Assalamualaikum semua,
Petang jumaat lepas kerja kami balik Johor, ada kenduri kahwin sepupu di Masai. Gerak dah senja lepas tu masuk hiway jem dan hujan lebat. Dalam pukul 12 tengah malam juga kami sampai kampung. Esok paginya dalam pukul 10.30 pagi kami pun bertolak ke Masai. Konvoi 2 kereta, kereta alza dan myvi adik ipar. Sekali tu boleh pulak kereta adik ipar temperature naik pulak, berhenti lah di Hentian Sebelah Kulai, kami pun berhenti tolong apa patut. Mujur lepas dah tambah air ok jalan sampai ke tempat majlis tu.
| Edy dengan paksu tengah tengok apa patut |
| Sementara tungu kereta ok, tinggal dengan kami lah budak bulat ini |
| Sampai je dekat dewan tu terus pi makan |
| Kami kan ramai jadi 2 meja |
| boleh tidur pulak maktek masa ni |
| Kami 5 beradik |
| sejenis suka bergambar gini lah |
| Sempat bergambar dengan mak pak pengantin je, pengantin tengah bergambar dengan pihak lelaki |
| suka budak berdua ni dapat goodies |
| entah tengah bebel apa entah, candid je |
| mak dengan abah tengah tunggu kami bergambar |
| banyak goodies abah, ramai yang kirim duit kenduri kat abah |
| masa ni perjalanan balik, sampai tertidur-tidur emak kat belakang |