Pages

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Blacklistkah?

Bismillah...

tergerak hati nk cek status blacklist PTPTN, and this is the result

alhamdulillah, walaupun aku rasa macam bayar kos pentadbirannya je tetiap bulan, tapi nama aku out of the list. So pasni bolehlah ke luar negara. Hehhe. ada ati ke? ada ada... :)

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Kek dari KK

Bismillah...

dapat gak rasa kek dari KK ni. Actually, dah meleleh air liur ni masa Ain citer pasal cheese cake buatan dia yang dapat permintaan ramai ni. Dek kerana jauh, so tengok jelah. Then ada hubby akak angkat kat sini, outstation ke KK. Pastu dia bagitau kalau nak kirim mutiara ke kristal ke, bolehlah kirim kat dia. Tapi memandangkan kat sini pun melambak-lambak mende tu, so aku biarkan je. Tup-tup teringat cis kek Ain ni. Apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatanglah.

Tadi baru dapat keknya. Sekali packing macam nak buat hantaran daa. Tengoklah tu. Siap bunga-bunga. Hehhehe. Last-last dapat ke budak kenit tu, mas0k mulut terus. Aku dah jamah keknya. Marbelessss... Cayalah Ain, patutlah banyak permintaan. Boleh tahan gak rasanya. :) Pasni boleh order lagi... err... pos kecik-kecik boleh kot. :)

Sedap gak munger nih

Read more...

Tuesday, August 18, 2009

susulan - Aku Menang!! Alhamdulillah syukur

Assalamualaikum semua,

hari tu balik kampung sempat amik hadiah ni. Nak baca details, kat sini. Tak bawa balik KCH pun lagi, nanti balik raya baru bok balik.

Hadiah keseluruhan worth RM1k


Pyrex Bakeware - ada 3 biji


Pyrex Metalware - ada 2 (1 tutup steel, 1 tutup kaca)


Set makan budak Corelle - 2 pcs each
Read more...

Friday, July 17, 2009

EPF


"sian Ai kan... takde EPF"


tiba-tiba terpacul ayat tu dari mulut abang... dia tengah bercerita pasal EPF dia yang dia keluarkan untuk bayar duit belajar MBA.

aku senyum je... senyum pait

dia sambung lagi, "tapi orang yang ada EPF tu semua jeles ngan Ai kan... "

uik... abang...

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki akal fikiran dan rezeki melimpah ruah. Nak kumpul duit gi haji ni.


p/s: tengah berkemas, esok nak balik KL-JHR-TRG sebulan.


Read more...

Friday, July 10, 2009

Buzy like a beeee

Assalamualaikum semua,

sihat tak hari ni? Aku dah 3 hari batuk selesema, sib baik tak demam, jangkit dari anak-anaklah ni. Asalnya Aidi batuk selesema dulu... rasanya dia dapat kat sekolah kot. Pastu turun ke Najlaa, pastu turun ke Sara. Aku pulak dok cium-cium Sara, sampailah dapat virusnya tu. Budak-budak ni dah nak baik, aku je tak abis-abis lagi batuknya. Abang sorang je yang imune takat ni. hehhee...

Huhhh... sibuk betul aku 2-3 minggu ni. Apa taknya, sekali dapat upah buat blog 4 biji sekaligus. Pastu selang sehari, tambah lagi 2 blog. Pastu tambah lagi 3 blog untuk update... pastu ada orang nak banner 3 bijik! fuhhh.... mana tak sakit aku. Ada kawan komen, "takpe-takpe, banyak masyuk... sakit pun takpe... hehhe"... kalo dah sakit, cemane nak buat kerja, ye tak?

Dalam tempoh aku tak update blog ni, banyak benda berlaku. Antaranya hadiah tak collect lagi. Kawan banyak kerja. Tunggu dia free baru pegi collect. Lama menunggu ni. Pastu ada 2 orang kawan kat sini dapat pindah balik semenanjung terus. Dua-dua dah 4 tahun lebih kat sini, Cikju dan Kak Azwa.

Kisah Cikju ni betul-betul menyayat hati. Aku kenal dia dari semenanjung lagi, kawan-kawan 1 forum yang dah jumpalah. Selang setahun dia duduk kat Kuching ni, kami pulak pindah ke sini. Dia cikgu j-Qaf. So maybe dalam 3 tahun pertama tu tak boleh balik semenanjung. Setahun lepas tu, dia kawen. Husband dia tinggal kat sem, dia kat sini. Selang sebulan mereka bergilir-gilir jumpa. Bulan ni dia balik kampung, bulan depan hubby dia datang ke sini dan berikutnya. Dan alhamdulillah, tak lama lepas tu dia preknen. Dipendekkan cerita, due nak bersalin pun dah tak lama. Lagi 2-3 hari macam tu. Tup-tup aku dapat mesej dari kawan serumah dia, "baby cikju dah takde, ni kat hospital nak bersalin gak"... lebih kurang macam tulah. Babynya dah sehari tak gerak, bila cek denyut jantung dah takde. Terkedu aku dengar. Hanya kawan dan ibunya sahaja yang menjadi teman sepanjang di hospital. Suaminya masih lagi di dalam kapal terbang dari semenanjung dan tiba di sini untuk melihat arwah anaknya, solatkan dan terus kebumikan. Dekat sebulan jugak nak recover dari kesedihan tu menurut cikju. Namun Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Lepas 3 bulan dia bersalin, dia mengandung lagi. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Kali ni memang dia jaga sungguh-sungguh kandungannya. Tak drive sangat, tak aktif sangat. Suaminya pun concern sangat-sangat. Masih jarak jauh lagi dengan suaminya ni. Dipendekkan cerita, duenya lagi sebulan, dia dah pulang ke kampung. Amik cuti tanpa gaji rasanya. Yelah, anak yang ditunggu-tunggu selama ni, kenalah bagi perhatian lebih sikitkan. Akhirnya keluar juga permata hati mereka secara ceaserean sebab baby besar. Lelaki kali ni, yang arwah dulu tu perempuan. Suami, mak mertua, pak mertua, mak dia semua ada kat hospital. Alhamdulillah, ada suami yang mengazan dan mengiqamatkan baby. Dah selesai azan semua, pulanglah suami, mak mertua dan pak mertua ke rumah sebab nak solat subuh sebab cikju beranak awal pagi. Maka berita yang tak disangka-sangka, suami, mak mertua dan pak mertua menemui ajal pagi itu. Kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori dan meninggal serta merta kalau tak silap. Dia pada masa tu yang tak boleh bergerak (operate, mmg susah nk gerak), hanya dimaklumkan lewat petangnya. Doktor menasihatkannya kalau nak melihat arwah, risiko sakit kat bahagian jahit tu kena tanggung sendirilah. Maka dia pun meredhakan pemergian suami tercinta. 2 bulan setengah lepas tu barulah dia pergi melawat kubur arwah dan berita perkhabaran untuk pulang selamanya ke semenanjung adalah satu lagi menunjukkan Allah betul-betul Maha Adil. Semoga Cikju dan Fathi gembira dan tenang di kampung.

