0% found this document useful (0 votes)
124 views19 pages

Instrumen Iklim Sekolah di Kelantan

This study aims to validate an instrument to evaluate school climate and determine its content validity and reliability. The instrument was developed based on the CIPP model and consists of 21 items across 5 dimensions of school climate. A pilot study with 355 teachers from 18 schools found the instrument to have moderate to excellent reliability. The full study found an excellent overall reliability. The instrument was found to be valid and reliable for understanding teachers' perceptions of school climate.

Uploaded by

SREE
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
124 views19 pages

Instrumen Iklim Sekolah di Kelantan

This study aims to validate an instrument to evaluate school climate and determine its content validity and reliability. The instrument was developed based on the CIPP model and consists of 21 items across 5 dimensions of school climate. A pilot study with 355 teachers from 18 schools found the instrument to have moderate to excellent reliability. The full study found an excellent overall reliability. The instrument was found to be valid and reliable for understanding teachers' perceptions of school climate.

Uploaded by

SREE
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 19

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Iklim Sekolah

Di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi di Kelantan

*Mohd Akhmarudi Mohd Yusoff


Siti Noor Ismail
Anis Salwa Abdullah
*mohd.akhmarudi@gmail.com

ABSTRACT

This study aims to confirm an instrument to evaluate school climate and to determine the stability
of its content validity and reliability through the pilot study and the main study as well. The
framework and development of this instrument were based on the Context-Input-Process-Product
Evaluation (CIPP) model. The study was implemented in three phases, comprising the literature
review, the translation of the instrument, and the analysis of the content validity and reliability of
the instrument. The review of the literature confirmed five dimensions of school climate, namely
collaboration, student relationship, school resource, decision-making, and instructional
innovation. The translated instrument, which consisted of 21 items, was utilized for this study. All
of the three field experts satisfied and agreed that the translated version of the instrument had
achieved an acceptable content validity. Besides, to determine the reliability of the instrument, a
pilot study was conducted in a secondary school in Kota Bharu District, Kelantan. While for the
field study, a total of 355 teachers were selected as the respondents from the total population in 18
secondary schools. The scale and descriptive analysis were implemented to obtain the reliability
and the mean score of the school climate in the IBM Statistical Package for Social Science (IBM
SPSS) Version 20.0 software. The reliability analysis for the pilot study confirmed that Cronbach’s
alpha for the overall school climate showed a moderate value (α=.79). While for each dimension,
Cronbach’s alpha showed good and excellent reliability values, respectively, ranging from α=.83
to α=.90. Thus, all items in the instruments were retained and accepted for the field study.
Interestingly, the reliability analysis for the field study stated a better, excellent value of
Cronbach’s alpha (α=.97) for the overall school climate. While for each dimension, Cronbach’s
alpha maintained good and excellent reliability values, ranging from α=.84 to α=.91. For the
descriptive analysis, the output showed that all dimensions were at high levels, as well as for the
whole school climate (M=5.42, SD=.78). The instrument in the school climate utilized for this
study was acceptable to help teachers to understand their school climate. This self-evaluation
instrument of school climate could be an essential resource and guidance to assist teachers in
determining and understanding their school climate more efficiently, as well as for establishing a
pleasant climate or environment to facilitate effective change mechanisms in schools.

Key Words: School climate, Teachers, Secondary schools, Validity, Reliability

1
PENGENALAN

Iklim sekolah merupakan satu aspek yang memberi impak yang besar ke atas kejayaan dan
kegagalan sesebuah organisasi. Pengurus merupakan modal insan yang paling utama dalam
mengemudi sesebuah organisasi yang turut berperanan mewujudkan iklim yang harmoni kepada
pekerja sebagai pelanggan dalaman bagi sesebuah organisasi ke arah mencapai matlamat individu
dan organisasi.

Teori berkenaan iklim sekolah dipelopori oleh Harpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis
dalam kajian iklim sekolah. Iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang guru itu sendiri
serta kaedah guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap iklim sekolah yang baik. Manakala,
Howard (1974) menakrifkan iklim sekolah sebagai suatu keadaan sosial dan budaya sekolah yang
mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Selain itu, konsep iklim sekolah oleh Fisher dan
Fraser (1990) telah mengkategorikan iklim sekolah kepada lima dimensi seperti bekerjasama,
hubungan dengan murid, sumber-sumber sekolah, membuat keputusan dan inovasi pengajaran
boleh dijadikan sebagai rujukan.

Malah, salah satu takrifan yang biasa ditemui dalam tinjauan literatur dalam bidang pendidikan
berkaitan mentakrifkan iklim sekolah sebagai suatu kualiti serta peranan warga sekolah yang
berasal dari corak pengalaman hidup yang mencerminkan norma, matlamat, nilai, hubungan
interpersonal, amalan instruksional, pembelajaran, kepimpinan, serta struktur organisasi (Cohen,
McCabe, Michelli, & Pickeral, 2009). Maka, sokongan di sekolah secara kolektif, termasuk
hubungan antara dan dalam kalangan pelajar dan guru, merupakan aspek penting bagi iklim
sekolah (You et. al., 2014), selain peluang untuk merasai kekitaan dan kebersamaan, keselamatan
sekolah, sumber fizikal sekolah, dan amalan disiplin (O'Malley, Katz, Renshaw, & Furlong,
2012, 2015; Zullig, Koop-man, Patton, & Ubbes, 2010). Maka bagi mencapai matlamat ini, iklim
sekolah perlu ditingkatkan.

Bagi mencapai hasrat tersebut, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 sebagai teras pembangunan pendidikan kebangsaan perlu dijadikan sebagai salah satu
titik permulaan bagi memperkasakan sistem pendidikan. Selain itu, PPPM juga merupakan salah
satu kaedah yang digunakan oleh kementerian untuk memartabatkan profesion perguruan.
Sebarang keputusan seharusnya berpusat guru-guru dan murid-murid, serta bukan hanya
berfokuskan kepada satu pihak semata-mata. Sebarang pelaksanaan dasar atau program baru perlu
dikaji dengan lebih mendalam, antaranya mengkaji kesan yang berkemungkinan akan
mempengaruhi pihak guru, sama ada aspek positif atau pun negatif.

Justeru, adaptasi dan penggunaan instrumen kajian adalah bertujuan untuk memahami pemboleh
ubah tersebut dengan berlatarbelakangkan kepada penerokaan dan pemahaman konsep iklim
sekolah dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di Kelantan.
Memandangkan iklim sekolah yang positif atau negatif akan mempengaruhi keberkesanan pada
peringkat guru (Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar & Fauzi Hussin, 2016), maka,
kefahaman terhadap iklim sekolah yang baik dalam kalangan guru-guru dapat membekalkan
pengalaman yang bermakna agar dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah dan
mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan seharian di sekolah.

2
PENYATAAN MASALAH

Konstruk iklim sekolah telah menerima perhatian yang meluas sebagai satu cara untuk
meningkatkan pencapaian murid dan mengurangkan masalah tentang tingkah laku dalam kalangan
warga sekolah. Penilaian terhadap kewujudan literatur-literatur tentang iklim di sesebuah sekolah
serta kaedah untuk memfokuskan kekuatan, kelemahan, serta jurang dalam apa sahaja cara yang
boleh dilaksanakan oleh para penyelidik bagi mendalami konstruk iklim sekolah tersebut (Wang
& Degol, 2016).

