October 21, 2013

Mommy-Daddy conversation

Dalam kereta,


Me : Abang...abang rasa nak anak berapa orang?
He  : Entahlah..abang tak kisah..
Me  : Tapi kalau ramai best kan..nanti tak la sunyi bila dah tua..
He   : Aaah.. abang rasa sekarang ni baik kita beranak banyak-banyak siap-siap.. Nanti kita fokus bab nak
         besarkan anak je..senang sikit macam tu..
Me  : Hah??? Senang??


Waaaaah..bukan main dia..cara dia cakap "beranak siap-siap banyak-banyak" tu macam senang sangat je mengandung, bersalin, mengandung, bersalin..haha. Ni baru nak masuk dua. MasyaAllah..rasa besar dah dugaan. Yang sorang tengah ligat berlari, melompat kat luar, yang sorang lagi pun tak kurang hebat kat dalam perut ni.hehe. Dah macam funfair pun ada perut mommy ni. Bukan main ligat dia pusing-pusing, tendang-tendang, cucuk-cucuk..

Despite all the chaos, I am seriously a happy woman. Thank u Allah.

Insyallah ada rezeki, sihat tubuh badan, boleh je ikut plan papa tu.."beranak siap-siap banyak-banyak"..hehe~

October 12, 2013

Berdiri sendiri

.....................this post was written 2 weeks ago....

Last night, we officially moved from my parents house. Masa Mr Hasnul suruh kemas-kemas barang, saya dah rasa sebak. Masa kemas barang, saya terus jadi tak keruan..

Dan paling sedih, masa nak salam-salam. Saya peluk mama, mama kata " Esok first time la kan mama tak tengok pergi kerja..dah biasa tiap-tiap hari mama hantar".. Memang setiap pagi, mama akan keluar mengiringi saya sampai depan rumah, dengan ucapan doa semoga saya selamat di tempat kerja. Kadang-kadang mama siapkan breakfast sekali. Dah tua-tua tapi manja lagi dengan mama. Saya menangis di bahu mama, sebab akhirnya selepas 2 tahun setengah saya tinggal bersama-sama..sampai jugak masanya saya kena terima hakikat saya perlu berdikari.

Masa salam dengan baba pun bertambah-tambah sebaknya. Lagi sebak bila saya dengar Mr Hasnul cakap
"Halalkan makan minum kami ya.." masa dia peluk baba.

Jarak rumah saya dengan rumah mama-baba dalam 10km ja rasanya. Kalau tak jammed, 10 minit dah boleh sampai. Tapi perasaan nak keluar hidup sendiri tu, rasa sedih sangat. Saya dah terbiasa bergantung pada mama. Anak saya pun mama jaga sejak lahir. Kalau dia meragam, sakit demam tengah malam, mama turut sama berjaga. Setiap malam sebelum tidur memang saya akan masuk bilik mama, cium selamat malam dulu. Lepas ni, 'jauh' sikit...tentunya banyak yang saya akan rindu.

Pagi pertama saya ke tempat kerja dari rumah baru, saya menangis sepanjang jalan. Terbayang lambaian mama dengan mulut tak henti berdoa keselamatan saya. Memang saya ni emosional. Padahal tengah hari balik kerja saya boleh je singgah rumah mama.hehe..Anak saya pun memang mama yang jaga sekarang, Mr Hasnul hantar ke rumah mama sebelum dia pegi keja, balik sekolah saya jemput.


.............................and after 2 weeks..

Saya dah mula biasakan diri dengan suasana hidup berdikari. Bagai dikata, hampir setiap hari saya singgah rumah mama.hehe. Stay sampai Mr Hasnul balik keja. Malam je balik tidor rumah. Weekend pun saya pegi rumah mama sebab saya dan Mr Hasnul cuti tak serentak, so saya tak berani lagi nak duduk rumah berdua dengan Aniq Qayyim. Kawasan perumahan tu baru ada 4 rumah yang dah diduduki. Rumah lain kosong lagi. So...paham-paham je la.. Penakut macam saya ni, memang banyak imaginasi nak takutkan diri sendiri.hehe.

Next week nak buat kenduri Aqiqah+Doa selamat+ kesyukuran... cuak gila nak jadi host ni. Harap-harap majlis berjalan lancar..=)