Muhammad Fathi bin Mohd. Fuad, 2 bulan lebih


Gambar kenangan sebelum berpisah. Entah bila bertemu lagi. (Aku nampak gumukskan!)


Kisah kawan lagi sorang ni takde sedih sangat. Dia ni baru kawen Gawai baru ni (akhir bulan 5). Suami kat semenanjung, dia kat sini. Mintak pindah dari tahun lepas lagi tak dapat-dapat. Majlis resepsi 1/8 ni pulak tu. Pastu last month keluar list transfer (satu ofis ngan mr hubby aku). Tengok-tengok nama dia takde. Frustlah kawan tu. Esoknya listnya sambung lagi, alhamdulillah nama dia naik. Kiranya hadiah perkahwinan gaklah ni, dia dapat transfer balik di sisi suaminya tercheenta. Malam khamis semalam ni, kami meraikan rakan-rakan yang akan pindah terus ke semenanjung (ada 3 orang semuanya) di The Banquet, sedap gak makanannya dalam pada aku tengah batuk-batuk tak sihat ni. Hehhe. Paling berasap adalah shark fin yang pedas dan panas, tak penah lagi aku makan sebab selalunya tak pedas.

Bila mak-mak (& 2 dara) berjumpa, borak tak ingat. Yang dirai tu yang tudung bercorak kaler pepel.


Suasana dalam The Banquet ada 3 meja bulat. Buffet dok belah kanan gambar ni. (enterprem plak si Najlaa ni)


"Nasi goreng tak sedap, kita layan buah jelah laa", abang Aidi kata.


Sesi ucapan goodbye dan bagi2 hadiah. Najlaa participate tepuk tangan.


2 out of 5
Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Alhamdulillah

imtulip

Assalamualaikum semua,

aku ialah tulip (imtulip). Sihat hari ni? diharap pembaca semua sihat sentiasa dan dilindungi Illahi. Kesihatan tu penting sebab orang-orang yang dibawah jagaan kita sentiasa memerlukan pemerhatian dari kita. Tapi sesekali sakit, kenalah redha. Sakit tukan penghapus dosa-dosa kita sepertimana sabda Baginda Rasullullah SAW,

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)

Canadian Tulip Festival

Tapi pelik jugak, orang yang banyak buat dosa, sihat je manjang. Tapi Allah Maha Adil, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Tak hari ni, mungkin esok. Bila tu, hanya Dia yang tahu.

Sebenarnya aku baru je sihat dari sakit. Ala, demam je. Tapi dugaan demam ni lain sebabnya ada anak-anak dan suami yang perlukan pemerhatian aku, tambahan lagi kami diperantauan, berjauhan dengan keluarga. Masa sakit nilah, terbayang muka mak abah. Tapi aku tak nak risaukan diorang. Dah nak baik, baru aku call diorang, baru bagitau diorang tentang kesihatan aku.

Tapi pantang ada peluang macam ni, mak abah mesti pujuk aku untuk menyerahkan anak-anakku kepada mereka untuk dijaga sementara aku sakit. Ish, kejap je ni sakitnya, lagipun rasa terseksa jugalah kalau budak-budak ni berjauhan dengan kami. Tambahan pula kan jauh nak hantar. Biarlah abang yang berkorban kejap, menjaga anak-anak. Banyak kali juga mak abah meminta untuk menjaga budak-budak ni, tapi kami tak pernah sedikit pun merelakannya. Susah senang, biarlah kami sendiri yang menjaganya. Ada peluang balik semenanjung nanti, bolehlah kami balik ke kampung selalu.

Keukenhof, Holland - bilalah aku dapat gi sini

--Kerajaan Malaysia dah menyeru warganya yang menganggur untuk mengisi borang SPA. Aku yang tiap-tiap tahun isi ni pun, takde yang sangkut. Asyik pergi exam je. PTD, KPLI, jawatan beruniform... mmm. Kena cuba lagi ni.
Read more...

Thursday, December 18, 2008

Uri Overdue (Calcification)

salam semua,

terima kasih pada kawan-kawan yang banyak mengambil berat pasal kesihatan kandungan aku 2-3 hari ni. Pantang online YM, dekat 20 orang dok bertanya dah bersalin ke belum.

Actually, ni nak cerita ni. Wah, belum bersalin dah start cerita. Alkisahnya begini:

[1] ISNIN 15/12/2008

- pergi weekly check up macam biasa. Due 20hb ni, dah dekat dah. Doktor tanya tentang pergerakan baby, aku cakap start semalam dah kurang gerak, which mean dalam jam 2.45 ptg baru cukup 10 gerakan. (carta pergerakan baby dari 9 pg - 3 ptg selama 10 gerakan, kalau dekat2 nak kul 3 ptg baru cukup, dah tak lamalah tu)

- so doktor gerak-gerakkan baby, ada 1 gerakan balas. Biasanya ada dalam 2-3 gerakan. Then doktor tak puashati. She's going to scanning. Tiba-tiba ada putih-putih di uri yang nama saintifiknya Calcification iaitu pemendakan kalsium. Doktor lagi tak puashati. Dia suruh refer to the hospital secepat mungkin.

- balik rumah dulu, makan tengahari, salin baju pakai kain batik semua (tipikal manners yg aku buat b4 admit), ambil beg baby dan vrooommm ke GH. Sampai GH, misi ambil statement. No contraction, no sign but CALCIFICATION*! ok, duduk dulu. Tunggu, tunggu... masuk pintu kedua. Misi panggil masuk CTG Room (untuk cek jantung baby). Alhamdulillah, Dr Stella Anak Tekhee yang rawat aku. Doktor pompuan. Ramai gak doktor kuar masuk kat GH ni, ada dekat 10 orang. Adalah 2-3 orang doktor lelaki. Lepas buat CTG, cek bukaan pulak. Yang ni aku malasss sket. Tapi sebab nak tau jalan dah buka ke belum, redha jelah. She said, "belum buka lagilah puan"... aiyarkkk... dah sejam sengah kat sini. Apa khabarlah abang and the kids kat waiting area tu. Dahlah lupa nak bawak hp.

- then, duduk menunggu lagi sementara Dr Stella discuss dengan the senior doctor. Tak lama pastu, nama aku kena panggil untuk masuk ke Examination Room (nak scan lagi) oleh doktor senior, Dr Roland sambil Dr. Stella temankan aku. Canggih scanner dia, siap nampak baby kelip-kelip mata lagi. Lama gak kena scan. Pastu Dr tu cakap calcification aku di tahap minima. Tak perlu risau sangat tapi kena pantau by 4 days. Kalau takde tanda dalam masa 4 hari tu, by Jumaat (esok) kena keluarkan baby jugak. *Maybe kena induce and drip (dalam ati aku). So boleh balik rumah dulu.

