Pages

Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, March 01, 2011

Semua BAHARU sihat

Bismillah

alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ini. Anak-anak pun dah makin sihat ni. Apa tak nya, minggu lepas kami balik kampung kejap. Kejap je sebab tiket murah, adalah 1 malam kat KL dan 3 malam kat kampung simpang. Turun kat LCCT sebab tiket ke KL murah. Sekalian nak ambil kereta bawak balik simpang. On da way balik simpang tu, singgahlah ke Zoo Melaka kejap. Eh kejap, adehhh... tengahari gak gerak ke kampung. Sampai kampung pun dah petang.

Dalam 3 malam kat kampung tu, sempatlah pulun makan durian, kerang dan nasi ambeng. Kupang je tak dapat. Perghhh, terbayang-bayang rupa kupang tu atas pinggan. Bilalah agaknya aku last makan kupang pun dah tak ingat. Tulah, dok jauh sangat Benda-benda tu semua takde kat sini. Jangan tak tau, kat Kuching ni ada kerang, tapiiii... RM5 sekilo paling murah.

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum balik KL (balik Kuching lalu KL), Aidi muntah [1] masa tengah tido malam. Sebenarnya dari sebelum tido tu lagi dia dah ngadu cakap nak muntah, nak muntah... ingatkan dia main-main. Dekat kul 12 malam tu, menyembur kat toto nenek. Melambak-lambak dia punya muntah. Dah bersihkan, selang 15-30 min, muntah lagi [2]. Dah siap-siap bersihkan, tido kejap. Muntah lagi [3]. Kul 2.30 pagi tu, abang decide nak pergi klinik. Pergilah mereka berdua ke klinik pagi-pagi buta tu. Aku sambung tido.

Balik dari klinik, bagi ubat dulu. Tak lama kemudian, muntah lagi [4]. Adeh, sakit apalah budak ni. Abang cakap doktor tu tak cek dada ke jantung Aidi pun. Cakap camtu je. Dah tengah malam kot. Tu yang doktor pun mamai kot. keh keh keh. Aku sambung tido. Abang jaga Aidi, tido-tido ayam je abang sebab lepas tu Aidi muntah [5] lagi. Selang 10-15 min, dia muntah [6] lagi.

Bangun subuh, abang cakap dekat 10 kali dia muntah. Memang lembik habis dah Aidi ni. Campur tak tido sangat malam tu. Pagi tu pun tak bangun sangat. Bangun makan dan makan ubat, pastu tido lagi. Esok dah nak balik ni. Sakit tak sakit, kena balik jugak.

Siang tu dia tak muntah dah, tapi dah ngala petang, cirit biritlah pulak. Allahuakbar. Serta merta abang berdesup pegi Target (pasaraya di simpang), cari pempes saiz XL. Sikit-sikit cirit. Kentut pun cirit. Makan bubur, minum air garam, air 100 plus pun sikit-sikit je. Nak bagi top-up malam tadi yang dah clear perutnya.

Esoknya, kul 11 pagi lagi dah bertolak balik ke KL. Sepanjang 3 jam dalam keter tu, takde pulak dia cirit. Dah ok agaknya. Lemah still lemah, tapi dah makin oklah. Dah boleh gurau-gurau dengan adik-adiknya. Kalau tak, masammmm je.

Malamnya, kami selamat mendarat kat bumi kenyalang ni. Time nak tido malam kul 10 tu, Sara pulak yang muntah time breastfeed. Habis aku pun sekali kena muntah dia [1]. Tengah tadah mangkuk muntah sara [2], tiba-tiba Najlaa pulak muntah [1] sekali. Aku tadah muntah sara guna mangkuk, abang tadah muntah kakak guna tangan.

Esoknya pegi klinik, doc cakap viral infection. Yang ni memang dapat pakejlah - muntah, demam, cirit.

Dalam 2-3 hari jugak kena macam ni. Lepas tu barulah ok makan, main semua.

Read more...

Friday, December 17, 2010

Takde tajuk

Bismillah.

Takde tajuk. Saje je nak tulis-tulis. Cerita sikit-sikit. Two weeks ago, kami sekeluarga pulang ke kampung. Abang dapat award dari Agong sebab kecemerlangannya dalam bidang akademik aka selesai Master. Actually, award diberikan khas untuk anak-anak yatim Terengganu. Dulu abang duduk kat asrama PERKAYA (Pertubuhan Anak-Anak Yatim TRG). So sempena 30 tahun ulangtahun PERKAYA, pihak PERKAYA nak bagi awardlah kat anak-anaknya yang berjaya dalam bidang akademik. Majlis berlangsung di Taman Tamadun Islam pada 4/12/2010. Abang sorang je yang pegi. Kami anak beranak duduk kat rumah mak mertua kejap.



