Monday, December 1, 2025

OUTFIT HD DI HARI SABTU

 Assalamaualaikum semua,

Selamat pagi kawan-kawan semua, minggu ini nampak langit cerah hujan dah 2 hari tak turun. Masalah banjir di beberapa negeri pun dah makin pulih, banyak PPS yang sudah di tutup. Harapnya kalau hujan pun tak sampai banjir la ye di hujung tahun ini.

Outfit aku bila hd di hari sabtu memang tema santai, comot dan selekeh. Takde nak pakai makeup apa semua, memang baju  tshirt biasa, seluar track dan tudung sarung. Kecuali kalau ada kenduri kahwin baru la pakai elok sikit hehehe.


Seluar basahan biasa kat rumah je


Best stokin ini sebab panjang dan panas

Thursday, November 27, 2025

PHOTO DIARY #38/2025

 Assalamualaikum semua,

Ramai kawan-kawan tanya apa aku buat selama 4 jam hd. Macam-macam aktiviti boleh buat selain dari tidur dan berborak. Jom tengok aktiviti aku ye.

* Kak Suria amanda beberapa kali tanya aku pilih hd kenapa bukan capd. Kak, dana rasa takde masa dan tenaga untuk buat capd sehari 4 kali. Dana kan masak-masak, kene bangun awal pagi , lepas tu kadang fikir bila dah balik penat takut tak buat elok masa capd tu. Jadi dana pilih buat hd sebab lebih fleksible. 

Hari kerja elok la sikit bermakeup bagai kan

Lipstik merah lagi kan


Best baca buku ZRA ni


Awal pagi layan bersama ustaz 

Makan ni wajib tau

Air dan gula-gula


Layan tiktok dan shoppe


Main game


Cek kalendar , kot ada mesyuarat boleh ws untuk ingatkan boss

Cek email

Wednesday, November 26, 2025

TERLALAI

 Assalamualaikum semua,

Kisah semalam tengahari, lepas hd aku masuk pejabat macam biasa kebetulan semalam Aiyan cuti sebab penggiliran SPM. Bila aku masuk pejabat ada kawan datang  untuk bincang pasal jamuan jumaat ini. Sambil bincang jari ni gatal dok garu kaki. Rasanya luka kecil je tapi aku rasa ada benda mengalir, bila tengok kat kaki dah ada darah, lap dengan tisu, mengalir lagi rasanya 3 tisu jugak penuh darah. Aku dah cuak, nasib la ada hansaplast so lepas cuci dengan antiseptic letak la plaster tu. Tapi tak lama tu darah masih lagi banyak sampai mengalir keluar dari plaster tu. 

Silap aku sebab, sebelum habis hd memang akan diberi ubat untuk cair darah. Aku terlupa tentang tu, memang panik la juga. Dalam pukul 2 petang ada budak pejabat ambil kain kasa tu dia suruh balut kat kaki selepas letak plaster. Lewat petang dalam pukul 3 masih ada darah keluar lagi balut lagi sampai rumah malam baru ok. Memang berdebar jugak masa jadi, kepala pening sebab darah banyak jugak keluar. Silap sendiri kan harap lepas ni beringat la supaya tak gatal mengaru sampai berdarah.

Plaster yang kedua pun berdarah gini... masa tu memang dah debar dah


Tuesday, November 25, 2025

TUTUP LAMPU KITA TUTUP MATA...REHATKAN DIRI

 Assalamualaikum semua,

Peristiwa ni selalu dapat dilakukan pada hari jumaat je, sebab waktu ni pengarah aku keluar solat dan dia masuk lewat. Kalau hari lain memang tak dan la hahahha. Sebab kalau nak masuk bilik dia kena lalu bilik aku dulu hahaha. Setiap hari bangun pukul 3 pagi, jadi waktu tenghari bila rehat lama memang dapat baring kejap rasa lega badan.

Tarik bidai tingkap tutup lampu

Gelap kan syok baring


lampu luar tu kalau nak tutup semua gelap gelita seram pulak hahahah

Monday, November 24, 2025

JENIS CILI KERING

 Assalamualaikum semua,

Cerita pasal cili kering rupanya dia ada pelbagai jenis rasa dan rupa. Kalau dulu aku selalu guna cili boh je tapi sekarang aku pilih untuk masak sambal dengan cili kering je. Sejak sakit ni aku dah tak boleh makan pedas sangat jadi kene cari cili kering yang warna cantik merah menyala tapi tak berapa pedas. 

Cili kering yang bentuk bulat pendek ni tak pedas tau. Kalau ke kedai mintak cili kering tak pedas memang ini la yang di berinya. Jadi selalunya kalau untuk sambal nasi lemak aku akan tambah dalam 10 ke 15 biji cili kering yang pedas. Untuk seimbangkan rasa. Cili kering biasa yang aku beli di Giant ada di tulis tahap kepedasannya.

Ini cili kering pedas

bulat pendek comel ini tak pedas tapi warna tetap cantik



warna sambalnya tetap merah menyala tapi tak berapa pedas

Friday, November 21, 2025

REVIEW 2 SISTERS CAFE

 Assalamualaikum semua,

Maafla kawan-kawan memang takde rupanya resepi apa  yang ada hahahha. Sekarang aku makin malas, sabtu ahad jarang masak. Sabtu  selalu aku bungkus je lepas solat tidur memang lain macam lena tidur kalau lepas hd . Ahad selalunya kami beli barang niaga dan barang dapur jadi selalu Edy ajak makan kat luar terus. Itu yang aku dah jarang masak. 

Aku nak review satu kedai makan dekat Wangsa Walk Mall. Keluar dengan kawan opis, tengok kat tiktok la ni, mudah terpedaya bila tengok makanan yang nampak sedap walaupan hakikatnya. Makanan dia biasa je, takde sedap mana pun harga je mahal. Bagi kami lebih baik makan dekat Secret Recipe lagi sedap.



Ini je yang kira sedap 


Nampak cantik tapi rasa dia biasa je

mee bandung muar tapi terasa kuat sangat udang kering nya

aglio olio dia ok lagi tapi tetap biasa je sebab harga dekat RM 40 kalau tak silap

Rupa nampak cantik tapi tebal sangat ikannya isi mentah, 2 kali dia pulangkan dan buat semula tetapla mentah tengah

masa ni tak tahu lagi makanan semua tak berapa ngam bergambar tetap la ada