- mmm... false labour... sian abang and the kids, kena tunggu lama. Abang pun EL hari tu. Sampai rumah jam 3, tak solat lagi ni. Perghh... dugaan-dugaan.

*CALCIFICATION - What is placenta calcification?
  • The placenta is the part of a woman’s body that attaches the baby to the inside of the uterine wall. Blood vessels in the placenta make up the umbilical cord, which attaches to the baby at the belly button. The placenta, which resembles a cauliflower in shape, allows the baby and mother to exchange oxygen, nutrients, and waste products. The placenta is delivered after a baby is delivered, and is often referred to as the afterbirth.

  • Placenta calcification refers to calcium deposits that appear on the placenta. These calcium deposits indicate an “aging” of the placenta that occurs near the end of pregnancy. These deposits of calcium can cause certain small parts of the placenta to die. The calcium deposits may also cause some parts of the placenta to be replaced with fibrous tissue. The calcium deposits can also obstruct parts of the placenta with clots of maternal blood. They can also harden or block the maternal blood vessels. In most cases, placental calcification does not affect the functioning of the placenta, and the fetus is generally not harmed.

  • When calcification is found early on in the pregnancy, it can be an indication that the placenta is aging faster than it should. If this occurs, your health care provider will likely wish to monitor your baby at regular intervals to make sure that your baby is receiving the nutritional content that he needs, and that his nutritional intake is not obstructed by the calcium deposits. Your health care provider will, specifically, be measuring the growth of your baby.
  • Some studies suggest that placental calcification can be caused by cigarette smoking. Other studies suggest that using antioxidants in the diet can help to neutralize the effect.

  • When a placenta has calcium deposits on it, they may appear as white patches on the placenta after birth.
[2] SELASA 16/12/2008

- semalam lepas balik dari hospital, terus register the kids kat NURI the nursery, depan umah je ni. Memang dah lama dok ushar, tapi baru semalam rasa desperate nak hantar the kids. Bincang punya bincang, diorang boleh terima kalau emergency calling tengah-tengah malam cuma kena bayar OT sejam RM3lah.

- so hari ni first day hantar A&N ke nurseri. Wah, excited Aidi nak pergi sekolah, nak main slide dia cakap. Aku pulak yang sedih sebab selama ni tak pernah tinggal mana-mana. Sejam sekali aku call cikgu dia. Cikgu dia cakap, dia seronoklah, Najlaa pulak nak ummi je tapi tak lama sebab ramai kawankan. Balik tengahari kul 1 abang amik. Punyalah Aidi bercerita bagai nak rak. Seronok sangatlah tu. Tapi bila cakap esok kena pergi lagi, dia tak nak pulak. Ah, sudah.

- Pagi tu memang boringlah, A&N takde, abang pun takde. Sunyi sangat. Aku call mak. Mak cakap, malam tadi tiba-tiba ternampak muka aku kat kampung. Bukan mimpi tapi macam real mak cakap. Rupanya aku masuk hospital tapi tak branak lagi. hehheh

[3] RABU 17/12/2008

- Masih menanti tanda-tanda bersalin tapi hampa. Baby still moving dan aktif. Aku yang pressure menunggu tanda. Abang lagilah, Jumaat nak exam.

- Abang hantar A&N ke nurseri kul 7 pg. Aidi meronta-ronta taknak pegi. Bersungguh-sungguh dia tak moo pergi. Dia cakap tak best sebab takde jamban cangkung, cikgu suruh duduk pulak. Heheh, kes dah biasa berak cangkung kat rumah nilah. Lepas tu noisy, ini memang dia tak sukalah.

[4] KHAMIS 18/12/2008

- Masih tunggu tanda tapi takde lagi. Esok pagi kalau takde tanda gak, memang kena gi gaklah. Kul 7 pagi antar A&N ke nurseri, then abang antar aku ke hospital and then abang pergi exam. Dahlah dia exam dari kul 9 -12 tghari. Harap-harap sempatlah abang temankan aku kat labour room nanti.


Harap-harap dipermudahkan Allah SWT.
Read more...

Friday, December 05, 2008

Fuuhh, penat

Ini time dobi luar rumah. Tiada kaitan dalam cerita dibawah. gheee...

salam semua,

semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa dan hidup dalam aman dan damai.

Aku? alhamdulillah... masih menghitung hari untuk ke hospital. Di kesempatan yang ada ni, aku kena gunakan sepenuh-penuhnya sebelum balik kampung nanti.

Baru je lepas mendobi rumah... nasib baik rumah bawah dah sekali jalan je. Kalau 2 tingkat, memang dah upah mak jawalah. Hahahah. Masa nak start mop ruang tamu tadi, tiba-tiba batang mop reput dan patah. Hmmppsss... nak wat cemane ni. Jadi Oshin aku kejap. Mula-mula guna tangan je. Pastu rasa penat sket, tukar kaki yang buat. Tapi asyik nak tergelincir je. Karang tak sempat nak raya aku dah dok spital. End up, buat jelah guna tangan. Habis 1 rumah. Najlaa yang dah bangun tengok Playhouse Disney tu, asyiklah nak ummi, ummii... Aidi tengah syok tido tu.

Habis mop 1 rumah, sental bilik air pulak. Penat jangan citer. Aku buat tak reti je ada budak kat bawah ni. Hahahha. Tung tang tung tang... siap.

Kejutkan Aidi. Pastu teringat Najlaa yang dari tadi senyap sepi je. Betul ke dia tengok Playhouse Disney sambil main? Sekali... la, tido rupanya anak dara ni. Patutlah senyap je. Hehheh.

Okaylah... nak sambung buat blog orang dan makan sket... Lapar ler, tadi sarapan dengan abang sikit sebelum dia gi ofis - abang suap (aku suka bila abang suap... heheh). Onkan hp, ada mesej dari kawan suruh buatkan blog. Murah betul rezeki budak dalam perut ni. Tak keluar lagi dah melimpah ruah rezeki dia. Aku tumpang sket je.

tata
Read more...

Sunday, November 23, 2008

Kesian Anak-Anakku

Salam semua...

minggu ni kami kerap ke klinik panel, Klinik Petra... lebih kurang 3 kali! fuuhh... sebabnya:

[1] Najlaa
weekend lepas Najlaakan demam. Entah dapat virus dari mana pun aku kurang pasti. So pergilah klinik untuk ambil ubat. Lepas sehari Najlaa pulih dari demam, Aidi pulak yang sambung demam. Tapi alhamdulillah tak lama, just terima penangan demam tu je.

[2] Aku
biasalah, dah ujung-ujung pregnancy ni, kena gi check up every seminggu. So dalam minggu ni pergi scan. Jantina? supprisee... huhuhu... kepala baby dah masuk tempat sepatutnya, tinggal tunggu masa je nak keluar. Berat? ada naik sikit, 60kg sahaja! harap-harap in the end of pregnancy dapatlah cecah 65 or 65.5kg macam sebelum ni. Anything sihat walafiat.