Dua hari sebelum hari kejadian di atas, kami semua pun turun ke KT. Jalan-jalan cari baju sekolah Aidi kat Mydin. Al-maklum, kat KCH ni takde Mydin. Sekali sekala balik kampung, haruslah ke sana. Cari kemeja Aidi 2 helai, seluar 2 helai, kasut sepasang, tali pinggang, setokin. Pusing punya pusing, jumpa tudung kakak. Cantik. Harga pun ok. RM7.90 sehelai. Amik warna merun dan coklat terang.

Kakak posing dengan tudung baru dalam troli di Mydin. Sara pun posing sekali.


Ok, setelah dekat 2 minggu di kampung, tiba masa untuk pulang ke Bumi Kenyalang ni. Tak boleh lama-lama. Cuti abang dah nak habis. Sampai hujung tahun ni, ada 4 hari lagi cuti. Nak brought forwardlah tu. Cuti 30 hari setahun pun tak puas-puas. hehhe.


Di Airport Senai. Sara pegang tu beg Aidi. Beg troli gak.



4 seat je seat kami dalam Air Asia. Abang baca novel Bumi Cinta dari Habiburrahman El-Shirazy, best gak ceritanya.


Aidi yang macam nak pergi oversea, pakai sweater segala. heheh


Dah kat rumah KCH. Baju pun dah di basuh, dah digosok. Tunggu 31/12/2010 ni je untuk sesi orientasi Tahun 1, SK Gita.
Read more...

Friday, January 01, 2010

Selamat Datang 2010

Bismillah...

yeah, selamat datang tahun 2010. Sedar tak sedar dah 10 tahun isu Y2K, Millenium Bug tu... err, nak cerita itukah? tak naklah... kita cerita lebih santai ye...

Apa azam korang tahun 2010 ni? kalau tahun baru je mesti orang nak buat azamkan. Aku insyaAllah dah tetapkan target pada tahun ni bahawasanya aku nak buat kerja ikut jadual. Ala macam jadual waktu sekolah tu. Dah draf dah, dah dah ikut sket-sket. Pagi buat apa, tengahari buat apa, homework utk budak-budak ni... semua dah masukkan. Harap-harap dapat ikutlah seperti yang direncanakan. Ngeh ngeh ngeh.

Apa lagi, oklah, nak pegi rumah kakak angkat. Nak minum petang kat sana. heheh


Happy New Year to all friends and fans... 2010 here we go!

Eh, tetiba terselit World Cup ni ye. hehhe. layannzzz

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Hello KL

Dekat 2 tahun rasanya tak jejakkan kaki kat KL ni. Dah macam pelancong dah aku rasa. KL adalah rumah aku yg no2 selain JHR & TRG. Di sinilah tempat aku memulakan langkah pertama, menjejakkan kaki ke universiti, tinggal dengan abg long sekeluarga, jadi Nanny kepada anak-anaknya, pindah duduk serumah dgn rakan-rakan, merempit dari Kajang - Kelana Jaya dengan Yamaha Sport kesayanganku iteww, berjumpa rakan-rakan sekepala, berjumpa pakwe (laki gue sekarang ni ler), berkawen, menginap kat Gombak, beranak kat Selayang, konvo kat Bukit Jalil... dan akhirnya aku kembali semula di sini.

Walau tak lama, tapi sesekali aku lalu di tempat yang aku pernah lalu itu, terus terjengah kenangan lama. Ada manis - aku senyum. Ada pahit - aku masam dan terus berpaling ke arah lain yang lebih membuatkan aku tersenyum sendiri.

Hidup di KL memang banyak cabaran dan rintangan. Memerlukan dana yang banyak untuk menyara hidup di kota metropolitan ini. Aku tak tau apa akan jadi pada aku kalo aku terus tinggal di bumi KL sebelum aku menetap di KCH ini. KL lagi best dari KCH, tapi KCH lagi best dari KL. Dua-dua punya keistimewaannya yang tersendiri.

Namun hakikatnya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... baik dok negeri orang, ada emas... hahha. Eh tak... kenalah balik negeri sendiri, JHR nu... takde kaitan ngan KL-KCH ni... hahaha

Di KL. Yang pasti, ini tiada di KCH. Aku pasti.


- apa da aku merepek di siang hari nih, kes boring nak soping takde keterlah nih ~ huh! -

Read more...

Monday, May 11, 2009

Weekend yang...

Assalamualaikum semua,

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMMIES OUT THERE. Buat Mak, kita sayang mak selalu. Untuk Cik, terima kasih sebab jadi mak mertua yang paling sporting. 

