Ahad, 31 Disember 2023.
Sambungan dari ziarah Pulau Besar di SINI.
Langsung ke Kampung Hulu.
Pekena cendol jagung.
Dan nasi lemak ikan talapia goreng.
Kemudian berjalan kaki ke dataran Stadhuys.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ahad, 31 Disember 2023.
Sambungan dari ziarah Pulau Besar di SINI.
Langsung ke Kampung Hulu.
Pekena cendol jagung.
Dan nasi lemak ikan talapia goreng.
Kemudian berjalan kaki ke dataran Stadhuys.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Plus Highway near Bandar Seri Putera @2024 |
Ahad, 31 Disember 2023.
Ini adalah kali kedua wak tiba di pulau Besar ini. Link 2014.
==========================================
Informasi Pulau Besar.
Pulau Besar terletak di Selat Melaka kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.
| Warung Bunian @2023 |
Sabtu, 30 Disember 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke Warung Bunian.
Wak pesan nasi lemak telur bungkus dengan roti canai.
Masa solat Asar berjemaah di surau tadi.
Ada jemaah dari Arab, yakni dari Yaman dan sekitarnya.
Selepas solat Isyak berjemaah pula.
Wak layan bayan dari pak Arab itu.
Imam sengau pun turut jadi penterjemah.
Sebab pak imam sengau tahu bahasa Arab.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jumaat, 29 Disember 2023.
Pagi tadi bersarapan di kedai mamak NZ sahaja.
Tengahari berlarian dengan inDrive ke Chow Kit.
Boleh pula mat sopir itu minta rm13.
Padahal harga rm12 sahaja.
Sebab apps sudah terima pesanan terbaru.
Tidak mengapalah.
Kemudian berjalan kaki ke Masjid Kampong Bharu.
Sepoh minit sahaja.
Singgah dulu di kedai Murah Meriah Nasi Campur.
Pulang dari mesjid tadi.
Belanja ais-krim pada rakan2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| A sunset full moon on the left side @2023 |
Khamis malam Jumaat, 28 Disember 2023.
Pagi2 tadi terbangun awal jam 4.13am.
Buat kerja potong rumput Batam sehingga ke waktu Subuh.
Azan berkumandang jam 6.05am.
Petang pula singgah di Jalan Diplomatik.
Teringin mahu menjamah mee kolok Sarawak. rm8.50
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Lotus's Ampang @2023 |
Isnin, 25 Disember 2023.
Hari Natal atau Krismas di tahun 2023.
Tengahari sudah berlarian ke Ampang.
Ooh.
Gambar2 rawak setiap bulan.
Dari bulan Januari sehingga Disember.
Untuk kenang2an.
Movie lalat.
Three Kings 1999.
Two Lovers 2008.
The Fighter 2010.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Tahlil arwah @2023 Kampung Sungai Haji Dorani, Sg Besar Selangor |
Ahad, 24 Disember 2023.
Tengahari sertai majlis kecil kenduri tahlil arwah.
Movie lalat.
Four Brothers 2005. Mark Wahlberg
The Family Plan 2023. Mark Wahlberg
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Silat Selewah Jati @2023 |
Sabtu, 23 Disember 2023.
Siang tidak kemana-mana.
Buat kerja potong rumput didalam bilik yg panas berdeting.
Malam baru keluar sebab lapar mahu makan burger.
Kemudian tonton majlis khatam silat.
Persatuan Seni Silat Selewah Jati Kampung Sungai Haji Dorani.
Movie lalat.
Arrival 2016.
Train to Busan 2016.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| KLCC this evening @2023 |
Jumaat, 22 Disember 2023.
Pagi2 tadi sudah antri (beratur) lagi di depan kubur P. Ramlee.
Wak pesan mihun lauk sardin dan telur goreng.
Bila mahu bayar, suami makcik nasi lemak kata.
"Dah ada orang bayar, wak"
Terkezot juga wak.
Tiba2 ada orang tolong bayarkan sarapan.
Memang wak perasan mamat depan antri tadi.
Dia cuma pesan 1 nasi lemak.
Tapi makcik sudah bungkuskan dua.
Jadi dia pulangkan nasi lemak yg satu lagi.
Mungkin sudah terbayar gitu.
Tapi tak mungkin dia juga.
Tengahari sudah berlarian ke Masjid Kampong Bharu.
Singgah makan nasi briyani. RM20
Kedai Nasi Briyani Gam Annur
Petang sudah berlarian ke Batang Berjuntai.