[3] Aidi
ha, ni nak cerita ni... hari Khamis malam Jumaat semalam ni... sebelum kul 9 mlm, tiba-tiba Aidi [1]MUNTAH depan bilik air... melambak sisa makanan yang dia makan tu. Keras kejung dia terperanjat lepas muntah tu. Yelah, mana pernah muntah sebelum ni. Alih-alih muntah dengan banyaknya. Aku yang masa tu tengah layan Najlaa di ruang tamu, terkejut dek bunyi macam air tumpah. Terus abang uruskan sesi pembersihan muntah dan Aidi.

Seingat aku yang tak nyanyuk lagilah ni, menu tengahari dia ambil iaitu nasi + sup ayam, menu petang iaitu keropok, pastu kitorang keluar kejap gi supermarket sini, on da way balik dia makan roti. Balik umah baru minum air. Time kitorang makan malam, dia tak makan... just makan keropok je. [semua orang makanan yang dia makan ni]

So, lepas dia muntah tu aku bagilah ceramah pendek... "ha, tulah... time orang makan nasi, dia makan benda lain. Kan dan muntah." Dia pun, "nak makan nasilah mi"... huhuhu... abang suap nasi dengan sup kat sofa (dia duduk menyandar). Tiba-tiba lepas dapat 6-7 suap, uweekkkkk... [2] MUNTAH lagi. Habis nasi yang dia makan tadi keluar, bersepah kat sofa. Aduishhhh... kena bersihkan sofa ni. Buka sarung sofa dan rendam. Abang uruskan pembersihan Aidi.

Aku dah cuak je. Macam mana ini budak. Tak pernah-pernah muntah, tiba-tiba banyak kali pulak dia muntah. Melepek dia kejap. Jam dah kul 10. Time to sleep. Biasanya dia minum susu sebelum tidur. Tapi aku tak bagi, takut muntah lagi. Minum air sikit je. Then, kira-kira jam 12 malam, abang terdengar bunyi orang macam nak muntah. Abang terus bangun kejutkan Aidi. Tup-tup, terus je keluar. [3] MUNTAH lagi... tapi kali ni banyak air sebab dia tak makan apakan. Perghhh... bersihlah kesan-kesan muntah tadi. Sebelum tu dia kata nak kentut, tapi keluar air. La, cirit rupanya. Habis kena katil. Aku bersihkan, tak hilang bau dia. So abang dan Aidi tidur kat bawah. Aidi tido pakai pempes. Nasib baik ada pempes dia saiz XL yang tak pakai lagi tu ada.

Sebelum tido, bagi minum air sikit. Biasalah, lepas muntahkan, tekak jadi kering. Sebelum tutup lampu, aku tanya dia, nak muntah tak? tak habis cakap lagi dah [4] MUNTAH lagi... mak aih, sakit apa budak ni. Mangkuk dan towel dah standby je kat sebelah bantal dia. Dia sakit perut dia cakap. So urut-urutlah sikit.

Bangun subuh. Dia pun terbangun jugak. Bangun-bangun je, [5] MUNTAH lagi. Muntah 3 terakhir ni semuanya air yang keluar. Dah lembik dah budak ni. Nak kasi apa-apa takut muntah lagi. Risau-risau. Time aku buat breakfast, aku call mak. Mak cakap suruh mandikan pagi-pagi dan ikatkan tali kasut ke lehernya, sebelum tu bacakan tabat yada dulu. Aku nak buat tapi abang yang tak percaya. Jumaat aku suruh abang amik EL sebab tak larat kalau dia muntah mana-mana. Nak kena dukung, kena bersihkan lagi. Fuuhh.

Lepas makan, duduk-duduk kejap. Aidi [6] MUNTAH lagi. Tak boleh jadi ni. Kena bawa gi klinik. Kul 8.15 pagi kami dah tercongok depan klinik yang dibuka jam 8.30 pagi! takpe, biar kita tunggu doktor, jangan lambat dapat no giliran sudah. Jenuh nak tunggu.

Doktor cek. Kes silap makan ni. mmmm... orang lain pun makan apa yang dia makan tapi... peliklah. Doktor bagi ubat tahan muntah, air garam, ubat sakit perut. Doktor suggest, bila kena muntah ni jangan bagi susu, bagi makanan yang mudah hadam macam bubur dan makan dalam kuantiti yang seidkit. Untuk cirit, kerapkan bagi dia makan pisang. Peberet Aidi ni.

Balik rumah standby je mangkuk. Tadi gi klinik pun bawa mangkuk, orang tengok je... hihihi. Kat umah cirit lagi. Muntah ada lagi kot, tak ingatlah.

Sepanjang hari tu dah tak muntah sebab dah minum air garam dan ubat-ubatan lain. Tapi mangkuk dan towel memang standby jelah. Nasi tak boleh makan. So, makan pisang je. Abang beli 2 sisih, dah habis. Kesian Aidi. Baring je. Najlaa pulak nak ajak dia main.

Malamnya, panas badan pulak. Masuk ubat demam ikut b***** sebab dia tak suka makan ubat. Aku buat plan B karang langsung kena teranjang. Tengahmalam dah sejuk sikit. Esoknya Sabtu panas lagi. Kesian, melepeeekk je. Malam abang beli pisang, kool fever dan panadol for child.

Hari ni Ahad, dia bangun pagi, alhamdulillah dah sejuk dan boleh main dan sakat Najlaa. Kami ke klinik semula sebab rutin harian check up weekly aku. Alhamdulillah kepala baby dah 2/5 masuk. Paling awal lagi 2 weekslah aku bersalin. Tu paling awallah. hehehh... debo-debo gak ni sebab doktor cakap anak ke 3-4 ni cepat sikit.
Read more...

Saturday, November 08, 2008

Sunyi


Jam menunjukkan 6.31 petang... azan maghrib sudah hampir tamat berkumandang...

budak 2 ni pun dah hanyut... ketiduran selepas makan nasi lemak + epal dan aku buka VCD Barbie

kepala rasa tension
rasa nak marah
rasa geram
rasa tak dihargai
rasa diketepikan
rasa penat
rasa nak nangis je
rasa nak buat sesuatu
rasa nak lari dari sini

arghhh... menyampahnya keadaan ini
Read more...

Friday, October 10, 2008

Dah, balik-balik...

Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... tak terlambat lagi untuk aku wish memandangkan mood raya masih menebal lagi, sedangkan hari ni dah masuk raya ke-10.

