mood nak menguli...perot lak rasa lapar je manjang..
masih menggunakan resepi dari sasha rahmat .resepi mudah kompom lembut..kali ni lupa plak nak tambahkan bread softener..lama dah tak buat..tapi still lembut gak ler..


resepi asal:sasha rahmat
olahan:sha ahmad
bahan doh roti
bahan A:satukan biar naik berbuih
1 paket yeast 11gm
1/2 cawan air suam 
1 sb gula
1 sb tepung

bahan B:
2 sb mentega -dicairkan

bahan C:dilarutkan tuk dijadikan sirap gula
1 cawan gula(sha guna 1/2 cawan je..dah manis)
1/2 cawan air panas

 bahan D:
3 cawan tepung gandum + 1 cawan


cara-cara:
1)masukkan 3 cawan tepung dalam bekas..buat lubang ditengahnya dan masukkan bahan A,B,C uli
2)baki tepung 1 cawanboleh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli sehingga doh tak lekat ditangan..tak perlu habiskan tepung.
3)biarkan 1 jam atau naik
4)tumbuk2 doh buangkan angin uli dan bentuk je roti apa yang kita suka...

**doh roti ni macam2 rope bentuk roti boleh buat..tambah je inti apa kita suka..jadik je..

~~SELAMAT MENCUBA~~

ROTI TELUR

selamat malam semua...
makan apa malam ni...sha tak makan nasi pon..tu yang dah lewat2 ni lapor je perot ni...disebabkan tak leh nak tahan lapor..duk pikir je la apa yang boleh dimakan dan cepat tuk disediakan..


ni je la yang cepat..maggie pon cepat juga..tapi tak berasa pula nak makan maggie....
yang ni pon sodap..sha bantai 3 keping dengan kopi o secawan..alhamdulillah kenyang juga...
macamna la nak diet camni..lapar sesaja...dah lama tergendala program diet sha ni...
bila plak la nak di continue
memang mudah sangat la nak buat..lagipon roti ni kalo beli tak buat pape memang duk dalam plastik tu je la tak berusik..sampai nak expired dah..


resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
8 keping roti gardinea
4 biji telur
garam secukup rasa
serbuk lada sulah secukup rasa

cara-cara:
1)pecahkan telur dalam mangkuk,masukkan serbuk lada sulah dan garam.pukul sebati
2)celup roti kedalam telur keseluruhannya dan goreng dalam fry pan yang telah diletakkan sedikit minyak dan dipanaskan.
3)masak hingga garing sedikit dan terbalikkan masak lagi..buat sampai habis.


                                                 ~~SELAMAT MENCUBA~~

ROTI TELUR SIMPLE


selamat petang..
menu pagi tadi..baru nak letak n3 kat sini..simple je..nak ngabihkan roti gardenia yang dah hampir expired


resepi:sha ahmad

bahan-bahan:
roti gardenia secukupnya
4 biji telur
1/2 labu bawang besar-diracik halus
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam


cara-cara:
1)kocakkan telur sedikit.kemudian masukkan bawang,garam dan serbuk lada sulah secukupnya.kacau sebati
2)panaskan pan.lenserkan dengan sedikit minyak.
3)celup roti kedalam telur keseluruhan bahagian dan masukkan kedalam pan dan masak kedua belah bahagian hingga keperangan.dah siap..


                                     ~SELAMAT MENCUBA~

SCRAMBLE EGGS BREAD@ROTI TELUR HANCUR

assalammualaikum dan selamat pagi semua..
dah sarapan ke belum...awal pulak sha layan blog pagi ni...awal2 dah ada entry..sha nak share santapan simple sha scramble eggs bread...idea datang bila sha duk geledah kat google dah jumpa satu blog idazaidi.blogspot.com
sha olah sikit2..

resepinya sha dah ubah ikut cara sha dan doublekan bahan2 ikut bilangan family sha

resepi adaptasi dari:idazaidi.blogspot.com
olahan:sha ahmad

bahan-bahan:
3 biji telur
5 sb susu cair/segar@ 2 sb susu pekat manis
8 keping roti gardenia-digelek leper
3 biji telur-kocakkan dan + garam dan lada sulah
sedikit butter/majerin

cara-cara:
1) pukul telur dan masukkan susu cair
2)cairkan butter dalam kuali dan masukkan telur..kacau hingga telur masak
3)ambil sekeping roti dan sapukan keliling dengan telur sebagai gam kemudian sudukan telur hancur tadi dan lipat menjadi segitiga dan tekan2 dengan garfu supaya roti melekat macam dalam gambar kat atas
4)celup dengan telur dan goreng hingga kekuningan..angkat dan toskan minyak


                                               ~SELAMAT MENCUBA~

SAUSAGE ROLL


assalammualaikum...
layan sausage roll air tangan sha ahmad

sumber resepi:sha ahmad
olahan: sha ahmad

bahan-bahan:
roti gardinea-digelek leper
3 biji telur
sausage secukupnyer(sha belah 2 sosej ni)
serbuk roti secukupnyer
garam dan lada sulah


cara-cara:
1)kacau telur bersama garam dan lada sulah
2)ambil roti yang dah dileperkan dan letak sausage yang dibelah memangjang dan gulung..sapukan sedikit telur dihujungnyer untuk lekatkan gulungan
3)celupkan roti tadi kedalam telur..kemudian golekkan kedalam serbuk roti
4)goreng dalam fry pan atau kuali pon boleh hingga keseluruhan kekuningan..
5)dah siap angkat dan toskan minyak dan boleh dimakan bersama mayonis dan sos kegemaran

makan 2 ketul dah kenyang..