Di samping itu, banyak kajian menunjukkan bahawa iklim sekolah dapat memberi kesan yang
besar terhadap hasil bagi pelajar, guru, dan sekolah. Walau bagaimanapun, konstruk iklim sekolah
ini sering dinilai sebagai ukuran ringkasan, tanpa mengambil kira pelbagai perspektif (murid, guru,
ibu bapa) atau meneliti sub-dimensi di dalam konstruk secara lebih luas. Kajian yang menilai iklim
sekolah daripada perspektif murid, guru, dan ibu bapa di sekolah bandar dalam daerah yang besar
menggunakan teknik pemodelan bertingkat untuk memeriksa varians dalam dan antara sekolah
menunjukkan pentingnya mempertimbangkan jenis responden semasa membuat penilaian
terhadap iklim di sekolah. Memahami bagaimana persepsi berbeza antara responden mampu
menyampaikan intervensi untuk meningkatkan persepsi serta mencegah hasil yang tidak
menyenangkan. Dari sudut murid, pelajar melaporkan persepsi terendah terhadap keselamatan dan
hubungan, manakala ibu bapa memberikan penilaian paling rendah terhadap dimensi penglibatan
ibu bapa. Guru-guru pula memberikan penilaian paling rendah terhadap penekanan akademik.
Maka, perlu difahami bagaimana persepsi berbeza antara responden mampu menyampaikan
intervensi yang sesuai untuk meningkatkan persepsi serta mencegah hasil yang tidak
menyenangkan (Ramsey, Spira, Parisi & Rebok, 2016).

Justeru, iklim sekolah telah menjadi tumpuan dan mendapat perhatian yang lebih meluas dalam
merancang dan membentuk polisi pendidikan. Sebagai tindak balas terhadap keadaan tersebut,
para pendidik mencari strategi untuk memperbaiki iklim di sekolah mereka. Namun, belum ada
sintesis yang menyeluruh tentang bukti empirikal terhadap faktor yang berfungsi dalam
peningkatan iklim sekolah. Tinjauan sistematik telah dijalankan terhadap program dan amalan
dengan sokongan empirikal untuk menambah baik iklim sekolah. Tinjauan tersebut telah
menentukan iklim sekolah dan menyediakan metodologi untuk mengenal pasti dan menilai kajian
yang berkaitan melalui kekuatan bukti yang berbeza-beza serta elemen umum yang merangkumi
program dan amalan yang telah dikaji. Malah, kajian-kajian lain juga perlu mencari rumusan
berkenaan dengan penilaian kritikal tentang apa yang diketahui mengenai peningkatan iklim
sekolah dan apa yang masih perlu diterokai (Voight & Nation, 2016).

Maka, guru mahupun pentadbir sekolah perlu peka terhadap faktor iklim sekolah dalam
mempromosikan tujuan penstrukturan sekolah, selain mempromosikan hubungan interpersonal
dan pencapaian akademik. Alat pengukuran iklim sekolah yang baik boleh digunakan untuk
mengenal pasti perbezaan persepsi antara guru besar dan guru yang akan meningkatkan
keberkesanan guru di sekolah. Para pendidik perlu melihat secara kritikal aspek kejayaan sekolah
dan berusaha untuk memulakan perubahan di sekolah bagi mencapai kejayaan yang membuahkan
hasil (Najeemah M. Yusof, 2012).

3
Iklim sekolah merupakan satu konsep heterogen yang dikenal pasti melalui pelbagai instrumen
standard dan sah yang telah tersedia bagi mengukur pemboleh ubah tersebut. Bahkan, instrumen
yang sama kadang kala dapat disesuaikan agar memenuhi keperluan semasa dan setempat
menggunakan pendekatan teori yang berbeza untuk memfokuskan perhatian pada dimensi iklim
di sekolah yang berbeza-beza (Kohl, Recchia & Steffgen, 2013)

Memandangkan terdapat banyak instrumen yang telah disahkan untuk mengukur iklim sekolah,
para penyelidik harus mempertimbangkan sama ada perlu membuat adaptasi dan penyesuaian
skala atau membina sendiri skala. Pendekatan teorititikal baru memerlukan penyesuaian skala
yang telah disahkan sebelumnya, tetapi penciptaan instrumen yang sama sekali baru harus
didahului oleh pertimbangan yang teliti terhadap sesuatu keperluan. Namun kadang kala instrumen
yang dibangunkan sendiri mempunyai pekali alfa Cronbach yang sederhana (Henrich,
Brookmeyer & Shahar, 2005; Lee, 2010, 2012), malah item dan dimensinya tidak jauh berbeza
dari skala yang sedia ada. Oleh itu, memilih instrumen yang telah disahkan sebelumnya mungkin
merupakan pilihan yang lebih baik. Justeru, semasa membuat keputusan mengenai pemilihan
instrumen pengukuran, penyelidik harus mempertimbangkan pelbagai faktor, antaranya,
mempertimbangkan pendekatan teoritikal dan konseptual, untuk menentukan data yang perlu
dikumpulkan, responden, sifat populasi sasaran dan justifikasi pemilihan instrumen sama ada
instrumen yang disahkan, yang sudah ada, serta dapat memenuhi keperluan kajian ataupun tidak
(Kohl, Recchia & Steffgen, 2013).

Justeru, kajian ini wajar dijalankan sebagai satu usaha untuk mengesahkan satu instrumen yang
dapat memenuhi objektif kajian ini di samping memberi peluang kepada guru-guru untuk menilai
persepsi mereka terhadap iklim sekolah di institusi mereka mengajar, bagi tujuan menambah baik
faktor keberkesanan pada peringkat guru.

TINJAUAN LITERATUR

Pembangunan sekolah yang berkesan, cekap, produktif dan berakauntabiliti perlu didasari oleh
perubahan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan pendidikan, antaranya iklim sekolah.
Perubahan terhadap iklim sekolah perlu dilakukan sebagai satu tindak balas terhadap keadaan
pendidikan yang semakin mencabar. Senario ini diperkukuhkan lagi dengan perubahan-perubahan
asas dalam pelbagai sudut kehidupan, yang memerlukan penyesuaian terhadap pendidikan dan
iklim sekolah yang kondusif bagi mendasari proses pembelajaran yang bermakna. Iklim dan
budaya sekolah yang menyenangkan diserlahkan dengan wujudnya lingkungan pembelajaran
yang nyaman dan tersusun sehingga pembelajaran dapat berlangsung dengan berkesan. Iklim dan
budaya sekolah yang kondusif sangat penting agar murid berasa selesa dan bersikap positif
terhadap sekolah, malah guru berasa dihargai, seterrusnya ibu bapa dan masyarakat berasa
diterima dan dilibatkan. Keadaan ini berlaku melalui pembinaan norma dan kebiasaan yang
positif, serta hubungan dan kerja sama yang baik berasaskan sikap saling menghormati antara satu
sama lain (Lailatu Zahro, 2016).