Tahun ni turn raya ke kampung aku. Wah, kemain seronok lagi nak balik. Berkobar-kobar nak balik hari tu. Tapi aku punya baju raya je tak sempat nak jahit. Nak dijadikan cerita... jeng jeng jeng

Hari Khamis sebelum balik kampung tu, aku pulunlah buat baju raya aku. Konon nak jahit baju pesen, kain yang Kak Mun bagi tu. Tengah-tengah betulkan benang ni, sekali kaki aku terkayuh mesin jahit tu. Apalagi... sepantas kilat aku tarik jari aku ni. Bila tengok jari hantu tangan kanan ni, dah terpacak jarum mesin yang patah, dek aku sentap tadi. Mak aihhhh... aku pu try nak cabut jarum tu, tak boleh sebab melekat terus. Kebas jangan citer, seluruh lengan ni terasa sakitnya. Adoilah. Jam kul 12.38 tengahari. Hari kije pulak tu. Najlaa tido. Aidi tengah tengok playhouse disney. Nak wat cemane ni? Aku call abang soh balik. Air mata dah berjurai-jurai ni. Cakap pun tak clear. Hahahhaha... Aku terlupa pulak abang ada Khidmat Masyarakat ke Bau hari tu. Nasib baik masa call tu dia dah on da way balik, dah dekat-dekat town je.

Dekat 20 min tunggu abang balik. Adoilah, terasa macam berejam-jam. Aidi asyik dok tenangkan aku. Ada pulak dia cakap, "kejaplah mi, abahkan balik kul five"... huhuh... berapa lama mau tunggu. Dia kejap-kejap gi tengok pintu, kot-kot abang dah balik. Takde jugak. Adoi bang, cepatlah. Kul 1 lebih abang kelam kabut balik buka pagar. Aidi pun jerit cakap abah dah balik. Aku apa lagi... cepat bang, tolong!!... Ya Allah, mengucap panjang abang. Hahahha...

Yelah, apa taknya... jarum dok terpacak kat jari ni. Abang pun panik memula, tak tau nak buat apa. Aku soh dia amik playar. Dia gi amik yang muncung tirus. Isk, aku yang ketar pulak nanti. Cari lagi playar yang biasa. Nasib baik ada. Sekali napas, selawat semua, dah settle. Fuhh... lega rasanya. Darah pelan-pelan mengalir. Nasib tak banyak sangat darahnya. Kebas sebelah lengan pun dah beransur-ansur hilang. Alhamdulillah.

Dah abis drama tu, sesi bercerita pulak kat abang. Tung tang tung tang aku bercerita. Sedu pun tak hilang lagi. Hahahah. Sebelum ni aku pernah tertusuk jarum gak tapi kena tepi-tepi je. Tu yang boleh cabut sendiri. Kali ni memang harulah. Time tak boleh cabut tu, macam-macam rasa. Rasa nak panggil jiran mintak tolong, rasa nak gi klinik je tapi Najlaa tido, satu kije nak mengangkat dia pulak, dengan Aidi tak mandi lagi tu. Isk-isk-isk... kalo abang takde, mati kutu gak aku nak pikir. Abang pulak dia cerita, masa dapat call tu, dah macam-macam dalam pala dia, aku bleeding ke, anak-anak sakit kena apa ke. Hahaha... aku tukang gelak pulak.

Terus abang kasi cuti masak hari tu. Baju-baju takyah jahit lagi. Beli je kat kampung nanti. Aku pun apalagi, sebagai isteri solehah, kenalah patuh kata suami. Tapi hari tu je. Esokya Jumaat aku pulun potong kain dan jahit mesin sebab esoknya dah nak balik kampungkan, yang jahit tangan aku boleh buat kat kampung nanti. Abang geleng pala je tengok aku menjahit. Aku cakap takpe, abang ada. Hiihiii... yelah, kain hasil bisnes online aku beli sendiri tu. Pilih sendiri kainnya. Memang meraunglah kalo tak jadi pakai. Hahha..

1 Syawal... aku pakai baju kawen je. Gambo tak upload lagi. Baju yang aku dok pulun buat tu, malamnya aku baru pakai sebab memang baju second sebab tak kena kaler.

La ni tengah berkemas nak balik Kuching esok pagi. Cukuplah dulu cuti 2 minggu ni. Dah, balik-balik... Rindu pulak kat umah Kuching. :)

Read more...

Friday, September 12, 2008

Baru nak releks sket

Assalamualaikum semua,

baru ada masa nak update blog... sejak buka bisnes online ni, lagi nak raya... memang tak menang tangan... kul 10 mlm time aku masuk tido pun ada orang mesej lagi... mesti abang komplen tapi dia tak suarakan je... 

aku memang hadkan waktu-waktu aku berbisnes ni... tapi sesekali dapat order tu, berbunga je rasa... ada gak orang nak beli barang dengan aku, alhamdulillah... berkat kesabaran selama ni.

banyak benda nak citer... mula dengan baju rayalah... sebelum puasa aku dah siapkan 1 baju kurung Najlaa... melaram je si kenit ni dengan baju baru... dah masuk 1 Ramadhan, aku buat lagi selai... ni dah siap selai... so ada 3 lailah semua baju anak dara sorang ni... hari-hari nak pakai baju kurung... memang dah nampak dah ciri-ciri keperempuanan si Najlaa ni... baru 1 thn 8 bln, bulan ni... yang paling obvious adalah semalam... ada ke dia ambil bateri, pastu dia cucuh, pusing-pusing kat mulut dia... macam orang pakai lencuu tuuu... sabar jelah si kenit ni.

so sekarang, tengah siapkan baju abangnya, Aidi... setahun sekali potong baju orang lelaki ni... tahun lepas aku buatkan baju Aidi, tak sampai ke petang 1 Syawal, dah rabakss kelengkangnya... hahhahah... kali ni aku nak jahit betul-betul... skill dah ada, cuma kena belajar dari masa ke semasa je... yang tengah Q lagi sekarang ni adalah baju aku ada 3 lai!! baju akak 1 lai... saje aku nak test try buatkan baju orang... kot-kot lepas ni boleh amik oder buat baju pulak... nak gi kelas, tak terpegi... so, belajar sendiri.

alhamdulillah, dah masuk 12 Ramadhan aku dan umat Islam yang lain berpuasa. Cuma 1 malam je aku miss solat terawih... gara-gara siapkan orderlist kek lapis, nak kena submit oder last minit... balik dari kedai, dah penat dan dah lewat... rasa macam nak qada' je, tapi tak boleh... huhuhu

semalam aku gi pos barang orang... sejak-sejak ada onlineshop ni, keter aku pegang dan kebetulan abang dah tak jadi ketua unit, so bolehlah dia pakai motor gi kije... kalo tak kena naik keter je manjang, yelah parking free... hehhe... berbalik pada citer. Lepas pos barang orang, aku gi bazar ramadhan... pestime pegi untuk tahun ni dan dengan A&N... aku cari nasi kerabu, jumpa tapi tak sure pulak kedai itewwkah yang dimaksudnya ramai orang - sedap nasinya... aku pun beli jelah, untuk abang, aku belikan nasi ayam panggang... pastu air tebu dan tauhu fah (my all-time peberet!)... untuk A&N, aku masak nasi dan goreng ikan je.