Hari Jumaat, Aidi balik dari sekolah, terus bagi aku kad Mother's Day... terharu sangat bila dia cakap I LOVE U, UMMI... huhuu. Kad dia buat ramai-ramailah kat sekolah. Cikgu lukis, dia kalerkan dan dia tulis nama dialah.

Hari Sabtu, dapat 'invitation' untuk Grand Opening Emart kat Matang. Ada pasaraya besar baru buka, ala-ala Tesco, Giant dan Carrefour. Sini takde benda-benda tu semua, bila ada satu kedai yang buka macam tu, sambutan memang amat luar biasa. Sampai nak parking pun ada kat seberang jalan sana. Masalah parking kat Kuching ni pun 1 hal. Kat KL, boleh dikatakan ada basement untuk parking, tapi kat sini, lebih landed. Memanglah tanah luas tak hengat, tapi kekdah macam tu buat orang sakit kaki nak jalan jauh. Sudahnya menunggu nasib untuk dapat parking yang dekat dengan entrance. 

Susunan kedai dan entrance Emart tu sebijik macam kat Carrefour and the brotherslah. Ada kedai kecik depan tu sebelum masuk ke dalam pasaraya. Bahagian dalam pasaraya ada setingkat lagi. Barang-barang dapur kat bawah, barang-barang plastik, elektrik, diapers, alatulis dan sewaktu dengannya semua kat belah atas. Tapi yang tak bestnya, kalo dah gi beli barang kat atas, troli dan kaunter pembayaran semua kat atas. Maknanya, kalo ada hati nak beli pen dan shower foam, kena gi naik atas dulu untuk beli pen (kena bayar terus) dan turun untuk beli shower foam dan bayar. Kan ke leceh namanya. isk isk isk... Tak user friendly langsung.

Hari tu kami dah pilih-pilih barang kat bawah (nasib baik sikit je barangnya), baru tergerak nak gi naik atas. Banyak pulak nak pilih kat bahagian atas ni, ada bekas bekal Aidi, ada buku kerja Aidi, murah-murah... tu yang bestnya. Bila nak bayar, Najlaa ternampak pulak basikal kecik. Kemain menjerit lagi dia nakkan basikal tu. Terpaksalah amik sebab memang nak carikan untuk dia. Dengan keadaan orang yang ramai tu. isk isk isk. Sabo jelah.

Tengahari kami balik rumah. Sampai rumah aku pening. Memula macam migrain sebab belah kanan je, pastu dia beralih ke atas kepala pulak. Adiushh. Lepak baring-baring kejap. Takleh tido pun sebab budak-budak tak tido sangat. Petangnya, amik angin kat luar kat backyard. Bentang tikar sket. hehhe.

Piknik belakang rumah.

Najlaa buat aksi menari macam princess.

Orang baru bangun tido (kena paksa bangun sebab tido kul 4, maunya tak kena kejut)

Suka dia dapat beskal baru.

Ni pun baru bangun tido terus piknik.

Lepas makan malam, peningnya makin teruk. Tambah dengan ulser ni lagi. Lain macam pulak peningnya. Abang ajak gi klinik. Doktor bagitau aku ni dah masuk golongan Bad Migrain. Ada istilah tu ke? Dia cakap, migrain yang sebelum ni tak habis, tu yang dia datang dan datang dan datang lagi. Ubatnya, pain killer jelah. Takde ubat specifik untuk migrain ni.

Balik rumah makan ubat terus, abang picit-picit pala sket. Tak lama, terus ringan kepalanya. On da way ke klinik aku mesej mak ucap Happy Mother's day dan nak gi klinik. Mak kata dah ada ke? hoh!!!!

Hari Ahad, Hari Ibu. Tengah masak tengahari banyak betul mesej masuk. Thank Yati, Jah, Nor, Ecah, Ina, Sarah, Kak Shima dan lain-lain. Ingatkan malas nak masak sebab Hari Ibukan, ingatkan dapatlah cuti. hehhe... masaklah jugak. Ikan bawal sweet sour dengan sotong celup tepung je. Petang layan Prison Break dengan Cicakman 2 - Planet Hitam. Best gak.
Read more...

Monday, May 04, 2009

Happy Labour Day

Damai Puri Resort & Spa, Santubong (mr hubby yg amik gambo ni, cun tak?)

Assalamualaikum semua,

macam mana cuti 3 hari lepas? best? kitorang bercuti kat sekitar Kuching ni je. Nak balik kampung dok dang pulok. Jadinya cutilah kami anak beranak ke Damai Puri Resort & Spa kat Santubong nu, dahulunya dikenali sebagai Damai Lagoon Resort, la ni dah tukar pengurusan jadi best dan mahal sebab dah ada pool baru. Pool untuk kanak-kanak, memang syoklah.