Malah, iklim sekolah merupakan hasil yang wujud daripada hubungan interpersonal dalam
kalangan pelajar, keluarga, guru, kakitangan sokongan, dan pentadbir. Sekolah merangkumi aspek
akademik, masyarakat, keselamatan, dan dimensi persekitaran institusi yang merangkumi hampir
setiap ciri persekitaran sekolah yang boleh mempengaruhi kognitif, tingkah laku, dan psikologi

4
pembangunan. Pendekatan ini menunjukkan bahawa iklim sekolah mempunyai persamaan dengan
aspek persekitaran sekolah. Semua persekitaran sekolah adalah berlainan manakala sesetengah
sekolah mempamerkan suasana yang mesra, menarik, dan menyokong. Terdapat juga persekitaran
sekolah yang kurang sifat tanggungjawab dan tidak selamat (Wang & Degol, 2015).

Selain itu, iklim sekolah juga mempengaruhi daya saing sesebuah negara yang turut bergantung
pada kecemerlangan institusi pendidikan. Maka iklim sekolah sebagai gabungan kepercayaan,
nilai, dan tingkah laku pelajar, tenaga pengajar, pemimpin dan ibu bapa, tahap kemerdekaan, gaya
kepimpinan, dan kepuasan kerja boleh dianggap sebagai senario yang berlaku di sekolah.
Sebahagian besarnya adalah ditentukan oleh pemimpin dan memberi kesan kepada cara murid dan
guru-guru menilai sekolah serta memberi kesan kepada nilai dan sikap guru-guru terhadap sekolah
dan kerjaya (Rapti, 2012).

Sekolah berprestasi tinggi misalnya, mempunyai tahap iklim sekolah yang paling tinggi (Suhaili
Mohd Yusoff & Khaliza Saidin, 2016; Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar & Fauzi
Hussin, 2016; Siti Noor, 2011; Fei & Han, 2017). Malah, tahap keterbukaan iklim sekolah dan
komitmen guru secara keseluruhan di lima sekolah terpilih adalah tinggi (Najeemah M. Yusof,
2012). Di samping itu, sekolah-sekolah menengah yang mempunyai iklim positif dan terbuka,
menunjukkan faktor tingkah laku profesional guru sebagai penyumbang terbesar. Pembuat dasar
dan pengetua perlu menyediakan iklim organisasi yang positif dan menjaga kepuasan kerja guru
agar dapat meningkatkan kualiti sekolah di Malaysia (Ghavifekr & Pillai, 2016).

Selain itu, iklim sekolah juga telah dikaitkan dengan pelbagai tingkah laku murid, akademik,
kesihatan, dan hasil daripada sosial-emosi. Model fit yang sesuai dengan model tiga-faktor
daripada teori iklim sekolah ialah merangkumi 13 dimensi iaitu keselamatan (keselamatan yang
dirasakan, pembulian dan pencerobohan, dan penggunaan dadah); pelibatan (hubungan dengan
guru, hubungan pelajar, pelibatan akademik, hubungan sekolah, ekuiti, dan pelibatan ibu bapa);
persekitaran (peraturan dan akibat, keselesaan, sokongan, dan gangguan fizikal) (Bradshaw,
Waasdorp, Debnam ,& Johnson, 2014).

Ebrahim dan Mohamadkhani (2014) menjelaskan tujuan untuk mengkaji kepentingan iklim
organisasi terhadap pelibatan guru di sekolah. Iklim yang kondusif menggalakkan guru
bersemangat untuk menyelesaikan tugas-tugas mereka. Dewasa ini, guru-guru telah dibebani
dengan pelbagai tugas perkeranian selain tugas-tugas utama mereka dan keadaan ini tidak
menyeronokkan mereka. Transformasi dalam bidang pendidikan telah mengambil banyak masa
guru untuk melakukan kerja-kerja perkeranian. Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik, isu
ini akan memberi kesan terhadap minat mereka untuk kekal berada di sekolah atau menjadi kurang
bersemangat dalam pekerjaan mereka. Sebaliknya, jika iklim sekolah telus dan positif, guru-guru
akan berasa selesa melakukan kerja mereka dengan rakan-rakan mereka (Fei & Han, 2017).

Selain itu, iklim sekolah turut mempengaruhi produktiviti dan keberkesanan guru, serta
kemampuan guru untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada murid dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran yang selesa, selain memberikan perkhidmatan kepada masyarakat
secara keseluruhannya. Keadaan ini mempengaruhi peluang peribadi untuk berkembang secara
profesional dan personal, yang diharapkan dapat mempengaruhi proses pengajaran dan

5
pembelajaran di sekolah, serta output sekolah dari segi pencapaian pelajar (Aladenusi & Ayodele,
2014).

Di samping itu, iklim sekolah juga sangat penting untuk mempengaruhi kepuasan kerja peribadi,
dan juga mempengaruhi kecekapan kerja, yang turut menyumbang kepada perasaan yang
mendalam tentang amalan kerja terhadap ciri-ciri organisasi, seterusnya akan memberi kesan
dalam menentukan tingkah laku dan sikap kakitangan (Collie, Shapka, & Perry, 2012).

IMPLIKASI KAJIAN

Pemilihan dan pengesahan instrumen iklim sekolah di sekolah menengah berprestasi tinggi
berpandukan model KIPP (Konteks-Input-Proses-Produk) ini dapat membantu guru-guru
membuat refleksi kendiri terhadap apa yang telah dialami dan dilalui dalam persekitaran sekolah.
Guru juga dapat mengetahui tahap penerimaannya terhadap dimensi-dimensi iklim sekolah yang
dialami selama ini seterusnya berusaha untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam
pengurusan iklim sekolah di sekolah mereka.

Instrumen ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan guru-guru dalam membantu
perancangan strategi pengurusan iklim sekolah yang lebih berkesan. Hasil dapatan kajian ini
membolehkan guru-guru lebih memahami dan mengetahui tahap pemahaman dan penguasaan
kendiri terhadap iklim sekolah mereka. Guru-guru juga dapat mengenal pasti masalah yang
mungkin dihadapi semasa keberadaan dalam persekitaran di sekolah. Selain itu, instrumen iklim
sekolah ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi meninjau sejauh mana
iklim sekolah yang baik dan kondusif telah tercapai secara optimum pada keadaan semasa
bersesuaian dengan sasaran dan hala tuju sesebuah institusi pendidikan.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kebolehpercayaan dan tahap iklim sekolah di sekolah-
sekolah berprestasi tinggi di Kelantan. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bagi mencapai
objektif berikut:
1. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen iklim sekolah
2. Mengukur tahap iklim sekolah di sekolah menengah berprestasi tinggi di Kelantan

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan keratan rentas bagi
menguji persepsi guru tahap iklim sekolah di sekolah menengah berprestasi tinggi di Kelantan,
Malaysia yang bertujuan untuk menerangkan atau meramal sesuatu keadaan yang sedang berlaku
(Khalid, 2003). Bagi kajian tinjauan, penggunaan instrumen merupakan kaedah yang berkesan dan
menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum
(Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Subramaniam, 2002). Nilai hasil kajian yang
diperolehi bergantung kepada cara penyempurnaan sesuatu instrumen tersebut direka bentuk (Lu,
2004). Selain itu, kajian tinjauan ini digunakan untuk menyemak kebolehfungsian setiap item, di

6
samping kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan data bagi item yang
diperoleh (Syed Muhd Kamal, Ahmad & Syed Muhamad Dawilah, 2014).