nak dijadikan citer, bila dah buka puasa... biasanya aku minum air dulu, abang makan kurma dulu... aku rasa air tebunya... mmm, lain macam je... bila abang rasa, sah-sah air semalam... hu mak aihhh.... 1 out... pastu aku makanlah nasi kerabu tu... sedap... abang? nasi ayam panggangnya dah ada rasa nak basi, abang cakap... 1 lagi out! kesian abang makan nasi dengan sardin semalam dan ikan goreng je... huhu... pastu aku sedaplah melantak nasi kerabu ni, tiba tang drummet tu, aku pusingkan... tiba-tiba.... uwaaaa... ada bulu ayamm!!!! nak muntah kat situ jugak rasanya... 1 lagi out! nasib baik semalam jiran depan umah ni bagi bubur pedas... makan tu jelah aku malam tadi... pastu, makan tauhu fah... memula sedap sebab dia guna gula apong... pastu bila dah lama-lama jadi tak sedap sebab air tauhu tu dah tercampur dan jadi tawar hebekk... 1 lagi out!!! mak aih, semua yang aku beli out!! fuhhh, pas ni tak moo dah gi beli makanan kat luar... sik nyaman juakk... masak sendiri lagi sedap.

dan hari ni aku rancang nak masak Sambal Telur Puyuh, Bubur Lambuk Tranung ke Bubur Pedas ek (2 menu ni aku sorang je yang makan, lelain makan nasi putih je)... Terubuk Masin masak lemak cilipadi pun sodap jugak... Puding Jagung sigek... nak sedekah jiran... last week buat roti jala, rasa best sangat sebab terus dapat balasan dari jiran-jiran... ada yang bagi ikan singgang stail sinilah, bubur pedas (ala bubur lambuk tapi ada perencah sendiri dan ada sayur/ayam/daging - menu wajib bulan posa), sup tulang, kurma... semalam dapat bubur pedas... semua dah lengkap tapi ada kurang masin sket... heheh... aku ni tak boleh tak masin dan tak pedas... mulalah down je bila makan... heheh

sebelum puasa aku takde selera sangat... tapi kalau makan ikan pekasam, budu, cencalok, sambal belacan... mau aku tambah 2-3 kali... huhuhu...

malam tadi mak msg, "Tiket balik ke tranung ada 3/10 je, tapi 2 seat... nak 4 seat, tunggu 6/10"... hu mak aih... abang call mak terus... 2 seat tak boleh, ini makhluk kenit 2 orang nak letak mana... nak pangku sepanjang 8 jam? tak boleh, tak boleh... ushar air tiket... ada tapi nak try tanya adik kat BP dulu, kot-kot ada tiket kat Air Hitam... tapi pagi tadi aku call agen di Air Hitam, katanya dah sold out! bas tambahan akan ada tapi tak jual lagi tiketnya... dah bagitau abang... senyap je dia... nak balik gak ke tranung walau macammana caranya... dahlah last balik trg bulan 1 hari tu... siannn abang.

Doa-doalah ada tiket bas, kalo tak kenalah naik belon dari Jhr-KL-Trg... oh ya, pagi tadi dapat mesej dari kawan di Tranung, dia dah selamat bersalin... 12 Ramadhan tu... letihlah nak ganti posa nanti... huhuh... Tahniah buat Sarah dan keluarga... :)

ada lagi 1, aku dapat award dari geng kamceng aku dari U lagi... ecah, thanks to you.

pastu kena agihkanlah kat sapa-sapa yang aku suka, antaranya:
Read more...

Friday, August 15, 2008

Award lagi...


Dapat award lagi... yey... thanks to Kak Tirana kerana tak pernah lupakan saya ni.

It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

So, sy turunkan award ni kepada orang-orang kreatif ni seperti:

Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Blog Award

Assalamualaikum semua,

dah delay banyak hari nak claim award ni... hari isnin lepas Kak Tirana ym, "Ai, jenguk blog akak untuk amik award"... hoh!! award pemenda pulaks ni... sy takde masuk mana-mana pertandingan ni kak... hehe... suspend betul bila soh claim award kat blog akak.

Anyway, thanks sebab bagi saya award ni walaupun bukannya hari-hari memblog, jenguk adalah... hihihi... here we are:


so lepas ni nak kena tag sapa-sapa pulak. Maka dengan ini beta turunkan waris ini kepada:
1) kak uda (the ever cun photographer in the world!)
2) hanny (the preetiest mak andam and ex-bahasa arab teacher)
3) noore (the sempoi mom-to-be)
4) kak sitisifir (the mom of 4 yang sibuk dengan kedai optmetrisnya)
5) yani (the coolest mom with 2 boys)

thank you for being my friend forever... :) aku hadiahkan ini pulak...





Read more...

Tuesday, May 27, 2008

7 Facts

dusyuummm... lontaran hebat dari Cik Puan Limau Nipis terkena dada... patutlah rasa nak gi jenguk blog dia pagi nih, rupanya dah terkena tag... hua hua huaa...

oklah, this is my 7 facts:

1) Aku ni bukanlah jenis cerewet sangat dalam pemilihan makanan, semuanya aku makan cuma tolak batu dan kayu je kata orang tua.

2) Hari-hari aku dalam dilema samada nak kerja atau duduk rumah, tapi lepas aku buat bisnes online ni, aku rasa nak dok umah je tapi masih lagi memikirkan macam mana nak bayar Peterpan (yang masih puluhan ribu!) dan nak bagi mak abah.

3) Hari-hari aku fikir dan cari peluang nak buat produk yang baru ataupun cari produk baru untuk diniagakan.

4) Aku suka bunga. Semua jenislah sebab ianya mendamaikan jiwa aku yang tengah gusar ataupun sedang gundah gelana.

5) Kalau aku tengah marah, aku sanggup bersihkan rumah ke dapur ke bilik air ke dari aku hadap kemarahan aku tu.

6) Kalau aku gi kedai-kedai online, rasanya semua barang yang berkenan aku nak beli. Tapi kena tapis dulu oleh DH. Kalau buku takpe (boleh tolak cukai!).

7) Aku cepat homesick. Baru 4 bulan tak balik kampung, aku rasa nak terbang sekarang je. Nak suruh mak masak untuk aku je. Waaa... rindunya.

Ok, kuturunkan waris ini kepada:
2) Ecah
3) Noor

selamat menjawab (macam nak pekse pulak... hihihhh)
Read more...

Sunday, May 18, 2008

Selamat Bercuti

Assalamualaikum semua,

alamak, lama tak update... asyik mengupdate barang baru masuk je, lupa nak update blog ni. Bisnes? alhamdulillah... tak banyak, sikit-sikit pun ada orang beli... lagipun baru nak cari tapak... nanti dah kukuh, goyang kaki je... yang penting duit masyuk...

hari ni hari ahad... esok hari isnin, cuti wesak... takde rancangan lagi nak ke mana... selasa, abang turun ke KL lagi sebab nak diskas paper exam... ek eleh, macam nak bincang soklan bocor je... punyalah sakan soh orang seberang laut ni datang sana... sehari pulak tu, rabu petang dah balik semula.

minggu lepas 3 hari 3 malam abang takde... kursus kat KL... aku 3 beranak dok kat rumah ni, takde orang teman pun, tak keluar ke mana-mana pun... hatta nak buang sampah pun kejap je, budak-budak ni langsung tak keluar rumah... malas! selalu kalau abang takde, cikju ada temankan... tapi cikju balik kampung dan berpantang... apa khabarlah dia di kampung ye.
Read more...

