Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Been Apps!

aku saja suka-suka nak share ngan korang satu apps kat phone yang best!hehehe korang search jer kat Play Store tu 'Been'...haaa nanti keluarlah apps seperti di atas nih!kat apps ni boleh klik countries mana yang kita dah pergi dan dia akan calculate berapa percent negara dalam dunia ni yang kita dah jejaki!menarikkan?untuk aku sendiri baru 8%...besar sungguh alam ciptaan Allah ni...rasa macam banyak dah berjalan sampai kena bebel jerrr selalu kan...tapi baru pergi tak sampai 10% pun...aku nak berangan ni...nak pergi sekurang-kurangnyaaa 25% daripada negara yang ada dalam dunia ni...mampukah?InsyaAllah...ada rezeki, sampai la nanti kan...

OK korang jom la download apps nih pastu share la kat blog ke, FB ke, instagram ke!saje suka-suka jer kan...dan moga-moga bila tengok lorekkan peta ni memberi inspirasi ke manaaa lagi kita nak terokai selepas ini... =D

Tuesday, December 31, 2013

**Good Bye 2013~Welcome 2014**

yeahh akhirnya 2013 bakal melabuhkan tirainya....and Welcome 2014!Alhamdulillah tahun 2013 telah membawa 1001 pengalaman pahit manis dalam hidup aku....terutamanya dari segi traveling la kan...di mana pada bulan Mac 2013, secara rasminya aku telah create another blog yang khas untuk cerita pasal traveling...seronok dapat kenal ramai travel blogger, dan semakin hari semakin berkobar-kobar semangat travel aku bila baca experience travel blogger yang mengujakan!dan sudah pasti semakin hari, semakin panjang juga la wishlist aku bila baca story korang-korang semua ni tau!hehe ok jom aku nak recap perjalanan aku di dalam dan luar negara sepanjang 2013 ini!

Januari 2013

Pada awal bulan Januari, aku dengan sue dan dini telah terbang ke Shenzhen, China...trip last minute juga kiranya ni sebab sue request nak berjalan memandangkan trip sebelumnya tu, dia tak leh join sebab urusan kerja...so dah alang-alang ke Shenzhen, kami panjangkan langkah terus ke Macau dan Hong Kong!pengalaman pertama dengan winter!memang terbaik!
Beberapa hari lepas balik dari Shenzhen, aku dan keluarga telah pergi ke Taiping, Perak untuk membawa kakak ipar aku dan Zara melihat tempat mak aku dibesarkan...kami stay di Sentosa Villa yang sangat cantik dan kevillagean sangat!
Dan di akhir Januari, abah ada kerja di Kuala Terengganu, so aku dilantik menjadi driver yang tidak bertauliah....mak dan anim pun follow...so here we go!jalan-jalan carik makang di Terengganung!memang best makang ikang celup tepung!kami stay di Ri-Yaz Heritage Resort, memang terbaik!

Februari 2013

Pada pertengahan Februari 2013, aku bersama asie, sara dan emel ke kenduri kawin Nonet di Johor..dah alang-alang ke sana, terus kami masuk ke Singapore dengan memakai baju kurung...gigih sangat turun naik bas dan imigresen dengan baju kurung!
Keesokkannya, kami telah pergi ke Legoland di Nusajaya, Johor pula!yeay akhirnya dapat juga jejak kaki ke sini...walaupun aku bukan la penggemar tegar theme park ni, tapi janji dah sampai kan...pening kepala naik baby roller coaster je pun!

Mac 2013

Pada pertengahan Mac 2013, aku diberi peluang untuk berkursus ke Lisbon, Portugal!kali pertama menjejak kaki ke bumi Eropah dan seorang diri!rasa cuak yang teramat sangat masa ini!tapi gigih la berjalan ke Amsterdam, The Netherlands masa transit selama 6 jam di  sana...trip ini telah membuka mata dan minda aku untuk mula rangka perjalanan sendiri ke Europe suatu hari nanti...
Pada penghujung bulan Mac, aku bersama-sama keluarga telah pergi ke I-City, Shah Alam buat pertama kalinya!melayan karenah zara melihat limpahan cahaya lampu...tak masuk pun mana-mana tempat dalam I-City, just jalan di sekitarnya sahaja....