Kami pegi ke resort lepas abang balik dari solat Jumaat. Sebelum abang balik solat, aku cepat-cepat bersiap, packing makanan, pakaian dan sebagainya. Packing makanan sebab malam makan makanan yang aku bawa je, nak makan kat hotel, mahallll... nak-nak 4 kepala yang makan (2 kepala separuh-separuh.... hehhe). Jadinya, kenalah bawa makanan siap-siap. Aku bawa menu tengahari tu je - sup ayam + telur dadar goreng + sambal kicap... nasi bawa lebih sikit sebab mesti lapar bila dok sana. Tapi terlupa pulak nak bawa makanan ringan. Makang nasi jelah.

Sara with a smocking dress, waiting abah to check in.

Sampai sana sementara abang check in, Aidi ternampak pulak kawan sekolah dia. "Eh mi, tu kawan Aidilah mi... yelah mi, yang kat kelas tu"... wah, rasa macam best je jumpa kawan sekolah dia. Dia pun mainlah dengan kawan dia tu, Aman namanya tapi Aidi jenis tak suka sangat nak berkawan. Dalam tak suka kena sakat dengan kawan dia tu, berkejar-kejaran jugalah dengan si Aman tu. Kebetulan si Aman ni jenis suka sakat Aidi, meraunglah Aidi dibuatnya tengah-tengah main tu. (Tapi Aidi ni suka betul menyakat kawan pompuan dia... mmm)

Layan gambar lu.
Bilik yang best (Najlaa dah masuk dalam selimut dulu. Siap bawa toto tu)

Pemandangan dari dalam bilik, kelihatan kolam kanak-kanak dan pantai di depannya.

Seronok main slide kat pool

Sara pun nak join sekali... ha, masuklah dik.
(Najlaa tu eksen je... tak lama lepas tu dia tenggelam dlm air sebab kakinya tak jejak dasar tapi tangan pegang pelampung - kalut kejap dibuatnya)

Dah boring main kat pool, gi mandi kat pantai pulak.

Kepenatan. Kul 8 mlm dah tido si Aidi ni

Hari ke2, lepas bfast. Kita tengok je dari tepi kolam ye dik.

Najlaa terpana sebentar dek semburan air dari dasar menghala ke badannya.

Hahaha... kemain Aidi

Tengahari Sabtu kami dah berkemas nak balik ke rumah.

Ahad gi jalan-jalan kat Hopoh (Shopping Complex yer), beli hadiah besday abang (postpone hadiahnya)... soh abang pilih sendiri kasut ofisnya sebab ada Sales kat Lea Shoes Center sampai 50%. Rege kasut dari RM230.00, jadilah RM115.00. Rasanya hadiah kedua termahal pernah aku bagi abang lepas jersey ori MU time bertunang dulu. Asalnya nak belikan jaket kain tu, memang cunlah kalo pakai kat ofis, takyah pakai kot dah. Tapi orang yang nak hadiah tu tukar pulak, nak kasut bola. Dah pilih-pilih, cancel pulak. Isk isk isk... nasib baik tak pilih iPhone. huhuhu. (tengok kat iklan jelah... sambil buat slurrppp... hehhe). Pastu gi rumah kawan abang yang baru lepas bersalin kat area Tabuan.

Sempena Hari Ibu ni, aku nak ucapkan "Sayang kat mak selalu... sayang kat cik juga" (cik tu panggilan untuk ibu mertuakulah)


Read more...

Wednesday, December 10, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam semua,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

kami semua raya kat Kuching je macam tahun-tahun sebelum ni. Lagipun tak dan rasanya nak balik kampung sebab dah sarat dah ni. Takut pulak nak naik flight dah ujung-ujung ni dan mesti diorang tak bagi aku naik sebab takut beranak kat dalam flight.

Dalam pada tunggu hari ni, sempatlah jugak aku memikirkan juadah untuk hari raya ni. Aku tukar-tukar resepi dengan Ain, kawan perantau di KK. Dia buat Nasi Minyak resepi aku, aku buat Nasi Ayam resepi dia. Lepas tu aku ada buat Muffin Milo Kukus (resepi Yati) dan Dadih Durian + sweet corn (resepi aku).