Movie lalat.
Taken 3 (2014).
The Real Thing (2020) Japanese
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Belakang kampong ada KLCC @2023 |
Isnin, 18 Disember 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke Kampong Baru.
Singgah di warung Mak Leha.
Makan nasi goreng, mee goreng dengan baked beans (kacang panggang).
Dan 2 biji telur setengah masak.
Maaf - tiada gambar makanan.
Updated. Gambar makanan warung Mak Leha di SINI (8/1/24).
Jumaat, 15 Disember 2023.
Malam tadi bergadang sampai jam 12.30am.
Terbangun jam 2.30am.
Gak bisa tidur.
Harus urusan kerja potong rumput di Batam diperbuat juga.
Sehingga ke dinihari.
Terkebil2 dan terhangguk2 di kantor pula.
| Jalan Ampang KLCC @2023 |
Khamis malam Jumaat, 14 Disember 2023.
Makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee pun sudah seminggu tidak kelihatan.
Mahu beli sarapan dengan kakak depan hentian bas pun tidak jadi.
Kemudian sarapan sahaja di kedai mamak NZ di pojok itu.
Timbul pertanyaan kenapa kuah kacang dal kedai mamak lagi sedap?
Walaupun roti canai sudah dingin kerana sudah lama di masak.
Movie lalat,
The Hunger Games 2012.
Silver Lining Playboy 2012.
Paranormal Activity: Tokyo Night 2010.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| KLCC Sunrise this morning @2023 |
Rabu, 13 Disember 2023.
Hari Jumaat yg lepas. LINK
Kami kan sudah menang acara bowling.
Dapat hadiah juara nombor ke tiga.
Tapi kami ada empat orang.
Jadi tadi wak sudah buat kumpulan whatsapp.
Semua setuju ambil mana2 pilihan masing2.
Orang yg tiada kena mengena pun mahu tumpang sekaki.
Tapi wak nampak juga.
Juara nombor kedua.
Dengan hadiah hampers masih berbungkus diatas meja itu.
Mungkin mereka juga bermasalah mahu berbahagi hadiah.
Lagipun mereka ada 5 peserta.
Movie lalat.
Dumb Money 2023.
No Hard Feelings 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Left: Kedai mamak NZ; Right: The 3rd winner hamper @2023 |
| KLCC during dusk @2023 |
| Petronas Twin Towers during Blue Hour @2023 |
Selasa, 12 Disember 2023.
Tengahari sudah berlarian ke Chow Kit.
Susahnya mahu panggil Grabcar atau InDriver.
Agak lama baru sampai.
Itu pun pak supir kena hantar orang lain dahulu.
Bila sudah tiba di Chow Kit.
Boleh pula wak ingat sudah bayar tambang guna kad kredit.
Ini inDriver lah wak.
Punya tajam pandangan mata pak supir ingatkan wak tidak mahu bayar tambang.
Aiyah.
Petang balik agak lambat selepas solat maghrib. Sempat merasai suasana kemenangan JDT mengalahkan team Siam BG Pathum United 4-1. Itupun dengar je dari henfon bro SHA di kedai mamak NZ.
Movie lalat.
Paranormal Activity 2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Between Batang Berjuntai and Latar Highway @2023 |
Ahad, 10 Disember 2023.
Pagi2 subuh sepie sudah berlarian ke Shah Alam.
Mula2 ingatkan acara akan diadakan di SACC (Shah Alam Convention Center).
Tapi sebenarnya di IDCC (Ideal Convention Center).
Tidaklah jauh sangat.
Cuma kena patah balik di Lebuhraya Persekutuan.
Tengahari berlarian ke Batang Berjuntai pula. unisel
Cerita lain lalat.
Permohonan emadani sehatus hinggit melalui MAE wak tidak diluluskan.
Kemudian wak cuba guna Touchngo e-wallet pun tidak berjaya.
Huhu.
Movie lalat.
Fast Charlie 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Normal traffic condition near McD Bangi @2023 |
Sabtu, 9 Disember 2023.
Wak masih demam.
Kepala pun masih tingtong.
Makan ubat pun masih belum kebah.
Teringat kata2 doktor perempuan India muda itu kelmarin.
"Wak kena periksa covid kalau tiga hari tak baik lagi,"
Tengahari sempat lagi ke Laman Sendayan.
Movie lalat.