April 2013

Tahun 2013 memang rezeki Europe agaknya aku ni, pada pertengahan bulan April, aku telah ke Parma, Itali bersama-sama 2 orang bos aku untuk menjalani latihan di sana!atas kesilapan teknikal pihak MAS, dapat bermalam percuma di London, UK semasa transit!Sempat berjalan 1 malam di Kota London!Dan juga disebabkan tiket flight yang sold out, kami diberikan penerbangan pergi lebih awal beberapa hari dan seharusnya digunakan sehabis baik untuk kami explore bumi Itali!sempat sampai ke Florence, Pisa, Rome, Parma, Milan dan Venice!memang mengujakan!

Mei 2013

Pada awal Mei 2013, aku bersama-sama sue telah bercuti Yogyakarta, Indonesia...sepatutnya kami sambung perjalanan ke Surabaya, tapi disebabkan tarikh tersebut clash dengan PRU, so kami telah beli tiket baru untuk pulang awal ke Malaysia..nak mengundi la kata kan!
Tidak lama selepas kembali dari Indonesia, kami sekeluarga telah ke Melaka untuk menyambut birthday abah aku di sana...kami stay di Bayou Lagoon Park Resort!menarik sungguh penginapan kali ini memandangkan ianya ada water theme park dan sangat sesuai dengan kami yang membawa zara!

Jun 2013

Pada 7-8 Jun 2013, buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku bersama amoi, dini dan ed telah ke Pulau Kapas, Terengganu untuk mencadat sotong!pengalaman pahit dan manis bercampur aduk..yang pasti, itulah kali pertama dan terakhir aku akan mencandat sotong!

Ogos 2012

Cuti panjang semasa raya, kami sekeluarga telah bercuti ke Ipoh, Perak dengan niat nak pergi mandi di Lost World of Tambun!dan selepas itu, aku bersama mak dan anim telah sambung perjalanan cari makan ke Penang!memang terbaek!

September 2013

Setelah memenuhi undangan open house di Damansara dan Shah Alam, aku bersama cikwan, hasnaa dan azie telah pergi ke I-City, Shah Alam!dengan tujuan utama nak masuk Trick Art Museum!sakan la kan posing dalam museum tu!
Dan selepas lebih tiga bulan tak jalan ke oversea...kaki pun dah gatal-gatal...akhirnya pada 14-21 September 2013, aku bersama sue, dini dan amoi telah pergi ke Melbourne dan Sydney, Australia!Mega trip 2013 demi menyambut birthday yang ke 30!memang antara trip yang terbaek!

Oktober 2013

1 Oktober 2013, aku mengambil cuti semata-mata nak membawa anak buah kesayangan ke Aquaria KLCC!nak pergi weekend takut ramai sangat orang...seronok melihat keletah dia dalam Aquaria tu!
Tidak lama lepas tu, aku dan anim merancang lagi percutian bersama keluarga ke Port Dickson, Negeri Sembilan...kami stay di Avillion Admiral Cove Resort yang masih baru dan cantik!sambil melayan angin laut yang mendamaikan...
Dan pada akhir bulan Oktober 2013, aku bersama-sama ahli cawangan telah ke Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja...sambil bekerja, kami tak lepas peluang untuk menikmati keenakan makanan di sana...memang enak-enak belaka!