Saturday, April 19, 2008

New hobby

Assalamualaikum semua,

selamat sejahtera, ahlan wasahlan semua... semoga dirahmati Allah hendakNya. Lama tak update blog. Almaklum sibuk dengan bisnes, jahitan, anak-anak dan sebagainya.

Baru-baru ni aku telah terjebak dengan hobi yang tidaklah asing tapi ada sedikit asinglah mungkin. Ini pun tak sengaja, dek desakan kawan-kawan yang banyak bagi sokongan supaya aku mahir dalam bidang ini.

Hobi baru yang aku maksudkan adalah sulaman reben dan sulaman benang. Dulu waktu tingkatan 1-3, aku ambil ERT(Ekonomi Rumahtangga), secara tak langsung kemahiran aku dalam bidang jahitan ni sejak azali lagi. Mungkin diwarisi oleh arwah nenek dan mak (terima kasih mak sebab ajar buat baju kurung).

Oklah, berbalik kepada hobi baru aku ni. Asalnya kena ada jarum dia sendiri yang pelbagai saiz dan harga. Tapi setelah berfikir tentang harganya yang boleh tahanlah dan aku terjumpa pulak jarum untuk crosstitch, maka aku nekad untuk memulakan langkah. Berbekalkan reben yang ada di rumah, aku belajar jahit secara online yang ber'tok guru'kan Youtube, Needle'nThreads dan lain -lain website dari dalam dan luar negara. Banyak teknik yang aku pelajari. Dari Spiderweb Roses sampailah ke Palestrina Stich. Tapi banyak lagi teknik kena belajar ni. Pelan-pelanlah.

So, bahan-bahan yang kena ada untuk sulaman ini adalah:
1) ram
2) jarum (yang boleh masuk reben)
3) reben
4) benang sulam
5) kain

Bahan-bahan asas sulaman

So, inilah hasilnya setelah 2 hari belajar secara online.

First touch at beg telekung (berterabur sket sebab tak jumpa motif)


Second touch at sarung kusyen

Macam mana pakar? lulus ke? hehhe...
Read more...

Tuesday, March 18, 2008

Surirumah... sibuknya dia!

Assalamualaikum semua,

selamat pagi dan semoga hari-hari yang anda lalui mendapat berkah dari Allah SWT. Lama tak mengarang ni... alhamdulillah, hari-hari makin sibuk dek tempahan dari customer. Inilah berkat orang yang sabar. Aku pujuk diri tatkala orang lain sedap duduk di kerusi di bilik berhawa dingin yang bergaji ribu-ribuan setiap bulan (bilik ofis aku kat rumah ni pun ada air-con jugak!).

Seperti tajuk kali ini, aku petik dari blog teman, kak tirana yang juga seorang surirumah beranak empat. Betapa sibuknya dia lebih-lebih lagi tika suaminya mulai bekerja di Australia tahun lepas.

Bagi aku pula, memang tak menang tangan. Dalam tak menang tangan tu, kenalah cari masa untuk diri sendiri, ye tak. Rutin harian aku bermula seawal jam 6 pagi setelah abang kejut subuh (sejak dari zaman bercinta lagi, dialah jam loceng aku!). Lepas uruskan diri, aku masuk ke ofis pertama aka dapur. Sejak berkahwin memang aku selalu masak. Sik nyaman makan diluar! orang sarawak kata. Buat menu ala kadar je. Yang penting kenyang dan menyihatkan. Lepas abang pergi kerja, anak jagaan datang. Time ni kadang-kadang kalut sebab Najlaa pun bangun. Tapi lama kelamaan aku dapat handle. Lepas dua-duanya dah tido (nak tidokan dua-dua macam tidokan anak kembar, sorang susu botol, sorang susu badan!), aku sambung buat kerja. Semua kerja-kerja rumahlah, sapu sampah, jemur kain, kemas tong mainan, kemas rumah sket.

Asal dah beres semuanya, aku pergi ke ofis no 2 aka bilik ofis yang mana aku letak komputer, meja study, buku-buku sampailah ke mainan budak-budak ni. Baru nak ngadap pc kejap, Aidi dah bangun. Hantar dia buang air, buatkan susu dan buka tv channel playhouse disney, dah beres. Aku sambung ngadap pc lagi. Check order masuk atau sebarang pertanyaan je. Selebihnya aku buka website kegemaran aku. Time ni kadang-kadang Najlaa bangun, kasi breakfast pulak. Aidi kadang join, kadang tak join sebab dia ni susah nak makan sket. Tapi kalau ada mihun goreng ke mihun/spaghetti sup ke, memang dia makanlah. Lepas makan, anak-anak mandi dulu.


Dekat kul 10, anak jagaan bangun. Mandikan dan kasi nestum, beres. Dia pun main dengan A&N. Time singgang ni, lari ke dapur kejap. Masak ala kadar je. Kadang sempat masak nasi je sebab anak jagaan merengek. Lepas tidokan, sambung masak tadi. Kalau sempat, makan terus. Najlaa kul 11 lebih dah lapar. Lepas makan mesti dia nak tido. Biasanya kul 12 lebihlah aku baru makan dengan aman sebab time tu Najlaa dan anak jagaan tido. Aidi pulak, kalau takde kari memang dia tak makan. Tapi jelak pulak ngadap kari hari-hari. Maka kadang-kadang dia makan, kadang-kadang dia tak makan. Ikut suka dia. As long dia makan macam-macam, aku tak kisah sangat. Susu pun kadang-kdang 3-4 botol sehari.

Dekat kul 2 anak jagaan balik (mak dia cikgu, sedap sket... hihihi). Lepas tu aku pun masuk ofis no 3 iaitu bilik jahit. Sebelum masuk ofis, aku check lagi sekali kot-kot ada order baru masuk. Kalau A&N tido, memang syoklah aku menjahit tanpa gangguan tapi kalau diorang tak tido, mmm... serabut jadinya bilik jahit tu. Time nilah Aidi buat aktiviti dia samada mewarna ke, ngadap website playhouse disney ke, yang penting dia dah tahu asal kul 2 je mesti matikan tv. Aku jahit mana yang sempat, kadang-kadang sampai asar atau kul 5, dekat-dekat abang nak balik, aku baru stop menjahit. Opss, lupa pulak... kalau tekak ni teringin nak makan best sikit untuk minum petang, dalam kul 3 dah kena siapkan bahan-bahannya. Talam ubi ke, bubur kacang hijau ke, kek coklat ke... ikutlah, tekak ni bukan kira... hehhe.

