December 22, 2011

K.A.W.A.N

Hari tu..masa jadi invigilator SPM, saya borak-borak dengan sorang akak ni. Hari last jaga SPM baru pandai nak berborak, sebelum tu duk 'Hi, hi ..' je. Masa tu dia duk cerita pasal anak kembar dia. So, saya pun excited la kan duk tanya pengalaman dia ada anak kembar. Tanya itu, tanya ini sampailah bila saya cerita pasal anak saya..tup-tup dia tanya satu soalan yang saya dah boleh agak ke mana hala tuju perbincangan seterusnya.

 " Anak dah ada insurans ke?"

Belum pun sempat saya jawab apa-apa, terus akak tu sambung,
" Kalau tak de lagi, boleh ambil dengan suami akak, amik insurans T*****, jangan bimbang yang ni Islamic punya, complete dengan simpanan untuk anak belajar bla..bla..bla..bla.....kita akan untung bla..bla..bla..bla.. anak sakit bla..bla..bla.."

2-3 minit lepas tu saya dah tak faham apa yang dia explain, saya cuma angguk-angguk, senyum-senyum. Dalam hati dah terfikir , "Ni yang malas nak buat ramah. Tak pasal-pasal kena dengar dia duk promote insurans berjam-jam."

Pendekkan cerita, akak tu siap amik phone number dia cakap nanti husband dia akan call. Masa tu ingat nak bagi number yang tipu, tapi masa dia tanya..laju je mulut bagi number yang betul. Memang tak pandai nak tipu.huhu.

Hari ni pulak, saya saja je chat dengan sorang kawan lama. Bukanlah rapat sangat. Hajat hati sekadar nak tanya khabar. Baru tanya 1 soalan, (yang dia jawab ala kadar je) terus dia tanya nak join tak group dia main Kutu untuk beli baju sutera yang harganya beratus-ratus. Siap promote baju tu habis-habisan. Agak mendesak juga cara dia tu. Saya menolak ajakan dia cara baik. Tapi sekali lagi dalam hati saya terfikir.."Alahaiii..ni yang malas ni.." Saya memang bukan jenis suka involve benda-benda camni. Nak beli barang, ada duit, saya beli. Kalau dah sampai kena kumpul setengah tahun baru dapat barang, takpelah tak beli pun takpe. No offense, sapa yang suka buat benda tu, teruskan.. Tu hak masing-masing. Tapi saya belum terbukak hati. Sama jugak macam insurans, memang tak salah kita nak jadi agen insurans. Tapi berpada-pada la kot. Takkan asal orang borak je, nak terus buka cerita insurans. Takkan takde langsung peluang untuk borak kosong sebagai 'KAWAN'?

Saya suka kawan-kawan buat bisnes, cari side income. Tapii..kadang-kadang kena jugak faham. Kawan-kawan kita mungkin nak kita jadi 'KAWAN'. Just KAWAN..

pic source : here

December 19, 2011

Hati nan berbunga

Ecewah tajuk...haha

Memang hati tengah berbunga-bunga, tengah berlagu riang ni..hehe.. Almaklumlah, hari ni kan hari gaji. Sebelum ni takdelah beriya sangat tunggu gaji sebab biasanya dalam akaun tu ada jugak berbaki sebelum tiba hari gaji. Tapi bulan ni, memang almost licin. Kenapa licin? Rahsiaaa....lalalalala~

Dan selain dari sebab gaji, memang hati ni sedang mekar berbunga kerana 'sesuatu' yang akan berlaku pada musim bunga nanti. *big grin*. But wait, sejak bila tanah tumpah darahku ini ada musim bunga?.hehe..~

Mintak-mintakla jadi..........Amin.

December 11, 2011

Sayang suami manja-manjakan.

Tahun lepas masa ni tengah bersempit-sempit tidor dalam train, untuk celebrate birthday mama Mr Hasnul kat Venice.

Tahun ni? Dah wish tadi masa salam dengan MIL. Sekarang tengah memanjakan Mr Hasnul....
.

.

.

.

.

.

.

.

.



Ini lepas sesi 'rawatan' muka, complete dengan massage and manicure. Sibuk sangat dia nak rasa macam mana rasa buat treatment kat spa, siap duk umpan cakap nak bagi pahala lebih kat isteri. Tapi mask Watson je lah yang ada pun.hehe. Malam ni konfem tidur dalam senyuman.

December 4, 2011

3 months /4 months

Qayyim cukup empat bulan semalam. Asal nak post entry masa 3 bulan, tapi asik bertangguh sampai dah cukup 4 bulan.huhu

Let me describe his milestones with pictures. Kira karangan bergambar lah ni.=)

1. Rolling over, all by himself.



2. Hold his hands and bring them close together.



3. Grasp and bat at things (harder than before)


This is why play gym is a-must-have item for your baby. 





















1. Posing manja dengan kepala yang dah jatuh dari bantal.
2. Tarik bantal, gosok-gosok kat muka.
3. Cuak bantal tutup muka, masa ni dah jerit-jerit minta mommy tolong.haha
4. Berjaya alih bantal dari tutup muka.
5. Hepi siap angkat kaki. Comel!

4. Lick at things.. Almost everything to be exact.haha.  Asal dapat capai, konfem masuk mulut. Jilat-jilat, hisap-hisap sampai bunyi chup-chupp..complete dengan air liur yang meleleh-leleh..macam sedap sangat gayanya..

Yeah my changing mat, my hands, my bolster and even my diaper look appetizing to me.  Bring ot on, let me give it a taste.hehe


5. Cooing, gurgling dan bunyi-bunyi lain yang tak dapat diklasifikasikan.

6. Sort of communicate through his crying.
-Nangis atau jerit when being left alone. Bila orang datang dekat, terus senyum. Boleh?
-Bila dukung sambil berdiri atau jalan-jalan , amboi bukan main gembiranya hati. Bila kita duduk, terus jerit. Kalau berdiri semula, senyap balik.
-Bila dia dah meniarap, then kita alihkan dia pada kedudukan baring, menangis-nangis taknak baring. Pastu cepat-cepat dia pusing badan meniarap balik. Then he will lift his head up, and smile!

7. Weighed 6.5kg! Baju size newborn, kalau pakai dah nampak macam The Hulk.*ye, itu memang exaggerated statement.hehe*

8. And many moreeeee..haha. Banyak sangat perkembangan sampai jadi tak tahu nak describe.
---------------------------------------------------------------



Alhamdulillah. Tak ada yang lebih membahagiakan daripada dapat lihat anak membesar depan mata. Semoga Muhammad Aniq Qayyim terus membesar dengan sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. 

November 24, 2011

Harta untuk gembira

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah hitam
Boleh ku bawa ke sekolah

Pom pom pom pom pom 
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek


Haha. Sejak semalam lagu zaman sekolah rendah ni asyiklah berlegar-legar kat fikiran saya. Teringat 4 tahun lepas, macam mana saya terharu bila dapat kereta. Masa tu saya baru jadi cikgu pelatih. Mula-mula praktikal, pegi sekolah bonceng motor dengan Nora, membe praktikal. Praktikal pulak kat salah sebuah sekolah anak-anak orang elit kat Selangor. Budak-budak pegi sekolah naik Audi, BMW cikgu pakai baju kurung naik motor..memang asyik jadi bahan je masa tu.huhu Tak sampai sebulan kami membonceng meredah hujan panas, mama call cakap dia bimbang saya naik motor since masa tu tengah kecoh jugak pasal kes ragut. So mama cakap suh saya beli kereta. Saya yang sah-sah tak bekerja lagi masa tu, memang nampak duit simpanan dalam Tabung Haji je untuk bayar downpayment. Kereta semua baba and mama yang tolong survey, pilih, settlekan loan etc. Saya menurut je. Alhamdulillah senang pulak loan lulus even saya belum ada kerja tetap. Maybe status sebagai pemegang scholarship kementerian buat benda tu jadi senang. Kira rezeki la tu.