Disember 2013

Awal Disember 2013, aku bersama sue, hasnan dan dayahz telah ke Seoul, Korea Selatan...berhajat nak berwinter sonata, tapi tak kesampaian...takde rezeki, tapi trip tetap terbaek dengan pelbagai makanan Korea yang dicuba!
Dan tibalah ke trip penutup luar negara bagi 2013!aku bersama mak, abah dan anim telah ke Bandung, Indonesia...perjalanan yang penuh dengan makan dan shopping!memang best!
Dan akhirnya, sebagai penutup tahun 2013, aku bersama cikwan telah ke Teluk Intan, Perak...nak ke wedding hasnan dan dayahz...memandangkan kenduri diorang selang sehari, rumah perempuan di Sungai Besar, Sabak Bernam..lelaki pun la di Selekoh, Perak...so kami decided untuk pergi kedua-dua majlis dan tidur 1 malam di Teluk Intan yang terletak di tengah-tengah antara dua rumah pengantin...sambil tu pasang niat nak cari Leaning Tower of Pisa Teluk Intan katanya...sekaligus jalan-jalan cari makan di sepanjang perjalanan!
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada...aku dapat meneroka bumi Allah di dalam dan luar negara bagi tahun 2013 ini....semoga pada tahun 2014 nanti, rezeki aku dan semua rakan-rakan travel yang lain akan melimpah ruah dan bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya untuk terus berjalan melihat dunia ciptaan Allah ini...dunia tanpa sempadan la katakan...bagi penetapan KPI 2014 pula, semoga semua yang dirancang dapat dilaksanakan...insyaAllah...Holla 2014!Please be good to me ok!

p/s : mulai tahun 2014, aku akan mula gunakan passport baru, passport ke-dua dalam hidup aku!semoga lima tahun yang mendatang ini, aku akan dapat fulfil wishlist aku!Wishlist before 35 katanya!hehehe =D 

Sunday, November 24, 2013

Our Wish!

dolu-dolu kami berangan-angan menyambut next birthday di Istanbul, Turkey....tapi nampak gayanya, rezeki belum sampai lagi...kewangan belum begitu bersedia...setelah berbincang, kami bersetuju untuk menukar perjalanan ke sekitar Asia sahaja...makanya, haruslah promo FREE SEAT AA pada kali ini memberikan makna yang besar buat kami...hehehe kami dah ada beberapa plan sebagai backup...sebabnya kami nakpi pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja memandangkan travelmate ada kekangan dari segi kerja masa tu nanti...jadi beberapa pilihan tempat diperlukan sekiranya tak dapat tiket murah pada destinasi yang diingini...so kemanakah rezeki kami untuk meniup lilin tahun hadapan.......LET'S MAKE A WISH!
House boat di Kerala, Selatan India
 Cruise di Halong Bay, Vietnam
 Stone boat di Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei
....yang mana satu...idaman kalbu...

......ataupun......
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

ehhh terlebih sudah berangannnn...hahahahaa........

Monday, August 26, 2013

Feeling ke Korea & Japan =D

sukanya pergi jusco kat midvalley....hehehe ataupun dikenali sbg aeon skang ni...lama giler kot tak jejak kaki kat midvalley...bila dah nakpi tukar duit kat situ, ktorg pun ke jusco la kejap....cikwan nak beli susu pisang korea tu....dia ckp ada jual kat mesia...n laku giler...asyik abes je...kira kali ni pergi br dpt beli...sblm ni tak dpt cikwan ckp...dah tu aunty yg tgh susun kotak situ pun duk ckp, ni cpt abes ni...nak amek cpt...hahahaha so terussss cikwan amek smpai 2paket...1 paket harga RM18.50, ada 6kotak...susu yg dijual kat sini dia steril la letak dlm kotak..kat korea depa pasteur n simpan dlm chiller...hehehe sib baik laaa aku tak minat sgt susu ni...tp yg menarik minat aku adalah japanese food yg dijual dlm jsuco tu..byk giler processed food dr japan n korea weh...suka...tp plg best onigiri n sushi yg aku beli...sedapppp...hahahah meh makan sushi n onigiri bersama susu pisang!hahahahaha 

Wednesday, July 17, 2013

Inspirasi.