2 hari sebelumnya aku try test buat, memang marbelesslah resepi Ain ni. Sampai ke hari raya, aku buat 2 periuk nasi. Clear!! Bagi-bagi untuk 6 rumah dan makan untuk tetamu dan keluarga di sini (kami lah). Thanks to ina, susah-susah je antar juadah raya ke rumah aku. Ada Kek Coklat Kukus, ketupat pulut daun palas (belasah je namanya! hihi - kelongsong ketupat tapi guna daun palas, diisi dengan beras pulut biasa atau beras pulut merah, direbus setengah masak dengan air mula2 kemudian direbus dengan santan pula) dan kuah kacang... sedaplah jugak sesekali pekena makanan sini. Jiran-jiran pun ada yang menghantar makanan macam nasi minyak, lemang, ketupat, nasi carrot, lauk kurma ayam, kari ayam dan kari daging.

Ketupat pulut daun palas

Jom layan resepi...

RESEPI: NASI AYAM
BAHAN-BAHANNYA:
Stok Ayam
Ayam
Sedikit halia (diblend)
2 ulas bawang putih (diblend)
5 ulas bawang kecil (diblend)
1 kiub stok ayam

1) Rebus ayam bersama bahan yang diblend tadi dan kiub. Rebus sehingga masak.

Ayam perapan
Ayam rebusan
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Jintan manis

1) Perap ngan kicap manis, sos tiram, madu dan jintan manis..agak-agak la..simpan dlm peti n goreng (ayam lebih sedap kalu perap lama).

Sup
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Rempah 4 beradik (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
Kiub stok ayam
Air rebusan ayam
Kaki ayam

1) Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 bradik hingga wangi.
2) Masukkan air dan kiub serta lebihan air rebusan tadi
3) Nak lagi sedap masukkan kaki ayam dia rasa lemak sikit

Sambal
Tomato
Sos cili
Lada hidup
Gula
Garam
Cuka sikit
2 ulas bawang putih

1) Blend semua - tomato, sos cili, lada hidup, gula, garam, cuka sikit, bawang putih
2) Masak jap atas dapur
Kicap
Kicap pekat
Kicap manis
Sup
1 ulas bawang putih (diketuk)

1) Kicap pekat, kicap manis campur ngan sup dan bawang putih dan masak hingga pekat
(jgn manis jgn masin dah)

Nasi
Sedikit halia (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
5 ulas bawang kecil (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 sudu marjerin
Beras - dibasuh dan ditos hingga kering
Air rebusan (kalau beras 6 pot - air 8 pot - lebihkan 2 pot air)
3 lai daun pandan - untuk menaikkan bau
Lemak ayam
Sedikit pewarna kuning

1) Halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar dan daun pandan, tumis ngan majerin.
2) Masukkan beras campurkan ngan air rebusan (nak lagi lemak boh lemak ayam dalam nasi)
3) Agak-agak dah nak masak, masukkan pewarna kuning dan gaulkan sebentar.

RESEPI: MUFFIN MILO KUKUS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Tambahan...
1/2 s/k serbuk penaik
1/4 cawan bancuhan kopi yg dah ditapis ( utk bg colour sikit - tak boh sbb xde kopi kat umah)

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla
CARA-CARANYA
1) Panaskan kukusan dan sapu acuan apam dgn planta.
2) Ayakkan tepung, masukkan serbuk milo, soda bikarbonate & serbuk penaik.
3) Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
4) Masukkan bahan B dan gaulkan rata supaya sebati.
5) Masukkan adunan dalam acuan yg telah disapu planta/dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
6) Angkat dan hidangkan.

DAH SIAP!! SELAMAT MENCUBA
Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Selamat Hari Raya semua

Assalamualaikum,

ni gambo raya tahun ni... raya kat Johor. Raya ke3 baru balik Tranung. Tahun ni ada famili long dan famili aku je. Lepas solat raya, baru famili ngah balik. Yang takde, famili akak jelah. Nasib baik 2 orang bujang tu tak kawen lagi, so dapatlah tetiap tahun raya kat kampung ni.

Dari kiri (belakang): Ulfah (bongsu Long), Kak Mun (wife Long), Long, Abah, Mak, Abang, Aku dan Najlaa. Dari kiri (hadapan): Danial (no2 Long), Wan (no3 Long), Emi (adikku), Aidi, Kakak (sulong Long)

Raya ke 10 (Sabtu), kami baru balik Kuching. Masa tengah mendobi rumah Ahad tu, tiba-tiba Najlaa panas. Aik, demam ke Laa? terus bagi ubat demam yang cair. Kebah kejap. Esoknya panas lagi. Kena pi klinik ni. Doktor bagi ubat yang sumbat kot bawah tu. Alhamdulillah. Kejap je dah elok. Dari hari Najlaa demam lagi kami berkira-kira nak buat open house. Nak buat ke tak kenalah tunggu dia betul-betul pulih. Alhamdulillah, Rabu dah sihat sepenuhnya tapi malam sebelumnya, Aidi pulak yang batuk kering tiba-tiba masa tengah malam. Kelam kabut gak sebab dia takleh bernafas. Abang letak vicks, baru elok sikit.