Then ada satu hari, baba call cakap dia dah settlekan downpayment. Padahal masa tu saya belum keluarkan lagi duit Tabung Haji tu. Baba cakap tunggu kereta sampai je, boleh balik Kedah amik kereta. Saya masa tu memang terharu tak tau nak cakap apa. Saya tanya baba, 'Mana dapat duit?'. Dia cakap..'Adalah baba korek-korek jumpa duit..haha'. Elok pulak masa tu bulan 5, terus saya declare cakap itu hadiah hari jadi. =)

Dengan kereta itulah saya mula bina keyakinan atas jalanraya. Dari terketar-ketar pegang stereng sampai boleh bawak laju. Kereta itulah yang jadi peneman bila saya kesunyian di Pulau Langkawi. Kereta itulah jugak yang jadi saksi bulan madu saya dengan Mr Hasnul merentas 5 negeri. Balik dari Germany pun, kereta itu lah jugak yang berjasa sampai sekarang.

Tinggi nilai sentimental, penuh dengan memori. Walaupun kecil dan tak semahal yang lain, tapi itu adalah harta. Harta yang menggembirakan.  

November 16, 2011

Surely not an artist.

Tahu kan sekarang tengah SPM?

Tahun ni special sikit, sebabnya adik saya antara 468 808 calon yang amik exam tu. Then saya untuk pertama kalinya dalam sejarah perkhidmatan dilantik jadi pengawas tahun ni.

Mula-mula rasa macam, "Alaaa..kena jaga SPM takleh cuti la.." Tapi lepas pegi taklimat, and after 2 days being a pengawas, rasa macam best je. Memanglah jangka masa exam tu sebulan, tapi bukan setiap hari kita kena jadi pengawas. Macam kes saya, pusat exam tu untuk budak aliran sastera. Maximum papers yang dorang amik pun 8 je. Overall kena pergi 7 hari je jaga exam. Pastu bila buat jadual penggiliran, sorang pengawas paling banyak pun 5 hari je kena attend sesi exam. Ok la kan? Itu tak kira lagi kita boleh mintak off atau ganti kalau ada sesi yang kita takleh attend ikut budi bicara Ketua Pengawas. Memang ok sangat-sangat.

Cumanya, kena tahan la sikit kematu duduk dalam bilik exam tu 2-3 jam.haha. Tak boleh baca buku, tak boleh main game, SMS atau apa-apa yang melibatkan penggunaan phone. Kena duduk melangut tengok budak kerut-kerut dahi buat karangan 350 patah perkataan. Sekali sekala saya akan jalan round kelas. Pastu dah letih, duduk. Pastu boring jalan lagi. Ulang-ulang sambil mata selang 2 minit akan tengok jam dinding.

Semalam, dah tengah boring sangat.  Saya conteng-conteng kertas dengan muka serius.(muka kena serius, baru nampak macam pengawas yang berdedikasi.haha). Bajet-bajet nak lukis gambar satu family yang comel. Dalam kepala dah terbayang kartun-kartun macam dalam majalah Ujang dulu-dulu. Tapi hasilnya....



Nak gelak? Silakan.  Saya pun dah gelak sorang-sorang. Terus hilang muka serius.

Buruklah sangat haisy. Yang bapak tu rambut dah macam apa. Mak tu bolehlah kot, walaupun mata lebam macam kena penumbuk. Anak pulak macam budak terbiar je. Terus declare, itu BUKAN gambar family saya.haha

Balik rumah, saja nak compare tahap kesenian masing-masing, saya cakap kat Mr Hasnul " Abang, try lukis jap gambar kita 3 orang, lukis gambar abang pegang tangan Yus, pastu Yus pegang tangan Qayyim." Dia jawab "Qayyim mana boleh jalan lagi, macam mana nak lukis dia pegang tangan Yus". Alahai..lurus sangat la pulak. Tapi dalam malas-malas tu, Mr Hasnul lukis jugak. Hasilnya?? 

Seni seorang engineer. LOL.

Comel jugak tengok family 'lidi' tu. Tapi tak puas hati sebab gambar dia takde pegang-pegang tangan pun. Bila tanya dia jawab, "Alah..abang lukis kita bertiga tengah hepi tu.."

Haha. 

Mama ngan papa memang bukan orang seni. Tapi tak tahulah kalau-kalau ada jugak darah seni resesif, boleh diwarisi kat Qayyim. =)





November 10, 2011

Enam perkara.

Walaupun meng'update' cerita sendiri di blog bukanlah menjadi satu perkara wajib, tapi kalau tak update rasa hilang kepuasan untuk diri sendiri.wakaka.

Alah..tadi rasa macam banyak sangat benda nak cerita, blank pulak sekarang.Hmmmm..

Ok.ok. Dah ingat sikit-sikit.

Nombor satu:
Saya dah mula kerja. Baru seminggu. Hari first masuk kerja, rasa awkward gila bila orang tak kenal saya. Sedih nak nangis pun ada, sebab kat tempat sekarang saya belum ada kawan baik.Tambah-tambah pulak kat situ tak ramai yang sebaya. Banyaknya semua pangkat kakak2. Kita baru excited cerita pasal baby sulung, dorang dah bukak cerita anak masuk sekolah, anak nak bertunang, cucu demam etc.huhu.

Nombor dua:
Bila dah masuk kerja, terpaksalah tinggalkan si buah hati tu. Berjaya untuk tak nangis dalam kereta, tapi dalam hati tuhan je lah yang tahu. Tak sampai lima minit labuhkan punggung kat kerusi lab, terus bukak henfon cap ayam, pasang video si buah hati tu. Rindu! Tapi takpe, bila rindu je, terus bermotivasi untuk menyelinap masuk bilik persediaan untuk aktiviti restock susu.hehe.

Nombor tiga:
Selamat hari raya Aidiladha. Jeles tengok orang pergi haji. Harap panjang umur, murah rezeki, nak bersujud depan Kaabah lagi.

Nombor empat: 
FIL and MIL dengan berbesar hatinya dah buatkan sebahagian Aqiqah untuk Aniq Qayyim. Alhamdulillah. The feast went on well as planned. Insyallah lepas ni sebahagian lagi Aqiqahnya kami pulak nak buat.

Nombor lima:
Dah dua malam berturut-turut saya mimpi pergi Germany. Melampau tau, dalam mimpi siap naik bus RVV warna kuning dengan Mr Hasnul, pastu ada hati nak pegi umah Fami and Fana buat surprise. Paling tak tahan, dalam mimpi pun siap ingat lagi Bushaltestelle (bus stop) mana nak turun.haha.Even duduk setahun je pun, tapi kesannya sangat mendalam dalam jiwa. I really miss that place!

Kenderaan rasmi sepanjang 14 bulan. Alahai rindunya.
Nombor enam:
Today marks his 100th day of life!!! Subhanallah. Cepatnya..


Ok. That's all. Tschüss!

October 29, 2011

travel note : Penang, Malaysia

Aci la kan nak wat travel note walaupun pergi Penang je. Travel la sangat kan.haha

Dah saya kemaruk sangat nak berjalan, Mr Hasnul cadangkan beberapa tempat untuk pergi. Mula-mula dia ajak pergi Cameron, memang awal-awal lagi saya tolak. The last time pergi Cameron (masa study), saya muntah sepanjang jalan. Sampai atas, dah lembik. Dulu oklah kena jaga diri sendiri je. Kalau bawak Qayyim, pastu muntah-muntah camtu, sape nak jaga dia? Ok, reject. Then dia suggest Pangkor. Macam menarik, siap survey hotel dah. Pastu fikir-fikir balik nak kena naik feri, macam leceh pulak. Reject jugak. Sudahnya, we chose Penang. Dekat, takyah feri, takyah bukit-bukit.

Pagi Ahad tu (minggu lepas punya cerita nih), sebelum ke Penang kami attend majlis nikah my best buddy since school (Hi Puan Nick!hehe). Nasib baik Qayyim tak meragam dalam masjid. Risau jugak bawak pegi majlis penting camtu kan..buatnya dia menangis kuat, tak ke menganggu konsentrasi pengantin.hehe.. Lepas makan kenduri, terus bertolak pegi Penang. Nak kejar check-in time pukul 2pm.

Congrats dear!

Sampai je hotel, terus check-in. Walaupun bilik tu ada sedikit 'bau' yang tak dapat nak diklasifikasikan sebagai bau apa, tapi the view from the balcony was amazing. Nampak laut terbentang luas..langit biru memayungi bumi..hati terasa kebesarannyaaaa..Ucapkanlah Allahuuakbarr!! *oppss..tersambung lagu Raihan pulak tiba-tiba..heee*

Balcony dengan sliding door besar menghadap laut. Suka!