wah hari tu ada tgk kat fb sorg travelblogger ni la...rush murad namanya...mmg otai la bab2 berjalan ni kan....selama ni mmg follow la blog n fb dia...gambar dia pun cantik2 la....dah lama mula berjalan dia ni..untungla kan...heehuuuu tp yg nak jadi kan sumber inspirasi ni adalah bila aku tgk gmbar dia bawak parents dia jalan kat london tu..wahhhh terus teruja...wpun aku tak mampu la lagi nak bawak mak abah aku pi smpai ke london kan, tp ianya sedikit sebanyak membuka mata aku la...membuatkan aku mula terfikir...mesti mak abah pun teringin nak berjalan oversea mcm aku kan....dah le abah n mak asyik jd tukang hantar aku ke airport je..bukan aku je, adik pompuan aku pun kaki jalan...hehuuuu nasib baik la abg n adik laki aku tak kaki jalan...kalo tak lg laa pening kepala mak aku...hehehehe so wpun gaji aku tak sebesar mana...keje gomen je, tp aku berangan-angan la pasni nak bawak mak abah aku travel juga...hehehe sebelum ni kalo takat jalan2 dlm negara biasa la kan...tp kalo yg luar negara ni br sekali jela dulu pi Padang, Indonesia...so aku harap aku akan dimurahkan rezeki, utk bawak mak abah utk berjalan ke luar negara..yg dkt2 dulu pun okey....hehehe moga impian dan angan2 aku ni akan tercapai...AMIN...... =D

Saturday, June 8, 2013

Angan-angan Trip Besday ke 31!

yihaaaa....sebenarnya aku dah berangan2 dah nak tiup lilin besday ke-31 nanti kat China!hahaha plan asalnya nak travel dr Utara ke Selatan negara China!even dah siap diskus dgn sue lagi siap2 masa dlm flight balik dr Yogja aritu...aku pnah berangan dulu trip ni as Best China Route!....tp kali ni dah refined perancangan...so kira nak terbang masuk ke Beijing dr KL...melawat Great Wall, Summer Palace, Forbidden City etc...then naik train laju pergi plak ke Harbin, kota sejuk yang bercirikan Russia nun jauh di utara China..nak hampir ke Russia dah...dr Harbin, naik domestic flight ke Xi'an berjuma Si Terracotta Warrior yang aku idam2kan nak jumpa tu...hehehe then naik train malam ke Shanghai...n last sekali baru la naik lagi sekali train menuju ke Guilin, sebelum gerak balik ke Malaysia...draf itinerary aku dah buat dah pun...perjalanan mengambil masa 9hari...very pack program la nanti tu...hehuuuu phewww...so aku sdg bersiap sedia laaa skang if ada promooo dr AA utk tiket pergi ke Beijing & balik dr Guilin...TAPI....angan-angan hampir ditangguhkan je bila tiba2...ntah dr mana...datangnya idea....+ tetiba ramai member yg ke sana post gmbar di FB...tetiba jeee aku tanya sue mau tiup lilin di Blue Mosque or Hagia Sophia tak instead of tiup lilin di Great Wall?hahahaha tetiba je makcik tu pilih utk ke Blue Mosque okeh!hahaha makanya berubahlah 360darjah perancangan asal aku...terus survey dan survey....jumlah masa perjalanan lebih kurang ke dgn yg asal...cuma kali ni tiket flight akan jauhhh lg mahal la...sbb kena naik premium flight..mana ada AA pi sana...hohoho so perancangannya adalah menaiki Qatar/MAS/Turkish Airline dr KLIA ke Istanbul...lepak Istanbul, then gerak naik domestic flight ke Kusadasi...dr situ akan naik public transport ke Ephesus & Pamukkale...then patah semula nak ke Izmir, n naik flight lagi menuju ke Cappadocia!dan kemudia pulang semula ke Istanbul...btw dah survey, domestic flight kalo beli awal, mmg murah la..aku tgk tu Izmir to Cappadocia dlm RM80 sahaja...ok la kan....hehuuuuu angan-angan masih angan-angan smpai laaa tiket flight berada dalam genggaman kan...hehehehe SO Hey Turkiye! Be nice to me OK! Really hope to see you on September 2014! ~giler awal aku punya planning kan...hahahaha~

Monday, May 27, 2013

RM 2,000 dah boleh pergi Umrah?