Maka, kami pun ambil keputusan untuk buat open house malam Rabu. Sebab ada bawa balik satay dan kopok gote dari Tranung. Kalau lambat-lambat, takut tak elok dan tak sedap pulak. So, jemputan lebih kurang 50 orang yang confirm. Aku jemput kawan-kawan sini dan jiran. Abang jemput kawan ofis je. Menu hari tu aku buat paling simple sesimplenya. Antaranya mihun sup, soto dan buat puding jagung sikit. Abang buat air sirap dan uruskan satay dan kopok.

Seawal lepas subuh hari Rabu tu dah mula operasi. Kopek bawang, rebus ketupat, hiris bawang. Abang kije, so pepagi dapat tolong sikit je. Esok baru dia cuti. Tengahari aku keluar dengan anak-anak, beli ayam dan taugeh. Balik terus masak sup 2 periuk. Dapur 2 tungku je, periuk pun secotet-secotet. Kenalah masak awal-awal dan sikit-sikit. Dah settle sup, buat sambal kicap pulak. Tung tang tung tang. Dah siap. Masak puding jagung pulak. Kul 3 dah boleh duduk. Sempat aku lelap mata kejap. Abang balik kul 5 terus masuk dapur dan buat kije. Tetamu datang ada lepas maghrib, ada datang kul 7.30 mlm. Abang cakap lagi senang buat malam sebab masanya tak panjang. Kul 9.30 macam tu dah takde orang datang. So, bolehlah rest awal. Abang yang kemas semua. Dia yang soh aku baring, takut penat.

Sila-sila... ada satay, kopok lekor, mihun sup, soto, puding... :)


Tapi tang bajet nak buat open house ni aku memang fail. Apa taknya, lepas masak 2 periuk sup, abang bagitau ada tambahan orang datang. Aku pun tambah lagi 1 periuk sup dan 4 ketul ketupat Adabi tu. Memang tak reti bajet. Bila dah takde orang datang, 1 periuk sup dan 6 ketul ketupat tak terusik. Satay asalnya ada 400 cucuk, cuma luak 300 cucuk je. Aku celur mi 3 bungkus, habis. Yang barang-barang lain yang tak habis, boleh sambung. Macam sambal kicap, taugeh, daun sup tu. Kalau sup tu, memang mandi suplah abang kata... hahhaha.

Wah, teringin nak makan keladi goreng cicah sambal kicaplah pulak. Tengah puasa 6 ni. Sedapnyaa... hehhe
Read more...

Friday, October 10, 2008

Dah, balik-balik...

Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... tak terlambat lagi untuk aku wish memandangkan mood raya masih menebal lagi, sedangkan hari ni dah masuk raya ke-10.

Tahun ni turn raya ke kampung aku. Wah, kemain seronok lagi nak balik. Berkobar-kobar nak balik hari tu. Tapi aku punya baju raya je tak sempat nak jahit. Nak dijadikan cerita... jeng jeng jeng

Hari Khamis sebelum balik kampung tu, aku pulunlah buat baju raya aku. Konon nak jahit baju pesen, kain yang Kak Mun bagi tu. Tengah-tengah betulkan benang ni, sekali kaki aku terkayuh mesin jahit tu. Apalagi... sepantas kilat aku tarik jari aku ni. Bila tengok jari hantu tangan kanan ni, dah terpacak jarum mesin yang patah, dek aku sentap tadi. Mak aihhhh... aku pu try nak cabut jarum tu, tak boleh sebab melekat terus. Kebas jangan citer, seluruh lengan ni terasa sakitnya. Adoilah. Jam kul 12.38 tengahari. Hari kije pulak tu. Najlaa tido. Aidi tengah tengok playhouse disney. Nak wat cemane ni? Aku call abang soh balik. Air mata dah berjurai-jurai ni. Cakap pun tak clear. Hahahhaha... Aku terlupa pulak abang ada Khidmat Masyarakat ke Bau hari tu. Nasib baik masa call tu dia dah on da way balik, dah dekat-dekat town je.

Dekat 20 min tunggu abang balik. Adoilah, terasa macam berejam-jam. Aidi asyik dok tenangkan aku. Ada pulak dia cakap, "kejaplah mi, abahkan balik kul five"... huhuh... berapa lama mau tunggu. Dia kejap-kejap gi tengok pintu, kot-kot abang dah balik. Takde jugak. Adoi bang, cepatlah. Kul 1 lebih abang kelam kabut balik buka pagar. Aidi pun jerit cakap abah dah balik. Aku apa lagi... cepat bang, tolong!!... Ya Allah, mengucap panjang abang. Hahahha...