Subhanallah.

We initially planned to stay at Batu Feringghi, but we end up staying at Tanjung Bunga. Sebab? Haha, hotel kat Batu Feringghi kalau mengadap laut(seaview) paling murah pun RM 450. 'Tak berbaloi' bak kata Mr Hasnul. Batu Feringghi tu pun bukanlah pantai tercantik kat Malaysia ni. Kat Tanjung Bunga bolehlah dapat yang tak sampai RM 300. Nampak jugak lautnya.hehe.. Kos hidup dah bertambah, jadi kena pandai berjimat sekarang. Tak boleh nak demand lebih-lebih.. =)

Petang tu just stay in kat hotel, tengok laut dari balcony je. Nak turun jalan kat pantai, tapi macam malas.hehe.But since this is a relax-trip, duduk kat balcony bertiga pun dah rasa sangat enjoy. Tapi sayangnya tak dapat nak tengok sunset petang tu sebab hujan.huhu.

Budak kecik 'ramah' sungguh bila kena angin laut.

Malamnya keluar pusing-pusing Penang. Cadang nak singgah makan kat Padang Kota, tapi weather tak bagus, hujan rintik-rintik. So, tengok dari dalam kereta je.hehe. Saya pulak boleh tertidor sambil pangku Qayyim. Kesian encik driver tak berteman dalam kelaparan.huhu.Last-last pegi tapau nasi kandar je. Kata pegi Penang kan, mestila cari nasi kandaq. Qayyim memang dah letih sangat. Dia tidor je sepanjang jalan. Sampai masuk bilik pun, tidor lagi. So mama dengan papa bajet-bajet romantik dinner kat balcony berdua. Dinner nasi kandar pun romantik? hahaha. Bolehlah tu.

Ini aksi romentik lepas pekena nasi kandaq kat balcony. LOL!
But again, the view was amazing kan?

The swimming pool. Tak sabarnya nak tunggu Qayyim pandai berenang.

Nyenyak je anak mommy tidor. Syok ye duk hotel? hehe~
The next morning, macam biasa bangun dengan riang gembiranya. Lebih gembira bila tengok senyuman dari buah hati kami. Qayyim ni memang bukan jenis cranky bila bangun tidor. Selalunya dia bangun, mesti senyum. Tak tipu, memang camtulah hari-hari. Bahagia gila rasa bila tengok dia senyum. Tapi masa kat Penang ni, lepas je dia senyum-senyum, kena agah terus jadi over excited. Tendang-tendang kaki, kais-kais kaki. Secara tak sengaja dia dah boleh roll-over for the first time!hehehe.. Sukanyaaaaaa...

Yay mommy! I did it!


Then pegi breakfast. Breakfast buffet dia ada sangat banyak choices. Dari nasi goreng, bihun goreng, omelette, pau, dimsum, mee kari semua ada. Kira puas hati la. Bread pudding dia pun sedap.hehe. Tapi guest pun ramai, pukul 9 dah penuh cafe tu. Lepas makan, we went for a walk at the beach. Pantai betul-betul depan hotel. Tapi takdelah jalan sangat pun, duduk-duduk amik gambar je. Qayyim pun dah letih sangat, kesian pulak kat dia.


Our first vacation with Aniq Qayyim. =)

Naik bilik rehat-rehat, then siap untuk check-out. Memang rilex gila kan percutian macam ni. hehe. Takde kejar-kejar train/flight, takyah study map, dan takda sasaran tempat wajib lawat.hehe. Ikut je mood nak buat apa. Lepas check-out, sekali lagi meronda kawasan dari dalam kereta je. Paling best bila kami TERsilap pilih jalan untuk ke Bayan Lepas. Boleh pulak amik jalan bukit instead of masuk bandar. Takut jugak ah lalu lereng-lereng bukit dengan jalan yang sempit dan sunyi..huhu. Sepanjang jalan mulut baca doa je. Nak lari dari jalan bengkang bengkok kat Cameron, terkena jugak jalan macam tu kat Penang. Nasib baik tak muntah.huhu.

Ngeri kan atas bukit ada selekoh macam ni.

Tapi takpe, walapun pening-pening dek penangan jalan bengkok, sampai je kat Queensbay terus segar mata. Hilang semua pening bila tengok sale merata-rata. hehe.

All in all, berjalan kat mana-mana pun best je..asalkan bersama yang tersayang. Eceh!

Penang 2011.

October 16, 2011

rambles II

I seriously need a vacation!

Tapi tak tau nak pegi mana.

Nak pegi tempat best, tapi macam tak mampu. Hotel room for RM500 per  night? Waaa..pengsan berkali-kali. Itu belum kira transportation, makan, etc. Isk..

Pastu duk terbayang budak kecik sorang tu, sesuai ke bawak jalan sekarang. Kalau dulu senang la kan, siap beg ala kadar, satu backpack Mr Hasnul galas, satu beg camera saya galas. There we go! Pergila mana nak pun. Boleh jalan ikut kaki. Sekarang, nak keluar dekat-dekat pun kena siap beg, diaper bag, EBM segala bagai.

Tapi..saya betul-betul nak bercuti. Nak duduk bertiga, habiskan masa berkualiti sama-sama. Kalau boleh mengadap laut. Tapi taknak laut yang crowded dengan segala macam aktiviti pantai. Sampai pantai dah tak nampak macam pantai. Tak pun atas bukit sejuk dengan pokok-pokok yang menghijau selain Cameron Highland. Eh, Cameron Highland memang tak sejuk pun.

Isk.




Pergi dalam mimpi je lah. Senang. Tak payah keluar duit. Tak penat badan. =(
(pic from here)

October 12, 2011

SpaQ(uestion).


"Menyusu penuh? Tak selang seli dengan susu botol (formula) ke? Kita kalau bekerja ni, kena ajar juga anak minum susu botol..kalau tak penat badan nanti."

"Amik epidural? Kenapa tak tahan je sakit bersalin tu..rugila tak rasa 'nikmat' bersalin.. Lagi pulak orang kata nanti akan sakit tulang belakang sampai tua. Akak dulu semua anak-anak akak tak amik epidural. Alhamdulillah. Ok je semua." *part Alhamdulillah tu baca bagi sabdu sikit ye*

Itu adalah ayat-ayat dari sorang 'akak' yang totally outsider. 

Tak faham betul kenapa orang-orang yang kerjanya sepatutnya memberi 'perkhidmatan' sesuai dengan bayaran, boleh tak rasa bersalah bertanya itu ini pada customer. Tak jawab kang dia tanya banyak kali, nak tipu tak pandai *ehem*. Bila dah jawab, banyak pulak explanationnya. Pastu siap kondem orang lagi. Semua dia je yang baik.

Patutnya 3 jam tu jadi sesi memanjakan badan, merehatkan diri atau paling tak pun, bolehlah lelapkan mata barang seminit dua. Ini tak pasal-pasal jadi sesi soal jawab dengan 'pakar' segala bidang disamping mendengar cerita-cerita pasal customer-customer lain. Hissshhh.. 









p/s:  Delete the blog? No wayyyyy!!!! hahahaha~

October 6, 2011

Monolog dengan blog

Hi blog!

I am thinking about you. About deleting you. Or maybe put you as 'Restricted to invited readers only'. Or maybe I should change the URL instead. Mm. I don't know.

A few days ago, I coincidently (really huh?) read some of my older posts. And there's a thought crossed my mind. "Oh, how stupid I am to told people about that? And that?" Tiba-tiba rasa macam benci kat diri sendiri sebab dah banyak benda saya jadikan public. Lepas tu rasa insecure, sebab saya tak tahu siapa yang baca apa yang saya tulis. *Haha. Bajet ramailah orang baca kan?. Pooodah.*

When I wrote my first blog post, my only intention was to share my feeling. To soothe my sadness and loneliness. And the one and only reader I can think of that time was my husband. Konon-konon nak buat blog supaya dia boleh baca apa yang saya simpan dalam hati *poodah sekali lagi*. Tapi entah macam mana, saya biar orang lain selain dari dia baca. Then bila dah banyak saya tulis, melebihi cerita-cerita hati, blog ni jadi reachable untuk orang-orang lain (from google search, link, innit etc.). Saya pulak seronok bila orang baca. Hari-hari buka blog sendiri nak tengok ada tak orang baca. Tsk.