Paranormal Activity 3 (2011).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| The time is 10.28am @2023 |
Khamis malam Jumaat, 7 Disember 2023.
Pagi tadi wak tidak nampak makcik jual nasi lemak depan kubur P Ramlee.
Asyik takde je.
Huhu.
Jadi teringin pula mencuba nasi lemak kakak depan bus stop itu pula.
Wak pesan nasi lemak lauk kerang dan telur mata. rm7
Dan 2 biji epok-epok (karipap) berharga 60 sen sebiji (atau sekeping? seketul?) Agak mahal kann.
Tapi orang kampung wak panggil curry puff.
Hehe.
Sejarah lalat.
Kesultanan Johor Riau (1511 - 1824). Sebuah empayar yang luas, menguasai pulau-pulau sekitar Lingga, Batam dan Bintan (sekarang Provinsi Kepulauan Riau), menakluk Singapura dan separuh Semenanjung sampai kepulauan Natuna (sekarang termasuk dalam Provinsi Kepulauan Riau), meluaskan pemerintahan ke sebahagian kecil timur Sumatera, pernah menakluk Jambi (sekarang Provinsi Jambi) dan Aru (sekarang di Sumatera Utara),
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Karipap aka Epok-Epok @2023 |
| Petronas Twin Towers KLCC view from Kampung Baru @2023 |
Isnin, 4 Disember 2023.
Tiba2 laptop yg wak pakai tergantung.
Mula2 kata mahu update software.
Bila wak tekan ya untuk restart.
Boleh pula terpusing2 roda ditengah2 skrin biru itu.
Wak sudah pelbagai posisi.
Masih tidak mahu mati juga.
Atas bawah kiri kanan.
Tonggeng terbalik pun masih tidak berjaya.
Kena tekan butang power lama2.
Kata bro ASY yg jauh di sono.
So, I quit the job in Batam for good today.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| The weird thing about this latest Dell laptop is no power button @2023 |
| Jalan Persiaran Seri Alam Masai @2023 Pulang dari beli apam balik Permas Jaya |
Ahad, 3 Disember 2023.
Nota. Tiada gambar apam balik ya.
Tapi dulu wak ada cerita juga di SINI.
Pagi2 sudah terbangun sebelum Subuh.
Buat kerja potong rumput dulu.
Jam 7.30pagi sambung tidur.
Dan bangun jam 10 pagi.
Mandi dan terus berangkat ke pasaraya besar Lotus's.
Beli barang2 dapur bersama mQ (my Queen) dan anak wedok.
Pulang dari berbelanja.
Sambung potong rumput atas talian.
Ada masalah di galangan kapal di Batam.
Agak lama juga untuk menyelesaikan masalah.
Akhirnya berjaya.
Alhamdulillah.
Petang berlarian ke Permas Jaya.
Beli apam balik (murtabak manis).
"Waduh, sekarang sudah lima hinggit sekeping," ngomel wak.
"Baru bulan lepas harga masih bertahan rm3.50 untuk bertahun2 lamanya,"
"gara2 kerajaan madani sekarang ni kann,"
Tapi ada je apam balik masih harga 50 sen sekeping kann. Di SINI.
Malam pula sudah menaiki bas ekspres ke ibukota.
Bagus dah servis sekarang sebab wak dah beli tiket online.
Siap abang kaunter telefon wak setengah jam sebelum bas berangkat.
Tidak perlu tunjuk tiket pon.
Cuma di stesen bas Larkin tudak mudah untuk ke tandas sebab agak jauh.
"Wak nanti leh pakai tandas kat Taman Tun Aminah," kata macha drebar itu.
Tiba di TBS pun sudah hampir jam 2 pagi.
Nak guna tandas yg dekat arrival itu penuh pula.
Dan tandas di kawasan tengah sedang di cuci dgn makcik muka ketat.
Terpaksa guna tandas di hujung sono.
Mula2 tadi wak sudah pesan Grabcar harga rm21 tapi agak jauh dan ambil masa 11 minit.
Drebar suruh wak kensel le tu.
Kalau inDriver pula harga tambang agak lebih mahal, yakni rm27.
Drebar grabcar kedua sudah tiba ketika wak dalam tandas dihujung sono.
Terkejar2 wak ke pintu Gate C.
Movie lalat.
The Roundup 2022 (Korea)
Hostage: Missing Celebrity 2021 (Korea)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| From Masai Bus Terminal to Terminal Bersepadu Selatan TBS @2023 |
| Kg Bakar Batu JB @2023 |
| Traffic Jam new Hentian Sebelah Nilai @2023 |
| KLCC this morning @2023 |
Jumaat, 1 Disember 2023.