Kerangka Kajian
Kerangka kajian direka bentuk berdasarkan model penilaian KIPP yang dibangunkan oleh
Stufflebeam (1971). Model ini adalah berasaskan kepada empat jenis maklumat penilaian iaitu
penilaian konteks, input, proses dan produk yang diperlukan oleh pengguna untuk membuat
keputusan. Di dalam kajian ini, model KIPP digunakan dalam membuat penilaian kesesuaian dan
kebolehgunaan instrumen iklim sekolah yang diadaptasi daripada instrumen asal.

Penilaian konteks merujuk kepada persekitaran, serta sebarang perubahan yang akan berlaku dan
masalah persekitaran yang dihadapi di sekolah-sekolah menengah berprestasi tinggi. Proses ini
bertujuan bagi menyesuaikan isi kandungan instrumen secara keseluruhannya dengan persekitaran
unit analisis. Penilaian input pula memfokuskan kepada sumber yang terlibat dalam mengadaptasi
instrumen bagi kegunaan guru-guru sekolah menengah berprestasi tinggi. Berdasarkan tinjauan
literatur yang telah dibuat, lima dimensi utama dikekalkan dan dijadikan sebagai asas kepada
kerangka kajian ini. Dimensi-dimensi tersebut ialah kolaborasi, hubungan pelajar, sumber sekolah,
membuat keputusan dan inovasi pengajaran.

Manakala, penilaian proses menumpukan kepada proses yang dilaksanakan untuk


menterjemahkan instrumen ke dalam Bahasa Malaysia. Item-item dalam instrumen dipastikan
memenuhi maksud asal instrumen berdasarkan dimensi-dimensi yang telah tersedia. Manakala,
penilaian produk tertumpu kepada penyediaan dan penghasilan instrumen penilaian guru terhadap
iklim sekolah di sekoleh menengah berprestasi tinggi yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang baik dan memuaskan. Model KIPP ini digunakan untuk membina satu
kerangka konseptual yang menjelaskan hubungan antara konteks-input-proses-produk, seperti
ditunjukkan dalam Rajah 1.

Instrumen Penilaian Iklim Sekolah

Konteks Input Proses Produk

Instrumen
Penyataan Tinjauan Item Penilaian
Masalah Literatur (Skala) Iklim
Sekolah

Rajah 1 Kerangka Konseptual

Populasi dan Persampelan


Populasi kajian ini adalah guru yang mengajar di sekolah menengah berprestasi tinggi di Kelantan.
Senarai sekolah-sekolah menengah berprestasi tinggi dipilih berdasarkan Gred Purata Sekolah
(GPS) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi kajian ini, kaedah persampelan

7
berstrata dan rawak mudah dipilih kerana kajian ini dilaksanakan ke atas populasi melibatkan
kawasan yang luas di seluruh Kelantan dan bilangan subjek yang ramai dalam populasi yang
berkenaan (Lim, 2007). Sampel kajian yang telah dipilih merupakan responden dalam pelaksanaan
kajian rintis dan kajian lapangan. Menurut maklumat yang diperoleh daripada Buku Perangkaan
Pendidikan Malaysia (KPM, 2019), terdapat sebanyak 138 sekolah menengah harian biasa di
Kelantan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 buah sekolah merupakan sekolah menengah
berprestasi tinggi, iaitu sekolah yang mencapai GPS SPM pada julat 3.0 hingga 4.5.

Semasa kajian dilaksanakan, jumlah populasi guru di sekolah-sekolah berkenaan adalah seramai
4704 orang. Berdasarkan jadual penentuan sampel saiz Krejcie dan Morgan (1970), bilangan
responden yang sepatutnya terlibat adalah seramai 357 orang. Oleh itu, bagi memastikan bilangan
responden yang diperolehi adalah mencukupi, sebanyak 25 set soal selidik telah diedarkan ke
kesemua 18 buah sekolah menengah berprestasi tinggi berkenaan. Secara keseluruhannya semua
soal selidik yang diedarkan berjumlah 450 set. Peratusan guru-guru yang memulangkan semula
set soal selidik adalah 78.9% daripada kesemua soal selidik yang telah diedarkan. Maka, jumlah
sampel akhir untuk kajian lapangan ialah seramai 355 orang, yang telah dipilih melalui kaedah
persampelan rawak mudah kerana ciri-ciri di setiap kategori sekolah adalah homogen, seperti
Jadual 1.

Jadual 1
Bilangan Sampel Kajian
Kategori Bilangan Bilangan
Bilangan
Sekolah Responden &
Pencapaian Bilangan Jumlah Soal
Mengikut Krejcie & Peratus
GPS Sekolah Guru Selidik
GPS SPM Morgan Sampel
Diedar
2018 (1970) Kajian
Sekolah
355
Berprestasi 3.0- 4.5 18 4704 354-357 450
78.9%
Tinggi

Responden terdiri daripada 214 guru perempuan (59.40%) dan 146 guru lelaki (40.60%).
Manakala bilangan guru antara umur 31 dan 35 tahun adalah seramai 60 (16.70%), antara 36 dan
40 tahun adalah 66 (18.30%), antara 41 dan 45 tahun adalah 113 (31.40%), antara 46 dan 50 tahun
adalah 74 (20.60%) dan 51 tahun berumur 47 tahun (13.10%). Taburan responden kajian
diperincikan seperti Jadual 2.

Jadual 2
Analisis Demografi Responden
Item Demografi Kekerapan Peratus
Lelaki 146 40.6
Jantina
Perempuan 214 59.4

8
Item Demografi Kekerapan Peratus
Keseluruhan 360 100.0
31 – 35 tahun 60 16.70
36 – 40 tahun 66 18.30
Umur 41 – 45 tahun 113 31.40
46 – 50 tahun 74 20.60
51 tahun dan ke atas 47 13.10
Keseluruhan 360 100.0

Instrumen
Mengadaptasi atau membangunkan skala baru kedua-duanya mempunyai pelbagai kelebihan dan
kekurangan. Membuat skala baru boleh memberi kelebihan jika pengkaji mengambil pendekatan
baru bagi sesuatu masalah atau berhadapan dengan konteks yang baru, dan skala yang sedia ada
mungkin tidak merangkumi semua dimensi dalam pemboleh ubah. Selain itu, menyesuaikan skala
yang sudah disahkan mempunyai kelebihan, iaitu skala asal dan ukuran kesahan dan
kebolehpercayaannya dapat bertindak sebagai penanda aras untuk ukuran kesahan dan
kebolehpercayaan skala yang diadaptasi. Dari segi kelemahan, pengkaji perlu ingat bahawa skala
baru, sama ada diadaptasi atau baru dibangunkan, seharusnya menjalani ujian kesahan dan
kebolehpercayaan yang ketat untuk mengukur instrumen yang telah diuji secara meluas dalam
populasi yang berbeza. Juga, dalam keadaan di mana instrumen yang telah disahkan mampu
merangkumi semua dimensi dalam pemboleh ubah yang diperlukan, adalah merugikan untuk
mengadaptasi atau membuat sesuatu skala baru, iaitu lebih baik menggunakan instrumen yang
telah sah dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang baik (Kohl, Recchia & Steffgen, 2013).

