Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, November 7, 2025

RESEPI UBI BLEGUDEK

 Assalamualaikum semua,

Bila datang teringin makan ubi kayu,selain rebus empuk lepas tu cicah dengan sambal merah aku suka jugak masak macamni. Macam gaya ubi ungkep macam jugak ubi berempah tapi kat kampung aku di panggil ubi blegudek. Bahasa jawa kan heheheh. Lepas tu esoknya kita bancuh tepung dan goreng pulak dengan tepung memang sedap sangat. Mula la teringin ni

Bahan-bahan:

5 batang ubi, buang kulit rebus hingga empuk dan toskan

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji besar bawang merah, hiris nipis

segenggam bilis goreng

1-2 sudu serbuk kari ayam

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga layu.

- Masukkan serbuk kari, kacau-kacau hingga naik bau.

- Masukkan ubi rebus, gaul-gaul hingga rata bumbu nya.

- Taburkan sedikit garam gaul lagi dan akhir sekali tambahkan bilis goreng. Siap


ini tak boh pewarna memang jenis ubi yang warna kuning








Friday, October 31, 2025

RESEPI TUMIS SOS KUPANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kerajinan aku masih ada lagi, kalau tak jumaat selalu sunyi tanpa resepi kan. Hehhehe tapi itulah kadang masak resepi sama je itu  yang tak kongsi tu. Kupang ni aritu aku kirim kat adik aku masa dia balik kampung. Ada sepupu yang jual kupang ni elok besar isi nya, dia dah buang kulit dan bersih takde rambut atau cengkerang dia. Puas hati beli 1 bekas RM16.00. Jom tengok resepi nya.


Bahan-bahan:

250gm kupang

4 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang holland, hiris

2 ulas bawang merah kecil, hiris

2 batang serai

1/2 inci halia, potong nipis

6 biji cili api potong 2

4 sudu besar sos cili

Garam

Daun bawang

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan tumisan, hingga naik bau dan kekuningan.

- Masukkan kupang, gaul-gaul lepas tu masukkan sos cili.

- Tutupkan kuali dengan penutup biar kupang masak untuk 10-15 minit.

- Masukkan garam dan akhir sekali daun bawang. Siap










Friday, October 24, 2025

RESEPI CUMI MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Aku ni dah lama tak beli sotong, aritu terjumpa cucu sotong atau aku panggil cumi atau cumik dekat Giant. Sotong yang kecik dan comel sangat. Masa beli tu sebab kecil banyak la aku ambil tapi masa siang dia tu rasa menyesal sebab banyak dan halus sangat hahahha. 

Bahan-bahan:


200 ke 250g sotong

3 ulas bawang putih, hiris 

1 biji bawang holland sederhana, hiris

5 biji cili api hiris

1/2 inci halia, hiris nipis

3 sudu kicap

Garam

Cara masak:

- Celur kejap sotong dalam air mendidih dalam 30 saat gitu pastu toskan.

- Tumiskan bawang putih, bawang holland, halia dan cil api hingga layu dan berubah warna.

- Bila dah layu masukkan sotong, tambahkan kicap dan 1 keping asam keping.

- Gaul-gaul akhir sekali tambahkan garam. Jangan masak lama sebab cumi ni kecik je . Siap


celur supaya bila masak tak keluar banyak air dan sotong kenyal






Friday, October 17, 2025

RESEPI TELUR IKAN GORENG KARI

 Assalamualaikum semua,

Maafla lambat edit entri untuk kongsi resepi. Sibuk dengan benda lain je tadi. Ok jom la kita layan resepi yang ada. 

Bahan-bahan: 

Telur ikan tenggiri

1 biji bawang holland, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

5 biji cili api, hiris

3 tangkai daun kari2 

2 sudu serbuk kari

Garam

Cara masak:

- Gaulkan telur ikan dengan garam dan serbuk kari.

- Gorengkan dulu telur tu hingga separuh masak, lepas tu masukkan bawang, cili dan daun kari

- Gaul-gaul lepas tu siap. Mudah kan.







Friday, October 10, 2025

RESEPI MEE GORENG MAMAK KUALI BESAR


 Assalamualaikum semua,

Hari ini rilex sikit waktu tengahari, Edy masih lagi cuti sakit jadi dia yang ambil Aiyan kat sekolah. Dapat la aku rehat lama sikit tak payah keluar tenghari ini. Jom la kita layan cerita bergambar jom. Ini menu aku mula jual minggu lepas, mee goreng mamak. Ini aku bagi resepi ikut aku masak dengan kuali besar ya.

Bahan-bahan: 

7 ulas bawang putih, kisar
3 biji bawang holland, kisar
1 mangkuk kecil udang kering, kisar
1 mangkuk kecil bilis, kisar
6 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
3 kilo mee kuning ( rendam dalam air yang dicampur gula pasir 2 sudu untuk 10 minit untuk hilangkan rasa kapur)
1 plastik fish cake
Tauhu yang di goreng, potong dadu
1 batang carrot, potong nipis
5 batang sawi
sedikit udang (boleh guna apa-apa lauk)
4 biji telur
kicap secukupnya
Daun sup
Gula dan garam
Tauge

Cara masak:

- Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos cili kacau lagi hingga sebati. Masukkan gula kacau lagi. 
- Masukkan carrot dan fish cake, kacau dan biar hingga masak. Masakkan tauhu yang telah di potong dadu.
- Kacau lagi tambahkan garam, masukkan sedikit air dan masukkan mee kuning.
- Tambahkan kicap dan kacau lagi. Masukkan sawi dan udang. (udang aku guna ni yang jenis frozen jadi dia dah separuh masak)
- Masukkan telur, kacau hingga mee bersalut dengan telur. Tutupkan sekejap mee biar masak sebati. 
- Bila dah cukup perisa semua,  masukkan daun sup dan tauge. Kacau dan matikan api. Aku suka tauge yang ranggup lagi. Sedia di hidangkan.

















Friday, October 3, 2025

RESEPI INTI SAMOSA KENTANG + AYAM

 Assalmualaikum semua,

Pagi ini sejuk betul pukul 7 tadi hujan masih tak berhenti lagi ni. Kejap lagi nak ambil Aiyan pulak ni. Jom kita tengok resepinya .


Bahan-bahan:

6 biji kentang, potong dadu

1 batang carrot, potong dadu

1 biji bawang holland , potong dadu

5 ulas bawang putih, cincang

1 pek kecil serbuk kari ayam babas

1 pek ayam kisar

gula / garam

air secukupnya

Daun bawang / daun sup

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland, masak hingga kekuningan.

- Masukkan serbuk kari  yang dah di bancuh dengan air panas, masak hingga pecah minyak.

- Masukkan kentang dan carrot, tambahkan air dan kiub ayam. Tutupkan dengan penutup masak hingga kentang dan carrot lembut.

- Masukkan ayam kisar, campurkan semua hingga sebati, tambahkan gula 3 sudu dan garam.

- Akhir sekali tambahkan daun bawang atau daun sup, masak hingga inti kering.