Last week, when we went to Klinik Kesihatan for his monthly check-up, he weighed 7.4kg! Orang cakap, bila saya dukung anak, nampak macam nak meleret jatuh je.huhu. He was injected with his 3rd dose of DTP, kesian menangis kuat kena inject. Tapi dia sangat co-operate setiap kali pergi klinik. Nurse siap puji-puji sebab masa nurse nak siapkan perkakas injection, bukan main galak duk senyum kat nurse. Ye lah mula-mula senyumlah, tak tau nak kena inject.haha.
Saya rasa bulan ke-5 dan ke-6 ini adalah bulan-bulan dimana perkembangan Qayyim adalah sangat pesat. *ayat jenis apakah itu?haha*. Dah banyak benda yang dia boleh buat sekarang.~
Moving around, crawling
Masa 2nd week bulan ke-5, dia dah pandai meniarap dengan cepat.Maksudnya asal letak je dia akan meniarap. Then dalam minggu tu jugak, dia boleh gerak ke depan dan ke belakang. A week after that, tau-tau dah boleh round explore satu rumah. Semua ni lepas kes jatuh katil tu.hehe. Selalu saya akan bentang comforter atas carpet, saya longgokkan segala toys, biar dia main sesuka hati *dasar mak malas nak pegang anak lama-lama*
| Sibuk menjelajah ke segenap ruang rumah. |
Pastu dia dapat satu perangai, obses dengan lantai.haha. Dah menyulur tu, konfem cari lantai, pastu buat cubaan nak jilat lantai.ishhhh.. Nak elakkan dia terlepas ke lantai, saya dan mama selalu buat benteng dari bantal-bantal atau sofa cushions. Mula-mula berkesan jugak. Tapi sekarang kalau setakat cushion tu, kejap je dia boleh lepas, sebab dah pandai memanjat pulak! Selain memanjat Qayyim jugak dah tunjuk tanda-tanda nak merangkak. Dah pandai angkat punggung, buat posisi merangkak, tapi belum boleh gerak ke depan. Biasanya bila tangan dia dah letih, dia hempas je badan ke depan. Risau jugak takut sakit, tapi budak debab tu senyum je.
| Cubaan merangkak. |
Solid feeding.
Qayyim jugak dah start weaning, i.e being introduced to solid food. Cadang asal nak cukup 6 bulan baru start solid feeding, tapi saya mula seminggu sebelum dia genap 6 bulan. Sebabnya, masa tu saya tengah cuti CNY, so senang nak pantau dia, dan dia dah sangat-sangat bersedia for solid foods. Mama cakap, orang dulu-dulu 4 bulan dah start makan, ok je punnn..hehe. He loves his solid foods. First week saya bagi makan bubur nasi lenyek je. Then bagi pisang lenyek, so far Alhamdulillah tak ada constipation pun. Elok je. Sekarang saya baru nak belajar resepi-resepi lain untuk home-made baby food. Pasal weaning nanti cerita lagi.
| Ini betul punya 'solid feeding'.. hehe |
Babbling
Qayyim has also started to make some recognizable sounds. As I could remember, his first sort-of-word is 'Vuahh' .Lebih kurang macam bunyi 'Buah' la kan. Berhari-hari duk ulang sebut Vuah..Vuah..Vuah.. Siap bersembur-sembur air liur masa sebut tu. Sekarang, makin banyak dah bunyi-bunyi lain, i.e 'Baa'.. 'Taa'. 'Daa'..etc. Cuma bunyi 'Maaa' je belum penah dengar lagi..huhu~
Holding
Now that he has a very good hand coordination he can even hold his bottle/toys firmly. Pastu tangan tu memang tak pernah diam. Semua benda nak dicapai. Kalau meriba dia kat meja makan, memang tangan dia sedaya upaya nak capai segala pinggan mangkuk atas meja tu. Segala alas-alas meja pun habis dia tarik..
| Ini namanya aktiviti 'mengemas' buku-buku. Kecik-kecik dah baca John Gray. Hebat! |
Being selective a.k.a Manja
Kalau dulu tak kira siapa, semua dia nak je. Sekarang dah pandai. Kalau bukan feveret dia, boleh pulak paling muka pastu jerit-jerit taknak orang tu dukung. Biasanya dia suka kalau orang yang pakai tudung, atau yang tengah berdiri dukung, sebab possibility orang tu nak dukung jalan-jalan kat luar rumah lebih tinggi agaknya.hehe.Apa-apa pun, mama dan papa tetap jadi pilihan utama. =)
| My everything. |