Pages

Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Tuesday, March 01, 2011

Semua BAHARU sihat

Bismillah

alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ini. Anak-anak pun dah makin sihat ni. Apa tak nya, minggu lepas kami balik kampung kejap. Kejap je sebab tiket murah, adalah 1 malam kat KL dan 3 malam kat kampung simpang. Turun kat LCCT sebab tiket ke KL murah. Sekalian nak ambil kereta bawak balik simpang. On da way balik simpang tu, singgahlah ke Zoo Melaka kejap. Eh kejap, adehhh... tengahari gak gerak ke kampung. Sampai kampung pun dah petang.

Dalam 3 malam kat kampung tu, sempatlah pulun makan durian, kerang dan nasi ambeng. Kupang je tak dapat. Perghhh, terbayang-bayang rupa kupang tu atas pinggan. Bilalah agaknya aku last makan kupang pun dah tak ingat. Tulah, dok jauh sangat Benda-benda tu semua takde kat sini. Jangan tak tau, kat Kuching ni ada kerang, tapiiii... RM5 sekilo paling murah.

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum balik KL (balik Kuching lalu KL), Aidi muntah [1] masa tengah tido malam. Sebenarnya dari sebelum tido tu lagi dia dah ngadu cakap nak muntah, nak muntah... ingatkan dia main-main. Dekat kul 12 malam tu, menyembur kat toto nenek. Melambak-lambak dia punya muntah. Dah bersihkan, selang 15-30 min, muntah lagi [2]. Dah siap-siap bersihkan, tido kejap. Muntah lagi [3]. Kul 2.30 pagi tu, abang decide nak pergi klinik. Pergilah mereka berdua ke klinik pagi-pagi buta tu. Aku sambung tido.

Balik dari klinik, bagi ubat dulu. Tak lama kemudian, muntah lagi [4]. Adeh, sakit apalah budak ni. Abang cakap doktor tu tak cek dada ke jantung Aidi pun. Cakap camtu je. Dah tengah malam kot. Tu yang doktor pun mamai kot. keh keh keh. Aku sambung tido. Abang jaga Aidi, tido-tido ayam je abang sebab lepas tu Aidi muntah [5] lagi. Selang 10-15 min, dia muntah [6] lagi.

Bangun subuh, abang cakap dekat 10 kali dia muntah. Memang lembik habis dah Aidi ni. Campur tak tido sangat malam tu. Pagi tu pun tak bangun sangat. Bangun makan dan makan ubat, pastu tido lagi. Esok dah nak balik ni. Sakit tak sakit, kena balik jugak.

Siang tu dia tak muntah dah, tapi dah ngala petang, cirit biritlah pulak. Allahuakbar. Serta merta abang berdesup pegi Target (pasaraya di simpang), cari pempes saiz XL. Sikit-sikit cirit. Kentut pun cirit. Makan bubur, minum air garam, air 100 plus pun sikit-sikit je. Nak bagi top-up malam tadi yang dah clear perutnya.

Esoknya, kul 11 pagi lagi dah bertolak balik ke KL. Sepanjang 3 jam dalam keter tu, takde pulak dia cirit. Dah ok agaknya. Lemah still lemah, tapi dah makin oklah. Dah boleh gurau-gurau dengan adik-adiknya. Kalau tak, masammmm je.

Malamnya, kami selamat mendarat kat bumi kenyalang ni. Time nak tido malam kul 10 tu, Sara pulak yang muntah time breastfeed. Habis aku pun sekali kena muntah dia [1]. Tengah tadah mangkuk muntah sara [2], tiba-tiba Najlaa pulak muntah [1] sekali. Aku tadah muntah sara guna mangkuk, abang tadah muntah kakak guna tangan.

Esoknya pegi klinik, doc cakap viral infection. Yang ni memang dapat pakejlah - muntah, demam, cirit.

Dalam 2-3 hari jugak kena macam ni. Lepas tu barulah ok makan, main semua.

Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Gastrik dan rawatannya

Bismillah.

Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Cinta Illahi ini. Aku baru recover dari sakit sebenarnya. Gastrik. Bunyi macam tak serius, tapi bagi aku, serius sebab ianya berlarutan dekat seminggu! Pertama kali ni. Selalunya kalau gastrik ni kena dalam sehari dua macam tu je dah pulih. Tapi kali ni lama pulak. Urut-urut, tak jalan. Makan on time, tak jalan. Pergi klinik. Doktor tengok pun dah tau sebab nampak gelembung lain macam. Bila ketuk-ketuk, kosong. Kembung doktor kata. Sakitnya kerap baik, kerap tak ok. Kalau dah nak dekat time makan tu, memang meringkuk-ringkuk aku tahan. Letak minyak yuyi pun tahan kejap je. Lepas makan ubat doc 2 hari, tak jalan juga. Telefon mak. Mak cakap minum air halia. Tumbuklah aku halia banyak-banyak dan dicampur dengan gula dalam keadaan sakit tu. Teringat kat mak, bila sakit-sakit ni mak yang buatkan. Ni jauh... Dah siap, campur dengan air masak, hampas halia tu aku tepek kat perut, pastu pakai bengkung. Alhamdulillah, mujarab! Esoknya bangun pagi dah tak sakit. Tapi dia beralih ke bahagian kiri kanan perut. Sebelum ni tengah perut. Aduh...

Esoknya sebelum tidur, buat lagi. Dan alhamdulillah, berkesan. Aku ada kawan yang sakit gastrik kronik ni. Sampai kena suntik. Dia cakap kalau kena, sapu minyak angin kat betis dan bancuh susu tepung pekat-pekat sebab susu bersifat alkali, perut ni pulak sakit sebab banyak asid. So, aku buatlah seperti yang di cadangkan. Sedikit sebanyak membantu jugalah petua dia tu. Thanks Yati. Kita dah ok dah.

Ok, ni aku nak kongsi ilmu pasal gastrik.

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).


Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Sumber: http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/tanda-dan-rawatan-gastrik.html

Read more...

Wednesday, July 14, 2010

Pap Smear Test

Bismillah

Ingat lagi entry ini? last Friday aku kena lagi. b kanan juga. bisul lg katanya. 3 kali sejak kelahiran Sara ni. risau pun ada. bila bagitau mak, mak suruh scan, takut ada apa-apa katanya.

demam dari petang jumaat sampailah ke petang ahad. hari sabtu full day abang jadi housewife. dah macam ibu tunggal bela 4 org anak dia kata. hahha. sian. baru tau susahnya jadi housewife ni. thanks abang. aku cakap, "bestkan demam. ada orang jaga makan minum semua. hehhe". gelak je abang dengar.

semalam, isnin, aku pegi lagi ke klinik. periksa susulan. doktor kata dah ok. dah surut. aku pun rasa dah baik sepenuhnya. lagi satu aku buat pap smear. first time buat. memang mencabar betul jadi doktor ni kan. result akan diberitahu seminggu kemudian.

ini fakta mengenai Pap Smear Test.

- ujian ni kena amik setahun sekali, Dr Azizah cakap
- amik test setelah suci dari period
- ujian di ambil dalam keadaan baring, tarik nafas dan releks, doktor memasukkan 'playar mulut itik' di bawah, sel diambil di ruang dinding tepi
- result diberi seminggu kemudian
- test ini untuk mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.*
- ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan*
*rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Ujian_lumuran_Pap



Kaedah mengambil sampel, memasukkan playar mulut itik.

1) setelah memasukkan playar mulut itik, sampel di ambil menggunakan alat khas
2) doktor mengikis sedikit tepi dinding secara pusing-pusing (tak sakit pun)
3) sampel dah dapat, doktor letak kat slaid yg di sediakan
4) alat khas dibuang dgn alat khas jugak
AMACAM? ADA BRAN?


insyaAllah, takde apalah. hehehhe

Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Infection ~ hoh!

Bismillah...

last week masa semua orang dah baik dari demam dan segala virus, aku dapat sihat sehari je. Kenapa? sebab B mula sakit, belah kanan. Bila dah start sakit, mulalah rasa macam nak demam dan akhirnya demam jugak 2 hari. Hari pertama sakit, memang berdenyut-denyut. Bila picit dengan jari, mula keluar air nanah dalam 1 lubang. Sah! infection lagi. Actually, ni kali ke2 kena. Firstime dulu masa Sara 3-4 bulan. Malam tu terus gi klinik.

Dr. Sapiah cek. Berkerut kening dia. Aku releks je. Siap dia cakap, "saya tak suka betul keadaan macam ni"... huh. Nak wat cemane doc, dah kena. Lepas tu dia barulah terangkan dengan detail keadaan yang aku hadapi ni.

Doc: Infection. Sebab tu terjadinya bisul ni. Lepas ni, kena pantau 5 hari, sy bagi antibiotik dan ubat sapu. Kalau tak surut, sy buat scanning dan buat laser atau mamogram.