Sekarang, hari ini, tiba-tiba rasa macam dah cukup. Cukuplah sampai sini.

Tapi sayang sebenarnya. Hati bolak-balik. Hmmmm..

Saya malu kalau tiba-tiba entah sapa-sapa terbaca benda-benda bodoh yang saya tulis kat sini. Imagine my colleague ke, big boss ke, family ke, student ke baca all those rubbish.. Isk. Lagi malu bila saya TERdengar ceramah dari seorang Prof. kat Ikim.fm yang condemn orang-orang yang suka update status tak bermanfaat kat facebook. Contoh yang dia bagi adalah "Hari ni keluar makan mee udang di kuala sepitang". Itu tak bermanfaat katanya. Isk3. Terasa kena atas batang hidung.

Ini baru monolog.

Mungkin esok saya akan bangun pagi, cepat-cepat buka blog sendiri, tergedik-gedik tengok flag negara mana yang ada kat feedjit tu. Haha.

Pathetic!

Hikmah

Semalam, kakak saya balik rumah mama. Masa kakak sampai tu, anak sulung dia Asfa @ Bang Long masuk rumah dengan muka kelat. Saya pergi depan pintu nak sambut Ahla (anak second kakak), nampak dia sedu-sedu dengan air mata berjujuran mengalir kat pipi. Saya tanya kakak "Awat ni?".. Kakak jawab.."Biasalaaahhh.." Bila saya tanya Ahla, "Awat Ahla nangis ni..?" Dia jawab.."Tu..Bang Long buat Ahla..dia pukul badan Ahla tadi..sakit.." Sambil sambung nangis.

Saya selaku ibu sedara yang bizibodi  prihatin, cepat-cepat panggil Bang Long..
"Kenapa Bang Long pukul Ahla..kesian dia sakit.."

Nak tau dia jawab apa?
 "Sapa suruh dia takmau sembahyang. Bang Long suruh sembahyang dia buat tak endah. Nanti kalau dia masuk neraka, Bang Long pun kena heret jugak tak pasai-pasai."

Haha. Nak tergelak pun ada. Niat baik dah. Cuma cara je silap sikit. Nama pun budak-budak. Mungkin terlalu muda untuk dia pandai ber'hikmah'. Tapi lepas tu kakak cakap, memang sebelum tu dia ada cerita kat anak-anak dia tentang 4 golongan lelaki yang akan diheret sama ke neraka oleh seorang perempuan (Ayah, suami, abang/adik lelaki, dan anak). Niat kakak cerita tu just nak bagitahu peranan masing-masing dalam keluarga. Supaya saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati. Tapi dia kata anak-anak dia jadi ekstrem pulak. Ahla lambat solat sikit, tak pasal-pasal jadi mangsa gaduh Bang Long dengan Afi. Kakak cakap, susah nak didik anak. Sebab kadang-kadang anak-anak dia selalu misinterpret dia punya point.hehe~

Bila fikir balik, memang betul. Susahnya nak didik anak. I mean, nak didik dengan betul, dengan cara yang diberkati Tuhan. Takut sangat rasa. Dahlah diri sendiri pun tak berapa betul. Sekarang dah tambah satu lagi amanah besar. Sebab tu, malam-malam bila terpandang wajah Qayyim tengah tidor, selain dari rasa bahagia, hati saya akan rasa takut. Takut kalau saya tak jadi ibu yang baik. Takut kalau saya tak jalankan amanah yang baik. Isk3..

From left : Bang Long, Afi, and Ahla

October 1, 2011

Obsessed

source : here

.

.

.

.

.

.

.




It's been 60 days since he came to this world.*OMG time really flies...*
And all this while, he is my obsession. Our obsession. 



Thank you Allah!



September 26, 2011

Qayyim's day(s) out..

Yippeeee...dah boleh jalan-jalan macam dulu. Saya memang kaki jalan (kaki memang untuk berjalan kan?), so bila dah dapat keluar berjalan-jalan seperti dulu (read: sebelum bersalin) terasa legaaa yang tak terkata.haha..

Elok je habis berpantang, hari ke-45 kami dah bawak Qayyim keluar. Destinasi bajet  wajib tak lain dan tak bukan mestilah rumah tok mama dia. Nama pun cucu sulung, haruslah family Mr Hasnul excited tunggu kepulangan budak debab ni.hehe~

Mommy cuba buat pose 'Yay, kami dah boleh keluar jalan2!!!!'  , tapi budak debab tarik muncung...huhu
Oh, itu cerita minggu lepas. Minggu ni pulak, Qayyim dah pandai keluar malam.hehe. Since adik saya yang duk Egypt tu dah nak habis cuti, kami satu family keluar untuk dinner kat Restoran Bunga Naga. Alaa..yang masakan dia semua letak buah naga tu. Eh, tak semua menu ada buah naga..tapi yang special kat situ buah naga tu lah. Restoran tu pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan tahun lepas kalau tak silap. Ok jugaklah restoran tu, tak ramai orang, sesuai untuk bawak baby, service bagus (maybe sebab dah order nak reserve awal kot), dan makanan pun sedap dengan harga yang berpatutan. Qayyim pun baik sangat, tidor je sepanjang kami dinner. Selesa agaknya duduk dalam stroller baru. *Stroller dengan carrier a.k.a carseat tu baru je beli minggu lepas, pastu sebab tak keluar mana-mana sepanjang minggu, saya tolak jugak dia naik stroller pusing-pusing dalam rumah. Biasalah, saya kan excited lebih.hehe~*

Ooohooi..selesanya 'katil' ni..

The next day, saya pergi melawat Shilla (my friend since UPM) yang baru dapat baby girl. Best gila kot jumpa kawan-kawan lama (Mimah pun join sekali). Dulu duk merapu-merepek je zaman belajar, sekarang masing-masing dah ada anak. Seriyes rasa macam tak percaya. Tapi kawan-kawan saya still macam dulu. Walaupun dah keja, dah berubah status, merapu-merepek tetap tak boleh nak pisah. The evening was filled with laughter. Happy gila rasa. Qayyim? Macam biasa..asal bawak jalan je, dia tidor.. Kesian Safiya duk toleh-toleh tengok 'Abang' Qayyim, tapi 'Abang' Qayyim tak layan. Warak la tu..taknak tengok perempuan.haha.



Bila letak dia sebelah Safiya, baru perasan, dah besaaaar anak mommy ni. Safiya 19 days old, Qayyim 53 days old. Beza sebulan je dorang. 

Hari ni, keluar lagi. Mula-mula pergi airport hantar baba, baba ada konvensyen apa ntah kat KL, pastu singgah rumah Tokwan sebab Tokwan tak tengok lagi cicit dia yang sorang ni. Tak tau pulak Qayyim ni  cicit yang keberapa. Malas nak kira. Yang penting Tokwan cakap Qayyim comel, macam mak dia.wakakakakakakka.. Terima kasih Tokwan!!hehe. Saya suka kalau orang cakap Qayyim macam saya. At least cakaplah hidung ke, mulut ke, jari ke apa-apa ke macam saya, mesti saya akan rasa hepi. Ye lah, dah penat-penat mengandung susah payah, nak jugak tengok gene saya yang diwarisi oleh dia.hehe. Mata dia memang sah-sah tak sama dengan mata saya. Tapi tak tau la kan, budak-budak ni muka dia macam berubah cepat.*dengan harapan menggunung, bila Qayyim besar, he will have my resemblance*


Hidung kami sama kan? Kan?


Disebabkan Qayyim masih terlalu kecil, we tried to avoid him from public places. Tapi susahlah..sebab mama dengan papa dia banyak urusan nak buat kat tempat-tempat awam, kalau nak tinggal kat rumah, macam susahkan orang nak jaga dia. Lagipun dia breastfeeding, leceh sikit la nak simpan-simpan stok semata-mata nak keluar setelkan urusan (read: shopping, dating, etc..etc..hehe). Tunggulah dah ada breastpump nanti senang sikit kot.


 Ok cerita habis disini. Tiba-tiba takda mood nak sambung. Bye!


September 20, 2011

addictive

Never knew that online shoping can be this addictive..haha

Mula-mula start beli benda kecik-kecik. Cadang nak spend 20-30 ringgit je..pastu tiba-tiba baru perasan, dia buat offer, spend RM100 and above, dapat free shipping. Terus terpedaya, beli sampai RM110. Padahal, shipping barang baru RM9  je..gigih nak jugak dapat free shipping tu. Standardlah kot. Perkataan 'FREE' sangat mudah untuk buat perempuan terpedaya. Oh, sexist disitu. Lelaki pun sama je sebenarnya.