wah menarikkan tajuk tu?hehehe well td tetiba sue tagged aku kat photo promo AA psl Two To Go tu...utk travel period dr 1 Jun til 31 Okt, promo if beli tiket dlm bilangan gandaan 2...means 2,4,6,8....so baru ni aku berpeluang mengintai2 web AA ni kan...pastu survey2...Busan dpt RM800/2pax...Osaka dpt RM1200/2pax...Seoul n Beijing dpt RM1300/2pax...n plg menarik bila Jeddah dpt RM1500/2pax!fulamak murah giler tu pergi Jeddah dlm RM700++ sahaja utk seorang!fuhh....promo ni aku try tarikh lebih kurang hujung ogos ke september...ok terus msg ngn sue...pastu bincang, borak psl promo ni...n sue ckp if pi hjg ramadhan pun still dpt murah...gedikss tangan godek2 web AA tgk pergi 1-8 Ogos 2013, tiket mmg dapat la harga RM1500++ utk 2org tu...pastu smbil bercerita, smbil tangan duk godek2 lagi web booking.com...haa tu dia..utk 7mlm, aku tgk ada 2 tmpt tinggal yg agak berpatutan harganya...yg lain agak mahal..mayb sbb peak hour masa tu kan...di Hotel Dar Al Raies yang terletak lebih kurang 4km dr MasjidilHaram, harga nya adalah RM2300/7mlm/deluxe room!so maknanya dalam RM1150 sahaja utk per pax..dlm review hotel ni ada ckp yg depa sediakan bas dr hotel ke al-Haram...ok la kan....atau boleh tinggal di Apartment Qubat Najd 1 yg terletak hampir 10minit driving ke al-Haram...dengan harga RM1700/7mlm/double room...so dalam RM850 sahaja per pax...haaa mari buat matematik...hehehe tambah tolak masuk duit makan, teksi or bas dr Jeddah ke Mekah...ha berapa jadinya tu...hehehe ok a bit exaggerate la kalo ckp ngam2 RM2ribu kan...lebih sket la..nak masuk visa lagi...pastu nak makan nasi mandy lagi...hehehe tp lebih kurang la kan...CUMA....aku rasa agenda ni seswai utk yg dah pernah pergi....sbb kalo pergi sndiri ni, nanti takde plak mutawwif nak ajar mcm mana nak 1st time buat umrah, pastu takde sesi ziarah dalaman n luaran Mekah...tak disediakan transport, makanan smua...kira independent la...hehuuuuu sgt menggugat jiwa la kan promo ini...lagi plak tgh syahdu2 menengok PB umrah tu...rindu...tp this time tak boleh lg rasanya...hehuuu insyaAllah moga2 AA buat promo murah mcm ni lg eh...hehehe i loike!sape2 yg rasanya tiada kekangan apa2 tu kan..boleh la difikir2kan ye...mana tahu, tak mustahil nak laksanakannya kan... =D


Monday, May 13, 2013

Lombok in the list?

wahhh kalo dah tangan tu dpt pegang mouse, ada masa free, mmg laju je laaa tgn aku klik sana-sini psl travelling kan...dasar obsesi btol aku nih...hehehe kali tertarik nak ke Lombok..actually mmg teringin nak pergi dari dulu lg sejak tahu pantai n laut dia lagiiiiii cantik dr Bali...tp tipikal Malaysian akan ckp, buat apa pi Lombok?nak kawin ng  org sana?tak takut kena culik, balik lari?hehuuuuu so disebabkan itu la, Lombok tidak famous sebagai tourist spot...terutamanya buat org Malaysia la kan...dulu mmg banyak cerita psl pompuan Msia dibawa lari ke oleh org Lombok ni...n setahu aku, mmg adat dan budaya org Lombok ni, menjadi satu kemegahan kepada keluarga dan org kampung tu la if ada anak teruna yang berjaya bawak lari anak dara dr kampung sebelah ke...dr daerah sebelah ka...haaa apatah lagi dr Malaysia hoih...haruslah bangga weh...hehehe tp instead of tgk menda tu, aku lihat dr perspektif yg bebeza..pada aku Lombok ni hidden gem kat Indonesia...masih belum banyak diterokai oleh org Malaysia...banding Bali yg dah ramai sgt org...too commercialized pada aku..semua pun nak mahal...hohoho so yg membuatkan aku sedikit meroyan hari ni adalah bila duk main2 klik di web AA, tetiba dpt tiket ke Lombok dgn harga RM159 utk return okeh..hehuuu lepas tu jumpa plak info psl villa, bangla yg ada private pool harga dlm rm150 sahaja!mak aih murah betul tu..stay di area Senggigi...kira town la dr Lombok tu..leh juga stay di Gili Island...kawasan pantai cantik tu..mmg banyak villa2 mewah...mcm Bali jugak, tp harga di Bali pada aku melampau mahal..huhuhu so aku tgh pikir2 lagi ni..kalo nak pergi, duk 2mlm je la...bersantai bak orang kaya...duk villa....smbil menikmati sunset...hehuuuu TAPI masalahnya....aku dah tak tahu mana tarikh nak selit ni...huhuhu tahun ni ada byk agenda kerja yg penting...so takleh la nak lari2...pastu trip2 yg mmg dah dibeli tiket pun banyak juga...takkan aku nak travel every month..menjerit bos aku nanti...huhuhu aduhai...kehendak hati yg bercanggah dgn kehendak kerja dan poket juga...oh hati, why you sooooo tamak?huhuhuhuhuhu~