Aku: Err... cemane kena infection ye doc? ke sebab selalu kena gigit? Sara sekarang memang dah kuat menggigit.

Doc: See. Walaupun tak luka berdarah tapi sebab selalu gigit, boleh jadi bisul tu.

Aku: Doc, ada kemungkinan terjadinya kanser? risau gak ni

Doc: Eh, takdelah. Ni takde kaitan dengan kanser sebab benda ni boleh surut dan hilang. Dulu u pernah kena dan sekarang kena lagi, bukan sbb benda yg lepas tu tak surut habis tapi dia jadi yang baru.

Aku: Errr... betul kot doc. Walaupun kena kat B kanan, tapi dulu belah bawah. Ni belah tepi kanan.

Doc: So lepas ni u jangan bagi B tu kat Sara, perah dan buang je ye.

Aku: Ye ke doc... mmm (sedih sebenarnya nak kena pam dan buang tu)

Hasil perahan - tompok2 warna kuning tu yg nanah bisul, lain2 putih (Klik gambar untuk lihat lebih jelas)


Makanya, mulalah operasi memerah. Tengok pam getah yang ada dah lose getahnya. Tghari soh abang balik beli pam sebab dah mula membengkak sebab dari malam tak bagi ke Sara. Cari punya cari, abang dapat pam ni je,



RM38 harga kat sini. Harga kat sem lagi murah rasanya. 1 pakej ada breastpump dan 1 botol susu pendek. Aku dapat perah dalam 3/4 mug. Tak nak sukat ikut oz sebab nanti frust tengok susu banyak kena buang. Lepas perah, aku buang kat sinki terus.

So conclusionnya, jagalah B kita elok-elok. Kalau rasa-rasa anak dah mula menggigit, cari kaedah lain supaya dia tak kerap menggigit. Lepas dah sihat tu, aku guna kaedah cepat-cepat masukkan jari aku kalau dia sedang menggigit.

Tengoklah tukang geget ni. Sabtu ni baru setahun, gigi dah 5 batang (atas 3, bwh 2). Mana tak meraung ummi dia kalau sekali kena geget ~huh!

Read more...

Monday, December 07, 2009

Alhamdulillah, semua sihat


Bismillah...

Selamat Hari Raya AidilAdha. Eh, dah abis raya baru nak wish ke. Hehehe. Tak sempat nak apdet blog. Makanya, dah abis raya baru ucap. Aku masak juadah raya biasa je - nasi ayam dengan muffin milo. Takde perubahan mcm tahun lepas. Hahha. Penatlah. Memang ada askar datang menolong, lebih-lebih lagi Sara. Humakaih, sekali dia masuk dapur, memang mengemas habis piuk belanga. Al kisahnya nak diberitahu ni, minggu lepas kami kena musibah.

Rayakan hari Jumaat. Lepas solat Jumaat tu, kami ada jemputan ke rumah kawan. Ala, makan-makan raya. Kalau tak jemput, tak datang ler. Macam-macam juadah ada - laksa penang, pulut durian, kek coklat, puding. Tak ramai yang datang. Sedang kami menyandar kekenyangan, ada tetamu lain pulak datang, bawa anak kecil 5 bln. Si ibu berkata, anaknya cirit birit. Tak tau kenapa, jangkitan dari mana pun tak tau. Pastu kami main-mainlah dengan anak dia yang pada masa tu belum cirit lagi. Sekali gedebusss. Cirit lagilah tu, mak dia bagitau. Tengok-tengok dah kena baju aku. Hmmmm... tulah, gatal pegi dukung budak tengah cirit. Kan dah kena sembur. Huhuhu. Apalagi, jom balik umah bang. Tak jadi nak gi raya mana-mana lagi lepas tu.

Esoknya pulak, kami dapat tau, yang baby tu dah kena warded. 2 hari gak sebab dah lembik asik cirit je. Bila dah discharge, bapaknya pulak yang cirit. Imun tak kuatlah tu. hehhe.

Lepas tu, malam Isnin tu, Sara muntah-muntah. Lepas bfeed je, terus keluar semua. Adehhh. Lepas tu cirit. Siang Isnin tu terus gi klinik. Doktor tak suspek apa-apa just bagi ubat sakit perut, air garam dan demam je. Esoknya pulak, Najlaa pulak yang muntah dan cirit. Berapa kali tu tak ingat dah tapi keraplah. Susu memang tak bagi kalau muntah-muntah ni. Nak bagi ubat pun berperang. Belum Sara dan Najlaa sihat, Aidi pulak muntah-muntah dan cirit. Allahuakbar. Sakit apa yang diorang tanggung sekarang ni?