Pagi tadi sudah antri (beratur) depan kubur P Ramlee.
Wak beli meehoon dgn lauk sardin dan telur mata sapi. rm6
Pak cik berikan kuih yg salut kelapa gratis (percuma ).
"Ni tinggal last kopek wak," katanya.
Tengahari berlarian ke masjid Kg Baru.
Terjumpa rakan sekantor lama, bro ZAL.
Cara tempah tiket bas online.
Wak guna Redbus apps.
Perjalanan pergi dan balik (PP).
Rm76 lebih murah berbanding kalau pandu kereta sendiri dgn duit minyak dan tol.
Petang berlarian ke TBS.
Dari Avenue K mall turun eskalator ke stesen LRT KLCC.
Kemudian tukar tren di Masjid Jamek.
Bila ditanya, boleh makguard itu berkata "wak naik kt sini nanti turun di stesen Hantu,"
"Haa?" terkejut juga wak mendengarnya.
"Stesen Hang Tuah la wak," katanya tersengih.
Pelik, biasa dulu akan tukar di Chan Sow Lin.
Di stesen Hantu kena turun dan naik tangga yg agak tinggi.
Ini adalah kerana tangga eskalator sudah rosak.
Dan kemudian turun ke platform bersebelahan.
Ambil tren aliran Putra heights.
Sampai di TBS pun tepat jam 6.01pm.
Masih banyak masa untuk berangkat.
Tapi wak berantri (beratur) juga untuk dapatkan boarding pass.
Bila dikaunter mamat tu bilang wak dah ada Go pass dlm emel.
Jadi tak perlu dapatkan boarding pass yg baharu.
Jadi wak lepak di kopitiam itu.
Pesan mihun telur mata sapi.
Naik bas jam 7.35pm.
Tak sampai 10 minit wak pun terlelap keletihan.
Wak terjaga bila bas berhenti di hentian sebelah Kg Bemban Melaka.
Ehh, wak tidur 2 jam wehh!
Kemudian bas berhenti di bandar Kulai.
Ramai penumpang turun disini.
Tinggal dua orang budak perempuan yg mahu ke Pasir Gudang.
Boleh pula uncle drebar ini suruh wak turun di Pasir Gudang.
Dia kata tidak masuk pekan koboi Masai.
"Sebab Wak sorang je kann," penjelasannya.
Jadi wak turun di stesen minyak Petronas Taman Rinting.
Berdekatan Mydin.
Itupun sudah jam 1 pagi.
Wak ucap terimakasih lah pada uncle drebar.
Dia pun cakap terimakasih juga sebab tolong dia tak payah masuk pekan koboi Masai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Perkuburan Islam Jalan Ampang @2023 |
| Nasi lemak depan kubur P Ramlee and Friday prayer @2023 |
| Walking back from Masjid Kampung Baru @2023 |
| TBS @2023 |
| TBS, in the bus and reaching Masai @2023 |
| City Express at Hentian Sebelah, Kampung Bemban Melaka @2023 |
Khamis malam Jumaat, 30 November 2023.
Hari terakhir bulan November.
Pagi sudah beratur untuk beli nasi lemak makcik depan kubur P Ramlee.
Sudah beberapa hari makvik tidak kelihatan nerjualan disitu dgn suaminya.
Agak lama juga beratur (antri).
Adalah setengah jam, yakni 25 minit sejujurnya.
Nasib baik sedap nasi lemak lauk sardin dan telur goreng yg wak pesan.
Jam 10.15am wak berlarian ke kepala kantor (headquarter) BSN Jalan Ampang.
Urusan yg pantas dan mulus.
Cikkak kaunter pun mesra semuanya.
"2 kali sign takpe wak, jangan 3 kali sign," kata mereka.
"haha, sign ada makna tu wak," kata awek yg sorang lagi.
20 minit siap dan kembali ke meja potong rumput.
Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berjalan kaki ke Suria KLCC.
Ke Maybank di tingkat bawah.
Kemudian berlarian ke Menara Felda nun diseberang taman KLCC.
Movie lalat.
Fatal Seduction 2023 (Netflix)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Khamis malam Jumaat, 27 November 2025. Pagi hujan sampai ke petang. Hendak tangkap gambar serangga pun tidak berjumpa.