Hari ni tangan gatal-gatal rasa nak beli lagi barang online. Tapi yang ni barang besar. Harga pun haruslah besar sikit. Tadi dah gaya-gaya nak isi 'order form'. Pastu tiba-tiba rasa macam insaf. At least tunggu Mr Hasnul balik keja dulu. Takut jugak kang kena tipu ke. Tapi dalam kepala ni dah ada list panjaaaaaang untuk barang yang saya nak beli online.hehe. Inilah bahana tak keluar rumah lebih sebulan. Tak dapat window shopping, tak pasal-pasal habis duit sebab online shopping...geeeeeee~

Pic from here


September 15, 2011

My supermama.

I'm free!! 

Seronok sebab akhirnya sampai jugak penantian hari ke-45. Tapi sedih pulak bila mengenangkan saat-saat indah dijaga, dilayan, dan dirawat umpama ratu sepanjang 44 hari ni.. I'm gonna miss the routines!

Sepanjang 44 hari berpantang ni, mama sangat gigih untuk mendisiplinkan saya. Pagi-pagi lagi mama akan jenguk dalam bilik, then tanya "Cukup tidor tak semalam?" "Qayyim meragam tak?".. Kalau saya cakap saya mengantuk, mama akan bagi chance saya sambung tidor, then senyap-senyap dia akan kemas bilik, buang lampin Qayyim, settlekan laundry etc.huhu..(Padahal dia pun dah sah-sah mengantuk sebab bangun awal masak untuk sahur). Baik  gila kan. Bila saya dah ready, mama akan panggil saya untuk breakfast. Masa awal-awal pantang, mama siap tolong hidangkan breakfast tu, kadang-kadang makan dalam bilik..*mengada gila*. Lepas dah sebulan lebih baru reti bancuh breakfast sendiri. Itupun selalu mama marah, dia cakap orang dalam pantang tak bole buat keja. Lepas tu, mama akan panaskan tungku, balut, then siapkan tempat baring saya. Paling kurang pun, saya akan bertungku setengah jam. Selalunya sejam. Ikut keadaan Qayyim meragam ke tak. Dah siap bertungku, mama siapkan pulak air untuk Qayyim mandi. Saya macam biasa, tolong siapkan baju yang dia akan pakai je. Qayyim, mama yang mandikan. Kadang.kadang habis basah baju mama bila Qayyim kencing before sempat pakai lampin. 

Tengah hari, mama akan sediakan lunch. Kadang-kadang adik saya tolong masak. Saya macam biasa, terus ke meja makan, dah siap terhidang nasi dengan lauk semua. Lepas lunch selalunya saya akan buang masa main fb, blog etc. Masa tu mama sibuk uruskan adik-adik balik sekolah, hantar adik Kafa, uruskan lunch orang lain etc. Entah bila dia rehat, saya pun tak tahu. Isk.

Dah puas buang masa, saya akan tidor. Then lebih kurang sebelum Asar, mama akan kejutkan saya, suruh minum petang pulak. Kalau Qayyim bangun waktu tu, mama akan dukung Qayyim sambil bacakan surah-surah hafalan. Lepas saya siap minum, mama pulak akan start sibuk sedia makanan untuk buka puasa (since saya berpantang dalam bulan puasa). 

Lepas makan malam (selalunya makan sama-sama dengan orang buka puasa), saya akan rehat dalam bilik sementara yang lain berterawih. Kalau malam tu rajin, mama akan panaskan tungku lagi untuk sesi malam pulak. Then tidor. 

Hari-hari ulang routine yang sama. Cuma routine tu berubah sikit lepas bulan puasa.

Kesimpulannya, sepanjang 44 hari ni, mamalah yang paling sibuk. Dialah yang buat itu, buat ini, semata-mata nak pastikan saya boleh berpantang dengan sempurna. Dialah juga yang ajar dari A sampai Z macam mana nak menjadi ibu. I just can't thank her enough. Sob..sob.. Saya memang betul-betul kagum dengan mama, sebab dia boleh jaga saya dalam pantang, dan dalam masa yang sama dia kena 'jaga' anak-anak dan cucu yang lain. Memang superwoman!


Thank u mama..

September 12, 2011

40 days

Today marks his 40 days of life. Oh, I think he grows too fast... Rasa macam baru je beranak..=)

He weighed 4.3kg last week, which means he already gained more than 1 kg since his birth. No wonder lah sekarang ni kalau pegang dia lama-lama mesti akan rasa lenguh tangan. Dan patutlah sekarang baju-baju size newborn macam muat-muat badan je. Memang nampak gaya tu seminggu dua lagi baju tu kena simpan dah. Dah besar anak mama ni. 

Alhamdulillah, seiring dengan pembesaran dia, Qayyim sekarang dah boleh buat beberapa benda:


  1. He responds to sound and light. Dia terkejut kalau dengar bunyi yang kuat (bunyi pintu, suara sepupu-sepapat jerit-jerit, etc) . He even recognize my voice! Bila saya bercakap atau panggil nama dia, memang boleh nampak mata dia macam tercari-cari suara saya. Bila terdedah pada cahaya yang terang pun, dia akan kenyit atau pejamkan mata sikit..Maksudnya dia responds la tu. At his age, he has the sight of orang rabun. Boleh nampak cahaya, tapi still belum boleh focus atau tengok satu object dengan clear. So, kadang-kadang tu memang dia macam 'nampak' saya walaupun saya tau, dia sebenarnya nampak kabur-kabur je..
  2. He smiles...and it's damn cute!! Kalau minggu-minggu awal kelahiran tu, I'm pretty sure it's not his true smile, cos he always smiles during his sleep. Tapi sekarang ni, dia dah pandai senyum directly kat orang yang tengah tengok dia. Bahagia gila bila bangun pagi, cium dia dan dia balas dengan senyuman..Oh, I'm in love with this little guy..=)

senyuman penggoda.


3. The 'aaah' and 'oooh'. He now develops his verbal and communication skills by making such noises. Bila kita agah dia, dia akan respond dengan bunyi-bunyi macam tu. Mama saya cakap, nampak gaya macam Qayyim ni akan jadi 'peramah' sebab saya memang sukaaaa sangat bersembang dengan dia.. like mother like son lah kan?


tak cukup dengan senyuman, dia goda pulak dengan 'kata-kata'

4.  He can lift his head up during his tummy time and sometimes he can turn his head from side to side. Since badan dan kepala baby dah 'kuat', kurang sikit rasa seriau masa pegang dia. Dengan badan debab-debab tu, memang semua orang suka nak dukung dia sekarang.




Mmm..apa lagi eh yang dia boleh buat?..

Oh, dia sangat manja sekarang. Orang Kedah cakap 'meghap' (ada ke word 'meghap' dalam vocab negeri lain?) Nak tidor mesti kena mama atau papa dodoikan (his lullaby are various tunes of zikrullah and Al-quran verses). Kadang-kadang bila kita pegang dia, bukan main nyenyak tidor, siap dengkur-dengkur. Tapi once letak dia atas tilam, dan-dan masa tu dia celik mata. So setiap malam kenalah mama ngan papa gilir-gilir tidorkan dia. Sakit jugak badan kalau nak riba dia lama-lama so sometimes we put him on our arm to put him to sleep. Manja sungguh!
  *mama selalu 'marah' sebab saya manjakan anak sangat..hehe..tapi concept saya senang je, kalau bukan parents dia yang manjakan dia, siapa lagi nak buat kan?..lagipun dia kecik lagi..bagilah chance dia nak manja-manja*



p/s: 4 days to go and I'll be free...tak sabar nak makan aiskrim!