Sara dengan kool fever

Najlaa ketiduran. Penat cb + muntah + demam


Aidi standby mangkuk muntah


Baring, tido, senyap. Dari Isnin sampai Jumaat. Sabtu baru diorang pulih sepenuhnya. Kalau tak, riuh rendah rumah ni, dengan bersepah macam tongkang pecah pun ada. Tapi... aku dan abang pulak yang kena jangkitannya. Abang sampai ke hari ni masih cirit - 3 hari dah. Aku masa hari Jumaat tu dah nak macam demam dan macam low blood pressure. Tapi cepat-cepat minum susu kambing HiGOAT. Minum 2 hari - 2 sach je, alhamdulillah, tak jadi demam. Budak-budak ni aku bagi yang tablet stoberi. Alhamdulillah semakin sihat dan aktif seperti biasa. Abang ada bagitau yang anak tuan rumah yang kami pergi beraya tu pun kena cb + muntah sampai kena warded. Allahhhh, kalau anak-anak aku kena warded, macam manalah keadaannya. Mintak dijauhkanlah.
Alhamdulillah, Sara dah sihatlah atuk.

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

Najlaa kena HFMD!

Assalamualaikum,

terkejut aku dengar Dr. Sapiah bagitau yg Najlaa kena Hand-Foot-Mouth Disease sabtu lepas tapi mild jelah. Dek bintik-bintik di tangan dan kaki serta ulser di mulut. Tiada ubat khusus untuk sakit ni cuma penjagaan rapi atau kuarantin sahaja mampu mengurangkan penularannya. Dah masuk hari ke4 ni.

Najlaa asal terjaga malam je, mesti menangis kesakitan. Ulser di mulut bukan 1, tapi 2 ke 3 biji di lidah! Allahuakbar. Nasi pun dah 3 hari ni tak jamah. Makin kurus keringlah Najlaa ni. Adakala dia minta susu sampai 2 botol sekaligus, adakala nak buka mulut pun payah. Terpaksa guna syringe/picagari dan tutup hidung dia. Kesian memang kesian. "Sian anak abah, meh transfer sakit tu ke abah", abang cakap dengan Najlaa tika dia mengerang kesakitan. Najlaa ni perangai dia pelik sikit. Kalau tengah-tengah menangis tu, kita ajak borak, dia akan berenti nangis dan borak sekali. Sebab tu kami pun dah masak perangai dia, asal nangis kuat tu, mulalah bukak cerita dia mandi kolam dalam bilik air sampai berbuih bilik mandi. Secara tak langsung, dia pun stop menangis tu dan sambung bercerita! Bingit telinga ni kalau terus-terusan nangis.

Dan tadi kami ke klinik - Aidi demam tiba-tiba dan batuk kering (lelah agaknya), cek ulser Najlaa (she is already recovered cuma tinggal ulser je) dan cek Sara sebab ada nampak tanda2 HFMD di kaki, dua2 lutut, dua2 siku. Dr. Sapiah bagitau kami, kes Sara is unseen! Hoh! Allahuakbar, selamatkanlah anak-anakku. Harap takde apa yang serius.

Ok, ni info dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ambillah sebagai rujukan bersama.

---------------------------------------------------------------------------

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Penyebab
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit
  • Demam panas (sehari je dia demam, dah demam, panaslah tapi bawah 40)
  • Sakit tekak (tak try test plak kat dia)
  • Kurang selera makan (notice sbb dia sakit mulut)
  • Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah) (betul ada, ada 2-3 biji kat lidah... ada tu siap kembar lagi)
  • Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin) (yang ni nampak dulu, ingatkan chicken pox tapi macam ruam)
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
  • Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
  • Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
  • Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal (diakui oleh Najlaa yang tak nampak pun dia menggaru... rupa macam chicken pox, ada air) dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
  • Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
  • Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
  • Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah-Langkah Pencegahan
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
  • Jangan berkongsi barang-barang persendirian (dasattt!!)
  • Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
  • Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti (dasat gak!! macam serius je kan); pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
  • Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
PERINGATAN !
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
  • Demam panas yang tidak menurun
  • Mengantuk dan kelihatan letih lesu
  • Gelisah
  • Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung laju
  • Kembung perut
  • Tidak membuang air kecil
  • Lemah anggota kaki
  • Otot tersentak
  • Pergerakan mata yang luar biasa

Di petik dari risalah Kementerian Kesihatan Malaysia 2006

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...