Yelah, apa taknya... jarum dok terpacak kat jari ni. Abang pun panik memula, tak tau nak buat apa. Aku soh dia amik playar. Dia gi amik yang muncung tirus. Isk, aku yang ketar pulak nanti. Cari lagi playar yang biasa. Nasib baik ada. Sekali napas, selawat semua, dah settle. Fuhh... lega rasanya. Darah pelan-pelan mengalir. Nasib tak banyak sangat darahnya. Kebas sebelah lengan pun dah beransur-ansur hilang. Alhamdulillah.

Dah abis drama tu, sesi bercerita pulak kat abang. Tung tang tung tang aku bercerita. Sedu pun tak hilang lagi. Hahahah. Sebelum ni aku pernah tertusuk jarum gak tapi kena tepi-tepi je. Tu yang boleh cabut sendiri. Kali ni memang harulah. Time tak boleh cabut tu, macam-macam rasa. Rasa nak panggil jiran mintak tolong, rasa nak gi klinik je tapi Najlaa tido, satu kije nak mengangkat dia pulak, dengan Aidi tak mandi lagi tu. Isk-isk-isk... kalo abang takde, mati kutu gak aku nak pikir. Abang pulak dia cerita, masa dapat call tu, dah macam-macam dalam pala dia, aku bleeding ke, anak-anak sakit kena apa ke. Hahaha... aku tukang gelak pulak.

Terus abang kasi cuti masak hari tu. Baju-baju takyah jahit lagi. Beli je kat kampung nanti. Aku pun apalagi, sebagai isteri solehah, kenalah patuh kata suami. Tapi hari tu je. Esokya Jumaat aku pulun potong kain dan jahit mesin sebab esoknya dah nak balik kampungkan, yang jahit tangan aku boleh buat kat kampung nanti. Abang geleng pala je tengok aku menjahit. Aku cakap takpe, abang ada. Hiihiii... yelah, kain hasil bisnes online aku beli sendiri tu. Pilih sendiri kainnya. Memang meraunglah kalo tak jadi pakai. Hahha..

1 Syawal... aku pakai baju kawen je. Gambo tak upload lagi. Baju yang aku dok pulun buat tu, malamnya aku baru pakai sebab memang baju second sebab tak kena kaler.

La ni tengah berkemas nak balik Kuching esok pagi. Cukuplah dulu cuti 2 minggu ni. Dah, balik-balik... Rindu pulak kat umah Kuching. :)

Read more...

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam semua,

aku just nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman blog mahupun bukan blog, kenalan lama dan baru... andai tersalah kata, terkasar bahasa, minta maaflah ya.

Kami anak beranak akan bercuti di kampung Johor mulai sabtu ni hingga raya ke-3 dan akan terbang terus ke kampung Tranung dan akan bercuti hingga raya ke-10. Raya sakan... taklah. Sesekali balik kampung, kenalah lama sikit. 


Read more...

Monday, March 31, 2008

Percutian Mak Abah ke Kuching

Assalamualaikum semua,

selamat pagi dan semoga ceria. Diharapkan hari-hari anda sentiasa dilindungi dan didalam rahmat Yang Maha Esa. Aku nak share cerita bergambar percutian Mak, Abah dan adik, Emi ke Kuching. 6H6M di Kuching, puas kami bawa bersiar-siar ke bandaraya yang mendapat jolokan Bandaraya Terbersih ini. Tambahan pulak Emi yang first time naik kapal terbang, agak gayat dan macam tak percaya katanya.

19-March-2008
Flight mak abah ke Kuching jam 6.05 petang dari Senai Airport. Sampai rumah aku dalam kul 8.30 malam. Perut dah berbunyi. Nasib baik dah prepare siap-siap sebelum jemput diorang. "Nasi ayam je bah"... abah jawab, "bagus-bagus"... heheh... malam tu releks - releks je kat rumah.

20-March-2008
Cuti Maulidur Rasul. Pagi takde buat apa. Cuma mak buat spotcheck kawasan sekitar rumah je. Terkejut dengan pokok kunyit yang besar, mak nak bawak balik ibu kunyit. heheh... datang kampung, balik kampung pulak. Lepas makan tengahari baru keluar. Pegi Kuching Statue, Waterfront, Main Bazaar dan Kedai Pasu.

Depan Kuching Statue, tengah-tengah roundabout Bandaraya Kuching.

