Friday, May 30, 2025

TUMIS TERUNG DAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Cerita nya dah beberapa minggu lepas ni, beli terung lepas tu asyik lupa nak di masak mujur la terungnya masih elok. Lepas tu malas pulak nak sediakan bahan bumbunya. Nak senang kerja aku guna perencah nasi goreng adabi yang baru, yang pedas. Sedap juga rupanya sesuai tambah untuk masak sayur.

Jom tengok resepinya:

3 batang terung, potong serong

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar hiris

4 biji cili api, potong

1 mangkuk kecil udang kecil

Suku perencah nasi goreng adabi pedas

1 sudu kecil asam jawa

1 sudu gula

Garam

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api hingga layu.

- Masukkan perencah nasi goreng, kacau-kacau sikit masukkan terung. Tambahkan air secawan lepas tu tutup kan periuk dengan penutup hingga terung masak.

- Tambah asam jawa, gula garam lepas tu masukkan udang.

- Bila dah cukup rasa boleh matikan api. 












Thursday, May 29, 2025

PHOTO DIARY # 15/2025

 Assalamualaikum semua,

Awal pagi lagi aku dah mengantuk, baru nak masuk 2 jam hd hari ini. Sempatkan dulu buat entri supaya hilang sikit mengantuk

Biasalah buat gaya comel

Ini lah gara-gara layan live nursey bunga ros

Sedapnya rangka ayam

Dah lama tak buat megi goreng

3 hari lepas baru sampai 5 pokok bunga orkid

Cantik... tapi aku yang tak sampai

Teringin makan ubi rebus dengan kelapa dan gula merah

Bunga tepi jalan, sebelum ni tak pernah tahu bunganya cantik gini

Hari ahad masa makan kat kedai, terjumpa dengan Maktek 

Geram betul tengok dia ni

Rasa nak culik je dia ni

Sabtu lepas menu nasi lemak, ini hidangan aku makan lepas balik hd...lapar sungguh

Wednesday, May 28, 2025

WW HADIAH HARI GURU

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya dengan segala susah payah siap juga.



hari terakhir sekolah sebelum cuti baru buat sambutan hari guru

ambil gambar dulu

Tuesday, May 27, 2025

MENU BARU, AYAM KOREA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pagi agak kelam kabut, salah sendiri jugak. Masak menu memacam hari ini. Sedangkan awal dah bangun, pukul 4 pagi. Tapi silap sendiri jugak, selalu malam sebelum tidur aku dah gosok tudung tapi sebab nak tidur awal aku gosok pagi. Udahnya pagi tadi dah azan baru gosok tudung hahahah padanla muka.

Menu baru aku jual di kedai puspanita.

Thursday, May 22, 2025

PHOTO DIARY #14/2025

 Assalamualaikum semua,

Maafkanla diriku banyak hari rupanya tak buat entri. Bila dah selasa dan khamis ada dialisis kadang nak buat entri tapi tertidur heheheheh. Semalam aku ke HKL, jahitan dekat tempat kateter tu tercabut dah kiri kanan. Jadi kene la serah diri untuk dijahit, ingatkan tak sakit lepas habis ubat bius, pedih berdenyut, tak jadi masuk pejabat petang semalam. Aku sekarang ni, ikut je malas nak fikir sangat, ikut je jalan yang Allah dah lorongkan buat aku. Penat memang penat, kadang bawak kereta balik rumah nangis sorang-sorang. Tapi aku boleh urus diri aku sendiri pun aku dah syukur sangat. Sebelum ini pergi dialisis Edy atau Maktek akan hantar dan ambil sebab HKL payah nak dapat parking. Sekarang bila dah mudah dekat, cuma aku la penat lepas dialisis rehat kejap pergi ambil Aiyan hantar dia balik rumah dan aku ke pejabat semula. Jom la kita layan cerita bergambar ya. Teremosi pulak petang-petang ni.

tadi lepas dialisis lepak di kedai borak dengan Iman

Masa dialisis aku lalu makan biskut dan buah epal je, jadi pukul 11 tu memang lapar. Nasib ada lagi mee kari di kedai

Tadi masa dialisis selalu aku tidur atau baca novel tapi tadi sibuk buat bunga ini hehhe

Semua nurse tanya, akak buat apa tu... 

Kat rumah ini je yang baru berhasil

malam tadi makan buah ini pun payah, berdenyut tempat jahitan tu... tak makan perut lapar


Masa ni senyum walaupun tengah tahan sakit

buah beri biru yang besar tu China mari, yang kecik comel tu aku tanam tepi rumah hahahha

Elok bersusun je Edy pi cuci kereta, kasut aku memang takde yang tumis tinggi, semua rupa gini je

Monday, May 19, 2025

JAJAN ZAMAN KECIK

 Assalamualaikum semua,

Sila lah terliur kecur air liur hehehhe. Minggu lepas ada kawan bagi limau kasturi kebetulan ada asam boi putih ni kita pun buat la gini. Tapi kalau dapat asam boi merah mesti lagi sedap rasanya. Ini dulu masa sekolah di tahun 90an memang jajan best ni.










sedap betul, dulu siap makan semua isi dia tu

Thursday, May 15, 2025

PHOTO DIARY #13/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari yang memenatkan adalah pada selasa dan khamis, jadual penuh. Awal pagi pukul 6.30 pagi dah ke pusat dialisis habiskan masa 4 jam, lepas tu ambil Aiyan kat sekolah hantar balik ke rumah. Balik semula ke pejabat dan mendaki tangga ke tingkat 7. Doakan aku terus sihat dan kuat ya kawan-kawan. Jom kita layan cerita bergambar.

Baru sampai pejabat pukul 2.00 petang... 

Pukul 1.15 petang sampai rumah, hanar Aiyan

Pukul 12.45 tengahari tunggu di sekolah Aiyan

masa untuk cas tenaga4 jam

6.25 pagi sampai di Felda, awal sikit hari ini

dah 2 hari terpaksa guna payung baru, sebab hujan setiap petang, bila dah guna payung lupa nak bawak ke kerete semula.

Takde nya nak pakai kasut tinggi bertumis, aku setiap hari pakai kasut sukan dan beg galas je

mug baru heheheh

ada jamuan perpisahan pegawai 

bukan la kami nak raikan perpindahannya tapi, untuk beri semangat buat dia

menu baru roti john ayam pedas


pelangi

terjumpa keluarga maktek sarapan kat kedai yang sama

culik kejap budak ni... geram