Justeru, instrumen untuk iklim sekolah telah diadaptasi daripada instrumen yang digunakan dalam
kajian oleh Johnson, Stevens & Zvoch (2007). Instrumen yang mengandungi 21 item ini
menggunakan skala interval 7 mata antara 1-Sangat Tidak Setuju hingga 7-Sangat Setuju. Lima
dimensi yang terlibat adalah kolaborasi, hubungan dengan pelajar, sumber sekolah, membuat
keputusan dan inovasi pengajaran. Bilangan dan pembahagian item mengikut dimensi bagi
instrumen ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3
Taburan Item Berdasarkan Dimensi dalam Instrumen Kajian
Dimensi Nombor Item Bilangan Item
Kolaborasi 1–6 6
Hubungan pelajar 7 – 10 4
Sumber sekolah 11 – 14 4
Membuat keputusan 15 – 17 3
Inovasi pengajaran 18 – 21 4
Instrumen Iklim Sekolah 1 – 21 21

Kesahan Instrumen Kajian


Instrumen kajian ini telah diadaptasi dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia daripada
instrumen asal dalam Bahasa Inggeris maka, semakan dan pengesahan pakar bidang diperlukan
untuk memastikan ketepatan dimensi, kejelasan kandungan, iaitu item-item yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah iklim sekolah adalah tepat (Kline, 2005; Zainudin Awang, 2015).

9
Terjemahan ini dilakukan bagi membantu responden menjawab soal selidik dengan mudah kerana
dikemukakan dalam bahasa tempatan. Malah, kaedah tersebut bertujuan mengurangkan kekeliruan
dan ketidakfahaman yang sering berlaku, sekali gus untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

Bagi memastikan terjemahan yang dilakukan adalah tepat seperti isi kandungan soal selidik asal
yang dibina dalam bahasa Inggeris, pakar bahasa dan juru penterjemah dirujuk untuk membuat
perbincangan dan semakan. Hasil daripada perbincangan ini, terdapat beberapa pengubahsuaian
terhadap perkataan dan frasa telah dilakukan bagi memantapkan isi kandungan instrumen tersebut
dengan memastikan penterjemahan dan penyesuaian perkataan dan frasa tidak mengubah dan
menjejaskan maksud asal soal selidik.

Apabila proses penterjemahan selesai, instrumen kajian telah diserahkan kepada tiga pakar bidang
untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya sesuai dan menepati objektif kajian.
Keseluruhan instrumen telah disemak oleh pakar-pakar bidang pengurusan pendidikan bagi tujuan
memastikan kesahan kandungan (content validity). Maka, hasil maklum balas penilaian pakar
dikumpulkan dan dianalisis. Pakar penilai ini telah membuat semakan, memberi respon serta
komen terhadap item-item yang telah diterjemah. Melalui proses ini keperluan untuk mendapatkan
kesahan muka akan dicapai dan dipenuhi.

Berdasarkan maklum balas serta komen daripada kumpulan pakar yang dirujuk, penempatan item
menurut dimensi yang ditentukan boleh dikekalkan jika sekurang-kurangnya 80% pakar bersetuju
bahawa item tersebut sesuai bagi dimensi yang telah ditetapkan. Manakala item yang memperoleh
kurang daripada 60% persetujuan pakar perlu disingkirkan. Item yang memperoleh persetujuan
pakar antara 60% hingga 80% pula perlu dimurnikan berdasarkan cadangan dan komen daripada
kumpulan pakar (Mohd Sahandri et al., 2013). Jadual 4 menunjukkan maklum balas bagi kesemua
panel penilai instrumen.

Jadual 4
Maklum Balas Keseluruhan Panel Penilai Instrumen
Pakar
Item Semakan
1 2 3
Ketepatan penggunaan dimensi Ya Ya Ya
Format instrumen kajian Ya Ya Ya
Kejelasan makna setiap item Ya Baiki Baiki
Kesesuaian bahasa yang digunakan Baiki Ya Baiki
Kesesuaian saiz tulisan Ya Ya Ya
Kejelasan tentang arahan yang diberikan Ya Ya Baiki
Penggunaan jarak tulisan Ya Ya Ya
Petunjuk bagi skala pengukuran Ya Ya Ya
Kejelasan objektif instrumen Ya Ya Ya
Ejaan betul Ya Baiki Ya
Ulasan keseluruhan Sesuai Sesuai Sesuai
(Sumber: Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Wei, 2017)

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

10
Kebolehpercayaan merupakan nilai ketekalan atau kestabilan keputusan penilaian sesuatu
pemboleh ubah (Azizi Ahmad, 2010) menggunakan pekali alfa Cronbach bagi setiap pemboleh
ubah dan keseluruhan instrumen penilaian. Kesemua dimensi dalam instrumen asal dikekalkan dan
satu kajian rintis dilaksanakan bagi mendapatkan nilai alfa Cronbach yang baru untuk kajian ini
memandangkan kajian ini dilaksanakan secara kaedah keratan rentas di sekolah menengah
berprestasi tinggi di Kelantan pula. Kajian rintis dijalankan bagi memastikan kebolehpercayaan
instrumen iklim sekolah di sekolah menengah berprestasi tinggi berada pada tahap memuaskan
dan stabil. Secara individu, bagi menentukan item yang harus dikekalkan atau digugurkan, data-
data kajian rintis telah dianalisis melalui semakan item menggunakan analisis skala bagi
mendapatkan kebolehpercayaan alfa Cronbach (Chua, 2011).

Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh daripada kajian rintis dan kajian lapangan juga telah
dianalisis dan diterjemah menggunakan Jadual Nilai Kebolehpercayaan (Lim, 2007; Mohd Faizal
Nizam Lee Abdullah & Leow, 2017), seperti di Jadual 5 bagi mengenal pasti item yang
memerlukan penambahbaikan, pengubahsuaian atau disingkirkan dari instrumen kajian yang
dibina. Hair, Black, Babin, dan Anderson (2010) juga menjelaskan nilai 0.70 adalah secara amnya
telah dipersetujui sebagai nilai yang boleh diterima.

Jadual 5
Interpretasi Nilai Alfa Cronbach
Alfa Cronbach Interpretasi
0.90 ke atas Sangat baik
0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak
(Sumber: Lim, 2007; Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow, 2017)

Pengumpulan dan Analisis Data


Dalam tempoh empat minggu, borang-borang soal selidik yang telah diedarkan di sekolah-sekolah
yang dipilih dan seterusnya dipungut semula dengan kaedah melawat sendiri ke sekolah-sekolah
yang terlibat. Kesemua borang telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) versi 20.0 utuk menganalisis data deskriptif (Creswell, 2014). Data kajian
dianalisis menggunakan analisis skala bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach
manakala analisis deskriptif bagi bagi mendapatkan skor min untuk menentukan tahap pemboleh
ubah iklim sekolah pada lima tahap yang berbeza, iaitu dalam julat 1-Sangat Rendah hingga 5-
Sangat Tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian Rintis


Bagi pelaksanaan kajian rintis, seramai 30 responden telah dipilih di sebuah sekolah menengah
berprestasi tinggi. Kajian rintis dijalankan bagi memastikan instrumen yang digunakan
mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi bagi kegunaan kajian lapangan (Chua, 2011;
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor, 2014). Malah, pelaksanaan kajian rintis
juga dibuat bagi tujuan penambahbaikan terhadap item agar instrumen yang dibina benar-benar

11
mampu mengukur pemboleh ubah kajian (Creswell, 2014; Chua, 2011). Malah, tempoh masa
menjawab yang diambil oleh responden juga boleh dikenal pasti, selain memastikan setiap item
boleh difahami dengan jelas. Semasa kajian rintis dilaksanakan, didapati bahawa masa yang
diambil oleh responden adalah dalam tempoh masa 15-30 minit.