Di Waterfront
Mak tengah pening cari souvenir

21-March-2008
Cuti Good Friday. Pagi tak ke mana, sebab fridaykan. Nak solat kang, penat pulak. Lepas asar baru keluar gi Pantai Pasir Pandak. Piknik minum petang di sana sambil tengok A&N main kat tepi pantai.

Bawak keropok, lempeng cicah gula, air teh dan sirap je. Sampai sana abah nak beli rojak petis. Sib baik Islam.

Najlaa tengah syok mandi laut

Aidi khusyuk main pasir

22-March-2008

Cuti Hari Sabtu. Go to Serikin, sempadan Sarawak dan Kalimantan. Macam-macam ada. Balik ke Kuching dah tengahari, terus ke Selera Asam Payak di Satok. Memang sedap tempat makan ni.

23-March-2008
Cuti Ahad. Lepas zuhur terus ke Santubong Resort. Ambil angin ke resort pulak. Sayangnya kedudukan resort jauh dari pantai, so dapat mandi kolam je. Resort lain dah penuh. Nak buat macam mana.

24-March-2008

Semalaman di resort, kami pulang. Sebelum sampai ke rumah, jalan-jalan ke kedai kek lapis. Bukan jalan je, kenalah borong sekali.

We're on the other side (seberang sungai) i.e kedai kek lapis at Kg. Gersik. Bangunan belakang tu adalah town Kuching.

25-March-2008

Seawal 6.30 pagi mak, abah, emi dah keluar menuju ke airport. Abang yang hantar, langsung ke ofis. Terima kasih mak abah, sudi berkunjung ke sini. Jangan serik ye. Salam jumpa lagi.

Read more...

Monday, February 18, 2008

New entry

Assalamualaikum semua,

baru kali ni berkesempatan nak update journal dek kesibukan melanda selepas pulang bercuti hampir sebulan.

last month kami punya journey is very fix. Mana taknya, seminggu kami tiga beranak di Johor, abang pula berkursus di KL. Habis seminggu berkursus, kami naik bas ke Terengganu... alhamdulillah, anak-anak semua memberi kerjasama yang baik sebab sepanjang dalam bas, diorang ni tidur je... Seminggu di Terengganu, banyak kami habiskan masa di rakit abang Joe, abang ipar abang yang ternak siakap. Letih nak control Najlaa yang nak join sama abang dia bagi palette kat siakap. Palette adalah sejenis makanan ikan berbentuk tablet, yang baunya... fuhhhh... pakai asam jawa baru hilang. Pastu, jalan-jalan ambil angin di pantai kampung, memang ambil angin betul sebab ombak yang menghempas memang menakutkan. Ombak jahat, ombak jahat... terngiang-ngiang suara budak dalam iklan petronas tahun berapa dulu aku tak ingat.

Seminggu di Terengganu, kami naik bas ke KL. Kali ni rasa macam pelancong sungguh. Apa taknya, sepanjang jalan tu kami rasa terpukau dek kesibukan dan kepesatan kota KL ni. Banyak kawasan dah berubah, banyak bangunan yang dulunya kawasan hutan dan yang paling drastik lagi, KL dah bertambah jem. Pegi mana-mana je mesti nampak kereta bergerak perlahan. Sepanjang abang kursus, kami anak beranak tinggal dirumah abang long. Pagi diorang keluar, petang baru jumpa balik. Hari pertama disana, Aidi dah mintak balik Kuching. Kesian dia.

Aidi dengan kakak sepupu dia, Ulfah

Hujung minggu tu kami ke Tasik Titiwangsa, naik Eye on Malaysia. First time naik menatang tu. Aidi round yang pertama je dah boring, mintak turun. Ummi tengah excited ni, sabarlah dulu. Masa kami naik tu, cuma ada 4 gondola je yang ada pelancong. 5 pusingan rasa macam sekejap je.

Eye on Malaysia

Kami di perkarangan Eye on Malaysia

Malam sebelum gi PD, kami bertandang pula ke rumah ecah. Jumpa Arissa yang Najlaa geram sangat. Sampai nak korek biji matanya. Nasib baik mak mertua ecah cepat-cepat tepis, kalau tidak... mmm... CNY pula kami sambut kat PD. Kami menginap di Glory Beach Resort, sewa appartment sebab ada 3 famili. Kami pun tak rancang, planning last minute. Nasib baik ada kosong lagi. 1D1N disana, kami bertolak balik ke Johor.

Aksi supergirl Najlaa

Seronok sampai tak nak naik

Asyik dua beradik ni cari remis (sampai tak sedar Najlaa makan pasir!)

2-3 hari Johor, kami pulang ke tanah bermastautin. Aidi seronok tapi dapatlah 2 telur kat kepala. Galak sangat bermain.

Tengah tunggu kapal terbang di Senai Airport

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...