Saturday, May 11, 2013

Ops Mencandat!


last rabu amoi tetiba msg ajak pi snorkeling...pikir2, aku ajak skali pi candat...dah lama teringin nakpi mencandat tp takde geng plak kan...hehe pastu dgr plak kisah asie makan sotong kan baru2 ni...gelupur la perut kan nak makan sotong fresh atas bot!hahahaha so lepas diskus ngn amoi n dini, tnya experience asie...so akhirnya ktorg decide utk pergi pada 7 Jun nanti...kira malam lepas kerja tu akan gerak ke Marang, Terangganu...then smpai awal pagi sabtu la nanti...then terus amek bot dgn Makcik Gemuk Resort menuju ke Pulau Kapas...harga bot pergi balik ada RM40/pax...then pagi tu kami akan snorkeling di sekitar Pulau Kapas...dengan harga peralatan dan bot sebanyak RM25/pax....pas setel snorkeling dlm tghari tu, kitorg akan lepak di bilik yg aku booking...amek 1 bilik je la..toilet pun kat luar je...bilik plg murah RM40/bilik...utk singgah kejap je kan..mandi, solat n siap2...then ptg tu kul5.30ptg, ktorg akan naik bot utk mencandat sotong pulak!bayaran bot adalah RM650 utk boat muatan 7-8org...ada toilet dan tmpt masak atas bot tu...sesi mencadat dijangka sehingga awal pagi..then balik semula ke bilik utk rehat...mandi...siap2 utk balik ke Marang...yehaaaa...cdg nak singgah Dungun nanti makan Meggi Ketam yg famous tu...hehehee semoga perjalanan kami dipermudahkan..Amin....so partner in crime kali ni adalah geng skola aku...iaitu amoi, dini n ed...

Thursday, May 9, 2013

Umrah secara backpacking?

tetiba terpanggil nak tgk tiket AA ke jeddah...ni sbb sue tanya la...bape harga dia...aku plak dulu masa dia buka route ni aku pnah la try tgk harga tp takde lagi...pastu tgk lagi, takde lagi..makanya aku dah lupa...so sib baik sue tanya, teringat la nak tgk balik...hehuuuu so aku tgk aritu if tanpa promo ni, plg murah adalah rm1.9k...so terus kira2 dlm kepala if masa promo, mesti leh dapat less than rm1.5k nih...hehuuuu pastu terus plak laa buka agoda dan booking.com...n baru tahu boleh je booking hotel di Mekah n Madinah thru web tu...atau nak lagi thrill, tido kat masjid la..hehuuu wah pastu terus la berkira2 dalam kepala...boleh jadi ni buat umrah tanpa pakej dr mesia...buat secara backpack saje...naik AA dr KL ke Jeddah...then leh naik taxi or bus ke Tanah Haram...dalam sejam lebih la...rasanya jimat kos btol tu nanti...phewww...cuma perlu atasi isu mahram je la kan...tp dgrnya arahan dan peraturan tu sementara je utk elak ramai org...sbb skang tgk renovation kan...so doa2 la semoga dimurahkan rezeki utk ke sana...menunaikan ibadah umrah..AMIN....