Dekat kul 5 abang balik, siap-siap untuk minum petang. Kalau time aku malas, minum air teh ngan keropok je. Untuk aku, aku selalu minum oat+horlick+susu bila masuk minum petang ni. Rasa kerempeng je badan ni dikerjakan A&N... heheh. Ambil angin petang kat luar. Sapu sampah ke tanam pokok ke... time ni memang happening kat kawasan kejiranan ni. Ada yang main layang-layang, main bola, cycling, jogging, sembang petang - seronok!.

Kul 6.15 dah kena masuk rumah, abang amik turn mandikan A&N. Aku kemas dapur sket. Sket je.. hehhe, sebab tengahari dah masak. Kalau tak masak, time ni dah kena masak. Sebab apa masuk rumah awal? sebab kul 6.30 nak tengok Bella, aku tengok sikit-sikit je lagipun sebelum kul 7 dah maghrib. Abang nak ke surau pulak.

Lepas makan kul 8-8.30, tengok tv jap... dan pergi check order masuk kejap. Time ngadap tv memang letih, letih mata dan letih kepala sebab takde cerita yang best. Kul 10 je dah switch off tv dan masuk bilik tidur. Time ni memang automatik mata ni terpejam tapi kepala ni dok fikir je... fikir esok pagi nak masak apalah... hehhe.

Letihkan? sapa kata dok rumah tak letih... bagi aku yang dok rumah ni, hanya 3 tempat je yang buat aku releks iaitu bila solat, bila mengaji dan ketika mandi sebab time nilah kita punya masa sendiri, ye tak. Sebab tu bilik air aku cantik... heheh (masuk bakul!)
Read more...

Thursday, March 06, 2008

Alone again

Assalamualaikum semua,

aku curi masa nak update blog ni sebenarnya... kalau takde masa, sampai mati pun takde masa, ye tak?

abang takde, kursus lagi... dia pergi ahad semalam ni, balik sini lepas mengundi. Aku tak balik, ngundi ke tak, aku tetap dapat hak samarata seperti orang mengundi. Mak bapak aku orang BN, secara tak langsung aku pun dapat profit daripada itu.

Abang pergi hari ahad jam 2.30 petang, lepas babai-babai sambil menangis ni, terus masuk rumah. Alih-alih tv, komputer, peti ais tak hidup. Tapi lampu dan kipas hidup. Arghhhh... aku panik, kalut. Terus call abang dan abang call tuan rumah, petang sikit dia datang betulkan. Pelik tapi benar, rumah aku sorang je yang macam ni. Rumah orang lain ok je. Petang tu tuan rumah datang. Aneh, sebab dia tekan kasi ketat je power supply tu terus hidup. Tak pernah berlaku lagi kat rumah ni, dia kata. Aku pun lagilah pelik. But as long dah hidup balik, takpelah.

Tak lama lepas tuan rumah balik, dia jadi semula. Aku pun tekan jelah macam tuan rumah buat tadi. Tapi tak menjadi, tak cukup kuat aku tekan kot. Aku panik, takut pulak barang-barang dalam peti ais busuk! Last-last aku dapat idea, amik tukul. Sekali ketuk dah hidup semula. Pelik betullah. Nak kata orang usik, sapalah yang nak usik sebab dok atas nuuu. Mungkin keadaan rumah ni yang lama tak diduduki kot menyebabkan suis utama dia jadi begitu. Allah, jauhkanlah litar pintas.

Bila keadaan jadi seperti sediakala, aku buat kerja seperti biasa. Bila dah petang, aku mandikan anak pulak. Alih-alih, water heater tak berfungsi. Ah, jadi lagi ke? aku ketuk lagi dengan tukul. Nasib baik boleh. Balik semula ke toilet, tengok aidi dah masukkan blok mainan dia dalam lubang tandas. Adoiiiilahh! aku suruh dia ambil. Dia tak nak sebab jauh sangat. Aku marah dia. Dia nangis-nangis tak nak ambil. Last-last aku yang ambil dan terus buang. Dah banyak kali aku pesan kat dia, abah dia pun sebelum pergi dah pesan. Dengar cakap ummi dan jangan tolak adik. Bila dia tak ikut apa yang kami cakap, aku rasa sedih. Aku diam je sepanjang pakaikan dia baju.

Turn aku pulak mandi. Usai 5-10 minit mandi, pintu bilik air terkunci dari luar. Ya Allah! aku gegar kasi nak tercabut selak pintu sambil panggil aidi. Dia datang lenggang kangkung. Ni kali kedua dia kunci aku dalam bilik air. Aku rasa dia nak main-main tapi tak kena tempat. Kena marah lagi. Aku sedih bila aku marah anak. Rasa aku ni useless!

Call abang. Sapa lagi nak aku kurangkan beban ni kalau tak kat dia. Sabarlah yang, proses mendidik anak ni bukannya mudah, kita kena kuat. Kalau kita didik anak dengan cara yang betul, esok kita tua dia pun akan jaga kita dengan betul. Aku sematkan dalam otak ayat-ayat abang ni. Betul kata dia, kalau kita salah mendidik anak, yang ruginya kita jugak. Bagaimanalah nasib kita bila tua nanti ye? Wallahu a'lam.

Selesai bercakap dengan abang, aku tak tegur aidi. Tiba-tiba dia datang said, "I'm sorry, mi" dan dia cium aku. Memang setiap kali bila dia rasa dia bersalah, dia akan sendirinya datang cakap macam tu dan cium. Tak kiralah kat sapa yang dia buat, mesti dia cakap macam tu. Aku rasa lega! ciuman magik tu boleh membuatkan aku tersenyum kembali.

Time dia main dengan adik dia pun macam tu. Selalu sangat tolak-tolak, berbuih mulut ni cakap jangan tolak. Kalau tak suka Najlaa, pergi letak Najlaa kat luar. Bagi kat orang gila! Nangis-nangis dia cakap tak nak. Dan serta merta dia cakap, I'm sorry kat Najlaa.

Aku sambil membuat analisa merasakan dia ni perlukan kawan. Kawan yang boleh bermain, belajar dan membuat aktiviti bersama. Boring kot duduk kat rumah ni je. Asyik-asyik tengok kartun, gaduh dengan adik je. Kami cadang nak hantar dia ke Tadika. Tapi tak tahu lagi bila. Biar dia belajar berkawan dengan betul. Kami sebenarnya bercadang nak hantar dia bila dia berumur 5 tahun nanti, sekarang tahun ni masuk 4 tahun. Tapi aku lagi suka dia duduk di rumah sebab kita boleh pantau keadaan dia. Bukannya aku tak boleh ajar dia. Dia pun suka kalau berjumpa dengan budak sebaya dia. Cepat berkawan budak-budak ni.

Biarkan masa yang menentukan dan aku serahkan semuanya kepada Allah SWT.

Oh ya, 12/3 ni result SPM keluar. Good Luck kepada adik aku, Emi dan adik-adik dan anak-anak kawan aku. Mak, abah dan emi datang makan angin ke sini 19/3 nanti. Tak sabar nak tunjuk Kuching ni kat diorang. :)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...