Merujuk kepada Chua (2011), jika sesuatu item dalam dimensi mempunyai nilai alfa Cronbach
jika item disingkirkan (Alpha if item deleted) lebih tinggi daripada nilai alfa Cronbach bagi dimensi
tersebut, maka item itu perlu digugurkan. Maka apabila data kajian rintis diperoleh, nilai alfa
Cronbach jika item disingkirkan (Alpha if item deleted) bagi setiap item dibandingkan dengan nilai
alfa Cronbach bagi dimensi yang terlibat dalam instrumen tersebut bagi menentukan sama ada
item yang digunakan boleh diterima atau disingkirkan.

Dapatan kajian rintis tentang instrumen iklim sekolah di sekolah menengah berprestasi tinggi
menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan yang diperoleh bagi kesemua lima dimensi dalam
instrumen berkenaan. Berdasarkan Jadual 6, nilai alfa Cronbach berada dalam julat α=.83 hingga
α=.90. Nilai alfa Cronbach yang tertinggi ialah α=.90 bagi dimensi inovasi pengajaran. Manakala
nilai alfa Cronbach yang paling rendah pula bagi dimensi hubungan pelajar dan sumber sekolah,
kedua-duanya dengan nilai α=.83. Keputusan analisis menunjukkan bahawa nilai alfa Cronbach
keseluruhan bagi instrumen iklim sekolah ini ialah α=.79. Nilai ini menunjukkan bahawa
instrumen iklim sekolah ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sederhana.

Jadual 6
Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Bagi Kajian Rintis
Pemboleh Ubah & Dimensi Bilangan Item α Interpretasi
Iklim Sekolah 21 .79 Sederhana
Kolaborasi 6 .84 Baik
Hubungan pelajar 4 .83 Baik
Sumber sekolah 4 .83 Baik
Membuat keputusan 3 .89 Baik
Inovasi pengajaran 4 .90 Sangat baik

Nilai alfa Cronbach yang berada antara julat tersebut menunjukkan kesemua item, dimensi dan
pemboleh ubah dalam instrumen kajian mempunyai tahap kebolehpercayan yang baik dan diterima
(Hair, Babin, & Krey, 2017). Ini bermakna item-item yang terkandung dalam instrumen kajian
adalah sesuai untuk digunakan dalam kajian lapangan bagi mengukur pemboleh ubah iklim
sekolah.

Dapatan Kajian Sebenar


Kajian lapangan pula dijalankan bagi meninjau sama ada nilai pekali kebolehpercayaan yang
didapati adalah stabil bagi setiap dimensi dalam instrumen berbanding dengan kajian rintis yang
telah dilaksanakan. Nilai kebolehpercayaan bagi kajian lapangan ini dianalisis dan diinterpretasi
sebagaimana yang telah diperjelaskan untuk kajian rintis.

Dapatan kajian lapangan berkenaan instrumen iklim sekolah menunjukkan bahawa nilai alfa
Cronbach bagi setiap dimensi berada dalam julat α=.84 hingga α=.91. Dimensi kolaborasi
menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang paling tinggi iaitu α=.91. Manakala, dimensi membuat

12
keputusan pula menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang paling rendah iaitu α=.84. Manakala,
nilai alfa Cronbach bagi keseluruhan instrumen ini ialah α=.97 berada pada tahap sangat baik,
diperincikan dalam Jadual 7.

Jadual 7
Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Bagi Kajian Lapangan
Pemboleh Ubah & Dimensi Bilangan Item α Interpretasi
Iklim Sekolah 21 .97 Sangat baik
Kolaborasi 6 .91 Sangat baik
Hubungan pelajar 4 .84 Baik
Sumber sekolah 4 .85 Baik
Membuat keputusan 3 .84 Baik
Inovasi pengajaran 4 .84 Baik

Kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan kajian rintis dan kajian lapangan, instrumen iklim
sekolah di sekolah-sekolah berprestasi tinggi menepati nilai kebolehpercayaan yang memuaskan
dan sesuai diterima pakai untuk kajian ini.

Tahap Iklim Sekolah


Analisis deskriptif telah dilaksanakan bagi mendapatkan nilai min dan interpretasi tahap iklim
sekolah di sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Skor min digunakan bagi mendapatkan interpretasi
min yang lebih tepat untuk kajian ini dijelaskan dalam Jadual 8.

Jadual 8
Tafsiran Skor Min
Tahap Skor Min
Sangat rendah 1.00 – 2.20
Rendah 2.21 – 3.40
Sederhana 3.41 – 4.60
Tinggi 4.61 – 5.80
Sangat tinggi 5.81 – 7.00
(UL-LL)/NC = ((7-1)/5)=1.20; UL: Had tertinggi, LL: Had terendah, NC: Bilangan sel
(Sumber: Alotaibi et al., 2017)

Hasil analisis menunjukkan skor min bagi pemboleh ubah kajian iklim sekolah (M=5.42, SP=.79)
berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan skor min bagi kesemua dimensi dalam pemboleh
ubah iklim sekolah, kesemuanya berada pada tahap tinggi dengan julat min antara 5.40 hingga
5.43. Skor min paling tinggi ialah bagi dimensi sumber sekolah (M=5.43, SP=.83) dan inovasi
pengajaran (M=5.43, SP=.75). Manakala skor min terendah ialah bagi dimensi membuat
keputusan (M=5.40, SP=.88). Perincian skor min dijelaskan dalam Jadual 9.

Jadual 9
Analisis Statistik Deskriptif
Pemboleh Ubah dan Dimensi Min Sisihan Piawai Tahap
Iklim Sekolah 5.42 .78 Tinggi
Kolaborasi 5.42 .82 Tinggi

13
Hubungan pelajar 5.41 .79 Tinggi
Sumber sekolah 5.43 .83 Tinggi
Membuat keputusan 5.40 .88 Tinggi
Inovasi pengajaran 5.43 .75 Tinggi

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Proses adaptasi dan pengesahan instrumen penilaian iklim sekolah adalah bertujuan untuk
mengenal pasti tahap persepsi guru-guru terhadap iklim sekolah di sekolah-sekolah menengah
berprestasi tinggi di Kelantan. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model penilaian KIPP
(konteks-input-proses- produk) oleh Stufflebeam (1971). Berpandukan model ini, pengkaji telah
menghasilkan kerangka konseptual bagi kajian ini yang menggambarkan hubungan antara
konteks, input, proses dan produk yang telah diperjelaskan.

Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa. Pertama, proses ini dimulakan dengan menentukan
penyataan masalah, diikuti oleh objektif dan soalan kajian. Kedua, tinjauan-tinjauan literatur
tentang langkah-langkah mengadaptasi instrumen, model yang digunakan, prosedur menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dikumpul dan dianalisis. Ketiga, proses melibatkan
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang diadaptasi. Peringkat ini menghuraikan prosedur
yang diguna pakai oleh penyelidik dalam proses adaptasi instrumen merangkumi pengenalpastian
dimensi dan pemboleh ubah yang berkaitan, penentuan kesahan, penentuan skor data setiap
dimensi, penentuan kebolehpercayaan dan penghasilan instrumen terkini setelah dimurnikan.
Kesahan item kemudiannya disemak oleh pakar-pakar bidang yang berkenaan. Manakala
kebolehpercayaan instrumen dianalisis menggunakan data kuantitatif yang dikumpul melalui
kajian rintis dan kajian lapangan dianalisis bagi menentukan nilai pekali alfa Cronbach.

Analisis kebolehpercayaan instrumen bagi kajian rintis menunjukkan secara keseluruhannya


instrumen iklim sekolah mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sederhana. Dimensi inovasi
pengajaran menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang sangat baik diikuti oleh dimensi membuat
keputusan, kolaborasi, hubungan pelajar dan sumber sekolah yang berada pada tahap baik.
Manakala bagi kajian lapangan, Analisis kebolehpercayaan instrumen menunjukkan secara
keseluruhannya instrumen iklim sekolah mempunyai nilai kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan
berada pada tahap sangat baik. Dimensi kolaborasi menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang
juga sangat baik, diikuti oleh dimensi sumber sekolah, inovasi pengajaran, hubungan pelajar dan
membuat keputusan yang berada pada tahap baik. Kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan
kajian rintis dan kajian lapangan, instrumen iklim sekolah di sekolah-sekolah berprestasi tinggi
menepati nilai kebolehpercayaan yang memuaskan dan sesuai diterima pakai untuk mengkaji iklim
sekolah.

Kajian oleh Suhaili Mohd Yusoff & Khaliza Saidin (2016) juga menjelaskan bahawa dimensi iklim
sekolah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi
pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Di samping
itu, tahap iklim sekolah juga berada pada tahap tinggi. Di samping dapat memberikan sumbangan
yang lebih relevan terhadap penambahbaikan di sekolah khasnya dalam memantapkan tahap
komitmen guru sekiranya ianya dinilai dari aspek iklim sekolah, ia menunjukkan bahawa
sesungguhnya, aspek iklim sekolah adalah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam semua

14
organisasi pendidikan kerana sumbangannya yang positif kepada pelbagai pemboleh ubah di
peringkat guru.

Terdapat beberapa limitasi yang telah dikenal pasti, antaranya sampel bagi kajian ini adalah terdiri
guru-guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di Kelantan. Justeru, dicadangkan sampel kajian
boleh diperluaskan dengan melibatkan guru-guru dari tingkatan yang lain juga supaya dapat
merangkumi pemahaman tentang iklim sekolah secara lebih menyeluruh di sekolah menengah di
Malaysia. Instrumen iklim sekolah yang diadaptasi ini merupakan satu bentuk yang fleksibel di
mana instrumen ini boleh dilaksanakan secara berasingan mengikut dimensi-dimensi yang telah
ditetapkan. Antaranya pengetahuan sedia ada, kefahaman guru terhadap iklim sekolah, gaya
pembelajaran murid, sikap pembelajaran dan pendekatan pengajaran guru. Justeru, terdapat
beberapa pandangan yang boleh diberikan perhatian dalam kajian akan datang dengan tujuan
penambahbaikan penghasilan instrumen yang dibina serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk
kegunaan di masa akan datang.

Sehubungan itu, instrumen iklim sekolah wajar disahkan kerana guru dapat menilai iklim sekolah
secara kendiri. Di samping itu, bagi semua pendidik pula, mereka dapat mengetahui tahap
keberkesanan iklim sekolah. Faktor ini merupakan salah satu usaha ke arah iklim sekolah yang
kondusif. Kesimpulannya, kajian terhadap iklim sekolah adalah sangat bermakna untuk
dilaksanakan. Data-data terkini juga harus sentiasa dikumpulkan daripada para guru dari semasa
ke semasa untuk menentukan penilaian kendiri guru-guru dalam usaha meningkatkan dan
menambah baik iklim sekolah seterusnya memacu kejayaan murid dan kecemerlangan sekolah.

RUJUKAN

Aladenusi, Oluwakemi, & Ayodele, Kolawole Olanrewaju. (2014). Counterproductive behaviour


and job performance among secondary school teachers: School climate as a mediator. Journal
of Education and Practice. 5 (8). 198-204.
Alotaibi, M. M. M., Almasari, S. M., Alkadam, A. N. M., Alanazi, Y. A., Ayidh, K., & Gahtani,
A. (2017). Knowledge and compliance with standard isolation precautions among healthcare
students in Al-Kharj Governorate, Saudi Arabia. Journal of Health Specialties, 5(3), 162–
170. http://doi.org/10.4103/jhs.JHS
Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Subramaniam, M. (2002). Reka bentuk perisian
multimedia (1st ed.). Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Bradshaw, C. P., Waasdorp, T. E., Debnam, K. J., & Johnson, S. L. (2014). Measuring school
climate in high schools: A focus on safety, engagement, and the environment. Journal of
School Health, 84(9), 593-604. https://doi.org/10.1111/josh.12186
Catherine P. Bradshaw, Tracy E. Waasdorp, Katrina J. Debnam, Sarah Lindstrom Johnson. (2014).
Measuring school climate in high schools: A focus on safety, engagement, and the
environment. Journal of School Health, 84 (9). 593-604.

15
Christine M. Ramsey, Adam P. Spira, Jeanine M. Parisi & George W. Rebok. (2016). School
climate: perceptual differences between students, parents, and school staff. School
Effectiveness and School Improvement, 27(4), 629-641, DOI: 10.1080/09243453.2016.
1199436
Chua, Y.P. (2011) Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill
Education, Shah Alam. ISBN 978-967-5771-31-6
Cohen, J., McCabe, L., Michelli, N. M., Pickeral, T. (2009). School climate: Research, policy,
practice, and teacher education. Teachers College Record. 111. 180-213. Retrieved from
http://www.tcrecord.org/library
Collie, R. J., Shapka, J. D., & Perry, N. E. (2012). School climate and social-emotional learning:
Predicting teacher stress, job satisfaction, and teaching efficacy. Journal of Educational
Psychology, 104(4), 1189–1204. http://doi.org/10.1037/a0029356
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches
(4th ed.). London: Sage Publications Ltd.
Ebrahimi M. & Mohamadkhani, K. (2014). The Relationship between organizational climate and
job involvement among teachers of high schools in Delijan City (Iran). International Journal
of Management and Business Research. 4 (1). 65-72. http://www.ijmbr.org/
article_2261_473.html
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis
Data SPSS. Universiti Utara Malaysia.
Fei, E. L. & Han, C. G. K. (2017). Hubungan iklim sekolah dengan motivasi guru Fakulti Psikologi
dan Pendidikan. Jurnal Pemikir Pendidikan. 8. 43-68.
Fisher, D.L. & Fraser, B. J. (1990). School climate: Assessing and improving the school
environment. Research Information for Teachers. 2 (4). Melbourne Australia. Australian
Council For Educational Research.
Ghavifekr, S., Pillai, N.S. (2016). The relationship between school’s organizational climate and
teacher’s job satisfaction: Malaysian experience. Asia Pacific Educucation Review. 17. 87–
106. https://doi.org/10.1007/s12564-015-9411-8
Hair, J. F., Babin, B. J., & Krey, N. (2017). Covariance-based structural equation modeling in the
Journal of Advertising: Review and recommendations. Journal of Advertising, 46(1), 163–
177. http://doi.org/10.1080/00913367.2017.1281777
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis.
Prentice Hall (7th ed.). Englewood Cliffs. http://doi.org/10.1016/j.ijpharm.2011.02.019
Harpin, A.W. & Croft, D.B. (1963). The organizational climate of school. Chicago, Midwest
Administration Centre University of Chicago.
Henrich, C., K. Brookmeyer, & G. Shahar. (2005). Weapon violence in adolescence: Parent and
school connectedness as protective factors. Journal of Adolescent Health, 37 (4). 306–312.