September 7, 2011

Raya sebulan eh? =)


Well, I guess it's not too late to wish..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIIIIINNNNN.. *sila baca dengan nada ucapan raya beramai-ramai..*

Raya tahun ni adalah yang ketiga untuk saya sebagai isteri, yang pertama sebagai ibu, dan yang keduapuluhenam sebagai anak..hehe.. Tahun ni tentunya special sikit, sebab pertama kali beraya sebagai ibu. Lagi-lagi special, sebab saya belum pun tamat berpantang. Masa 1 Syawal tu, saya baru hari ke-28. Disebabkan masih berpantang, sebarang sesi shopping-shopping raya tak dapat dijalankan dengan meriah. Terpaksa mintak kak cik dengan adik-adik tolong belikan baju raya untuk saya dan Qayyim. Walaupun tak habis pantang lagi, tetap order baju kurung moden. *nasib baik muat je walaupun kat perut tu ada sedikit buncitan yang berjaya dicover dengan cara mendukung anak di bahagian depan.* Untuk Qayyim pulak, dorang belikan kemeja dan jeans sebab baju melayu memang konfem takde size untuk newborn. Kemeja tu pun besar sikit sebenarnya, tapi redah je lah pakai untuk photoshoot. Mr Hasnul pakai baju yang ada je.hehe.. Sejak bersalin, masa raya tu lah baru first time saya pakai baju cantik..kalau tak duduk rumah pakai comot-comot je dengan blouse besar+kain batik londeh-londeh (sebab tak reti ikat)..pastu badan pun memanjang bau minyak angin atau rempah-rempah.. Hari raya baru reti sembur perfume.hehe. Sampaikan pagi raya tu. kakak-kakak saya cakap, saya dah tak nampak macam orang berpantang..=)

Cadangan asalnya, memang saya nak betul-betul berpantang (read : tak keluar rumah, etc..) tapi disebabkan ada permintaan dari sebelah mertua yang tak sabar-sabar dah nak saya Qayyim balik beraya, maka hari ke-2 Syawal tu, saya telah melanggar pantang. Selepas 20 hari terperap kat rumah (last keluar masa pergi hospital day 8 confinement), terasa macam saya di dunia lain..seronok boleh naik kereta! Tapi frust jugaklah sebab tak berjaya nak patuh pada adat berpantang macam orang dulu-dulu. Memang hebat dugaan beraya masa berpantang ni. Banyak makanan sedap-sedap, tapi saya boleh amik bau je lah..huhu. Paling mencabar tentunya bila tengok segelas air sirap/sunquick/etc berisi ais di tengah-tengah hari rembang.. Dushh..rasa gugur iman jantung bila tengok ais dalam gelas, dengan titik-titik air terkondensasi di luar gelas tu.. *8 hari lagi...SABAR!*

Paling best bila beraya sebagai seorang ibu, tentunya sebab otomatik saya dilantik menjadi 'banker' untuk anak sendiri..hehehehe.. Bila orang datang, kita salam-salam, pastu tunjuk anak yang baru lahir, konfem2 orang tu akan hulur-hulur sampul duit.. Mommy dia senyum-senyum je sambil cakap..."Alah...susah-susah je..." hahahaha.. Dah lama disqualified untuk jadi pengutip duit raya, tahun ni dapat tolong kutipkan untuk anak pun kira ok lah..best! *mata $$$$$*.Insyaallah lepas pantang ni mama bukakkan akaun Tabung Haji untuk Qayyim ye..jangan bimbang satu sen pun mama tak amik komisyen..hehe~

Hari raya ke-4, sekali lagi saya langgar pantang sebab ikut mama pergi beraya rumah kakak dan abang-abang saya. Alang-alang dah langgar pantang kan.. Itupun sebelum keluar mama dah buat bekal nasi dengan daging goreng lada hitam untuk saya. Orang lain sedap-sedap makan mi rebus kat rumah abang Jad, saya bukak bekal makan sorang-sorang. Tapi lauk daging yang mama buat hari tu memang marvellous, orang yang tak berpantang pun pakat teringin nak rasa.hehe. Sepanjang keluar beraya tu, saya rasa ok je, walaupun badan terasa jugak macam letih. Kat rumah Bang Id pun, saya banyak baring je dalam bilik.  Malam tu, balik je dari rumah abang saya, terus mama buat sesi rawatan mengejut, cepat-cepat mama suruh saya bertungku untuk hilangkan lenguh-lenguh dan untuk kecutkan balik urat-urat selepas sehari keluar rumah... Nasib baik takde rasa sakit-sakit..risau jugak takut demam ke, bentan ke dah jalan banyak..huhu..

Hari raya memang menggembirakan untuk ramai orang (ada jugak yang berduka..). Kita sambut hari raya, untuk meraikan kemenangan setelah beribadah bagai nak rak selama sebulan dalam bulan Ramadhan.. tapi standard orang kita, ibadah Ramadhannya ala kadar je, tapi sambutan nak sampai sebulan. Oh, saya tengah mengata kat diri sendiri..sebab saya sepatutnya tak boleh beraya since saya cuma puasa satu hari je Ramadhan hari tu..hehe.. Haih, berat jugak nak mengganti 28 hari ni. Berazam nak start puasa ganti lepas habis nifas ni. Harap-harap boleh la.. Oh badan, sila kuat ye..jangan manja sangat..~








p/s : Psssttt..nak tau satu rahsia? Hari raya tu, saya dah curi-curi minum air oren kat dapur..jangan cakap kat mama eh..minum seteguk je pun..hehe..

August 25, 2011

Di sebalik nama.

Muhammad Aniq Qayyim. 

1) Muhammad, maksudnya 'Terpuji', juga merupakan nama junjungan besar Nabi kita. Mula-mula duk serba salah jugak, nak letak Muhammad ke tak kat nama baby. Sebab Mr Hasnul cakap, macam panjang sangat kalau 3 perkataan untuk satu nama. So, saya refer kat baba. Baba terus bacakan hadis ni.



تَ  سَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu”. (Riwayat Imam Muslim)

So, dah terang lagi bersuluh, memang patut sangatlah letak nama Muhammad. Bak kata baba, dah elok dapat anak lelaki, letaklah nama Muhammad. Lepas ni belum tahu ada rezeki nak dapat anak lelaki lagi ke tak..

2) Aniq, bermaksud 'yang tampan lagi menawan hati'. *Ecewah..dengan harapan anak kami akan membesar menjadi seorang lelaki tampan, dan menyenangkan mata-mata yang melihat.* Lama dah nama ni ada dalam list 'nama-nama pilihan' family saya tapi still tak ada orang ambil, so since both of us rasa tertarik jugak dengan nama ni, kami pilih Aniq. Mr Hasnul sejak dari saya mengandung 5 bulan, dia dah save nama saya kat handphone dia as 'Ummu Aniq'..=)


3) Qayyim, ada banyak maksud untuk perkataan Qayyim. Antaranya: 
-yang berdiri (asal dari perkataan 'qiyam')
-teguh / kukuh
-juga boleh memberi maksud, pemimpin atau pentadbir


Nama Qayyim ni, dicadangkan oleh kakak saya, dan di approve oleh baba.hehe. Selain dari maksud-maksud yang baik, Qayyim juga mengambil sempena gelaran bagi seorang ulamak Fiqh Syiria yang terkenal iaitu Ibnu Qayyim Al-Jawziyah. (Read more about Ibnu Qayyim: here). So harapannya semoga anak kami menjadi se-alim dan sewarak Ibnu Qayyim. InsyaAllah. 


Dengan combination ketiga-tiga perkataan ni, semoga setiap kali disebut namanya, menjadi satu doa yang baik. Amin.

August 20, 2011

Me as a mother.

16 days as a mother.

First few days, saya kekok sangat untuk betul-betul menjadi ibu. Baby nangis, saya panggil mama. Then mama akan figure out kenapa baby nangis, lapar ke, kencing ke. Saya tengok je helplessly. Tak tahu nak buat apa. Baby kencing, berak, semua mama yang tukarkan. Mandi lagi lah kan (sampai hari ni mama yang mandikan). Saya tolong siapkan baby i.e pakaikan baju, sapu minyak, pastu breastfeed, sampai dia tidor. Itu je.