Thursday, April 25, 2013

AirAsia to resume Mumbai, Delhi flights

wow wieee....dapat info dr sue td pasal berita yang AA nak buka semula route ke Delhi & Mumbai...wah kalau benar bagai dikata...mula laaa aku nak berangan2 ni kan nak pergi kashmir tahun depan celebrate besday!hahaha hadoi laa...mana satu nak pergi ni...overland china & vietnam trip pun nak pegi, kashmir pun nak pergi...haiyak!kena tgk betul2 laa mana offer ticket yang lebih affordable + seswai ngn tarikh kami nak pi tu kan...hehehe pape pun suka la AA nak pi Delhi sana balik...teringat zaman dolu2 dpt beli tiket pi Delhi siap return ticket + makan + luggage...hanya rm300++ aje...mana nak dpt dah skang ni weh...hehehe rezeki masa tu la kan...oh menariknya!samada pegi kashmir ikut mumbai or delhi...hehehe eceh tak jadi la guna enrich point mcm ni...hehuuuuu~

Sunday, March 31, 2013

Dream Mode : Best China Route!

post ditulis pada 5 Disember 2012
hehehe mode berangan is activated!hehehe tgh2 malam buta ni la angan2 makin menjadi2kan...sdgkan esok nak bangun awal ni pegi KL...hohoho sedang melihat2 traveller blog...tiba2 terdapat ilham!hahaha ilham utk create my own trip to china...terbang masuk ke beijing dr KL...lepas lawat sana dlm 2,3 hari..lwat great wall, forbidden city, tiananmen square, birdnest stadium, summer palace...then amek train terus menuju ke xian pula...nak jumpa terracotta warriors!so in love with this creature!huhuhu pastu amek plak train ke guilin menikmati keindahan alam semulajadi kat situ..menyusuri sungai yang cun tu...pastu balik laaa ke malaysia...wahhh menarikkan?bajet perjalanan adalam 1minggu...fuhh menarik sungguh...tp tahun depan tak dpt la kan...dah full!tahun 2014 kot...tp dah plan nak ke jepun bulan 4 tuh...so tak sure laa dpt pi ke tak 2014 atau tunda ke 2015?hoih bila aku nak smbung phd ni?hahahaha

Friday, March 29, 2013

New New Dream!

post ditulis pada 8 November 2012

hahahaha giler...dasar pompuan obses kat travel!giler langsung takpikir masa depan nak kawin ke apa...mmg giler dah!hahahaha org lain umur cm aku dah susah hati tak nikah2...aku plak bersusun plan nak berjalan...hahahaha n selepas dr halong bay...aku ada new dream lagi...hehehe actually pnah masuk list dulu, pastu delete balik...tp ni pas tgk fb member pi cape town..terus search sket2 psl cape town n southafrica...terusss teruja nakpergi sana juga!hahahaha giler kan, tempat org taknak pi laaa aku nakpi..hehehe mula la abah kutuk aku nanti...hehehe n satu lagi, nak pergi kashmir!hahaha again dulu sbb scenery kan, tp ni td tlg kakwi buat itnerary dia nakpi kashmir, rupanya ada tulip garden yg kedua terbesar di asia...cantik giler!berjuta bunga dalam tu...berpuluh jenis warna!gile lah cantik dia...hohoho nak pi capetown!nak pi kashmir!hohohohoho

New Dream~Halong Bay...

post ditulis pada 7 November 2012


wah tiba2 berangan...td masa tgk email, ada la email groupon psl hotel2 ni...skali mcm mana tah ternampak yg pi halong bay naik cruise punya pakej...mmg biasa nampak tp takpnah tgk betul2...skali td tgk la..rupanya nakpi halong bay ni kena naik flight ke hanoi..mati2 selama ni ingt ke da nang...huhuhu pastu boleh pi naik kapal kat situ...samada 1day tour atau leh bermalam..cantik giler kapal dia!pastu kawasan dia lalu pun cantik je..mcm misteri je rasaa...terus berangan nak pi situ gak...hehehe nak masuk dlm wishlist lah!hahahaha cantiknya ciptaan Tuhan...huhuhu