16
Howard, E.R. (1974). School climate improvement. Education Digest. 39 (8). 333-336
Johnson, B. P., Stevens, J. J., & Zvoch, K. (2007). Teachers’ perceptions of school climate: A
validity study of scores from the revised school level environment questionnaire. Educational
and Psychological Measurement, 67(5), 833–844. http://doi.org/https://doi.org/ 10.1177/
0013164406299102
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Buku Perangkaan Pendidikan Malaysia. Putrajaya,
Malaysia. https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/terbitan/buku-
perangkaan-pendidikan-malaysia/3207-buku-perangkaan-pendidikan-malaysia-2019/file
Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Kline, R. B. (2005). Methodology in the social sciences. Principles and practice of structural
equation modeling (2nd ed.). Guilford Press.
Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
educational and psychological measurement. 30. 607-610. https://doi.org/10.1177/
001316447003000308
Kohl, D., Recchia, S., & Steffgen, G. (2013). Measuring school climate: An overview of
measurement scales, Educational Research. 55 (4). 411-426. DOI: 10.1080/00131881.
2013.844944
Lailatu Zahro. (2016). Urgensi pembinan iklim dan budaya sekolah. Jurnal Pendidikan Agama
Islam (Journal of Islamic Education Studies). 3(1). 157-186. https://doi.org/10.15642/
jpai.2015.3.1.157-186
Lee, C. H., (2010). An ecological systems approach to bullying behaviors among middle school
students in the United States. Journal of Interpersonal Violence. 3. 1-30.
Lee, C.-H., & Song, J. (2012). Functions of parental involvement and effects of school climate on
bullying behaviors among South Korean middle school students. Journal of Interpersonal
Violence. 27(12). 2437–2464. https://doi.org/10.1177/0886260511433508
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor:
McGraw- Hill (Malaysia).
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che Ahmad,
Mazlini Adnan, Noraini Mohamed Noh, & Shafini Suhaimi. (2014). Pembinaan instrumen
amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia. 4 (1). 1 -14.
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen penilaian kendiri pembelajaran Geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of
Learning & Instruction. 14 (1). 211-265.
Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar, & Fauzi Hussin. (2016). Hubungan Iklim
sekolah dan stres guru sekolah menengah di Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Proceeding of

17
ICECRS. 1. 39-48. http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Article DOI: http://
dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.573
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron & Mohd Faizal Nizam Lee
Abdullah. (2013). Buku panduan pembinaan instrumen “Anda dan Kepenggunaan”. Tanjung
Malim, Perak: Emeritus Publications.
Najeemah M. Yusof. (2012). School Climate and Teachers’ Commitment: A Case Study of
Malaysia. Malaysia International Journal of Economics, Business and Management Studies.
1 (2). 65-75.
O’Malley, M., Katz, K., Renshaw, T., Furlong, M. (2012). Gauging the system: Trends in school
climate measurement and intervention. In Jimerson, S. R., Nickerson, A. B., Mayer, M. J.,
Furlong, M. J. (Eds.), Handbook of school violence and school safety: International research
and practice (2nd ed., pp. 317–329). New York, NY: Routledge.
*O’Malley, M., Voight, A., Renshaw, T. L., Eklund, K. (2015). School climate, family structure,
and academic achievement: A study of moderation effects. School Psychology Quarterly. 30.
142–157. doi:10.1037/spq0000076
Ramsey, C. M., Spira, A. P., Parisi, J. M. & Rebok, G. W. (2016). School climate: perceptual
differences between students, parents, and school staff. School Effectiveness and School
Improvement. 27(4). 629-641. DOI: 10.1080/09243453.2016.1199436
Rapti, D. (2013). School climate as an important component in school effectiveness. Academicus
International Scientific Journal. 8. 110-125. Entrepreneurship Training Center.
Siti Noor Ismail. (2011). Hubungan antara amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dengan
iklim sekolah dalam kalangan sekolah-sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan
rendah di Negeri Kelantan. PhD. Thesis, Universiti Utara Malaysia.
Stufflebeam, D.L. (1971). Education evaluation and decision making. Itasca, Illinois: F.E. Peacock
Publisher, Inc.
Stufflebeam. D.L. (1971). The relevance of CIPP evaluation model for educational
accountability. Journal of Research and Development in Education. 5(1). 19-25.
Suhaili Mohd Yusoff & Khaliza Saidin. (2016). Tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru serta
hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru sekolah-sekolah menengah Daerah
Machang, Kelantan. Proceeding of ICECRS. 1. 635-646. Universiti Utara Malaysia,
Malaysia.
Syed Muhd Kamal S.A.B., Ahmad, E. & Syed Muhamad Dawilah, S. A. (2014). Instrumen
penilaian kemahiran generik dalam kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK): Metode
kajian. Prosiding Persidngan Antarabangsa Kelestarian Insan, 225-236
Voight, A. & Nation, M. (2016). Practices for Improving Secondary School Climate: A Systematic
Review of the Research Literature. American Journal of Community Psychology, Wiley
Online Library. 58 1(1-2). 1-225.

18
Wang, M. T., & Degol, J. L. (2015). School climate: A review of the construct, measurement, and
impact on student outcomes. Educational Psychology Review. 1-38.
Wang, M. & Degol, J. (2016). School climate: A review of the construct, measurement, and impact
on student outcomes. Education Psychology Review. 28. 315-352.
https://doi.org/10.1007/s10648-015-9319-1
You, S., Furlong, M. J., Dowdy, E., Renshaw, T. L., Smith, D. C., & O'Malley, M. D. (2014).
Further validation of the Social and Emotional Health Survey for high school students.
Applied Research in Quality of Life, 9(4). 997-1015.
Zullig, K. J., Koopman, T. M., Patton, J. M., & Ubbes, V. A. (2010). School climate: Historical
review, instrument development, and school assessment. Journal of Psychoeducational
Assessment. 28(2). 139-152. https://doi.org/10.1177/0734282909344205
Zainudin Awang. (2014). Research methodology and data analysis (2nd ed.). Subang Jaya,
Selangor: UiTM Press.

19

You might also like