At 3 days old, my baby was admitted into ward for phototherapy sessions. Hospital bagi 2 options, boleh stay-in kat hospital, tapi kena jaga baby sepenuhnya, ataupun kita tinggalkan baby bawah jagaan hospital dan mother boleh visit from 10am to 10pm untuk breastfeed. Ikutkan hati memang saya nak stay dengan baby. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan dia kat situ. Tapi mama cakap, saya lemah sangat masa tu. Luka jahitan pun tak elok lagi, so kalau stay kat hospital, mama takut saya tak boleh handle baby dengan elok. Diri sendiri pun tak terjaga. So, saya pasrah. Tinggalkan anak bawah jagaan nurses yang 'baik-baik'. huhu. Then sekali sehari, saya pegi melawat untuk breastfeed. Emo gila masa waktu melawat tu. Kadang-kadang time kita sampai nak ambil baby dari cot dia, dia tengah nangis kuat. Kadang-kadang sampai suara dah jadi serak. Takda nurse jenguk pun.huhu. Then terbayanglah, macam mana malam-malam dia nangis sorang-sorang. Mesti dia takut tidor sorang, mesti nurse biar dia nangis lama, mesti dia tertidor sebab letih nangis etc, etc. Sambil breastfeed, sambil mata genang air mata.huhu. Baby pulak macam faham-faham je, habis visiting hour, nak letak semula dia kat baby's cot tu, masa tu lah dia merengek-rengek. Sedih. Tapi kena kuatkan semangat, tinggalkan jugak dia kat situ untuk phototherapy. After 2 days, his bilirubin reading decreased to 213, and he was discharged. Alhamdulillah Lega sangat boleh balik rumah.

Hari ni, setelah dua minggu bergelar ibu, rasa kekok tu dah hilang sikit demi sikit. Tukar lampin bukan lagi masalah. Even dah pandai dukung baby basuh bontot dia kat shower je sekarang.hehe. Baby pulak SANGAT suka sejuk-sejuk. Kena air diam je dia, buat muka sedap. Sama jugak kalau pasang aircond, ternganga dia tidor.(Ikut papa punya style tidor tu..kui3).. Cuma nak mandikan je tak berani lagi, sebab susah nak duduk kalau letak bath tub dia kat bawah.huhu.

Sekarang baru tau, jadi ibu ni, memang tak dapat nak tidor malam dengan nyenyak. Baby boleh bangun anytime je. Kadang-kadang dia bangun tak nangis pun, saja nak berjaga malam. Pastu sejam lepas tu dia bangaun rengek-rengek mintak susu. Pastu bangun lagi kena tukar lampin. Pastu bangun lagi..dan lagi..dan lagi.. Dan....di setiap malam, haruslah mama dia bangun sorang-sorang. Papa dia sedap je tidor. Betullah orang cakap, orang laki ni penyabar dan tenang. Anak nangis macam nak keluar rengkong pun, dia rilex je..hehe. Tapi kan, yang peliknya, walaupun penat berjaga malam, saya tetap  rasa hepi je.. Tengok muka si kecik tu, naive je.. Kadang-kadang kita letih-letih dia macam senyum kat kita. Terus rasa hilang semua letih. Patut Nabi cakap kena sayang mak 3 kali ganda. Dah faham sekarang. Macam mana rasa seorang mak sayang anak. Susah nak describe banyak mana. Mungkin perkataan 'banyak' tu tak cukup untuk gambarkan perasaan sayang tu.=)









p/s: memang encik Canon tu 24/7 ada sebelah saya.

August 9, 2011

Labor Experience Part II

This is a continuation of the previous entry : Alhamdulillah.. (Labor Experience Part I)
Entry ni panjang gila, kalau sanggup..bacalah..hehe. Saya saja tulis detail, nanti bole baca balik sebelum bersalin anak nombor 2.hehehehehehe~

---------------------------------------------------------------------

Lebih kurang jam 6.30 pm, nurses datang untuk buat labor preparation kat saya.. Saya menolak untuk duduk atas wheelchair sebab saya nak berjalan sendiri masuk labor room. Memang tak sakit pun masa tu. Sedih kot masa salam-salam dengan semua orang, mintak maaf, mintak dorang doakan.. Rasa sebak satu macam sebab tengok semua orang baik sangat, dan tak tahu lagi apa nasib saya kat dalam tu nanti. Masuk je kat labor room, satu benda yang saya perasan adalah kat tepi katil labor tu ada satu besi panjang yang dipasang memanjang ke atas.. Saya dah fikir.."Eh, nanti besi tu dorang nak jolok masuk dalam *ehem2* masa bersalin ke..scary gilerrr.." *Sekarang rasa nak gelak kot bila fikir balik..besi tu sebenarnya adalah pemegang katil masa nak meneran.haha.*

First thing yang nurse buat adalah, masukkan ubat berak dalam anus. Tak sakit pun. Tapi malu. hehe. Lepas je masuk ubat tu, memang tak payah tunggu-tunggu dah..dan-dan rasa nak poo-poo. Nurse suruh masuk toilet dan selesaikan apa yang patut. Dah settle bab tu. Kena naik balik atas katil. Masa tu dah pukul 7pm lebih. Dorang biar je saya baring atas katil labor tu, sementara dorang pegi bukak puasa. Kesian Mr Hasnul, buka puasa ala kadar je hari tu. Doctor datang jenguk, tanya ada rasa sakit tak. Saya cakap..takde pun sakit. Dalam 8pm, doctor masuk, dia cakap nak cek bukaan. Memang setiap kali dorang buat vaginal exam, saya akan letak tangan atas kepala, dan pejam mata. Satunya sebab seriau,, satu lagi sebab malu.huhu. Doctor cakap dah buka 4cm. Then saya tahu dia sedang pecahkan ketuban saya. Still, tak sakit sangat pun. Lepas je doctor keluar bilik tu..memang boleh rasa air mengalir deras dari bawah. Saya tanya nurse, "Doctor dah pecahkan air ketuban ek?". Nurse jawab ye. Lepas dua-tiga kali mengalami arus deras, barulah saya start rasa sakit. Ok, ini baru betul-betul contraction. Sakit gila. Sekali dia datang, rasa tertarik semua urat-urat kat badan. Mula-mula macam boleh tahan lagi. Bila dia datang je, saya genggam tangan Mr Hasnul kuat-kuat., mulut tak henti-henti baca doa Nabi Yunus ( Lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzalimin). Makin lama, makin kerap contraction tu datang. Boleh katakan sepanjang masa rasa sakit. Menggigil-gigil badan masa tahan sakit tu. Mr Hasnul dah cuak tengok saya sakit macam tu. After about 20 minutes bertarung dengan contraction tu, badan saya dah hampir lembik sebab letih tahan sakit. We called one of the nurses, and tanya pasal epidural. Nurse cina, baik sangat nurse tu, dia duduk sebelah saya, pegang tangan saya dan explain tentang 2 options yang saya ada untuk tahan sakit. Satu adalah pethidine, a pain killer which is injected on the mother's hip to ease the labor pain. Tapi nurse tu cakap, pethidine cuma kurangkan sakit. Sakit tu tetap ada. Then dia bagitau, pethidine ni ada effect  meloya, mengantuk dan sebagainya. Kalau epidural pulak, pakar bius akan bius di tulang belakang, dan almost 100% sakit akan hilang. Nama pun bius kan..Seluruh bahagian abdomen, sampai ke peha akan jadi numb. So tak rasa sakit dah. Cuma dia cakap, saya still akan rasa bila perut mengeras. Oh, lagi satu, takde effect mengantuk etc tu. Dan dia cakap, dekat-dekat nak push, mungkin akan rasa balik sakit. Lepas bincang dengan Mr Hasnul, dan melihatkan keadaan saya yang dah letih tu, we decided to go for epidural. Tapi sebelum boleh bagi epidural, nurse kena check dulu untuk pastikan bukaan tak lebih 6cm. Kalau dah lebih 6cm, takleh dah amik epidural. Nurse check, and dia cakap baru buka 4cm. Terus nurse bagi form suruh sign, then dia cakap tunggu pakar bius datang. Nak tunggu pakar bius sampai pun, saya dah rasa seksa sangat tahan sakit. Patutlah orang cakap sakit nak bersalin ni adalah ranking yang kedua paling sakit lepas sakit masa Tuhan nak cabut nyawa nanti. Huhu takutnya..

Pakar bius sampai je, nurse suruh saya duduk, peluk bantal and jatuhkan bahu. Tak sampai 5 minit, dia dah inject bius tu masuk dalam tulang belakang. The process was almost painless. Rasa sakit kena jarum je..=)
Epidural was amazing...kena je inject..terus hilang semua sakit. Tapi since dorang dah pasang contraction-detector kat perut, kita boleh tau bila contraction tu datang.. Dan masa contraction tu, still boleh rasa perut mengeras. Cuma sakit je tak rasa. So saya boleh kembali senyum. Sepanjang dalam labor room tu, saya boleh ditemani oleh seorang pelawat. So, bergilir-gilir la Mr Hasnul dengan mama, baba, dan MIL temankan saya malam tu. Since dah tak sakit, saya siap boleh sembang-sembang lagi dengan dorang.hehe.

Thanks to u Mr.Epidural, I know how to smile again..=)
*senyum dengan epi disebelah* 

Lebih kurang pukul 9 pm, doctor datang untuk cek bukaan, dan dia cakap dah buka 7cm. Wahh..banyak dah tu..cepat pulak dari 4cm terus buka 7cm. Doctor cakap, cukup 9cm je boleh dah start meneran.. next, sorang nurse masuk dan dia cakap nak sedut urine. Macam scary je masa dia masukkan tiub untuk sedut urine tu. But thanks to epidural, I feel nothing.hehe. Sementara tunggu cervix dilate to 9cm, saya sempat tidor dulu. Mr Hasnul pun tidor sama sambil pegang tangan saya. Malam tu dia solat dalam labor room tu je. Langsung tak tinggal saya. Then dia sambung baca quran kat situ. Thank you so much sayang. You don't know how much it means to me... *Masa tu terfikir jugak, kesiannya kalau bersalin sorang-sorang takde suami teman. Tabahnya orang-orang yang mampu bersalin sorang.. Syukur sangat saya ada suami untuk temankan masa bertarung nyawa ni..sob..sob..Insaf*


curi-curi snap while he recites al-quran.



Pukul 10.45 pm, Doctor masuk sekali lagi, dia check dan cakap cervix dah dilated 9cm. Then dia cakap pukul 11.30 pm dia akan masuk sekali lagi, dan dah boleh start push. Saya dah bertambah nervous bila tengok doctor dan nurses dah pakai baju plastik tu..(apa nama ek baju plastik cam baju hujan tu?)..

Pukul 11.15 pm, doctor dan 3 orang nurses masuk, dorang adjust kedudukan saya ke posisi untuk push, pasangkan pemegang tangan (yang ebsi panjang tu), then dorang ajar suruh push panjang-panjang. Push macam nak teran sembelit. Itulah yang dorang duk ulang terang banyak kali. Doctor cakap bila rasa bahagian atas abdomen mengeras, masa tu baru push. (Sebab saya amik epi, so tak tahu bila nak teran since tak rasa sakit-satu kelemahan epidural I guess).Saya try push yang pertama, but nothing happens. Tapi doctor puji cakap betul dah cara saya push tu.. Lepas 5-6 kali push, takde apa-apa hasil pun, dan saya dah start nak hilang nafas. Doctor suruh relax dulu, Mr Hasnul suapkan air, usap-usap kepala saya. Then try push lagi. Saya nampak doctor geleng kepala dan nurses dah buat muka boring. Saya dah tension sket, saya tanya doctor, "Dari tadi saya push, takkan takda progress?" The doctor answered," Awak push betul dah..tapi anak taknak turun lagi..takpa, kita cuba lagi..kali ni kita guna bantuan vacuum, InsyaAllah boleh.". Jawapan doctor tu agak menenangkan saya. Mr Hasnul pun ulang-ulang kali cakap.."Boleh ni..yus boleh..sikit lagi..kita cuba lagi..abang ada.." Nurse cakap, masa push, mata tengok perut, barulah push kita tu lebih berkesan. Angkat sikit badan ke depan, tapi jangan angkat punggung. Kali ni saya macam semangat sikit, dalam hati dah fikir, apa-apa hal pun, saya kena buat sampai boleh.Saya kena push sekuat hati. Saya nak anak saya..dan saya tak sanggup kena bedah lepas dah separuh jalan cuba deliver normal.huhu. Doctor pasangkan vacuum. Masa ni sakit sket. Epidural dah tak bantu sepenuhnya (sebelum teran nurse dah slowkan flow epidural, nak bagi rasa sakit sikit-sikit). Saya push, tapi tak jadi lagi. Nurse mula bersemangat bila doctor cakap dah nampak rambut baby. Nurse tiba-tiba je bagi sorakan semangat.."Yus boleh...push lagi Yus..push lagi..Yus boleh.." Saya pejam mata, amik nafas dalam-dalam,  dan saya push... 3 kali kot push lepas pasang vacuum. Entah macam mana, untuk push yang terakhir tu, saya push sambil jerit... "Aniq Qayyim...cepatlah..keluarlah..." And moments later, saya nampak doctor sambut baby dengan kalimah "Allahuakbar..allahuakbar." *Doctor tu memang Islamic sikit, most of the time  masa labor, mulut dia memang tak henti sebut kalimah suci* Saya pulak tak henti-henti cakap "Subhanallah..subhanallah.." Itu je yang terkeluar dari mulut masa nampak doctor pegang baby. Saya nampak baby pucat, dia tak nangis. Doctor potong tali pusat dia, dan nurse cepat-cepat bawak dia keluar dari labor room. Beberapa saat lepas tu, saya dengar kuat suara dia menangis. Subhanallah. Macam tak percaya. Itu suara anak yang saya kandungkan 9 bulan dalam rahim saya. Saya pandang Mr Hasnul. Nampak mata dia bergenang. Dia cium dahi saya. Syahdunya masa tu.. Setelah hampir sejam bertarung, lahir jugak anak kami pada tepat jam 12.12 am...3 Ogos 2011. Memang tepat-tepat pada estimated due date yang doctor bagi.=)

Dalam keadaan kelam kabut baru lepas bersalin tu,saya sibuk tanya doctor.."Mana anak saya? Mana anak saya? Saya nak tengok anak saya.." Doctor dengan sorang nurse dah ready nak jahit, tapi doctor cakap kat nurse, "Bawak anak dia jumpa mak dia dulu..then baru kita buat.." Masa tu dah tak rasa apa.. Dah lupa pasal sakit. Dalam hati cuma ingat nak jumpa anak, nak pegang dia, nak tengok mata dia. Beberapa minit kemudian, sorang nurse masuk sambil dukung anak saya. Dia letak anak saya di dada saya. Subhanallah. Indahnya rasa masa tu. Akhirnya saya boleh peluk anak yang dah lama saya tunggu. Sekejap je pegang anak tu, then nurse ambil semula, bagi kat Mr Hasnul untuk azan. Mr Hasnul dukung anak kami yang tengah kuat nangis tu, dan dia azankan. Tapi baru je start sebut "Allahuakbar", dia sebak.. Terharu kot. Saya dengar dia azankan anak dalam suara serak-serak sebak. Mata memang dah genang air mata. Syukur. Alhamdulillah.

Our very first meeting. Subhanallah.

Aniq Qayyim- 6 minutes old with his papa.

Dalam masa tu, saya tahu nurse tengah sibuk masukkan ubat pelali, sebab doctor dah nak start jahit. Saya tanya doctor,"Saya akan rasa sakit tak?". Doctor cakap.."Tak, saya akan bagi awak tidor.."..... Itu je lah yang terakhir saya ingat. Memang lepas tu saya tidor tak sedar apa dah...

Saya terjaga 3 jam kemudian (3 am), then dalam keadaan mamai tu saya tanya nurse, "Mana suami saya..saya nak jumpa anak saya..saya nak bagi susu.." Nurse cakap.."Akak letih lagi ni..rehat la dulu..." Saya berkeras gak nak jumpa Mr Hasnul and nak bagi susu anak sampai nurse kena cal Mr Hasnul (dia keluar pergi makan sahur). Nurse cuci darah-darah di badan and lepas tu Mr Hasnul sampai. Kami pergi nursery untuk susukan anak.. Sayangnya, takde susu keluar pun. Tak dapatlah nak exclusive breastfeed.huhu..


------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, yang telah menumbuhkan benih di dalam rahim saya, dan Dia juga telah mengizinkan saya kandungkan benih tersebut selama 9 bulan. 9 bulan yang sangat indah. Dan lebih indah bila anak itu selamat dilahirkan. Subhanallah. Syukur. Terima kasih ya Allah. Semoga Muhammad Aniq Qayyim bin Hasnul Munir membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak soleh, yang akan membanggakan mama dan papa, berbakti pada agama, berjaya di dunia akhirat dan sentiasa diberkati oleh Allah. Amin.